Skip to main content

Biar Kita Lebih Memberi Peluang dan Menghargai...



25 September 2019, Jumaat.

Terkadang hati dan fikiran kita rasa 'penat' melayan sesuatu perkara yang kita rasa boleh memenatkan dan melukakan hati kita.

Makanya kerana itu lah lebih baik kita memilih untuk lebih banyak diam walaupun kita tahu apa yang sedang diperkatakan di depan kita itu adalah sesuatu yang masih boleh dibincang dan dihuraikan. Kalau dengan kita bersuara keadaan menjadi lebih rumit, makanya memilih untuk berdiam diri adalah lebih baik demi menjaga keharmonian sebuah perhubungan dan dalam masa yang sama demi ketenangan hati kita sendiri.

"Senyum dan biarkan saja la"... Biar itu bukan bermaksud kita setuju...tapi diam itu kerana kita lebih menghormati dan mengutamakan keharmonian dalam hubungan...fikiran kita pun tidak kusut dan hati kita pun tidak sakit dan terluka.

Bila hati penuh dengan keegoaan dan tidak "open minded" atas satu-satu perkara, maka ini lah jadinya:

1. Kita tidak ingin mendengar pandangan dan idea orang tapi kita nak orang dengar dgn baik pandangan dan idea kita.

2. Kita tidak menghormati dan meraikan pun pandangan orang sedangkan kita nak pandangan kita dihormati dan diraikan.

3. Kita sesuka hati saje potong percakapan orang yang sedang memberi pandangan sedangkan kita tidak suka kalau percakapan kita dipotong sesuka hati.

4. Kita langsung tidak mengendahkan pandangan orang sedangkan kita nak pandangan kita orang endahkan.

5. Kita menganggap idea kita saja yang bernas dan idea orang semuanya "sampah"

Dengan situasi di atas, agak2nya "hebat sangat" ke kita....kalau hanya perasaan ego yang menguasai diri dan merasakan diri serba tahu...kita sebenarnya tidak ke mana...suatu ketika nanti orang sekeliling tidak menyukai dan tidak akan memberikan perhatian kepada apa yang kita kata. Dalam hidup ni, biarlah kita disokong kerana orang menghormati kita dan bukan kita disokong kerana kuasa yang kita ada.

Hakikatnya, dalam apa jua situasi apa salahnya kita lebih memberi peluang, lebih mendengar, lebih menunjukkan sikap meraikan dan menghargai...dan tidak sewenang-wenangnya memotong idea orang lain hanya kerana merasakan idea orang lain tidak sehebat kita, merasakan hanya kita yang betul, yang tahu segalanya...orang lain semua tak tahu dan tak pandai....

Sebenarnya tidak  hilang  pun "hebat" kita itu, kalau kita lebih menghormati dan menghargai idea orang lain,  malah kita sebenarnya akan lebih disegani dan dihormati...dan yang paling utama Allah akan meningkatkan lagi darjat kita di sisi-Nya...

Sekadar sembang saja,
RZH


Comments

Popular posts from this blog

Kenangan Zaman Permainan Kanak-kanak...

Dalam  hidup masing-masing, semua orang   mempunyai  kenangan  dan  momen  indah yang tersendiri semasa zaman kanak-kanak...ada yang menjadikan kenangan itu sebagai suatu nilai sentimental yang akan terpahat selamanya dalam lipatan kenangan. Saya juga tidak terkecuali. Kenangan permainan saya semasa kanak-kanak dulu memang terlalu istimewa dalam hidup saya...sentiasa segar dan mekar dalam bayangan fikiran sehinggakan terkadang menggamit rasa untuk kembali semula ke masa lampau...andai masa boleh diundur semula kan...saya ingin kembali mengulangi momen2 itu. Semasa zaman kanak2 saya memang sangat aktif bermain dan beraktiviti dengan kawan2...memang lasak betul la. Permainan kami geng kanak2 ni memang meriah betul ibarat satu pesta pula kemeriahannya. Zaman kanak2 dulu saya ni kiranya ketua geng la...haha..gengster pun ya juga (kira gengster baik la kalau dalam cerita hindustan dulu2..haha...sabar aje la) tukang plan itu ini dan confirmnya plan tu akan menjadi dgn me

Peranan Penyambut Tetamu Dalam Penganjuran Majlis Formal

    Penyambut tetamu ( usherette ) adalah orang yang memainkan peranan yang sangat penting dalam menyambut tetamu dan memastikan supaya tetamu dalam sesuatu majlis itu dapat diuruskan dengan baik dan lancar tanpa menimbulkan rasa tidak puas hati, rasa tersinggung dan rasa tidak selesa daripada tetamu yang dijemput. Sebelum pergi jauh lagi tentang peranan penyambut tetamu, mari kita sama-sama fahami dulu definisi 'Penyambut Tetamu'. Secara ringkasnya penyambut tetamu adalah orang yang dilantik dan diberikan tugas dan tanggungjawab untuk menyambut tetamu-tetamu yang dijemput dalam satu-satu majlis, menunjukkan arah dan mengiringi tetamu, serta memastikan keselesaan tetamu terjaga. Tugas menyambut tetamu ini kebiasaannya diletakkan di bawah satu Jawatankuasa yang terdiri daripada sebilangan peyambut tetamu yang mana jumlahnya bergantung kepada berapa ramai tetamu yang perlu diuruskan. Tetamu ini diklasifikasi kepada beberapa kategori, iaitu kategori kehormat dan

Peranan Pegawai Tadbir di Universiti Awam

Buat semua pembaca budiman,  Penulisan ini adalah sekadar pandangan dan pendapat peribadi saya berdasarkan pengalaman yang dilalui sebagai Pegawai Tadbir di Universiti Awam (UA). Walau bagaimanapun, ia mungkin berbeza mengikut pandangan masing-masing, juga mungkin berbeza mengikut governan UA masing-masing. Namun, sekurang-kurangnya penulisan ini dapat membantu untuk memberikan gambaran kepada pembaca dalam mengetahui secara umum mengenai peranan dan tanggungjawab seorang Pegawai Tadbir di UA. Pegawai Tadbir yang dibincangkan dalam penulisan ini adalah Pegawai Tadbir Universiti (PTU). PTU adalah Pegawai yang dikelaskan di bawah Skim Perkhidmatan Pengurusan dan Profesional (P&P). Gred jawatan bermula di Gred 41 dan ke atas. PTU adalah individu yang dilantik oleh pihak berkuasa Universiti untuk menguruskan pelbagai bentuk hal-ehwal pengurusan dan pentadbiran di Pusat Tanggungjawab (PTJ) di mana mereka ditempatkan. Daripada segi kelayakan akademik, PTU ini pe