Skip to main content

Merenung Kehidupan...Masa Sepantas Kilat


Related image



Malam semakin lewat. Melihat jam di handphone ni telah menunjukkan pukul 1.57 am...aduhai la mata...dia buat hal lagi...seminggu ni sukar betul mata nak dilelapkan. Tak pasti mengapa...banyak sangat kah berfikir? Tidak juga...


Cuma malam ni bila tak dapat tidur tiba2 fikiran melayang dan berfikir tentang kehidupan ini. Memikirkan usia yang semakin menganjak dan masa yang begitu pantas bergerak...Allahuakbar.


Sehari yang berlalu umpama beberapa jam saja...seakan sepintas cuma...baru sekejap bermula pagi tiba2 dah petang...kemudiannya malam dan dah esoknya...satu hari sekarang seakan bukan 24 jam lagi...walhal memang tetap 24 jam sebab satu putaran sehari semalam tu memang 24 jam.


Seminggu itu bagaikan kilat...baru hari ni melalui Sabtu dan Ahad..eh eh tiba2 sesingkat cuma bertemu pula pusingan Sabtu dan Ahad berikutnya. Begitu juga bulan, baru saja memasuki awal bulan, eh eh tiba2 dah di penghujung bulan dan dah mula memasuki bulan yang baharu...baru semalam saja masuk tahun baharu Masehi...eh eh kini dah masuk bulan ke sepuluh...kini sudah di bulan Oktober...

maksudnya tinggal 3 bulan sahaja lagi ke penghujung tahun 2019😱...pantasnya putaran waktu! tiba2 muncul depan mata tahun 2020 pula!


Jauh di sudut hati, telah hadir rasa "getaran ketakutan" memikirkan janji Allah tentang Hari Kiamat dan tentang ajal yang akan menjemput. Bagaimana hati tak terasa takut dan gentar andai hakikat ini kita perlu fahami dan yakini...takut ini dalam erti kata memikirkan "cukupkah bekalan untuk dibawa dan dihitung di sana?" sedangkan usia sudah menghampiri 50 tahun...tidak lama lagi masa yang tinggal kalau kita mengambilkira bahawa jangkahayat umat Nabi Muhammad SAW adalah dalam lingkungan 50 ke 70 tahun sahaja.


Dunia kini telah di akhir zaman... Pada zaman Nabi Muhammad SAW lagi Allah telah menyebut bahawa  Nabi Muhammad SAW adalah Nabi dan Rasul akhir zaman, dan kini daripada tarikh Rasulullah wafat (dikatakan pada tahun 632 Masehi) sehingga kini telahpun berlalu hampir 1400 tahun...Allahuakbar...


Maksudnya, zaman kita ini...di tahun 2019 semua yang disebut dalam Al-Quran sebagai tanda-tanda akhir zaman sudahpun berlaku....malah telah berlaku sebelum ni lagi...dunia yang semakin porak peranda, huru hara, perbalahan, pergaduhan, pertumpahan darah, hiburan yang terlalu banyak, dan sebagainya lagi.


Daripada Abu Hurairah r.a. beliau berkata aku mendengar Rasulullah SAW bersabda: “Umatku akan ditimpa penyakit yang pernah menimpa umat terdahulu.” Sahabat bertanya: “Apakah penyakit-penyakit yang pernah menimpa umat terdahulu itu?” 
Nabi SAW menjawab: Penyakit-penyakit itu ialah [HR Hakim]:

1. Terlalu banyak bersukaria

2. Terlalu mewah
3. Mengumpulkan harta sebanyak mungkin
4. Penipuan dalam merebut harta benda dunia
5. Saling memarahi
6. Dengki-mendengki, sehingga menzalimi antara          satu sama lain

Meskipun tidak ada seorangpun yang tahu bilakan akan datang hari kiamat, namun demikian terdapat beberapa perkara yang memberikan tanda bahawa manusia saat ini tengah berada di akhir zaman.


Antara yang saya ingin highlightkan di sini beberapa tanda-tanda akhir zaman yang disebut dalam Al-Quran dan kini memang telah berlaku:

1. Wafatnya Nabi Muhammad SAW 
2. Penaklukan Baitul Maqdis
3. Munculnya Pelbagai Fitnah/Beragam Fitnah
4. Diangkatnya ilmu dan Fenomena kebodohan -            ramai para ulamak yang meninggal dunia
5. Merebaknya perzinaan
6. Fenomena anggapan alat muzik adalah halal
7. Maraknya minuman keras
8. Berlumba-lumba Menghiasi Masjid
9. Berlumba-lumba Meninggikan Bangunan
10. Maraknya pembunuhan
11. Zaman semakin singkat - Masa semakin pantas
12. Orang tuan bergaya seperti anak muda
13. Banyak Berlaku Gempa Bumi
14. Banyak Berlaku Pergaduhan/putus hubungan silaturrahim/hubungan jiran tetangga.

Wallahua'lam...

