Skip to main content

Kisahku Dengan Banjir Kilat Di Perjalanan...


#16Oktober2019

Lima minit ke pukul 10.00 mlm saya menjeling jam di dinding. Secara terus terang agak penat sikit malam ni. Mata dah rasa ngantuk...tapi dah tahu dah mata ini mmg suka acah2...tak pernah dpt lelap sebelum pukul 12 tgh mlm tiba...pasti after 12 tgh mlm baru mata ni dapat lelap.

Malam ini ingatnya nak menulis ringkas sahaja...nak tulis pasal "citer semalam"...aduhai parah betul...sudah berlalu pun semlm...cuma sekadar pahatkan di sini untuk kenangan di masa depan...

Ya...kisah saya dengan banjir kilat atas jalan....hmmmm.

Trauma juga bila dikenangkan...tapi mungkin sebab saya sentiasa latih diri dalam apa jua situasi supaya tidak panik, tidak menggelabah, dan tidak stress, makanya semua kesulitan smlm dapat dilalui dengan tenang dan lancar...fuhhhh...seram juga bila fikir balik..haha

Alkisahnya, smlm ada discussion agak penting juga dengan subordinate saya, jadinya tak perasan cepat benar masa berlalu..."Apa?? dah pukul 6.40 ptg"...Allah dah lewat ni. Perbincangan ditamatkan dan saya bersiap-siap untuk balik. Sebelum gerak sempat check WhatsApp...nampak mesej from my subordinate yang lain yang mana llaluan baliknya sama dengan saya..."kalau puan belum gerak, jangan gerak dulu sebab jalan banjir" mesej tu pukul 6.12 ptg, maksudnya sudah setengah jam berlalu...dalam hati saya berbisik "jalan dah okey kot".

Masa nak keluar pintu ofis, sempat memaklumkan berita tu kepada salah seorang staf yang lain yang masih belum balik juga...juga laluan baliknya sama dengan saya.

Masa kereta saya dah mula nak beredar meninggalkan ofis, bunyi mesej masuk dan saya terus buka..rupanya staf yg saya dok borak pasal banjir tadi mesej saya.

"Puan, kawan saya baru saja mesej yang jalan TBS tutup, dia dah sejam sangkut kat situ"...saya membaca mesej yang dihantar...."Allahuakbar", saya berbisik antara dengar dgn tidak. Dalam hati berbisik "Dah nak balik ikut jalan mana ni"...aduhai...mata pandang ke phone...bateri phone memang at anytime akan padam ni...dah nazak sangat dah...mmg tinggal 2% aje lagi..."aduhai masak ni kalau bateri dah habis camane pulak nak guna waze"...hati kecil saya mendengus.

Cablenya dan power bank memang sengaja tak bawa hari ni...dok ingatkan tiada apa2 hari ni...rupanya begini pula kejadiannya. Saya berpesan pada hati, lain kali walaupun fikiran mengatakan macam tak ada apa-apa, bawa lah juga sebab kita tak tahu perancangan Allah macamana...sudah pasti perancangan Allah tidak sama dengan apa yang kita fikirkan.

Seperti biasa, saya control relax aje...dalam hati beristigfar banyak-banyak...masuk gear dan saya tekan perlahan pedal minyak...perlahan-lahan meninggalkan perkarangan ofis.

Sampai di pintu utama...hati dok berkira2...nak turn right or turn left. Hati saya berat ke turn left dulu, iaitu laluan rutin saya, kononnya berharap agar jalan dah clear sebab dah hampir sejam berlalu kan...tak sampai 100 meter bergerak...Allah...memang jem teruk...hati berbisik "ya confirm ni jalan BTS tak blh lalu dan dah tutup la ni". Kebetulan di depan saya jalannya saya boleh U turn...makanya saya buat U turn kat kat situ.

Saya bergerak sedikit ke depan dan tanpa berfikir panjang saya membelok pula ke kanan ke laluan Jalan Permaisuri sesambil dalam hati berbisik "dah mana pulak nak tuju nanti...kalau on waze pun for sure tak sampai 15 minit akan mati phone ni, dan jalan ni pula memang betul-betul saya tak biasa, bukan highway pula tu, kalau highway boleh juga saya tengok pada signboardnya walaupun mata tak berapa nampak pun"..for sure selepas waze mati, saya hilang arah nanti...kalau tak ada signboard pula lagi parah la..dalam kegelapan malam ni mana pula nak tuju...

Saya ikut kata hati saya dan saya U turn sekali lagi. hehe banyak kali u-turn ni...tak apa u-turn jalan, jangan u-turn prinsip dan pegangan diri...wahhhh gitchewww sempat lagi ya..haha

Saya seterusnya nekad untuk melalui jalan Kajang, walaupun pada hakikatnya, saya langsung tak tahu dan tak dapat bayangkan laluan mana ni...tapi sebab bunyi perkataan "Kajang" tu atleast dah dekat dengan kawasan saya tinggal dan saya tahu la sikit-sikit kawasan Kajang ni..Kalau sesat pun nanti dah di Kajang...berdekatan dengan Kajang dah Bandar Baru Bangi...tak risau sangat lah...masa tu saya terus on kan Waze...

