Skip to main content

Soal Rezeki dan Soal Layak...




Idea datang untuk menulis tentang topik "Soal rezeki dan soal layak". Tiba2 idea mengetuk jari jemari untuk "menarikan" penulisan ringkas untuk tajuk ini. Bila idea dah datang, walau sedikit rasa penat tetap menulis juga. Sekadar penulisan ringkas jua.

Bercakap tentang soal rezeki...ia adalah rahsia dan milik Allah. Allah jua yang menentukan. Allah yang berkuasa untuk memberikan kepada siapa jua hamba-Nya. Sebagai hamba-Nya kita perlulah sentiasa berusaha, komited dan berikan yang terbaik dalam apa jua tugasan yang dilakukan tanpa mengaharapkan apa-apa balasan. Melakukan segala tanggungjawab yang diamanahkan dengan penuh keikhlasan dan sepenuh jiwa dan raga. 

Dalam hidup ini segala yang berlaku adalah dengan kehendak Allah jua. Jika Allah tidak mengizinkan, maka sesuatu itu tidak mungkin berlaku dan jika Allah mengizinkan maka sesuatu itu tetap akan berlaku. Makanya siapa kita yang nak mempersoalkan mengapa begitu dan mengapa begini. Dengan mempersoalkan apa yang berlaku kita seakan tidak menerima Qada dan qadar Allah...nauzubillahiminzalik.

Kembali kepada "soal rezeki dan soal layak"...apa agaknya perkara yang perlu kita faham dengan kalimat ini. Banyak perkara yang kita perlu faham dan hadam di sebalik kalimat ini...antaranya adalah:

1. Soal rezeki ini adalah rahsia dan milik Allah secara mutlak. Tiba masa Allah akan berikan kepada pemiliknya dan ada rezeki yang didatangkan dari arah yang tidak disangka-sangka kepada pemiliknya.

2. Rezeki ini Allah beri kepada hamba-Nya berdasarkan Allah punya "justifikasi" yang tidak seorangpun tahu kriterianya di sisi Allah.

3. Rezeki ini boleh dalam bentuk ujian Allah dan boleh juga dalam bentuk ganjaran Allah kepada hamba-Nya....sama ada berbentuk ujian ataupun ganjaran kita sebagai hamba-Nya yang kerdil ini juga tidak mengetahuinya.

4. Ada orang langsung berpaling dari jalan Allah, tetapi rezekinya berlimpah ruah dan semakin Allah tambahkan tanpa melalui kerumitanpun. Kalau ini berlaku, ada dua perkara yang perlu kita faham di sini, satunya Allah terus memberi kerana Allah sayang dan ingin hamba-Nya itu kembali ke jalan-Nya. Keduanya, mungkin Allah memberi tapi pemberian itu dalam bentuk Istidraj...iaitu sampai satu tahap yang Allah tidak "tidak lagi mempedulikannya untuk dibawa balik semula ke jalan yang benar...Allah terus hanyutkan dia dengan dunia".

5. Ada orang yang dilihat telah layak untuk mendapat rezeki itu, tapi Allah tidak mengizinkan. Dalam situasi ini, apa yang perlu kita faham adalah, mungkin Allah menyayanginya dan ingin hambanya itu terus meningkatkan keimanan dan ketakwaan kepada Allah dengan memperkemaskan hubungan dengan Allah dalam segala aspek. Kalau ini berlaku, alangkah bertuahnya hamba ini kerana Allah masih menyayanginya dan memberikan perhatian kepadanya...bertuah kerana hambanya ini tidak terus dihanyutkan dalam kesibukan dunia.

6. Ada orang yang berlimpah ruah rezeki yang Allah berikan, tapi di sebaliknya Allah memberikan dia hati yang tiada ketenangan dan kebahagian dalam kehidupannya. Jiwanya sentiasa resah dan tidak tenteram.

7. Ada rezeki yang Allah tangguhkan dulu untuk hambanya kerana ingin mendatangkannya pada ketika dan saat yang sesuai. Mungkin sebagai satu ganjaran yang lebih besar kepada sesuatu yang tertunda. 

8. Rezeki ini hadir dalam pelbagai bentuk. Jangan dilihat hanya dalam bentuk wang ringgit, pangkat dan nama sahaja. Kehidupan yang bahagia dan tenang juga adalah rezeki, anak-anak yang berjaya juga rezeki, kesihatan yang baik juga adalah rezeki, kehidupan yang sentiasa dipermudahkan juga rezeki, diberikan kemahiran dan pengalaman tertentu juga rezeki,  dikasihi dan disayangi oleh ramai orang juga rezeki, dan pelbagai bentuk perkara yang menggembirakan juga adalah rezeki. Pendek kata, kesemua yang ada di sekeliling kita adalah rezeki, cuma mungkin kita tidak sedar dan tidak menikmatinya.

Justeru, andai perkara ini kita faham dan hadamkan sebaiknya, maka tidak ada isu kita perlu menyoal mengapa begitu dan mengapa begitu, tidak ada isu kita perlu merajuk dan membawa diri, tidak ada isu kita merasakan orang sengaja menganiaya kita..dan seribu satu andaian lagi yang kita cipta dalam pemikiran kita.

