Skip to main content

Kebetulan itu Milik Allah...


Image result for husnuzon

Malam ini saya menjenguk ke blog untuk penulisan santai saja...ya macam biasa sesambil menunggu mata dapat dilelapkan...membelek phone adalah satu kewajipan... surfing... searching...adalah rutin pada saya...menggali dan menambah info diri tentang kehidupan, kepimpinan, dan komunikasi melalui ilmu Allah yang terlalu luas yang dapat kita cari thru "dunia tanpa sempadan"...ya teknologi moden.

Sekadar memahat kisah yang terjadi pada siang 8 Oktober, Selasa...saja nak letak di sini sebagai kenangan dan tanda penghargaan, juga motivasi berpanjangan untuk diri sendiri dan mungkin juga bermanfaat kepada pembaca yang singgah di blog...untuk kita semua meyakini bahawa aturan dan perancangan Allah itu sangat baik. Ia juga supaya kita sentiasa latih diri untuk sentiasa bersangka baik "husnuzon" kepada setiap aturan Allah, dan semoga kita sentiasa berlumba2 untuk sebuah kehidupan yang penuh keikhlasan dan ketakwaan.

Tengah hari tadi saya bergegas ke Bangi untuk satu mesyuarat yang bersambung sejak semalam. Sebelah pagi sehingga tengah hari perlu ke ofis dulu sebab ada dua perbincangan yang agak penting..tgok2 jam dah menghampiri pukul 12.15 tengah hari. "Aduhhh, sekejapnya masa", saya berbisik di hati. Saya bergerak awal sebab plan untuk lunch di Bangi.

Macam biasa saya akan menghubungi bff yang selalu bersama ke situ ke sini menemani saya..dail kali pertama tak dapat..."aduhhhh ke mana pulak sahabat saya ni" , bisik hati kecil saya. Dail kali kedua dan ketiga  juga tak dapat...hmmmm...
hati saya memang mula cuak la sebenarnya...tahu sangat perangai sahabat saya sorang ni..suka letak phone di setting "flight mode" lepas tu terlupa tukar balik...nak jimat bateri katanya....hadoiiiii....

Cuba call kali lagi...okey kali ni berjawab..katanya dia berada di luar hari ni..."owhhhh pulak"...dengus saya dalam hati. Saya kemudiannya menghubungi seorang lagi sahabat baik, tak berangkat juga...rupanya dia tertinggal phone dan baru balik dari makan tengah hari...Allahhh shbt saya yang ni pun dah makan...tapi dia offer diri untuk teman saya...saya kata tak mengapa la since saya pun sebenarnya dah patah balik menuju ke Bangi Gateway masa panggilan saya yang pertama tadi tidak berjawab. Masa saya called tu saya dah depan traffic light UKM.

Hati tiba2 rasa sedih dan sedikit terusik...terasa keseorangan dan tiada yang sudi menemani di saat saya memerlukan seseorang untuk bersama.  Hati berbisik "aduhhh manja benar la diri ini"..macam gitu pun dah sedih...halus sungguh jiwa"...dah semua orang tak ada, pergi aje la makan sorang, apa masalahnya..awat nak berteman dua puluh empat jam...haha selepas hati  berbisik begitu, secara automatik saja streng kereta dipusingkan buat "U turn" menuju ke Bangi Gateway (BGW)...

Sampai di parkir BGW, saya parkir kereta dan terus menuju ke Homst...sejak seminggu dah sebenarnya teringat nak makan nasi goreng "soft crab" kat sini...
tertangguh2 sebab kekangan waktu mmg tak sempat singgah...dan hari ni kira confirm on la ni sebab dah tiba di Homst dan dah selesai buat order.

