Skip to main content

Peringkat Kehidupan dan kemahiran yang perlu...

Sukar sedikit mata untuk dilelapkan malam ni. Melihat waktu telahpun menunjukkan pukul 3.06 pagi. Hmmmm..bila datang bab susah tidur ni memang "merisaukan" sedikit sebab bila lewat tidur nanti akan beri kesan kepada kesihatan diri...itu yang seram itu...harapnya malam ni saja dan tidak berlarutan...

Seperti biasa la, bila mata tak dapat lelap...bangkit saja dari tidur dan on kan komputer...itu standard rutin saya. Apa jua situasi saya rasa tenang bila dapat menterjemahkannya dalam bentuk tulisan. Apa jua dalam benak fikiran kita dapat di tranform kan dalam betuk tulisan...sekurang-kurangnya meleraikan segala apa yang "bersarang" dalam diri dan yang lebih penting segala rasa itu diterjemahkan dalam bentuk tulisan yang nanti boleh dirujuk bila diperlukan.

Di lewat malam begini...(dah awal pagi dah sebenarnya ni) saya prefer untuk membuat penulisan santai sahaja...lebih mudah dan tidak memerlukan sebarang bentuk rujukan. Menulis saja apa yang ingin ditulis berdasarkan rasa dan pengalaman yang dilalui.

Rasa ini menggamit saya untuk bercerita tentang peringkat-peringkat kehidupan yang seseorang itu akan lalui dalam hidupnya...wajib lalu dan tidak mungkin dapat skip. Sudah pasti di setiap peringkat yang dilalui akan ada kenangan dan pengalaman suka-duka yang dilalui...itu memang pasti.

Pada zaman bayi...kita tidak mengenal apa-apa...semuanya diuruskan oleh ibu yang melahirkan kita..menyusukan, menyuapkan makanan, memandikan, menyiapkan semua keperluan sehinggalah kita pandai berjalan dan membesar sebagai kanak-kanak. Semasa bayi kita hanya tahu makan dan minum, tidur, menangis bila lapar dan sakit, tersenyum dan ketawa bila diagah...itu aja rutin kehidupan sebagai bayi. Pada masa ini tiada perlu memikirkan apa-apa...semuanya dijaga rapi oleh kedua orang tua dan dipastikan cukup keperluan sebagai seorang bayi.

Kemudiannya  daripada zaman bayi kita membesar menjadi kanak-kanak.  Semasa zaman kanak-kanak kita juga tidak mengerti langsung tentang erti kehidupan, tentang erti kesulitan dan cabaran sebuah kehidupan, kesusahan dan kepayahan, tentang erti sebuah tanggungjawab dan komitmen memang langsung tiada dalam kehidupan sebagai kanak-kanak. Apa yang kita tahu pada masa itu adalah makan dan minum, bermain, berjalan dan berlari, meminta mainan, menyepahkan mainan itu sudah pasti, menangis bila kehendak tidak dipenuhi, menangis bila lapar dan bila dalam kesakitan, bergelak ketawa bila dalam kegirangan, tidur bila dah mengantuk dan penat bermain.

Peredaran masa semakin membesarkan, mendewasakan dan meningkatkan usia kita...akhirnya kita masuk ke zaman persekolahan...dari tadika, sekolah rendah, sekolah menengah, sekolah menengah tinggi dan seterusnya ke institusi pengajian tinggi atau dalam erti kata lain ke universiti.

Peringkat-peringkat yang dilalui semasa alam persekolahan dan pengajian akan semakin  mematangkan dan mendewasakan kita. Kita semakin mengenal dan belajar erti sebuah kehidupan...belajar menghadapi cabaran dan kesulitan hidup. Belajar soal komitmen dan tanggungjawab.  Belajar soal bahagia...soal kecewa dan kepedihan dan seribu satu rasa lagi. Pada saat ini, kita memerlukan banyak kemahiran untuk memastikan perjalanan hidup ini dapat kita lalui dengan baik.

Apakah agaknya kemahiran yang perlu ada pada kita dalam kita mengemudikan bahtera kehidupan ini agar tidak karam di pertengahan jalan dan dapat tiba ke destinasi dituju dengan selamat.