Seharusnya, berpegang kepada hakikat ini terus menjadikan kita kembali memuhasabah diri dan melihat kembali hubungan kita dengan Allah...Allah belum mengizin makanya kita perlu redha dan terima dengan hati yang terbuka...rezeki itu milik Allah...jangan kita terlalu beremosi sehingga kita lupa hakikat itu. Walau ada niat tidak betul daripada orang lain (seandainya ada), kita perlu menerima hakikat bahawa itu hanya sabitnya sahaja...pointnya adalah kerana Allah belum mengizin. Jika sekiranya Allah mengizinkan, "Kun Fayaakun"...walau apapun rintangan dan halangan, walau ada niat yang tidak baik daripada sesiapa jua, rezeki itu tetap juga tiba kepada "tuannya"...

Justeru, berlapang dada lah dengan segala ketentuan Allah. Sentiasa bersyukur dengan apa yang ada dan apa yang Allah datangkan kepada kita. Sentiasa bersangka baik dengan Allah dan orang-orang di sekeliling kita (Husnuzon). Jangan membandingkan kehidupan kita dengan kehidupan orang lain, kerana Allah telah janjikan bahagian masing-masing. Bersabar dengan apa jua yang berlaku, tingkatkan hubungan kita dengan Allah, perbaikkan dan perkemaskan...teruskan dengan keikhlasan dan kejujuran...insyaAllah kasih sayang dan rahmat Allah akan terus mengiringi kehidupan kita.

Salam Hormat,
RZH

Comments

Popular posts from this blog

Kenangan Zaman Permainan Kanak-kanak...

Dalam  hidup masing-masing, semua orang   mempunyai  kenangan  dan  momen  indah yang tersendiri semasa zaman kanak-kanak...ada yang menjadikan kenangan itu sebagai suatu nilai sentimental yang akan terpahat selamanya dalam lipatan kenangan. Saya juga tidak terkecuali. Kenangan permainan saya semasa kanak-kanak dulu memang terlalu istimewa dalam hidup saya...sentiasa segar dan mekar dalam bayangan fikiran sehinggakan terkadang menggamit rasa untuk kembali semula ke masa lampau...andai masa boleh diundur semula kan...saya ingin kembali mengulangi momen2 itu. Semasa zaman kanak2 saya memang sangat aktif bermain dan beraktiviti dengan kawan2...memang lasak betul la. Permainan kami geng kanak2 ni memang meriah betul ibarat satu pesta pula kemeriahannya. Zaman kanak2 dulu saya ni kiranya ketua geng la...haha..gengster pun ya juga (kira gengster baik la kalau dalam cerita hindustan dulu2..haha...sabar aje la) tukang plan itu ini dan confirmnya plan tu akan menjadi dgn me

Peranan Penyambut Tetamu Dalam Penganjuran Majlis Formal

    Penyambut tetamu ( usherette ) adalah orang yang memainkan peranan yang sangat penting dalam menyambut tetamu dan memastikan supaya tetamu dalam sesuatu majlis itu dapat diuruskan dengan baik dan lancar tanpa menimbulkan rasa tidak puas hati, rasa tersinggung dan rasa tidak selesa daripada tetamu yang dijemput. Sebelum pergi jauh lagi tentang peranan penyambut tetamu, mari kita sama-sama fahami dulu definisi 'Penyambut Tetamu'. Secara ringkasnya penyambut tetamu adalah orang yang dilantik dan diberikan tugas dan tanggungjawab untuk menyambut tetamu-tetamu yang dijemput dalam satu-satu majlis, menunjukkan arah dan mengiringi tetamu, serta memastikan keselesaan tetamu terjaga. Tugas menyambut tetamu ini kebiasaannya diletakkan di bawah satu Jawatankuasa yang terdiri daripada sebilangan peyambut tetamu yang mana jumlahnya bergantung kepada berapa ramai tetamu yang perlu diuruskan. Tetamu ini diklasifikasi kepada beberapa kategori, iaitu kategori kehormat dan

Peranan Pegawai Tadbir di Universiti Awam

Buat semua pembaca budiman,  Penulisan ini adalah sekadar pandangan dan pendapat peribadi saya berdasarkan pengalaman yang dilalui sebagai Pegawai Tadbir di Universiti Awam (UA). Walau bagaimanapun, ia mungkin berbeza mengikut pandangan masing-masing, juga mungkin berbeza mengikut governan UA masing-masing. Namun, sekurang-kurangnya penulisan ini dapat membantu untuk memberikan gambaran kepada pembaca dalam mengetahui secara umum mengenai peranan dan tanggungjawab seorang Pegawai Tadbir di UA. Pegawai Tadbir yang dibincangkan dalam penulisan ini adalah Pegawai Tadbir Universiti (PTU). PTU adalah Pegawai yang dikelaskan di bawah Skim Perkhidmatan Pengurusan dan Profesional (P&P). Gred jawatan bermula di Gred 41 dan ke atas. PTU adalah individu yang dilantik oleh pihak berkuasa Universiti untuk menguruskan pelbagai bentuk hal-ehwal pengurusan dan pentadbiran di Pusat Tanggungjawab (PTJ) di mana mereka ditempatkan. Daripada segi kelayakan akademik, PTU ini pe