Skip to main content

Ketepikan Apa Orang Kata...


Kehidupan ini ada terkandung di dalamnya pelbagai perkara, pelbagai karenah dan pelbagai situasi..belum lagi nak dihitung pelbagai ujian dan cabaran...memang banyak dan tidak akan mungkin berakhir selagi hayat dikandung badan...

Justeru, tak perlu lah kita nak gusarkan sangat...andai itu memang kita telah maklumi yang ianya adalah lumrah dalam kehidupan..makanya hadapi dan laluilah dengan penuh kesabaran dan ketabahan...tak perlu nak mengambil fikir semuanya untuk diletakkan di fikiran sebab sudah pasti "takkan muat" untuk satu2 masa kita nak sumbat semuanya...benda yang tak muat tapi di 'push' juga supaya muat, mmg confirm akan 'burst'...

Begitu lah juga perumpamaan dgn tubuh badan kita ni....jangan lah diberatkan sgt dengan perkara2 yang tidak perlu difikir...lepaskan saja...biarkan pergi. Selagi diberatkan dalam fikiran..selagi itulah badan kita akan penat dan kesihatan kita akan terganggu..sakit kepala, sakit dada, stress dsbnya lagi. Kalau dah stress mmg kita sedia maklum kesan stress terhadap badan kita.

Selalunya yang menjadi masalah kepada kita adalah kita cenderung untuk memikirkan apa yang orang kata...apa persepsi orang, apa andaian orang....semuanya yg kita fikir adalah tentang "apa orang kata". Selagi tak dapat jawapan, selagi itu lah dicari....untuk apa sebenarnya...kalau jawapan tu berbentuk objektif, 'atleast' okey la...masalahnya dalam hidup ni kebanyakan jawapan adalah berbentuk subjektif.

Petang tadi sempat bersembang dengan seorang sahabat...kata dia "tak perlu fikir apa orang kata, yang penting adalah fikir tentang kita"...ada betul juga sebenarnya kata kawan saya ni...sebab "apa orang kata" tu di luar kawalan kita...dan "tentang kita" pula adalah dalam kawalan kita...jadinya, fikirkan apa yg boleh kita buat dalam kawalan kita untuk pastikan kehidupan sentiasa tenang dan bahagia.

Dalam hidup ini simple saja kalau kita nak pastikan kita tenang dan bahagia:

1. Lalui kehidupan atas jalan yang diredhai Allah... buat segala suruhan Allah dan tinggalkan segala yang dilarang.

2. Kalau ada kita buat salah..cepat2 mohon maaf supaya rasa bersalah dan dosa atas kesalahan itu tidak membelenggu fikiran kita menjadikan ada benda yang tersekat.."unfinished business"..ini yang buat hidup kita tak tenang.

3. Kalau orang ada buat salah dgn kita - cepat2 maafkan saja... ignore saja...mmg akan buat kita rasa release ..dalam masa yang sama soal kita dgn dengan dia selesai.. manakala soal dia dengan Allah...biar Allah yang "bereskan"...Allah lebih tahu.

4. Kalau rasa bersedih, kecewa, dan rasa terpinggir...banyakkan berdoa, banyakkan bersedekah, berpuasa, banyakkan berzikir...kerana mungkin ada dosa2 kita yang masih belum Allah ampunkan..dgn berdoa, bersedekah, berzikir dan berpuasa, insyaAllah dpt menghapuskan dosa2 lalu...

5. Letak di fikiran benda yang dalam dimensi kawalan kita saja...di luar dimensi kawalan kita tak payah fikir sebab sudah pasti nanti tak akan berpenghujung...daripada "sesak" fikiran kita lebih baik tak perlu fikir.

6. Jangan beratkan fikiran kita untuk fikir "apa orang kata" sebab sudah pasti kita tiada jawapan yang tepat untuk itu. Bila kita semakin fikirkan, maka kita semakin berandaian mengikut pemikiran kita sedangkan orang berfikir mengikut pemikiran dia...titik pertemuan terhadap pemikiran ini tidak bertemu..dan kita terus berpersepsi dan berandaian....lagi parah jika nanti andaian dan persepsi kita sendiri  itulah yang mengikat dan membelenggu hati dan perasaan kita.

