Skip to main content

Santai Minda Rehat Diri & Recharge...

Image result for Jiwa yang sentiasa segar dan sihat

Petang-petang ni bersantai-santai saja sesambil rehat-rehat. Memang semua orang perlu rehat lebih di hujung minggu...recharge diri dan fikiran supaya kembali fresh untuk menghadapi segala macam urusan kerja untuk minggu seterusnya.

Begitulah rutin dalam hidup kita kan...seminggu seminggu tu berlalu dengan sangat pantas sekali...pusingan rutin yang berulang pada setiap minggu...sudah pasti aktiviti-aktiviti ini yang kita lakukan sebagai pengisiannya - beribadah, bekerja untuk rezeki bagi meneruskan kesinambungan hidup...beraktiviti, makan dan minum,berehat dan tidur....semuanya ini pelengkap untuk 24 jam kan...

Recharge diri ini memerlukan aura positif yang menguasai diri kita. Untuk mendapatkan aura positif, sudah pasti pemikiran kita juga perlu sentiasa positif dan jiwa kita perlu tenang dan damai. Hati kita juga perlu tenang dan bahagia. Hari minggu la hari yang paling sesuai untuk kita recharge diri kerana pada hari minggu kita tidak berada dalam kesibukan dan tekanan kerja, juga hiruk pikuk persekitaran yang mengganggu ketenangan, kesesakan lalu lintas, kebisingan dan sebagainya lagi.

Apa agaknya yang perlu kita buat untuk kita recharge diri kita. Sudah pastilah ianya berbeza antara seorang individu dengan individu yang lain kerana ianya bergantung kepada "apa perkara/aktiviti yang kita suka dan apa yang buat kita rasa senang dan damai.

Seperti yang saya nyatakan di atas tadi, recharge diri berlaku apabila hati dan perasaan kita tenang, damai, dan bahagia. Bila hati rasa damai dan tenang, pengumpulan energi dalam badan dan motivasi diri akan berlaku dengan aktif.

Justeru, carilah kelapangan fikiran, ketenangan dan kedamaian hati dengan cara masing-masing. Mungkin dengan membaca, menulis, menonton TV, mendengar radio, membaca Al-Quran, keluar beriadah dan berekreasi, keluar berjalan2 dan Xplore tempat-tempat menarik, pergi berkelah, buat makan-makan keluarga, window shopping, "mengopi" dengan geng, dan pelbagai aktiviti lagi yang  boleh mendamaikan hati masing-masing.

Sering berlaku, kita tidak mendapat jiwa yang tenang kerana diri terbelenggu dengan fikiran yang sarat berfikir tentang kerja semata-mata, dihimpit pelbagai rasa sedih, kecewa atas sesuatu yang berlaku. Bagaimana agaknya kita "nak letak tepi" sekejap kesibukan kerja tu..ya dengan cara "switch off" sekejap la untuk dua hari semasa weekend. Ini sangat penting, bukan apa, supaya kita kembali bertenaga dan bersemangat bila kita recharge energi dalam diri kita dalam masa dua hari bercuti tu (weekend). Pemikiran kita juga nanti akan lebih cekap dan tangkas untuk kerja yang lebih berkualiti di ofis nanti.

Begitu juga dengan soal kesedihan dan kekecewaan. Bagaimana agaknya kita nak sembuhkan kembali hati kita yang sedih dan kecewa ini supaya kita mendapat jiwa yang positif dan memperoleh ketenangan dan kedamaian untuk kita terus recharge diri kita.

Saya tertarik untuk berkongsi perkara yang selalu saya amalkan di saat saya dilanda kekecewaan dalam hidup dan insyaAllah pertolongan Allah sentiasa hadir di saat kita memerlukan. Apa yang penting adalah kita perlu yakin dan banyak berdoa. InsyaAllah, kehidupan kita sentiasa dalam perhatian dan perlindungan Allah. Percayalah...

Dalam penulisan kali ini saya ingin berkongsi tentang perlunya kita untuk banyak beristigfar, berdoa dan berzikir dalam melalui kehidupan sehari-hari...jangan kita terleka dan terbuai sehingga kita melupakan amalan yang sangat penting ini selain daripada solat lima waktu kita kepada Allah. Doa dan zikir ini adalah makanan untuk rohani kita...makanan untuk jiwa kita supaya jiwa kita terus kuat.

Ketiga-tiga perkara ini memang sangat penting dalam hidup. Latih diri untuk sentiasa kembali kepada Allah atas apa jua perkara yang berlaku. Bila kita telah terbiasa mengingati Allah dalam apa jua keadaan kita, memang secara automatik sebenarnya istigfar itu akan sentiasa bermain di bibir. Beristigfarlah sebanyak-banyaknya, sekurang-kurangnya 70 kali sehari. 

Beristigfar ini sangat mudah sebenarnya untuk kita lakukan. Contohnya, semasa dalam kereta untuk pergi balik ke tempat kerja, setiap kali selepas solat, dan setiap kali kita terdetik di saat dalam kesibukan kerja juga kita sebenarnya boleh beristigfar. 

Berdoa lah dengan seikhlas dan sejujurnya memohon bantuan dan pertolongan Allah. Allah sangat memahami dan mengetahui apa yang ada dalam hati kita. Berdoa dan sujudlah kepada Allah kerana Allah Maha Mengetahui. Menangis dan menagih lah kepada-Nya.


Berzikir juga...pilih lah apa jua zikir yang tersangat banyak untuk kita jadikan amalan harian kita. Jadikan zikir sebagai peneman diri pada setiap saat. Antara zikir amalan harian yang boleh kita amalkan adalah:


1. Jika dalam kesedihan, sebak, kecewa atau difitnah, bacalah Surah Yasin ayat 76 bagi tujuan mendapatkan ketenangan dan ketenteraman diri.