Kereta terus bergerak perlahan,,,memang 10km sejam la meternya..Saya sampai di bulatan yang sangat besar...aduhhh jem gilerrrr di sini..kereta dari pelbagai arah, macam nak terlanggar aje antara satu sama lain...aduhhh seram juga ni...dengan hujan pula renyai-renyai...saya relax aje..memang dalam saat-saat mendebarkan saya selalu latih diri untuk "just go with the flow"...relax dan fokus kepada pemanduan saja..jangan fikir tentang hujan, tentang jem teruk di luar dan tentang kegelapan malam (sebab mata saya tak berapa jelas membaca signboard bila malam)...cukup lengkap "pakej" untuk saya tu kan yang memang secara logiknya menjadi penghalang untuk saya memandu balik ni.

Tetapi bila kita tenang dan fokus, dalam terdesak ianya tetap boleh diteruskan. Dengan "penyakit" saya ni..automatik datang rasa berdebar-debar...diri terus rasa macam "floating"...imunisasi diri yang rendah memang tidak boleh dengan situasi "uncertainty" ni...saya tetap kawal mind saya...ya saat ini hati mesti kuat...kalau tak memang diri saya nanti secara tiba2 akan jadi longlai...bila dah longlai macamana nak kemudikan kereta..memang confirm "berenti tengah2 jalan" la jadinya nanti. Fuhhh kalau itu berlaku "memang parah" dan "huru-hara" la. Satu lagi nasib baik juga kereta-kereta di kiri kanan depan belakang tertib pula daripada segi penggunaan hon..mereka langsung tidak membunyikan hon...kalau hon berbunyi dari semua penjuru...kebisingan ini boleh menjadi faktor untuk trigger "sakit saya" ni juga...secara terus-terang..."penyakit" sebegini memang tidak boleh dengan suasana kebisingan, hiruk-pikuk suara orang yang ramai dan suasana yang panas...hehe

Zikir memang tidak putus dilafaz di bibir atau disebut di hati...secara terus-terangnya zikir ini memang rutin saya pada setiap masa dan ketika...dalam setiap perjalanan saya memang suka beristigfar dan membaca "Rabbiyasir walatuassir ya karim"supaya Allah permudahkan segala urusan.

Bila dalam situasi "mendebarkan" sebegini, saya perbanyakkan zikir...zikir ini tidak putus saya sebut di bibir...istigfar itu untuk hati ini Allah tenangkan dan dibukakan jalan keluar...di saat apa jua hanya Allah tempat bergantung...

Dekat 40 minit juga rasanya saya di bulatan besar ini...sebaik sahaja melepasi bulatan besar ini dan saya telah belok ke "third exit" sepertimana kata pakcik waze ni....seperti dijangka handphone saya mati terus. bateri dah habis terus...memang dah jangka phone saya ni tidak akan bertahan lama kerana baterinya dah betul-betul nazak...inipun dah kira lama ni boleh sampai dekat 40 minit juga bertahan. Dalam hati saya bersyukur kerana atleast dia mati selepas saya tahu saya perlu belok ke mana kat bulatan "sebesar alam ni"..dah la jalan jemm giler, kereta mengasak kiri dan kanan...hujan pulak tu, walaupun sekadar renyai-renyai...aduhaiii...

Saya tetap bertenang...teruskan perjalanan...hujan makin reda sebenarnya...bila belok ke third exit tu mata saya cepat-cepat mencari signboard...nak cari tulisan "Kajang"...dannnnn hokey sempat nampak Kajang dan anak panahnya terus...mata agak sakit sikit sebab bebola mata saya perlu kecilkan untuk saya tengok tulisan dengan jelas....keadaan mengecilkan bebola mata ni saya tidak boleh lakukan secara berterusan kerana nanti akan affect pula kepada masalah sakit kepala....okey saya berada di lane yang betul...alhamdulillah....

Hujan dah reda, kesesakan makin kurang..pedal minyak dah boleh tekan lebih sikit, dalam 40 km sejam...selepas agak lama juga memandu saya kemudiannya tiba di Tol Batu 9...dalam hati saya berbisik "Okey tol ni saya familiar sebab saya pernah tersesat ke sini, masa tu belum ada waze lagi". Dah sampai sini saya dah sedap hati sebab nanti saya dah tahu untuk cari jalan balik, walaupun tetap kena berpandukan signboard juga...hehe.

Kemudiannya saya follow anak panah ke Bandar Baru Bangi...dan terus mengikut jalan yang saya dah familiar untuk saya sampai di rumah. Alhamdulillah pukul 9.00 malam saya tiba di depan rumah..Saya mengucap syukur kepada Allah...semua situasi milik-Nya...Justeru, bila kita pegang di situ, insyaAllah kita akan sentiasa bertenang dan bertabah dalam apa jua situasi...