7. Jangan tidak jujur atas apa jua perlakuan kita sehingga "memusnahkan kehidupan orang lain"...hati mesti suci dan bersih dari segala sifat tamak, dengki, iri hati, dendam dan sebagainya lagi. Perlu diingat bahawa karma Allah itu sentiasa ada...CCTV Allah sentiasa melihat apa dalam hati kita...ya betul orang tak tahu, tapi Allah tetap tahu.

Kesimpulannya, dalam hidup ni untuk tenang dan bahagia, jangan kita fikir tentang apa orang kata, bersangka baik dengan Allah dan orang sekeliling...redha dan berlapang dada atas apa jua yang ditakdirkan buat kita...dan sentiasa letak di hati bahawa apa yang Allah susun dan takdirkan untuk kita adalah "yang terbaik buat kita".

Sekadar santai malam,
RZH
12 Oktober 2019

Comments

Popular posts from this blog

Kenangan Zaman Permainan Kanak-kanak...

Dalam  hidup masing-masing, semua orang   mempunyai  kenangan  dan  momen  indah yang tersendiri semasa zaman kanak-kanak...ada yang menjadikan kenangan itu sebagai suatu nilai sentimental yang akan terpahat selamanya dalam lipatan kenangan. Saya juga tidak terkecuali. Kenangan permainan saya semasa kanak-kanak dulu memang terlalu istimewa dalam hidup saya...sentiasa segar dan mekar dalam bayangan fikiran sehinggakan terkadang menggamit rasa untuk kembali semula ke masa lampau...andai masa boleh diundur semula kan...saya ingin kembali mengulangi momen2 itu. Semasa zaman kanak2 saya memang sangat aktif bermain dan beraktiviti dengan kawan2...memang lasak betul la. Permainan kami geng kanak2 ni memang meriah betul ibarat satu pesta pula kemeriahannya. Zaman kanak2 dulu saya ni kiranya ketua geng la...haha..gengster pun ya juga (kira gengster baik la kalau dalam cerita hindustan dulu2..haha...sabar aje la) tukang plan itu ini dan confirmnya plan tu akan menjadi dgn me

Peranan Penyambut Tetamu Dalam Penganjuran Majlis Formal

    Penyambut tetamu ( usherette ) adalah orang yang memainkan peranan yang sangat penting dalam menyambut tetamu dan memastikan supaya tetamu dalam sesuatu majlis itu dapat diuruskan dengan baik dan lancar tanpa menimbulkan rasa tidak puas hati, rasa tersinggung dan rasa tidak selesa daripada tetamu yang dijemput. Sebelum pergi jauh lagi tentang peranan penyambut tetamu, mari kita sama-sama fahami dulu definisi 'Penyambut Tetamu'. Secara ringkasnya penyambut tetamu adalah orang yang dilantik dan diberikan tugas dan tanggungjawab untuk menyambut tetamu-tetamu yang dijemput dalam satu-satu majlis, menunjukkan arah dan mengiringi tetamu, serta memastikan keselesaan tetamu terjaga. Tugas menyambut tetamu ini kebiasaannya diletakkan di bawah satu Jawatankuasa yang terdiri daripada sebilangan peyambut tetamu yang mana jumlahnya bergantung kepada berapa ramai tetamu yang perlu diuruskan. Tetamu ini diklasifikasi kepada beberapa kategori, iaitu kategori kehormat dan

Peranan Pegawai Tadbir di Universiti Awam

Buat semua pembaca budiman,  Penulisan ini adalah sekadar pandangan dan pendapat peribadi saya berdasarkan pengalaman yang dilalui sebagai Pegawai Tadbir di Universiti Awam (UA). Walau bagaimanapun, ia mungkin berbeza mengikut pandangan masing-masing, juga mungkin berbeza mengikut governan UA masing-masing. Namun, sekurang-kurangnya penulisan ini dapat membantu untuk memberikan gambaran kepada pembaca dalam mengetahui secara umum mengenai peranan dan tanggungjawab seorang Pegawai Tadbir di UA. Pegawai Tadbir yang dibincangkan dalam penulisan ini adalah Pegawai Tadbir Universiti (PTU). PTU adalah Pegawai yang dikelaskan di bawah Skim Perkhidmatan Pengurusan dan Profesional (P&P). Gred jawatan bermula di Gred 41 dan ke atas. PTU adalah individu yang dilantik oleh pihak berkuasa Universiti untuk menguruskan pelbagai bentuk hal-ehwal pengurusan dan pentadbiran di Pusat Tanggungjawab (PTJ) di mana mereka ditempatkan. Daripada segi kelayakan akademik, PTU ini pe