Skip to main content

Jujurkan & Bersihkan Hati Selebihnya Serah Pada Allah...


Dalam hidup ini tidak ada siapapun yang tahu apa ada dalam hati kita...apa yang terdetik di hati dan apa yang difikirkan di fikiran kita. Orang di sekeliling kita hanya mampu melihat perwatakan kita, tingkahlaku kita dan mendengar tutur kata kita...sebaliknya yang tersembunyi di dalam hati dan fikiran kita tetap menjadi rahsia...tidakkan mungkin diketahui orang secara tepat umpama membaca pernyataan di surat...yang jelas maksud yang tertera.

Justeru, hati dan fikiran yang kita miliki ini...biarlah kita mengemudinya dengan jalan yang Allah redhai...yang penting untuk hati dan jiwa kita adalah soal keimanan, kejujuran, keikhlasan, tawaduk, bersih dan terlepas dari segala kepura-puraan dan kepalsuan. Seandainya di sini lah kita letakkan dan paksikan hati dan jiwa kita, makanya sudah pasti tiada kejahatan tersembunyi di sebalik dan perjalanan hidup kita lebih tenang dan bahagia...

Atas apa jua yang dilakukan, hanya kita yang tahu adakah kita jujur? Adakah kita ikhlas?...kalau jawapannya "ya" maka alhamdulillah hati dan jiwa kita memang betul2 kita sandarkan sebulatnya kepada Allah...namun andai jawapannya "tidak"...hati dan jiwa kita perlu diubati segera dengan memberikan "vitamin jiwa" dan membaiki hubungan kita dengan Allah.

Nilai yang paling mahal dalam hidup ini adalah apabila Allah memberi tanpa perlu kita meminta dan menagih..Allah memberi dalam keadaan kita langsung tidak menjangka dan menduga....Allah datangkan nikmat dari arah yang tidak disangka-sangka...maka itulah nikmat yang sangat besar dan sangat indah...di saat itu ucapan alhamdulillah auto terlafaz dari mulut menandakan betapa kita menghargai dan berterima kasih atas nikmat yang Allah datangkan.

Justeru, dalam apa jua tindakan dan perlakuan kita buat lah segalanya dengan niat kerana Allah...tidak perlu mengharapkan sanjungan dan pujian dari manusia sebaliknya hanya mengharap dan mendambakan redha Allah semata-mata. Kenapa hanya redha Allah? Kerana hanya redha-Nya jua yang menjadi punca kepada segala ketenangan dan kebahagiaan. Saat ini...nikmat apa lagi yang kita harapkan melainkan nikmat dan rasa yang tidak terucap dan ternilai itu hanya dari-Nya jua.

Sentiasa ingat, andai pujian dan penghargaan manusia yang kita dambakan...kita sebenarnya tidak ikhlas dalam melakukan sesuatu...andai ini terjadi kita sebenarnya dalam kerugian semata-mata kerana pujian dan penghargaan manusia itu nanti mungkin akan memusnahkan kehidupan kita...bila lahirnya dalam hati, rasa ujub, riak dan sombong dan kita akhirnya nanti menjadi manusia yang melakukan sesuatu hanya kerana nama dan inginkan pujian dan perhatian manusia.

Sebagai keperluan untuk hidup, kita perlulah ada keperluan asas iaitu tempat tinggal, pakaian dan makanan. Untuk memenuhi keperluan ini maka kita perlu bekerja. Bekerja itu adalah untuk kita mendapat rezeki yang halal supaya keberkatan hidup itu kita peroleh. Makanya peluang mendapat redha Allah dalam bekerja adalah dengan menganggap dan berniat kerja itu sebagai ibadah. Bekerjalah dengan penuh keikhlasan. Buatlah paling terbaik yang kita boleh kerana itu adalah amanah dan tanggungjawab kita.  Dalam masa yang sama lakukan semua ibadah kita kpd Allah terbaik mungkin seakan kita akan mati pada esok hari.

Wahai hati, janganlah terjerumus dalam kehidupan yang penuh kepalsuan dan kepura-puraan, kehidupan yang terlalu sibuk dengan urusan dunia sehingga terabai tanggungjawab utama kepada Allah. Kerana nanti risau kita "terputus" dari rahmat dan kasih sayang Allah serta keberkatan hidup....kerana risau kita nanti pergi menghadap-Nya dalam keadaan kita masih mencintai dunia dan masih hanyut dalam kekalutan dan kesibukan dunia, dan belum bersedia untuk kembali ke sana...

