Skip to main content

Ceritera 3 Ramadan...

Bulan Mei yang sangat padat...aduhai...penuh tahap dewa ni...masa berlalu tanpa sedar...cepat sangat putaran waktu di tahun 2019 ini...Allahuakbar...pejam celik pejam celik dah pertengahan Mei...habis Mei ni maka masuk lah Jun...kalau dah masuk Jun...maknanya sudah pertengahan tahun..how time flies...byk kenangan akan berlalu lagi...satu demi satu pergi...sudahnya pun nanti jasad kita pun pergi....

Wahai jiwa...wahai hati bertabah la...sentiasa kuat menghadapi segala cabaran...bulan Mei ini juga puasa bermula...bulan Ramadan bertamu..hari ni sudah 3 ramadan...
esok pula menjelma 4 ramadan...
alhamdulillah tiga hari ini dijalani dengan baik walau diri rasa agak kepenatan sikit kerana ulang-alik yang agak jauh campur pulak dengan jem...namun itu cuma suatu rasa saja...biar kan saja. Dan itu juga realitinya yang perlu diharungi..makanya kena harung la..kannn...

Berbicara soal bulan ramadan...tahun ini adalah tahun pertama saya melalui ramadan di tempat kerja baharu yang agak jauh cket dari rumah...dan kali pertama juga saya memilih waktu anjal kerja..masuk pukul 7.30 pagi dan keluar pukul 4 ptg...wahhh tak pernah berlaku lagi dalam sejarah hidup saya..saya memilih waktu balik seawal ini..hehe pengalaman baharu buat saya. Perjalanan balik akan ambil masa lebih kurang sejam suku ke sejam setengah...tengok kepada keadaan kesesakan camane...pun begitu, walaupun sejam lebih di atas jalan...tapi saya masih lagi dpt sampai awal di rumah berbanding masa saya kerja di induk...kalau bulan puasa...kol 6 ptg juga saya sampai rumah sbb keluar ofis selalu lambat..tak pernah dpt awal..kerja tak putus aje gayanya...hehe..sebenarnya okey aje sebab kita yang adjust masa "kita yang buat dia bukan dia yang buat kita"...saja jer tu sebab pesen memang jenis dah terbiasa balik lewat...bila sesekali balik awal rasa janggal la pulak...

Ini lah sebenarnya hikmah Allah...setiap sesuatu yang berlaku itu pasti ada sebab dan musababnya...
Kerana itu kita dituntut untuk sentiasa redha dengan apa jua yang Allah tentukan. Kita bukan tahu mungkin lebih banyak kebaikan yang Allah janjikan....yang penting hati  kita hepi dengan kerja kita... jauh atau dekat itu bukan halangan.

Ceritera hari ni...aduhai back to back...seawal pagi gerak ke Putrajaya..ada meeting penting yang perlu dihadiri bersama pasukan pengurusan. Setengah hari meeting di sini...hampir satu setengah baru selesai...aduhaii...bergegas balik ke ofis sebab pukul 2.30 ptg ada ada meeting lain pula...hmmmm...

Petang ni sampai rumah agak lewat sikit dari biasa sebab meeting habis lewat...lebih kurang 5.45 ptg sampai...just rest for 15 minutes sebelum masuk dapur untuk menyiapkan juadah berbuka...hari ni simple saja...bakar ikan, buat cicahnya, buat sambal hitam bilis (memang teringat nak makan) sebab rasa tak selera sikit lauk2 lain...selalunya bila tak selera, lauk2 kering dan pedas mcm gini akan menjadi pembuka selera...kebetulan tomyam mlm tadi masih ada...tambah dgn sayur goreng sikit..maka cukup la untuk juadah berbuka hari ketiga...

Bila kesibukan tahap dewa macam gini dan badan juga rasa agak letih cket...tips  rawat diri yang perlu dilakukan dalam bulan puasa adalah :

1. Banyakkan rest di malam hari. Kumpul tenaga untuk esok hari pula.

2. Waktu berbuka jangan ambik air batu atau ais...berbuka dengan air panas/air suam. Ini lebih baik untuk badan. Kalau minum air batu memang akan menambahkan kepenatan badan.

3. Elakkan rasa stress. Just go with the flow..just enjoy with what you have!

4. Baca Quran di malam hari - rutin ramadan setiap tahun...tadarus menghabiskan 30 Juz dalam sebulan Ramadan...kalau bukan bulan Ramadan tu memang dah rutin juga cuma tidak terikat unk habiskan 30 juz unk satu bulan...bulan Ramadan ni special cket sbb wajib habiskan 30 juz untuk sebulan ini...