Keperluan kepada tuntutan kehidupan ini kadang2 sangat subjektif dan tidak semudah seperti yang kita fikirkan...justeru, kemahiran yang perlu ada juga mestilah bersifat menyeluruh. Antaranya adalah:

1. Kemahiran berfikir
Kita perlu bijak dalam mengatur fikiran kita. Kebijaksanaan ini bukan datang begitu-begitu saja, ia perlu dilatih dan diasah..salah satu cara adalah dgn byk membaca. Daripada pembacaan kita menemui byk tips dan kaedah juga idea2 yang boleh disesuaikan dgn keperluan kita pada masa itu.

2. Kemahiran bersosialisasi -membina hubungan. Sosialisasi seseorang itu dapat menentukan sejauhmanakah hubungan kita dgn orang2 di sekeliling kita. Bina perhubungan dan jaga perhubungan dgn baik dalam perhubungan peribadi, keserakanan dan hubungan di tempat kerja. Semua ini menjadi penentu juga kepada kejayaan dan kecemerlangan kehidupan seseorang...bina rapport yang baik dan jaringan yang hebat.

3. Kemahiran komunikasi.
Hidup ini segalanya melibatkan komunikasi...tutur kata, air muka, posture dan gesture yang kita guna seharian adalah komunikasi...makanya pelihara komunikasi kita dengan baik supaya kita dapat menyenangkan dan memudahkan semua pihak.

4. Kemahiran mengurus kewangan
Kewangan dan kehidupan memang tidak mungkin dapat dipisahkan. Kewangan itu dikaitkan dgn wang yang kita ada untuk menyara kehidupan. Dalam kehidupan ini, segalanya memerlukan wang untuk perbelanjaan...makan, pakai dan tempat tinggal, juga keperluan2 lain yang perlu melengkapi untuk kehidupan yang lebih selesa.

5. Kemahiran memimpin dan mengurus. Sudah pasti apa saja yang melibatkan pengurusan perlu ada aspek kepimpinannya. Dalam kerjaya wajib ada ada ketua dan pengikut, atau majikan dan pekerja. Semuanya perlu dipimpin, disusun, diselia, diatur dan diselaras. Begitu juga dlm kehidupan peribadi...kita ada ada keluarga yang perlu dijaga dan ditadbir...banyak perkara dan aktiviti dalam kehidupan peribadi yang perlu diurus. Sudah pasti kematangan dan kebijaksanaan mengurus itu penting untuk menjamin kehidupan kita lebih berjaya dan lebih bahagia.

6. Kemahiran kerja berpasukan
Semua kerja bila dilakukan secara kerjasama dalam kumpulan atau pasukan, ianya akan lebih baik dan lebih hebat hasilnya kerana ia menggabungkan beberapa kepakaran dan melibatkan ramai orang. Kerja berpasukan ini juga akan membuatkan nilai dan penghargaan menjadi amalan utama dalam pasukan dan nilai ini akan membuat ahli lebih rasa bernilai dan  bahagia dalam melakukan kerja. Belajar dan latih diri untuk saling lengkap melengkapi dalam melakukan kerja. Semua idea dan tindakan ahli pasukan perlu dihargai. Orang kata "If you want to go fast, go alone, and if you want to go far, go together".

7. Kemahiran profesionalisme
Kita dilihat sebagai profesional apabila kita menggunakan tiga perkara ini dalam membuat segala perkara, iaitu, skill, knowledge, dan attitude.

8. Kemahiran Perundingan dan Pembujukan. Kita mesti berkemahiran dalam aspek perundingan dan pembujukan. Aspek ini adalah keperluan penting dalam kehidupan peribadi mahupun pekerjaan. Ini kerana dalam menjayakan sesuatu perkara sudah pasti kemahiran ini penting untuk kita berhadapan dengan pihak yang tidak sepenuhnya memberi sokongan terhadap apa yang kita buat. Justeru, dgn kemahiran berunding yang tinggi, mungkin kita berjaya membujuk dan membawa seluruh anggota kepada satu matlamat.

9. Kemahiran mengawal emosi
Belajar untuk mengawal emosi dalam apa jua yang dilakukan. Seseorang yang bijak mengawal emosi akan menjadikan semua urusan dapat dilaksanakan dengan baik dan memuaskan hati semua orang. Emosi yang tidak dikawal boleh memburukkan keadaan kerana kita berhadapan dengan pelbagai ragam manusia.

10. Kemahiran membuat jangkaan awal. Seseorang itu perlu mempunyai kemahiran dalam membuat jangkaan awal kerana kebijaksanaan dalam membuat jangkaan awal akan menjadikan kita dapat membuat persediaan  awal dengan kemungkinan2 yang telah dijangka.

