Skip to main content

Resepi Sedapzaini: Nasi Arab Sedap


Assalamualaikum dan salam sejahtera...

Pada entri kali ni saya ingin berkongsi resepi nasi arab. Resepi ini adalah resepi asal dari seorang pegawai seliaan saya semasa bertugas di satu Jabatan. Resepi asal cara buat nasinya saya ikut sebijik namun  saya ada ubah dan tambah sedikit bahan perapan untuk  ayamnya mengikut citarasa saya. Terima kasih kepada Encik Fadzil yang sudi share resepi beliau untuk buat nasi arab ini.

Hokey jom kita tengok bahan-bahan untuk nasi:

1. Beras basmathi Pusa Gold 4 pot
2. Bawang holland dua biji
3. Serbuk rempah sop 4 sudu besar.
4. Dua atau tiga biji tomato..
5. Dua kiub pati ayam
6. Dua kotak kismis
7. Minyak sapi satu tin kecil
8. Garam secukup rasa.

Cara masak:
1. Beras direndam setengah jam.
2. Bawang holland dan tomato dipotong dadu.
3. Panaskan minyak sapi dicampur dgn setengah cawan minyak masak.
4. Tumis bawang holland hingga garing. Masukkan tomato dan kismis dan terus menumis hingga nampak keperangan dan tomato juga kismis telah layu.
5. Masukkan air dlm sukatan  satu pot beras bersamaan dengan satu setengah pot air.  Masukkan garam agak2 dalam satu sudu besar.
6. Masukkan beras...biarkan dlm 2 minit atas api dan boleh dipindahkan ke rice cooker.
7. Kemudiannya masak nasi seperti biasa dlm rice cooker.



Bahan2 untuk pencicah sos tomato:
1. Tomato 4 biji
2. Cili api 6-10 tangkai
3. Sedikit cuka-1sudu
4. Garam dan gula secukup rasa.


Cara-cara buat pencicah:
1. Tomato dipotong dadu dan ditumbuk pecah2 dlm lesung. Jgn blend...nanti lumat pulak jadinya.
2. Cili api dipotong kecil2.
3. Gaul kesemua bahan, masukkan satu sudu cuka dan garam gula secukupnya.

Bahan untuk jelatah dan cara membuatnya:
1. Sebiji nenas, satu batang  timun dan enam tujuh tangkai cili dipotong kecil.
2. Masukkan tiga empat sudu gula, sedikit cuka dan garam dan digaul sebati.
3. Boleh juga dimasukkan sos thai jika suka. Sos thai ni ada dijual di pasaraya.


Perapan ayam:
1. Seekor ayam dibelah empat.
2. Ayam dilumur dgn bawang putih, halia, dua sudu serbuk kari dan sos tiram juga sedikit sos cili. Ayam direbus dgn air yang sedikit, sekadar menenggelamkan ayam dalam 10-15 minit sehingga air rebusan kering dan menyerap dlm ayam.
3. Perap ayam dgn sos tiram, madu, juga bawang merah dan bawang putih yang telah diblend bersama jintan manis dan jintan putih juga sedikit kunyit. Perap dlm satu jam. Kemudiannya boleh dibakar. Saya bakar dlm magic pan saja. Perapan ayam untuk nasi arab ada pelbagai bahan yang digunakan, terpulang kepada selera masing2.



Hokey...lengkaplah resepi untuk penyediaan nasi arab. Boleh disediakan untuk hidangan seisi keluarga...memang sedap dan mudah untuk disediakan. Selamat mencuba untuk semua!

Salam hormat,
RZH

Comments

Popular posts from this blog

Peranan Penyambut Tetamu Dalam Penganjuran Majlis Formal

    Penyambut tetamu ( usherette ) adalah orang yang memainkan peranan yang sangat penting dalam menyambut tetamu dan memastikan supaya tetamu dalam sesuatu majlis itu dapat diuruskan dengan baik dan lancar tanpa menimbulkan rasa tidak puas hati, rasa tersinggung dan rasa tidak selesa daripada tetamu yang dijemput. Sebelum pergi jauh lagi tentang peranan penyambut tetamu, mari kita sama-sama fahami dulu definisi 'Penyambut Tetamu'. Secara ringkasnya penyambut tetamu adalah orang yang dilantik dan diberikan tugas dan tanggungjawab untuk menyambut tetamu-tetamu yang dijemput dalam satu-satu majlis, menunjukkan arah dan mengiringi tetamu, serta memastikan keselesaan tetamu terjaga. Tugas menyambut tetamu ini kebiasaannya diletakkan di bawah satu Jawatankuasa yang terdiri daripada sebilangan peyambut tetamu yang mana jumlahnya bergantung kepada berapa ramai tetamu yang perlu diuruskan. Tetamu ini diklasifikasi kepada beberapa kategori, iaitu kategori kehormat dan...

Cara Goreng Ikan Masin Supaya lebih sedap...

Hokey...petang ni saya nak bercerita pasal menu 'berhantu' ini. Saya sebut sebagai 'berhantu' sebab menu ni mesti sentiasa akan 'mengusik' keinginan untuk makan lebih...menu ni memang akan membuka selera yang tertutup...menggoda untuk makan bertambah dan berulang-ulang...kejap nak makan kejap nak makan...aduhai itu la dia ikan masin goreng...atau ore kelate panggil ike kering goreng. Ikan masin ni salah satu daripada lauk kegemaran saya..hehehe saya suka tahap dewa..atau tahap ore kelate royak 'panggil tak dengar' ikan masin ni..tapi mesti kena dengan gaya masaknya..saya tak suka ikan masin tu masin sangat...saya suka rasa dia lemak-lemak masin sikit2 dan isinya lembut2 gebu gebas sikit....macam ikan ala jeruk tu sikit.. Untuk ikan masin ni sedap selepas digoreng, mesti ada cara masaknya yang tersendiri...dan saya pasti setiap orang ada gaya tersendiri menggoreng ikan masin, ada yang suka digoreng begitu saja, ada yang suka digoreng dengan dipoton...

Peranan Pegawai Tadbir di Universiti Awam

Buat semua pembaca budiman,  Penulisan ini adalah sekadar pandangan dan pendapat peribadi saya berdasarkan pengalaman yang dilalui sebagai Pegawai Tadbir di Universiti Awam (UA). Walau bagaimanapun, ia mungkin berbeza mengikut pandangan masing-masing, juga mungkin berbeza mengikut governan UA masing-masing. Namun, sekurang-kurangnya penulisan ini dapat membantu untuk memberikan gambaran kepada pembaca dalam mengetahui secara umum mengenai peranan dan tanggungjawab seorang Pegawai Tadbir di UA. Pegawai Tadbir yang dibincangkan dalam penulisan ini adalah Pegawai Tadbir Universiti (PTU). PTU adalah Pegawai yang dikelaskan di bawah Skim Perkhidmatan Pengurusan dan Profesional (P&P). Gred jawatan bermula di Gred 41 dan ke atas. PTU adalah individu yang dilantik oleh pihak berkuasa Universiti untuk menguruskan pelbagai bentuk hal-ehwal pengurusan dan pentadbiran di Pusat Tanggungjawab (PTJ) di mana mereka ditempatkan. Daripada segi kelayakan akademik, PTU in...