5. Set masa bangun awal pagi untuk persiapan sahur...sahur wajib bangun jangan tak bangun...bersahur tu sunat yang dituntut...."sahurlah kamu kerana dalam sahur itu ada berkat - HR Bukhari dan Muslim". Pukul 4 pagi waktu yang sesuai untuk bangun...dan lepas tu jangan sambung tido pula...byk aktiviti berfaedah dapat dilakukan sementara menunggu waktu subuh dan seterusnya bergerak ke tempat kerja.

Orait...setakat ini dulu perkongsian santai...kita stop di sini dulu. Nanti jumpa lagi di entri seterusnya.

Salam hormat,
RZH

Comments

Popular posts from this blog

Kenangan Zaman Permainan Kanak-kanak...

Dalam  hidup masing-masing, semua orang   mempunyai  kenangan  dan  momen  indah yang tersendiri semasa zaman kanak-kanak...ada yang menjadikan kenangan itu sebagai suatu nilai sentimental yang akan terpahat selamanya dalam lipatan kenangan. Saya juga tidak terkecuali. Kenangan permainan saya semasa kanak-kanak dulu memang terlalu istimewa dalam hidup saya...sentiasa segar dan mekar dalam bayangan fikiran sehinggakan terkadang menggamit rasa untuk kembali semula ke masa lampau...andai masa boleh diundur semula kan...saya ingin kembali mengulangi momen2 itu. Semasa zaman kanak2 saya memang sangat aktif bermain dan beraktiviti dengan kawan2...memang lasak betul la. Permainan kami geng kanak2 ni memang meriah betul ibarat satu pesta pula kemeriahannya. Zaman kanak2 dulu saya ni kiranya ketua geng la...haha..gengster pun ya juga (kira gengster baik la kalau dalam cerita hindustan dulu2..haha...sabar aje la) tukang plan itu ini dan confirmnya plan tu akan menjadi dgn me

Peranan Penyambut Tetamu Dalam Penganjuran Majlis Formal

    Penyambut tetamu ( usherette ) adalah orang yang memainkan peranan yang sangat penting dalam menyambut tetamu dan memastikan supaya tetamu dalam sesuatu majlis itu dapat diuruskan dengan baik dan lancar tanpa menimbulkan rasa tidak puas hati, rasa tersinggung dan rasa tidak selesa daripada tetamu yang dijemput. Sebelum pergi jauh lagi tentang peranan penyambut tetamu, mari kita sama-sama fahami dulu definisi 'Penyambut Tetamu'. Secara ringkasnya penyambut tetamu adalah orang yang dilantik dan diberikan tugas dan tanggungjawab untuk menyambut tetamu-tetamu yang dijemput dalam satu-satu majlis, menunjukkan arah dan mengiringi tetamu, serta memastikan keselesaan tetamu terjaga. Tugas menyambut tetamu ini kebiasaannya diletakkan di bawah satu Jawatankuasa yang terdiri daripada sebilangan peyambut tetamu yang mana jumlahnya bergantung kepada berapa ramai tetamu yang perlu diuruskan. Tetamu ini diklasifikasi kepada beberapa kategori, iaitu kategori kehormat dan

Peranan Pegawai Tadbir di Universiti Awam

Buat semua pembaca budiman,  Penulisan ini adalah sekadar pandangan dan pendapat peribadi saya berdasarkan pengalaman yang dilalui sebagai Pegawai Tadbir di Universiti Awam (UA). Walau bagaimanapun, ia mungkin berbeza mengikut pandangan masing-masing, juga mungkin berbeza mengikut governan UA masing-masing. Namun, sekurang-kurangnya penulisan ini dapat membantu untuk memberikan gambaran kepada pembaca dalam mengetahui secara umum mengenai peranan dan tanggungjawab seorang Pegawai Tadbir di UA. Pegawai Tadbir yang dibincangkan dalam penulisan ini adalah Pegawai Tadbir Universiti (PTU). PTU adalah Pegawai yang dikelaskan di bawah Skim Perkhidmatan Pengurusan dan Profesional (P&P). Gred jawatan bermula di Gred 41 dan ke atas. PTU adalah individu yang dilantik oleh pihak berkuasa Universiti untuk menguruskan pelbagai bentuk hal-ehwal pengurusan dan pentadbiran di Pusat Tanggungjawab (PTJ) di mana mereka ditempatkan. Daripada segi kelayakan akademik, PTU ini pe