Moral of the story daripada cerita ini adalah:

1. Ingat Allah dalam apa jua situasi
2. Berjiwa besar dan berhati kental.
3. Daya juang mesti tinggi
4. Jangan cepat mengalah
5. Amalan "dalaman" - zikir mesti menjadi darah daging kita. Jangan dalam kesulitan sahaja kita baca
6. Tenang dalam apa jua situasi - Redah sahaja
7. Fikir Mudah bukan Fikir Susah
8. Mesti berani dan yakin
9. Sabar dan tabah

Kesimpulannya, kehidupan ini perlu kita lalui dengan penuh rasa bersyukur. Tenang dan damaikan diri dalam setiap perkara, penyerahan diri secara total kepada Allah...sentiasa meletakkan Allah sebagai keutamaan...bersih diri dan bersih jiwa...InsyaAllah pertolongan Allah sentiasa datang dalam arah yang tidak disangka-sangka...jalan keluar dari segala kekususatan Allah buka seluas-luasnya...Semoga kita sentiasa ISTIQAMAH.

Bicara Hati,
RZH









Comments

Popular posts from this blog

Kenangan Zaman Permainan Kanak-kanak...

Dalam  hidup masing-masing, semua orang   mempunyai  kenangan  dan  momen  indah yang tersendiri semasa zaman kanak-kanak...ada yang menjadikan kenangan itu sebagai suatu nilai sentimental yang akan terpahat selamanya dalam lipatan kenangan. Saya juga tidak terkecuali. Kenangan permainan saya semasa kanak-kanak dulu memang terlalu istimewa dalam hidup saya...sentiasa segar dan mekar dalam bayangan fikiran sehinggakan terkadang menggamit rasa untuk kembali semula ke masa lampau...andai masa boleh diundur semula kan...saya ingin kembali mengulangi momen2 itu. Semasa zaman kanak2 saya memang sangat aktif bermain dan beraktiviti dengan kawan2...memang lasak betul la. Permainan kami geng kanak2 ni memang meriah betul ibarat satu pesta pula kemeriahannya. Zaman kanak2 dulu saya ni kiranya ketua geng la...haha..gengster pun ya juga (kira gengster baik la kalau dalam cerita hindustan dulu2..haha...sabar aje la) tukang plan itu ini dan confirmnya plan tu akan menjadi dgn me

Peranan Penyambut Tetamu Dalam Penganjuran Majlis Formal

    Penyambut tetamu ( usherette ) adalah orang yang memainkan peranan yang sangat penting dalam menyambut tetamu dan memastikan supaya tetamu dalam sesuatu majlis itu dapat diuruskan dengan baik dan lancar tanpa menimbulkan rasa tidak puas hati, rasa tersinggung dan rasa tidak selesa daripada tetamu yang dijemput. Sebelum pergi jauh lagi tentang peranan penyambut tetamu, mari kita sama-sama fahami dulu definisi 'Penyambut Tetamu'. Secara ringkasnya penyambut tetamu adalah orang yang dilantik dan diberikan tugas dan tanggungjawab untuk menyambut tetamu-tetamu yang dijemput dalam satu-satu majlis, menunjukkan arah dan mengiringi tetamu, serta memastikan keselesaan tetamu terjaga. Tugas menyambut tetamu ini kebiasaannya diletakkan di bawah satu Jawatankuasa yang terdiri daripada sebilangan peyambut tetamu yang mana jumlahnya bergantung kepada berapa ramai tetamu yang perlu diuruskan. Tetamu ini diklasifikasi kepada beberapa kategori, iaitu kategori kehormat dan

Peranan Pegawai Tadbir di Universiti Awam

Buat semua pembaca budiman,  Penulisan ini adalah sekadar pandangan dan pendapat peribadi saya berdasarkan pengalaman yang dilalui sebagai Pegawai Tadbir di Universiti Awam (UA). Walau bagaimanapun, ia mungkin berbeza mengikut pandangan masing-masing, juga mungkin berbeza mengikut governan UA masing-masing. Namun, sekurang-kurangnya penulisan ini dapat membantu untuk memberikan gambaran kepada pembaca dalam mengetahui secara umum mengenai peranan dan tanggungjawab seorang Pegawai Tadbir di UA. Pegawai Tadbir yang dibincangkan dalam penulisan ini adalah Pegawai Tadbir Universiti (PTU). PTU adalah Pegawai yang dikelaskan di bawah Skim Perkhidmatan Pengurusan dan Profesional (P&P). Gred jawatan bermula di Gred 41 dan ke atas. PTU adalah individu yang dilantik oleh pihak berkuasa Universiti untuk menguruskan pelbagai bentuk hal-ehwal pengurusan dan pentadbiran di Pusat Tanggungjawab (PTJ) di mana mereka ditempatkan. Daripada segi kelayakan akademik, PTU ini pe