Skip to main content

Pergi Menemui Pencipta...Salam Takziah

Pagi ini saya dikejutkan dengan berita sedih...kehilangan Prof. Dato' Dr. Sharifah Mastura...berita sedih ini diterima semasa saya dalam meeting. Arwah dijemput pada pukul 9.45 pagi Jumaat hari ini, 29 November 2019 di usia 69 tahun. Arwah menghembuskan nafasnya yang terakhir di rumahnya.

Jenazah dimandi, dikafan, dan disolatkan di Masjid UKM. Saya dan kawan-kawan hadir ke Masjid UKM untuk memberikan penghormatan terakhir kepada arwah sebelum jasadnya dibawa ke Tanah Perkuburan Sungai Tangkas untuk dikebumikan.

Suasana sangat sedih dan hiba apabila wajah kaku arwah ditatap buat kali terakhir...kain kafan yang membaluti tubuh arwah dibuka sekali lagi selepas selesai disolatkan bagi memberikan peluang kepada waris-waris arwah dan rakan taulan arwah yang baru sampai... begitu ramai rakan taulan yang datang untuk memberikan penghormatan terakhir buat arwah. 

Saya berdiri dari sebelah kaki jenazah arwah, dalam satu depa dari jenazah arwah....menatapi wajah arwah dari jarak itu...jelas di pandangan mata saya seraut wajah arwah yang cukup bersih..putih kuning mayat arwah...cantik mayatnya..bisik hati kecil saya...urusan jenazah juga disempurnakan sangat cepat...arwah dijemput menemui Ilahi pada hari Jumaat...pada hari yang sangat mulia.

Hati saya cukup tersentuh...sedih dan sayu...di depan mata saya terbaring kaku jenazah arwah yang kini rohnya telah bercerai dari badan...sedangkan baru semalam roh bersatu dengan jasadnya...baru semalam dirinya masih berada di alam dunia..semalam dia juga masih belum tahu bahawa dia akan dipanggil mengadap Allah pada hari ini...dan  malam ini jasadnya sudah berada alam lain, di alam barzakh. Semoga roh arwah diberkati dan dicucuri rahmat dan ditempatkan bersama orang-orang yang beriman di sisi Allah.

Mengimbau kembali hubungan baik dengan arwah.. ya,saya agak baik juga dengan arwah semasa saya bertugas di CRIM di awal tahun 2004 dulu. Arwah pada masa itu adalah Dekan di fakulti...arwah juga pernah menjadi Pengarah di salah sebuah institut. Arwah seorang yang sangat baik hati, peramah, dan sangat suka berkongsi kata-kata semangat dan motivasi...setiap kali berbual dengan arwah, memang tidak pernah jemu...arwah banyak idea...banyak ilmu yang dapat dikongsi. Pengalaman arwah juga cukup luas...arwah adalah antara permata yang  berjiwa besar, mempunyai jati diri yang cukup tinggi...seorang yang kuat dan tegar...jiwa penyelidik yang cukup besar dalam dirinya...daya juang arwah juga sangat tinggi.

Semoga roh arwah mendapat keberkatan dan rahmat dari Allah dan ditempatkan bersama orang-orang yang beriman di sisi Allah. Damailah mu di sana Prof....Allah lebih menyayangi Prof....kami juga akan menyusul nanti.
Selamat jalan Prof...

Al-Fatihah.

RZH



Comments

Popular posts from this blog

Kenangan Zaman Permainan Kanak-kanak...

Dalam  hidup masing-masing, semua orang   mempunyai  kenangan  dan  momen  indah yang tersendiri semasa zaman kanak-kanak...ada yang menjadikan kenangan itu sebagai suatu nilai sentimental yang akan terpahat selamanya dalam lipatan kenangan. Saya juga tidak terkecuali. Kenangan permainan saya semasa kanak-kanak dulu memang terlalu istimewa dalam hidup saya...sentiasa segar dan mekar dalam bayangan fikiran sehinggakan terkadang menggamit rasa untuk kembali semula ke masa lampau...andai masa boleh diundur semula kan...saya ingin kembali mengulangi momen2 itu. Semasa zaman kanak2 saya memang sangat aktif bermain dan beraktiviti dengan kawan2...memang lasak betul la. Permainan kami geng kanak2 ni memang meriah betul ibarat satu pesta pula kemeriahannya. Zaman kanak2 dulu saya ni kiranya ketua geng la...haha..gengster pun ya juga (kira gengster baik la kalau dalam cerita hindustan dulu2..haha...sabar aje la) tukang plan itu ini dan confirmnya plan tu akan menjadi dgn me

Peranan Penyambut Tetamu Dalam Penganjuran Majlis Formal

    Penyambut tetamu ( usherette ) adalah orang yang memainkan peranan yang sangat penting dalam menyambut tetamu dan memastikan supaya tetamu dalam sesuatu majlis itu dapat diuruskan dengan baik dan lancar tanpa menimbulkan rasa tidak puas hati, rasa tersinggung dan rasa tidak selesa daripada tetamu yang dijemput. Sebelum pergi jauh lagi tentang peranan penyambut tetamu, mari kita sama-sama fahami dulu definisi 'Penyambut Tetamu'. Secara ringkasnya penyambut tetamu adalah orang yang dilantik dan diberikan tugas dan tanggungjawab untuk menyambut tetamu-tetamu yang dijemput dalam satu-satu majlis, menunjukkan arah dan mengiringi tetamu, serta memastikan keselesaan tetamu terjaga. Tugas menyambut tetamu ini kebiasaannya diletakkan di bawah satu Jawatankuasa yang terdiri daripada sebilangan peyambut tetamu yang mana jumlahnya bergantung kepada berapa ramai tetamu yang perlu diuruskan. Tetamu ini diklasifikasi kepada beberapa kategori, iaitu kategori kehormat dan

Peranan Pegawai Tadbir di Universiti Awam

Buat semua pembaca budiman,  Penulisan ini adalah sekadar pandangan dan pendapat peribadi saya berdasarkan pengalaman yang dilalui sebagai Pegawai Tadbir di Universiti Awam (UA). Walau bagaimanapun, ia mungkin berbeza mengikut pandangan masing-masing, juga mungkin berbeza mengikut governan UA masing-masing. Namun, sekurang-kurangnya penulisan ini dapat membantu untuk memberikan gambaran kepada pembaca dalam mengetahui secara umum mengenai peranan dan tanggungjawab seorang Pegawai Tadbir di UA. Pegawai Tadbir yang dibincangkan dalam penulisan ini adalah Pegawai Tadbir Universiti (PTU). PTU adalah Pegawai yang dikelaskan di bawah Skim Perkhidmatan Pengurusan dan Profesional (P&P). Gred jawatan bermula di Gred 41 dan ke atas. PTU adalah individu yang dilantik oleh pihak berkuasa Universiti untuk menguruskan pelbagai bentuk hal-ehwal pengurusan dan pentadbiran di Pusat Tanggungjawab (PTJ) di mana mereka ditempatkan. Daripada segi kelayakan akademik, PTU ini pe