Skip to main content

Satu kisah Sahabat Tentang Mengawal Marah...


Assalamualaikum...

Malam ini saya kembali ke blog. Pada entri kali ini saya ingin berkongsi kisah dan ragam manusia dalam organisasi, bagaimana seorang sahabat cuba mengawal marahnya dek perbuatan orang lain kepadanya...bagaimana struggle nya dia untuk memastikan mentalnya kuat untuk menahan rasa marah...dan akhirnya dia berjaya setelah mengambil masa tiga hari menahan diri dan memohon kepada Allah petunjuk yang terbaik untuk menangani situasi ini...apakah agaknya yang dia lakukan...hokey mari kita baca garapan saya sehingga ke penghujung penulisan ya...

Pertama sekali mari kita fahami dulu tentang konsep "marah". Bila seseorang itu menghadapi situasi sedang menahan rasa atau menahan marah atas perbuatan orang lain kepada dia, makanya secara realitinya keadaan ini yang akan berlaku pada dirinya:

1.  Stress.
2. Tidak tenang - gelisah
3. Down
4. Sakit hati
5. Tidak gembira dan semuanya jadi hambar
6. Ingin membalas dengan cara yang sama
7. Ingin menegur dengan cara yang baik
8. Memutuskan perhubungan/jalinan persahabatan

Sebenarnya banyak lagi perasaan lain yang hadir...hanya orang yang pernah melalui dan merasakan situasi ini saja yang dapat memahami...dan kepada saya, kesemua manusia yang mempunyai hati dan perasaan akan melalui situasi ini, cuma yang berbeza adalah bagaimana kita mengendalikan hati dan perasaan kita, juga emosi kita terhadap rasa yang hadir. Itulah yang dikatakan bahawa seseorang itu perlu memiliki 80% tahap EQ berbanding tahap IQ dalam hidupnya...kerana ianya sangat penting apabila kita nak berhadapan dan menangani soal emosi dan perasaan ini.

Kita juga perlu tahu bahawa, mengapa seseorang yang dalam situasi sedang marah, akan cuba seboleh mungkin untuk mengawal kemarahannya....ada beberapa sebab sebenarnya:

1. Kerana kesabarannya masih tinggi
2. Kerana masih ada lagi rasa hormat dalam diri
3. Kerana masih ingin menjaga keharmonian hubungan
4. Kerana tidak ingin mengeruhkan keadaan
5. kerana tahap EQ nya tinggi
6. Kerana tahap profesionalisme nya tinggi
7. Kerana tahap kesabaranya tinggi
8. Kerana ciri kepimpinannya hebat
9. Kerana kuat imannya - memilih untuk "biar Allah saja yang membalasnya".

Mari pula kita lihat, situasi di pihak orang yang membangkitkan kemarahan seseorang tanpa sebab. Apa agaknya yang menyebabkan dia simply buat perangai macam gitu. Ada banyak kemungkinan:

1. Mungkin kerana ego dan sombong
2. Mungkin ingin menunjukkan kehebatan
3. Mungkin memang jenis hati dan perangai tak elok
4. Mungkin rasa tidak puas hati 
5. Mungkin dia merasakan diri dia saja yang "perfect"
6. Mungkin kerana rasa cemburu dan iri hati sebab merasakan diri dia kurang daripada orang itu. Jenis tak boleh tengok orang lebih daripada dia.
7. Mungkin dia tidak sengaja dan tidak menyedari bahawa perbuatannya telah menyinggung perasaan orang lain.

Pelbagai kemungkinan lagi yang memungkinkan "the why" tu kan...setakat yang saya senaraikan hanyalah seperti yang di atas sahaja. Mungkin tuan/puan yang pernah melalui akan merasai pelbagai rasa lagi...

Berbalik kepada cerita sahabat saya tadi..apa yang dia lakukan dalam meredakan rasa sakit hati, rasa down, rasa tidak tenang dan gelisah, rasa kecewa dan pelbagai rasa lagi yang tidak terluah...saya pasti hatinya memang betul-betul rasa sedih dan kecewa..rasa tidak tenang dan tidak tenteram selagi apa yang terbuku dalam hati tidak diluahkan.

Saya mencadangkan kepada sahabat saya untuk memilih kaedah "Heart Talk", iaitu bicara ikhlas dari hati ke hati. Sahabat saya menerima nasihat ini dan melakukannya...selepas itu barulah hatinya kembali kepada koordinasi yang normal...alhamdulillah Allah mengizinkan dan make it done thru that way.

Jom kita pelajari apa itu "Heart talk". Heart talk ini merujuk kepada kita berterus terang dengan orang berkenaan secara hati ke hati dengan penuh rasa keikhlasan dan niat yang baik demi kebaikan orang berkenaan juga tanpa rasa prejudis...dan menyatakan bahawa apa yang berlaku itu tidak seharusnya berlaku begitu, juga mengakui bahawa hati kita tersinggung dengan apa yang berlaku. Niat kita hanya semata-mata untuk meleraikan rasa dan mengembalikan keharmonian sedia ada sebab selagi hati kita masih terusik dan belum kembali di koordinasi neutral/normal keadaan mungkin mengundang situasi yang keruh dengan orang berkenaan.

Alhamdulillah, bila niat yang baik dan penuh keihklasan, Allah bantu permudahkan...Allah cukup tahu hati hambanya...Allah cukup tahu segalanya. 