Menu pertama yang dipesan tiba di meja...saya pun makan la sesambil mengadap phone dok jawab mesej2 yang tidak sempat dijawab...tiba2 muncul seseorang di depan saya sambil memberi salam...saya dongakkan kepala...MasyaAllah...saya menjerit "Dr. Zeti.."what are u doing here"...sambil saya bangun bersalam dan masing2 memeluk erat antara satu sama lain bagai sekian lama tidak bertemu. Dr. Zeti nampak kurus banyak berbanding sebelum ni

Dr. Zeti ni kawan yang telah lama saya kenal. Masa mula2 saya bertugas di UKM dulu...masa tu dia tutor di salah sebuah Fakulti.  Dia  kemudiannya ke luar negara  menyambung PhD...lama kami terpisah dan tiba2 ditemukan Allah di hospital bila kami sama2 menjadi tetamu wad selama sebulan...bilik nya (wadnya) bersebelahan bilik saya. Dia sempat datang jenguk saya walaupun diapun tgh dalam rawatan..."orang sakit ziarah orang sakit" namanya..

Selepas dah keluar wad, masing2 sibuk dengan urusan masing2, kami berdua tidak pernah bertemu...hanya bertanya khabar melalui telefon sahaja dan saling mendoakan dari jauh agar kesihatan kami semakin pulih.

Itu yang saya menjerit bila secara kebetulan dia berdiri di depan saya di tempat makan ni. Kalau ikutkan logik memang tak masuk akal la tiba2 dia muncul depan meja makan saya. Saya menanyakan apa yang Zeti nak makan untuk saya order...rupanya zeti on diet...huhu..serba serbi dia tak blh makan, hanya makan menu yang dimasak sendiri sahaja. Dia hanya keluarkan air kosong dari dalam beg nya sambil berkata "inilah minuman dia"....

Dr. Zeti kata dia datang ke mall ni untuk beli barang dan dan bila melewati Homst ni dia ternampak saya dari luar. Dinding Homst ni dinding cermin dan memang transparen dari luar dan dalam. Itu yang dia terus masuk untuk bertemu dan menyantuni saya...

Kami rancak bersembang sambil Zeti menemani saya makan. Saya sebenarnya segan juga makan sorang2 sedangkan dia mellihat saja sambil sesekali dia meneguk air kosongnya. Tapi Zeti tak dpt lama sebab beliau ada urusan yang perlu diselesaikan. Masa tu saya  pun dah hampir selesai makan. Zeti memohon izin untuk beredar...kami bersalam dan berpelukan sekali lagi dan saling mendoakan antara satu sama lain.

Selepas dia berlalu beberapa ketika, tiba2 waiter datang serahkan resit di meja saya, katanya dah ada orang bayar...Ya Allah Dr. Zeti dah bayarkan makanan saya...tiba2 saya rasa terharu...bukan kerana gembira bil telah dibayar orang dan jimat duit saya, tapi terharu betapa baik sungguh hati budi Zeti...suka sangat menggembirakan dan membahagiakan orang lain...semasa di hospital lagi betapa dia mengambil berat tentang saya, hantar saya jambangan bunga semasa di wad, sedangkan dia juga berada di wad, selalu bertanya khabar selepas keluar wad, dan kini secara kebetulan dipertemukan Allah, dia menemani saya makan dan membayar pula bilnya...Allahuakbar...semoga Allah
terus memberikan dia kesihatan yang baik dan bahagia juga sukses selalu...ameen.

Kebetulan ini adalah milik Allah...Allah telah rancang dan susun segalanya dan kita hamba-Nya merasakan itu adalah kebetulan...ya kebetulan diketemukan lebih 20 tahun yang lalu, kebetulan juga dua2 kami berasal dari Pantai Timur. Kemudiannya kebetulan pula diketemukan di wad yang biliknya bersebelahan dengan bilik wad saya...seterusnya kebetulan pula bertemu di mall, di saat saya sangat mengharapkan seseorang untuk menemani dan makan bersama...tiba2 Allah datangkan dia kepada saya....

Dalam hidup ini sentiasalah bersangka baik dengan Allah kerana rahsia Allah sangat besar. Sebagai manusia kita biasanya suka untuk "melatah" awal dan selepas itu baru berfikir dan bermuhasabah. Latih diri kita agar atas apa jua yang berlaku, itu adalah daripada Allah...dan sudah pasti bila ianya dari Allah, maka ia adalah yang terbaik buat kita.

