Skip to main content

Langit Yang Terbentang Indah...

8 November 2019

Kembali bertamu di Blog. Dua tiga malam ni tak sempat menulis, walau keinginan dan idea untuk menulis tu sentiasa ada, namun kerana rasa sedikit keletihan...makanya idea disimpan dulu sehingga Blog dijenguk semula nanti...dan malam ini menjenguk dan "bertanya kaba" seketika sebelum mata ini lelap dan beradu...

Malam ini saya ingin pahatkan di sini tentang suatu rasa...rasa yang dirasai di jiwa dan dihayati keindahannya di pandangan mata. Subhanallah...tiada kata-kata yang dapat digambarkan tentang kecantikan dan keindahan yang dipandang. 

Serasa begitu ralat kerana tidak sempat untuk snap gambar "keindahan dan kecantikan" ini kerana saya sedang memandu pada masa itu...memang tak dapat snap gambar..terdetik di hati untuk berhenti tepi jalan sat untuk menikmati panorama indah alam ciptaan Allah yang berada di depan mata dan merakamkan gambar...namun keadaan jalan yang agak sibuk tidak mengizinkan untuk kereta diparkir seketika di tepi jalan...bahayapun satu hal juga.

Sambil memandu mata sesekali memandang ke langit..."Subhanallah cantiknya"...hati saya berbisik...betapa hebatnya alam ciptaan Allah ini...kebesaran dan kekuasaan-Nya....Allahuakbar...tiada tandingan dan bandingan...

Indahnya panorama langit petang yang terbentang luas di depan mata saya. Cantiknya ya Allah...saya tak tahu bagaimana saya nak bayangkan betapa "maha indah dan maha cantiknya" langit dan awan ini bersatu dan memberikan fenomena keindahan yang tak terkata. Berkebetulan pula di lewat petang tadi cahaya emas kemerahan mentari memancar indah dengan dikelilingi awan dan langit yang sangat cantik itu..dan panorama ini menambahkan lagi keindahan langit petang. 

Subhanallah...langit dan awannya bersatu dalam rona kelabu silver yang sangat cantik...awannya berombak sekata dan membentuk corak yang juga sekata menjadi lakaran indah yang tersusun dalam bongkah-bongkah kecil berbentuk hoksagon secara bergilir tonenya antara kelabu dan silver...Ya Allah betapa indah nian nya alam di pandangan mata saya tadi. Bayangkan satu hamparan langit yang terbentang luas itu membentuk corak dan lakaran yang sama...dengan di tengah-tengahnya sang mentari yang memancarkan sinar keemasan bercampur rona kemerahan...

Hati saya berbisik lagi "Allahuakbar...tidak pernah lagi saya lihat keadaan langit secantik ini dan mengapa hari ini begitu cantik sekali"....damai sungguh hati saya yang memandang...coraknya tersusun rapi. Langit seakan menyatakan tentang sesuatu yang bahagia, gembira...dan seakan meraikan atau mengiringi "sesuatu" yang istimewa yang mana "sesuatu" itu saya sendiripun tidak pasti pada masa itu.

Namun selepas sampai di rumah...sesambil minum petang dengan Mr. Husband..saya baru teringat bahawa esok adalah maulidurrasul...Hari keputeraan Nabi Muhammad SAW rupanya esok..ya esok 12 Rabiulawal....

Lihatlah...betapa alam ini juga turut meraikan hari junjungan besar kita....hati saya berbisik lagi "patutlah alam semesta begitu cantik memancarkan seri kecantikannya...langit yang terbentang luas melakarkan corak yang indah tidak terperi cantiknya itu...tak dapat saya bayangkan dengan kata-kata...rupa-rupanya alam keseluruhan turut meraikan tibanya hari esok...hari kelahiran Nabi Muhammad SAW....Rasul Allah...

Sekadar perkongsian tentang fenomena keindahan langit pada lewat petang tadi...betapa indahnya alam ciptaan Allah...kebesaran dan kekuasaan-Nya yang wajib kita yakini sepenuh hati. Cantik sungguh panorama alam ini...
mendamaikan jiwa dan perasaan seandainya kita betul-betul menikmati dan menghayati...kebesaran Allah ini juga akan terus meningkatkan rasa takwa dan keimanan kita kepada Allah.