Akhir kata sebagai penutup bicara...buatlah sesuatu itu kerana Allah dan selebihnya itu biar Allah yang tentukan. Hati dan jiwa kita jangan kita biarkan begitu teruja dan bersungguh dalam mengejar dunia...merangka dan mengatur strategi untuk kepentingan diri kita sehingga kita sanggup mengenepikan segalanya...sehinggakan sepanjang masa kita hidup dalam keresahan kerana memburu "harta dunia" dan "dunia glamour". Letak lah dalam diri kita bahawa...segala yang berlaku adalah dengan izin Allah...tanpa izin Allah segala apa yang kita strategikan tidakkan mungkin menjadi kenyataan...pegang di situ!

Salam hormat,
RZH

Comments

Popular posts from this blog

Kenangan Zaman Permainan Kanak-kanak...

Dalam  hidup masing-masing, semua orang   mempunyai  kenangan  dan  momen  indah yang tersendiri semasa zaman kanak-kanak...ada yang menjadikan kenangan itu sebagai suatu nilai sentimental yang akan terpahat selamanya dalam lipatan kenangan. Saya juga tidak terkecuali. Kenangan permainan saya semasa kanak-kanak dulu memang terlalu istimewa dalam hidup saya...sentiasa segar dan mekar dalam bayangan fikiran sehinggakan terkadang menggamit rasa untuk kembali semula ke masa lampau...andai masa boleh diundur semula kan...saya ingin kembali mengulangi momen2 itu. Semasa zaman kanak2 saya memang sangat aktif bermain dan beraktiviti dengan kawan2...memang lasak betul la. Permainan kami geng kanak2 ni memang meriah betul ibarat satu pesta pula kemeriahannya. Zaman kanak2 dulu saya ni kiranya ketua geng la...haha..gengster pun ya juga (kira gengster baik la kalau dalam cerita hindustan dulu2..haha...sabar aje la) tukang plan itu ini dan confirmnya plan tu akan menjadi dgn me

Peranan Penyambut Tetamu Dalam Penganjuran Majlis Formal

    Penyambut tetamu ( usherette ) adalah orang yang memainkan peranan yang sangat penting dalam menyambut tetamu dan memastikan supaya tetamu dalam sesuatu majlis itu dapat diuruskan dengan baik dan lancar tanpa menimbulkan rasa tidak puas hati, rasa tersinggung dan rasa tidak selesa daripada tetamu yang dijemput. Sebelum pergi jauh lagi tentang peranan penyambut tetamu, mari kita sama-sama fahami dulu definisi 'Penyambut Tetamu'. Secara ringkasnya penyambut tetamu adalah orang yang dilantik dan diberikan tugas dan tanggungjawab untuk menyambut tetamu-tetamu yang dijemput dalam satu-satu majlis, menunjukkan arah dan mengiringi tetamu, serta memastikan keselesaan tetamu terjaga. Tugas menyambut tetamu ini kebiasaannya diletakkan di bawah satu Jawatankuasa yang terdiri daripada sebilangan peyambut tetamu yang mana jumlahnya bergantung kepada berapa ramai tetamu yang perlu diuruskan. Tetamu ini diklasifikasi kepada beberapa kategori, iaitu kategori kehormat dan

Peranan Pegawai Tadbir di Universiti Awam

Buat semua pembaca budiman,  Penulisan ini adalah sekadar pandangan dan pendapat peribadi saya berdasarkan pengalaman yang dilalui sebagai Pegawai Tadbir di Universiti Awam (UA). Walau bagaimanapun, ia mungkin berbeza mengikut pandangan masing-masing, juga mungkin berbeza mengikut governan UA masing-masing. Namun, sekurang-kurangnya penulisan ini dapat membantu untuk memberikan gambaran kepada pembaca dalam mengetahui secara umum mengenai peranan dan tanggungjawab seorang Pegawai Tadbir di UA. Pegawai Tadbir yang dibincangkan dalam penulisan ini adalah Pegawai Tadbir Universiti (PTU). PTU adalah Pegawai yang dikelaskan di bawah Skim Perkhidmatan Pengurusan dan Profesional (P&P). Gred jawatan bermula di Gred 41 dan ke atas. PTU adalah individu yang dilantik oleh pihak berkuasa Universiti untuk menguruskan pelbagai bentuk hal-ehwal pengurusan dan pentadbiran di Pusat Tanggungjawab (PTJ) di mana mereka ditempatkan. Daripada segi kelayakan akademik, PTU ini pe