Skip to main content

Kenangan Zaman Permainan Kanak-kanak...


Image result for permainan zaman kanak-kanak

Dalam  hidup masing-masing, semua orang  
mempunyai  kenangan  dan  momen  indah yang tersendiri semasa zaman kanak-kanak...ada yang menjadikan kenangan itu sebagai suatu nilai sentimental yang akan terpahat selamanya dalam lipatan kenangan. Saya juga tidak terkecuali.

Kenangan permainan saya semasa kanak-kanak dulu memang terlalu istimewa dalam hidup saya...sentiasa segar dan mekar dalam bayangan fikiran sehinggakan terkadang menggamit rasa untuk kembali semula ke masa lampau...andai masa boleh diundur semula kan...saya ingin kembali mengulangi momen2 itu.


Semasa zaman kanak2 saya memang sangat aktif bermain dan beraktiviti dengan kawan2...memang lasak betul la. Permainan kami geng kanak2 ni memang meriah betul ibarat satu pesta pula kemeriahannya.


Zaman kanak2 dulu saya ni kiranya ketua geng la...haha..gengster pun ya juga (kira gengster baik la kalau dalam cerita hindustan dulu2..haha...sabar aje la) tukang plan itu ini dan confirmnya plan tu akan menjadi dgn meriahnya...rupanya skill leadership tu dah azali dalam diri gamaknya...mmg saya ni jenis yang bersemangat, memang jenis strong character juga la😀.


Masa kanak2 dulu di era 80-an, masa dalam darjah tiga darjah empat saya memang aktif bermain semua jenis permainan tradisional. Masa tu, saya ni dua beradik aje dengan kakak saya...kakak saya ni ulat buku masa kecil...mmg jenis "perumah" orangnya...jadinya saya la yg selalu kena bising dgn emak sebab selalu tak lekat kat rumah..keluar bermain dari pagi sampai ke tengah hari..bila perut dah lapar balik makan, sambung pula dari tengah hari sampai ke petang...aduhhhh "hero" betul saya masa tu...hihi...mmg "nakal" dan lasak cket mcm ala2 tomboy cket la...kononnya...hahaha


Saya selalu berpakat dengan Pembantu Rumah bila saya nak keluar main supaya dia beritahu saya kalau emak saya bising saya keluar bermain...Pembantu rumah ni memang manjakan saya la kiranya...haha anak "bongsu" kononnya saya masa tu...lebih dimanja cket la..."degil" pun satu hal juga kot...semua kemahuan dituruti tapi dlm masa yg sama emak dan ayah saya tetap garang juga...terutamanya ayah saya...perghhh disiplin memang tinggi...cikgu disiplin la katakan...mmg strict betul...saya mmg takut dgn ayah saya, kalau ayah ada kat rumah mmg saya tak boleh keluar bermain sgt...tapi ayah selalunya buzy...ptg baru ada kat rumah..hehe.


Hokey berbalik kepada cerita permainan zaman kanak2 dulu...memang kira juara la saya bab2 permainan ni..antara yang saya masih ingat adalah:


1. Permainan Congkak Tanah

2. Permainan Galah Panjang (juga dipanggil "Choh")
3. Bola kaki tiga - guna kayu atau selipar
4. Main Masak-masak (special rumah atas pokok - kat sini pun dah nampak lasaknya saya ni...haha)
5. Main Rakit daripada papan/batang pisang (Istimewa masa banjir setahun sekali)
6. Main Hujan (haha..main hujan pun permainan sebab kami akan buat perahu kertas dan buat perlumbaan untuk perahu tu).
7. Main "Geng" (bahasa asal adalah "game", iaitu permainan lompat getah atau disebut juga Ting-ting - tali tu dibuat daripada getah urat (rubber band).
8. Main "Nnusuk"/Police Entry (Main Sembunyi-sembunyi/Sorok-sorok)
9. Mencari Harta Karun
10. Main "Geng Kapal Terbang"
11. Main Rumah2 Tanah
12. Main Badminton
13. Masuk "Rok" (Hutan kecil)
14. Main "Nyanyi2 tepi sungai"
15. Main "Nenek2 Si Bongkok Tiga"
16. Main tarik tali
17. Main Tarik Seludang/upih Nyior 
18. Main Basikal
19. Main Guli & Buah "Guroh"
20. Main Laga Buah Getah
21. Main Boling Buah Kelapa
22. Main Baling Tin Susu
23. Main Getah urat (Rubber band)
24. Main Rim basikal
25. Main Tayar Basikal
26. Main Tutup Botol
27. Main Buah Letup
28. Main Terompah Kaki
29. Main Siapa Jadi Mak Harimau
30. Main Pukul Bola dan Lari Satu Pusingan
31. Main Selambut (Batu Seremban)
32. Main Bola Kertas
33. Main Cop Tiang
34. Main Gasing
35. Kapal Terbang Kertas
36. Main Layang-layang
37. Main Musang dan Ibu Ayam
38. Main Tepuk Kad
39. Main Baling Selipar
40. Main Gasing

Semua permainan tradisional dulu2 ini memang sangat menyeronokkan. Kanak-kanak dulu2 memang sangat kreatif, tahan lasak dan kental jiwanya. Mengapa kreatif, sebab semua permainan dirancang dan disusun sendiri dan ditambah peraturan itu ini mengikut kesesuaian dan keperluan. Mengapa tahan lasak..sebab permainan kita memang perlu kekuatan mental dan kesabaran yang tinggi..bila dan mula satu2 permainan kena terus sehingga selesai, kita tak boleh patah balik sesuka hati sebagaimana permainan gajet dalam dunia hari ni yang boleh kita delete dan kita undo sesuka hati kita...hehe


Tahap setia kawan dan semangat saling bantu-membantu juga sangat tinggi. Nilai persahabatan sebenar jelas sekali. Soal pentingkan diri sendiri, perasaan hasad dengki dan dendam memang tiada dalam kamus hidup kami...kanak2 memang tak tahu semua ini...kami tahu main dan seronok sahaja masa tu. 

Semangat kerja berpasukan jelas dalam kita menjayakan satu-satu permainan, contohnya apabila kita membina pondok atau rumah tipu2 semasa bermain masak-masak, kita akan bersungguh-sungguh berpakat membinanya sehingga dapat diduduki. Kalau kita membuat rakit batang pisang, memang semua bersatu mencari batang pisang, mengikatnya dengan tali, mencucuknya dengan kayu dan disusun rapat-rapat menjadi rakit...dah siap rakit ni sama-sama2 pula kami bermain rakit2. Begitulah juga dengan permainan-permainan lain...memang semangat kerja berpasukan tu sangat tinggi.


Semua permainan tradisonal ni melibatkan pergerakan dan mengeluarkan peluh...ibaratnya macam kita bersukan. Bukan seperti permainan kanak2 dunia hari ini...hanya duduk mengadap Gajet di tangan...tiada langsung keluar rumah, bermesra dengan alam dan melihat "dunia luar"...terperuk dalam bilik dan tiada perkembangan terhadap kreativiti dan elemen tahan lasak dalam menghadapi cabaran.

Dulu2 kami bermain sampai terlupa makan dan minum..dah rasa lapar sangat la baru semuanya sepakat berhenti buat sementara dan akan berjanji akan berkumpul semula pada sebelah petangnya. Aktiviti sebelah petang biasanya boleh bermula pukul 3 petang atau 4 petang sehinggalah menghampiri maghrib kami semua akan berhenti...kebiasaannya pukul 6.30 petang semua aktiviti akan ditamatkan..