Hanya Allah jua yang tahu...makanya persiapkanlah diri kita ke arah jalan yang Allah redhai semoga kita semua dalam rahmat dan perlindungan Allah selalu. Dengan macam2 fenomena alam yang berlaku sekarang ini memang cukup untuk menakutkan dan menyedarkan dan menginsafkan kita...fenomena tsunami, gempa bumi, jerebu (asap tebal ataupun dalam Quran disebut Dukhan)...semua ini memang tanda2 dari Allah untuk mengingatkan kita bahawa hari pengakhiran itu telah semakin hampir...

Semoga kita tidak terbuai dalam "kerakusan dan kegelojohan duniawi" dan terlupa tentang hakikatnya dunia ini sementara dan semua yang ada dalam dunia ini juga sementara...umur kita juga ada hayatnya...sementara cuma..bila sampai masa ajal kan datang menjemput...justeru, dalam menghadapi "konflik duniawi" jangan lah kita terlalu taksub...bersederhana lah dan ingatlah akhirnya semua perkara adalah milik Allah dan semuanya akan kembali kepada-Nya...andai ini sentiasa disemat dalam hati..lebur dan runtuhlah rasa ego, sombong, bongkak, rasa diri hebat dan berkuasa...kerana akhirnya "Kun Fayaakun"...akan berlaku sebagaimana yang Allah kehendaki dan bukan manusia kehendaki.


Sekadar perkongsian jua,
RZH









Comments

Popular posts from this blog

Kenangan Zaman Permainan Kanak-kanak...

Dalam  hidup masing-masing, semua orang   mempunyai  kenangan  dan  momen  indah yang tersendiri semasa zaman kanak-kanak...ada yang menjadikan kenangan itu sebagai suatu nilai sentimental yang akan terpahat selamanya dalam lipatan kenangan. Saya juga tidak terkecuali. Kenangan permainan saya semasa kanak-kanak dulu memang terlalu istimewa dalam hidup saya...sentiasa segar dan mekar dalam bayangan fikiran sehinggakan terkadang menggamit rasa untuk kembali semula ke masa lampau...andai masa boleh diundur semula kan...saya ingin kembali mengulangi momen2 itu. Semasa zaman kanak2 saya memang sangat aktif bermain dan beraktiviti dengan kawan2...memang lasak betul la. Permainan kami geng kanak2 ni memang meriah betul ibarat satu pesta pula kemeriahannya. Zaman kanak2 dulu saya ni kiranya ketua geng la...haha..gengster pun ya juga (kira gengster baik la kalau dalam cerita hindustan dulu2..haha...sabar aje la) tukang plan itu ini dan confirmnya plan tu akan menjadi dgn me

Peranan Penyambut Tetamu Dalam Penganjuran Majlis Formal

    Penyambut tetamu ( usherette ) adalah orang yang memainkan peranan yang sangat penting dalam menyambut tetamu dan memastikan supaya tetamu dalam sesuatu majlis itu dapat diuruskan dengan baik dan lancar tanpa menimbulkan rasa tidak puas hati, rasa tersinggung dan rasa tidak selesa daripada tetamu yang dijemput. Sebelum pergi jauh lagi tentang peranan penyambut tetamu, mari kita sama-sama fahami dulu definisi 'Penyambut Tetamu'. Secara ringkasnya penyambut tetamu adalah orang yang dilantik dan diberikan tugas dan tanggungjawab untuk menyambut tetamu-tetamu yang dijemput dalam satu-satu majlis, menunjukkan arah dan mengiringi tetamu, serta memastikan keselesaan tetamu terjaga. Tugas menyambut tetamu ini kebiasaannya diletakkan di bawah satu Jawatankuasa yang terdiri daripada sebilangan peyambut tetamu yang mana jumlahnya bergantung kepada berapa ramai tetamu yang perlu diuruskan. Tetamu ini diklasifikasi kepada beberapa kategori, iaitu kategori kehormat dan

Peranan Pegawai Tadbir di Universiti Awam

Buat semua pembaca budiman,  Penulisan ini adalah sekadar pandangan dan pendapat peribadi saya berdasarkan pengalaman yang dilalui sebagai Pegawai Tadbir di Universiti Awam (UA). Walau bagaimanapun, ia mungkin berbeza mengikut pandangan masing-masing, juga mungkin berbeza mengikut governan UA masing-masing. Namun, sekurang-kurangnya penulisan ini dapat membantu untuk memberikan gambaran kepada pembaca dalam mengetahui secara umum mengenai peranan dan tanggungjawab seorang Pegawai Tadbir di UA. Pegawai Tadbir yang dibincangkan dalam penulisan ini adalah Pegawai Tadbir Universiti (PTU). PTU adalah Pegawai yang dikelaskan di bawah Skim Perkhidmatan Pengurusan dan Profesional (P&P). Gred jawatan bermula di Gred 41 dan ke atas. PTU adalah individu yang dilantik oleh pihak berkuasa Universiti untuk menguruskan pelbagai bentuk hal-ehwal pengurusan dan pentadbiran di Pusat Tanggungjawab (PTJ) di mana mereka ditempatkan. Daripada segi kelayakan akademik, PTU ini pe