Kembali kepada cerita di atas, Allahuakbar saya terharu bila memikirkan aturan Allah ini... sahabat saya ini Allah munculkan di depan saya dan menemani saya makan dan berborak sebagaimana kehendak hati saya di awalnya...saya terharu seakannya Allah mendengar bisikan  hati saya dan Allah penuhinya dalam keadaan yang tidak disangka-sangka.....kebetulan ini milik Allah...
Terima kasih Allah.

Bicara Hati,
RZH





Comments

Popular posts from this blog

Kenangan Zaman Permainan Kanak-kanak...

Dalam  hidup masing-masing, semua orang   mempunyai  kenangan  dan  momen  indah yang tersendiri semasa zaman kanak-kanak...ada yang menjadikan kenangan itu sebagai suatu nilai sentimental yang akan terpahat selamanya dalam lipatan kenangan. Saya juga tidak terkecuali. Kenangan permainan saya semasa kanak-kanak dulu memang terlalu istimewa dalam hidup saya...sentiasa segar dan mekar dalam bayangan fikiran sehinggakan terkadang menggamit rasa untuk kembali semula ke masa lampau...andai masa boleh diundur semula kan...saya ingin kembali mengulangi momen2 itu. Semasa zaman kanak2 saya memang sangat aktif bermain dan beraktiviti dengan kawan2...memang lasak betul la. Permainan kami geng kanak2 ni memang meriah betul ibarat satu pesta pula kemeriahannya. Zaman kanak2 dulu saya ni kiranya ketua geng la...haha..gengster pun ya juga (kira gengster baik la kalau dalam cerita hindustan dulu2..haha...sabar aje la) tukang plan itu ini dan confirmnya plan tu akan menjadi dgn me

Peranan Penyambut Tetamu Dalam Penganjuran Majlis Formal

    Penyambut tetamu ( usherette ) adalah orang yang memainkan peranan yang sangat penting dalam menyambut tetamu dan memastikan supaya tetamu dalam sesuatu majlis itu dapat diuruskan dengan baik dan lancar tanpa menimbulkan rasa tidak puas hati, rasa tersinggung dan rasa tidak selesa daripada tetamu yang dijemput. Sebelum pergi jauh lagi tentang peranan penyambut tetamu, mari kita sama-sama fahami dulu definisi 'Penyambut Tetamu'. Secara ringkasnya penyambut tetamu adalah orang yang dilantik dan diberikan tugas dan tanggungjawab untuk menyambut tetamu-tetamu yang dijemput dalam satu-satu majlis, menunjukkan arah dan mengiringi tetamu, serta memastikan keselesaan tetamu terjaga. Tugas menyambut tetamu ini kebiasaannya diletakkan di bawah satu Jawatankuasa yang terdiri daripada sebilangan peyambut tetamu yang mana jumlahnya bergantung kepada berapa ramai tetamu yang perlu diuruskan. Tetamu ini diklasifikasi kepada beberapa kategori, iaitu kategori kehormat dan

Peranan Pegawai Tadbir di Universiti Awam

Buat semua pembaca budiman,  Penulisan ini adalah sekadar pandangan dan pendapat peribadi saya berdasarkan pengalaman yang dilalui sebagai Pegawai Tadbir di Universiti Awam (UA). Walau bagaimanapun, ia mungkin berbeza mengikut pandangan masing-masing, juga mungkin berbeza mengikut governan UA masing-masing. Namun, sekurang-kurangnya penulisan ini dapat membantu untuk memberikan gambaran kepada pembaca dalam mengetahui secara umum mengenai peranan dan tanggungjawab seorang Pegawai Tadbir di UA. Pegawai Tadbir yang dibincangkan dalam penulisan ini adalah Pegawai Tadbir Universiti (PTU). PTU adalah Pegawai yang dikelaskan di bawah Skim Perkhidmatan Pengurusan dan Profesional (P&P). Gred jawatan bermula di Gred 41 dan ke atas. PTU adalah individu yang dilantik oleh pihak berkuasa Universiti untuk menguruskan pelbagai bentuk hal-ehwal pengurusan dan pentadbiran di Pusat Tanggungjawab (PTJ) di mana mereka ditempatkan. Daripada segi kelayakan akademik, PTU ini pe