Selepas mengirimkan bicara hati ke hati melalui e-mel kepada orang berkenaan (keserakanan dalam satu pasukan sebenarnya),...sahabat saya menceritakan bahawa respon yang diterima dari sahabat satu pasukannya itu cukup positif...sahabat saya secara terus terang mengakui bahawa bahawa dirinya rasa sangat terharu dengan respon yang diterima daripada sahabat sepasukannya..memang berbaloi dengan niatnya yang benar-benar bersih...sahabat keserakanan berkenaan juga memohon maaf atas kekhilafannya...maka selesailah dan tutup buku...

Sebenarnya sahabat saya ni menangis dalam hatinya kerana begitu terharu dengan respon itu...walaupun sangat ringkas respon diterima tetapi cukup terkesan di hatinya...inilah yang dikatakan best friend forever...tidakkan mudah untuk satu-satu perhubungan itu berakhir...ianya tidak mungkin...selagi perhubungan itu dalam redha Allah selagi kita masih berpegang kepada keimanan yang tinggi kepada Allah..

Bicara hati ke hati melalui emel hanya perlu menyatakan tiga perkara ini sahaja:

1. Intro - Mohon maaf kerana memilih untuk berbicara dari hati ke hati.
2. Kandungan - Nyatakan apa sebenarnya yang dirasai dalam hati atas perkara yang berlaku..berterus-terang bahawa hadir rasa tersinggung (contohnya). Nyatakan bahawa teguran ini demi kebaikan pihak satu lagi dan tiada langsung agenda yang lain
3. Penutup - mohon maaf sekali dan berharap hubungan akan kembali seperti sebelumnya.

Bagi pengunjung blog yang mengalami situasi ini, mungkin boleh mencuba tips ini. Mungkin juga tips ini boleh dikongsikan dengan sesiapa jua yang memerlukannya dalam menghadapi saat-saat kecewa dan rasa down dalam kehidupan kerja maupun kehidupan peribadi. Di samping tips ini, sudah pasti doa yang berterusan kepada Allah adalah penawar segalanya...

Salam permisi,
RZH









Comments

Popular posts from this blog

Kenangan Zaman Permainan Kanak-kanak...

Dalam  hidup masing-masing, semua orang   mempunyai  kenangan  dan  momen  indah yang tersendiri semasa zaman kanak-kanak...ada yang menjadikan kenangan itu sebagai suatu nilai sentimental yang akan terpahat selamanya dalam lipatan kenangan. Saya juga tidak terkecuali. Kenangan permainan saya semasa kanak-kanak dulu memang terlalu istimewa dalam hidup saya...sentiasa segar dan mekar dalam bayangan fikiran sehinggakan terkadang menggamit rasa untuk kembali semula ke masa lampau...andai masa boleh diundur semula kan...saya ingin kembali mengulangi momen2 itu. Semasa zaman kanak2 saya memang sangat aktif bermain dan beraktiviti dengan kawan2...memang lasak betul la. Permainan kami geng kanak2 ni memang meriah betul ibarat satu pesta pula kemeriahannya. Zaman kanak2 dulu saya ni kiranya ketua geng la...haha..gengster pun ya juga (kira gengster baik la kalau dalam cerita hindustan dulu2..haha...sabar aje la) tukang plan itu ini dan confirmnya plan tu akan menjadi dgn me

Peranan Penyambut Tetamu Dalam Penganjuran Majlis Formal

    Penyambut tetamu ( usherette ) adalah orang yang memainkan peranan yang sangat penting dalam menyambut tetamu dan memastikan supaya tetamu dalam sesuatu majlis itu dapat diuruskan dengan baik dan lancar tanpa menimbulkan rasa tidak puas hati, rasa tersinggung dan rasa tidak selesa daripada tetamu yang dijemput. Sebelum pergi jauh lagi tentang peranan penyambut tetamu, mari kita sama-sama fahami dulu definisi 'Penyambut Tetamu'. Secara ringkasnya penyambut tetamu adalah orang yang dilantik dan diberikan tugas dan tanggungjawab untuk menyambut tetamu-tetamu yang dijemput dalam satu-satu majlis, menunjukkan arah dan mengiringi tetamu, serta memastikan keselesaan tetamu terjaga. Tugas menyambut tetamu ini kebiasaannya diletakkan di bawah satu Jawatankuasa yang terdiri daripada sebilangan peyambut tetamu yang mana jumlahnya bergantung kepada berapa ramai tetamu yang perlu diuruskan. Tetamu ini diklasifikasi kepada beberapa kategori, iaitu kategori kehormat dan

Peranan Pegawai Tadbir di Universiti Awam

Buat semua pembaca budiman,  Penulisan ini adalah sekadar pandangan dan pendapat peribadi saya berdasarkan pengalaman yang dilalui sebagai Pegawai Tadbir di Universiti Awam (UA). Walau bagaimanapun, ia mungkin berbeza mengikut pandangan masing-masing, juga mungkin berbeza mengikut governan UA masing-masing. Namun, sekurang-kurangnya penulisan ini dapat membantu untuk memberikan gambaran kepada pembaca dalam mengetahui secara umum mengenai peranan dan tanggungjawab seorang Pegawai Tadbir di UA. Pegawai Tadbir yang dibincangkan dalam penulisan ini adalah Pegawai Tadbir Universiti (PTU). PTU adalah Pegawai yang dikelaskan di bawah Skim Perkhidmatan Pengurusan dan Profesional (P&P). Gred jawatan bermula di Gred 41 dan ke atas. PTU adalah individu yang dilantik oleh pihak berkuasa Universiti untuk menguruskan pelbagai bentuk hal-ehwal pengurusan dan pentadbiran di Pusat Tanggungjawab (PTJ) di mana mereka ditempatkan. Daripada segi kelayakan akademik, PTU ini pe