Selawat dan salam ke atas Junjungan Besar Nabi Muhammad SAW. Semoga kami semua mendapat Syafaat mu ya Rasulullah di saat kami dihimpunkan di Padang Mahsyar kelak...

Salam Hormat,
RZH

Comments

Popular posts from this blog

Kenangan Zaman Permainan Kanak-kanak...

Dalam  hidup masing-masing, semua orang   mempunyai  kenangan  dan  momen  indah yang tersendiri semasa zaman kanak-kanak...ada yang menjadikan kenangan itu sebagai suatu nilai sentimental yang akan terpahat selamanya dalam lipatan kenangan. Saya juga tidak terkecuali. Kenangan permainan saya semasa kanak-kanak dulu memang terlalu istimewa dalam hidup saya...sentiasa segar dan mekar dalam bayangan fikiran sehinggakan terkadang menggamit rasa untuk kembali semula ke masa lampau...andai masa boleh diundur semula kan...saya ingin kembali mengulangi momen2 itu. Semasa zaman kanak2 saya memang sangat aktif bermain dan beraktiviti dengan kawan2...memang lasak betul la. Permainan kami geng kanak2 ni memang meriah betul ibarat satu pesta pula kemeriahannya. Zaman kanak2 dulu saya ni kiranya ketua geng la...haha..gengster pun ya juga (kira gengster baik la kalau dalam cerita hindustan dulu2..haha...sabar aje la) tukang plan itu ini dan confirmnya plan tu akan menjadi dgn me

Peranan Penyambut Tetamu Dalam Penganjuran Majlis Formal

    Penyambut tetamu ( usherette ) adalah orang yang memainkan peranan yang sangat penting dalam menyambut tetamu dan memastikan supaya tetamu dalam sesuatu majlis itu dapat diuruskan dengan baik dan lancar tanpa menimbulkan rasa tidak puas hati, rasa tersinggung dan rasa tidak selesa daripada tetamu yang dijemput. Sebelum pergi jauh lagi tentang peranan penyambut tetamu, mari kita sama-sama fahami dulu definisi 'Penyambut Tetamu'. Secara ringkasnya penyambut tetamu adalah orang yang dilantik dan diberikan tugas dan tanggungjawab untuk menyambut tetamu-tetamu yang dijemput dalam satu-satu majlis, menunjukkan arah dan mengiringi tetamu, serta memastikan keselesaan tetamu terjaga. Tugas menyambut tetamu ini kebiasaannya diletakkan di bawah satu Jawatankuasa yang terdiri daripada sebilangan peyambut tetamu yang mana jumlahnya bergantung kepada berapa ramai tetamu yang perlu diuruskan. Tetamu ini diklasifikasi kepada beberapa kategori, iaitu kategori kehormat dan

Peranan Pegawai Tadbir di Universiti Awam

Buat semua pembaca budiman,  Penulisan ini adalah sekadar pandangan dan pendapat peribadi saya berdasarkan pengalaman yang dilalui sebagai Pegawai Tadbir di Universiti Awam (UA). Walau bagaimanapun, ia mungkin berbeza mengikut pandangan masing-masing, juga mungkin berbeza mengikut governan UA masing-masing. Namun, sekurang-kurangnya penulisan ini dapat membantu untuk memberikan gambaran kepada pembaca dalam mengetahui secara umum mengenai peranan dan tanggungjawab seorang Pegawai Tadbir di UA. Pegawai Tadbir yang dibincangkan dalam penulisan ini adalah Pegawai Tadbir Universiti (PTU). PTU adalah Pegawai yang dikelaskan di bawah Skim Perkhidmatan Pengurusan dan Profesional (P&P). Gred jawatan bermula di Gred 41 dan ke atas. PTU adalah individu yang dilantik oleh pihak berkuasa Universiti untuk menguruskan pelbagai bentuk hal-ehwal pengurusan dan pentadbiran di Pusat Tanggungjawab (PTJ) di mana mereka ditempatkan. Daripada segi kelayakan akademik, PTU ini pe