Related image
2. Semasa kecil ayah saya memang minta kami adik-beradik hafal dan amalkan selalu Surah At-Taubah Ayat 128 dan 129. Memang menjadi amalan sehingga kini...insyaAllah.
Image result for ayat laqod ja akum
3. Di saat hati bersedih dan kecewa dengan perbuatan orang lain kepada kita, maka amalkan lah membaca Surah Al-Fatihah dan menghadiahkan kepada orang yang menyakiti kita dan mendoakan agar Allah memberikan petunjuk kepada kita dan orang berkenaan agar segala kesulitan terlerai.

4. Sentiasa membaca Ayat Kursi sebagai amalan harian. Ayat Al-Quran yang dibaca selalu dan menjadi amalan harian kita, maka ia menjadi zikir buat kita dan boleh dibaca walaupun sedang dalam keadaan haid bagi wanita.


5. Sentiasa membaca ayat 2 dan 3 Surah At-Talaq atau ramai yang panggil sebagai ayat "seribu Dinar" sebagai zikir harian. Ini juga adalah salah satu ayat yang ayah saya sentiasa ingatkan kami adik-beradik untuk hafal dan sentiasa amalkan.


Image result for ayat seribu dinar

6. Sentiasa berzikir dengan kalimah ini:
Image result for lahaulawalaquwataillabillah

7. Membaca zikir "Lailahaillallah Hul Malikul Haqqul Mubin"

Image result for lailahaillallah almalikul haqqul mubin
8. Sentiasa berselawat ke atas Nabi Muhammad SAW.

Demikian lah sedikit sebanyak perkongsian saya berkaitan recharge tenaga dan semangat dalam diri.  Semoga jiwa kita terus kuat dan hati kita terus kental. Semoga perkongsian yang tidak seberapa ini bermanfaat untuk kita semua.



Bicara Hati,

RZH
13 Oktober 2019




Comments

Popular posts from this blog

Kenangan Zaman Permainan Kanak-kanak...

Dalam  hidup masing-masing, semua orang   mempunyai  kenangan  dan  momen  indah yang tersendiri semasa zaman kanak-kanak...ada yang menjadikan kenangan itu sebagai suatu nilai sentimental yang akan terpahat selamanya dalam lipatan kenangan. Saya juga tidak terkecuali. Kenangan permainan saya semasa kanak-kanak dulu memang terlalu istimewa dalam hidup saya...sentiasa segar dan mekar dalam bayangan fikiran sehinggakan terkadang menggamit rasa untuk kembali semula ke masa lampau...andai masa boleh diundur semula kan...saya ingin kembali mengulangi momen2 itu. Semasa zaman kanak2 saya memang sangat aktif bermain dan beraktiviti dengan kawan2...memang lasak betul la. Permainan kami geng kanak2 ni memang meriah betul ibarat satu pesta pula kemeriahannya. Zaman kanak2 dulu saya ni kiranya ketua geng la...haha..gengster pun ya juga (kira gengster baik la kalau dalam cerita hindustan dulu2..haha...sabar aje la) tukang plan itu ini dan confirmnya plan tu akan menjadi dgn me

Peranan Penyambut Tetamu Dalam Penganjuran Majlis Formal

    Penyambut tetamu ( usherette ) adalah orang yang memainkan peranan yang sangat penting dalam menyambut tetamu dan memastikan supaya tetamu dalam sesuatu majlis itu dapat diuruskan dengan baik dan lancar tanpa menimbulkan rasa tidak puas hati, rasa tersinggung dan rasa tidak selesa daripada tetamu yang dijemput. Sebelum pergi jauh lagi tentang peranan penyambut tetamu, mari kita sama-sama fahami dulu definisi 'Penyambut Tetamu'. Secara ringkasnya penyambut tetamu adalah orang yang dilantik dan diberikan tugas dan tanggungjawab untuk menyambut tetamu-tetamu yang dijemput dalam satu-satu majlis, menunjukkan arah dan mengiringi tetamu, serta memastikan keselesaan tetamu terjaga. Tugas menyambut tetamu ini kebiasaannya diletakkan di bawah satu Jawatankuasa yang terdiri daripada sebilangan peyambut tetamu yang mana jumlahnya bergantung kepada berapa ramai tetamu yang perlu diuruskan. Tetamu ini diklasifikasi kepada beberapa kategori, iaitu kategori kehormat dan

Peranan Pegawai Tadbir di Universiti Awam

Buat semua pembaca budiman,  Penulisan ini adalah sekadar pandangan dan pendapat peribadi saya berdasarkan pengalaman yang dilalui sebagai Pegawai Tadbir di Universiti Awam (UA). Walau bagaimanapun, ia mungkin berbeza mengikut pandangan masing-masing, juga mungkin berbeza mengikut governan UA masing-masing. Namun, sekurang-kurangnya penulisan ini dapat membantu untuk memberikan gambaran kepada pembaca dalam mengetahui secara umum mengenai peranan dan tanggungjawab seorang Pegawai Tadbir di UA. Pegawai Tadbir yang dibincangkan dalam penulisan ini adalah Pegawai Tadbir Universiti (PTU). PTU adalah Pegawai yang dikelaskan di bawah Skim Perkhidmatan Pengurusan dan Profesional (P&P). Gred jawatan bermula di Gred 41 dan ke atas. PTU adalah individu yang dilantik oleh pihak berkuasa Universiti untuk menguruskan pelbagai bentuk hal-ehwal pengurusan dan pentadbiran di Pusat Tanggungjawab (PTJ) di mana mereka ditempatkan. Daripada segi kelayakan akademik, PTU ini pe