Disiplin kami semua memang tinggi kerana didikan mak ayah dulu2 yang memang akan pastikan sebelum maghrib semua ahli keluarga wajib berada di rumah...kalau masuk waktu maghrib tidak berada di rumah lagi...hmmm memang confirm rotan atau batang paip air menunggu la.....fuhhhh!

Masih saya ingat nama teman-teman sepermainan masa kecil dulu...Liza, Mek Nun (sudah meninggal lebih 10 tahun lalu), Nik Aze (sudah meninggal lebih 10 tahun), Nik Wea (sudah meninggal) Fakruddin, Wadi, Mamat, Salwani, Rosli, Tini, Zarina, Kak ani, Norihan, Siong, Norma (telah meninggal), Nik Nazita, Nik Adek, Saili (sudah meninggal) dan beberapa lagi nama yang saya tak dapat ingat. Buat sahabat yang telah awal pergi mengadap Ilahi...Al-Fatihah buat roh mereka, semoga damai di sana dan ditempatkan dalam kalangan orang-orang yang soleh di sisi Allah. Buat sahabat yang masih berada di alam maya ini, semoga kalian terus sukses di dunia dan akhirat...walau antara kita telah lebih 40 tahun meninggalkan "taman permainan masa kecil" di Kampung Tok Kassim ini...namun ingatan buat semua sentiasa segar dalam diri...secara terus terang rasa rindu kepada zaman kita kanak2 dulu....


Salam Menggamit Kerinduan,
RZH



Comments

Popular posts from this blog

Peranan Penyambut Tetamu Dalam Penganjuran Majlis Formal

    Penyambut tetamu ( usherette ) adalah orang yang memainkan peranan yang sangat penting dalam menyambut tetamu dan memastikan supaya tetamu dalam sesuatu majlis itu dapat diuruskan dengan baik dan lancar tanpa menimbulkan rasa tidak puas hati, rasa tersinggung dan rasa tidak selesa daripada tetamu yang dijemput. Sebelum pergi jauh lagi tentang peranan penyambut tetamu, mari kita sama-sama fahami dulu definisi 'Penyambut Tetamu'. Secara ringkasnya penyambut tetamu adalah orang yang dilantik dan diberikan tugas dan tanggungjawab untuk menyambut tetamu-tetamu yang dijemput dalam satu-satu majlis, menunjukkan arah dan mengiringi tetamu, serta memastikan keselesaan tetamu terjaga. Tugas menyambut tetamu ini kebiasaannya diletakkan di bawah satu Jawatankuasa yang terdiri daripada sebilangan peyambut tetamu yang mana jumlahnya bergantung kepada berapa ramai tetamu yang perlu diuruskan. Tetamu ini diklasifikasi kepada beberapa kategori, iaitu kategori kehormat dan

Peranan Pegawai Tadbir di Universiti Awam

Buat semua pembaca budiman,  Penulisan ini adalah sekadar pandangan dan pendapat peribadi saya berdasarkan pengalaman yang dilalui sebagai Pegawai Tadbir di Universiti Awam (UA). Walau bagaimanapun, ia mungkin berbeza mengikut pandangan masing-masing, juga mungkin berbeza mengikut governan UA masing-masing. Namun, sekurang-kurangnya penulisan ini dapat membantu untuk memberikan gambaran kepada pembaca dalam mengetahui secara umum mengenai peranan dan tanggungjawab seorang Pegawai Tadbir di UA. Pegawai Tadbir yang dibincangkan dalam penulisan ini adalah Pegawai Tadbir Universiti (PTU). PTU adalah Pegawai yang dikelaskan di bawah Skim Perkhidmatan Pengurusan dan Profesional (P&P). Gred jawatan bermula di Gred 41 dan ke atas. PTU adalah individu yang dilantik oleh pihak berkuasa Universiti untuk menguruskan pelbagai bentuk hal-ehwal pengurusan dan pentadbiran di Pusat Tanggungjawab (PTJ) di mana mereka ditempatkan. Daripada segi kelayakan akademik, PTU ini pe