11. Kemahiran fleksibiliti
Fleksibiliti sangat penting dalam kehidupan. Kita perlu sentiasa menyesuaikan diri dengan keadaan. Biar diri kita elastik dalam menangani pelbagai cabaran dan situasi...jadikan diri bagai "dawai" yang boleh dilentur mengikut situasi dan bukan sebagai "kayu pembaris" yang hanya dapat digunakan untuk sesuatu yang bersifat satu dimensi lurus sahaja...kalau sesuatu yang bersifat gelombang turun dan naik, ia akan patah.

Demikian lah serba sedikit perkongsian tentang kemahiran2 yang perlu ada dan perlu kita pelajari dalam hidup kita supaya kehidupan akan lebih bahagia dan sukses...

Salam hormat,
RZH

Comments

Popular posts from this blog

Kenangan Zaman Permainan Kanak-kanak...

Dalam  hidup masing-masing, semua orang   mempunyai  kenangan  dan  momen  indah yang tersendiri semasa zaman kanak-kanak...ada yang menjadikan kenangan itu sebagai suatu nilai sentimental yang akan terpahat selamanya dalam lipatan kenangan. Saya juga tidak terkecuali. Kenangan permainan saya semasa kanak-kanak dulu memang terlalu istimewa dalam hidup saya...sentiasa segar dan mekar dalam bayangan fikiran sehinggakan terkadang menggamit rasa untuk kembali semula ke masa lampau...andai masa boleh diundur semula kan...saya ingin kembali mengulangi momen2 itu. Semasa zaman kanak2 saya memang sangat aktif bermain dan beraktiviti dengan kawan2...memang lasak betul la. Permainan kami geng kanak2 ni memang meriah betul ibarat satu pesta pula kemeriahannya. Zaman kanak2 dulu saya ni kiranya ketua geng la...haha..gengster pun ya juga (kira gengster baik la kalau dalam cerita hindustan dulu2..haha...sabar aje la) tukang plan itu ini dan confirmnya plan tu akan menjadi dgn me

Peranan Penyambut Tetamu Dalam Penganjuran Majlis Formal

    Penyambut tetamu ( usherette ) adalah orang yang memainkan peranan yang sangat penting dalam menyambut tetamu dan memastikan supaya tetamu dalam sesuatu majlis itu dapat diuruskan dengan baik dan lancar tanpa menimbulkan rasa tidak puas hati, rasa tersinggung dan rasa tidak selesa daripada tetamu yang dijemput. Sebelum pergi jauh lagi tentang peranan penyambut tetamu, mari kita sama-sama fahami dulu definisi 'Penyambut Tetamu'. Secara ringkasnya penyambut tetamu adalah orang yang dilantik dan diberikan tugas dan tanggungjawab untuk menyambut tetamu-tetamu yang dijemput dalam satu-satu majlis, menunjukkan arah dan mengiringi tetamu, serta memastikan keselesaan tetamu terjaga. Tugas menyambut tetamu ini kebiasaannya diletakkan di bawah satu Jawatankuasa yang terdiri daripada sebilangan peyambut tetamu yang mana jumlahnya bergantung kepada berapa ramai tetamu yang perlu diuruskan. Tetamu ini diklasifikasi kepada beberapa kategori, iaitu kategori kehormat dan

Peranan Pegawai Tadbir di Universiti Awam

Buat semua pembaca budiman,  Penulisan ini adalah sekadar pandangan dan pendapat peribadi saya berdasarkan pengalaman yang dilalui sebagai Pegawai Tadbir di Universiti Awam (UA). Walau bagaimanapun, ia mungkin berbeza mengikut pandangan masing-masing, juga mungkin berbeza mengikut governan UA masing-masing. Namun, sekurang-kurangnya penulisan ini dapat membantu untuk memberikan gambaran kepada pembaca dalam mengetahui secara umum mengenai peranan dan tanggungjawab seorang Pegawai Tadbir di UA. Pegawai Tadbir yang dibincangkan dalam penulisan ini adalah Pegawai Tadbir Universiti (PTU). PTU adalah Pegawai yang dikelaskan di bawah Skim Perkhidmatan Pengurusan dan Profesional (P&P). Gred jawatan bermula di Gred 41 dan ke atas. PTU adalah individu yang dilantik oleh pihak berkuasa Universiti untuk menguruskan pelbagai bentuk hal-ehwal pengurusan dan pentadbiran di Pusat Tanggungjawab (PTJ) di mana mereka ditempatkan. Daripada segi kelayakan akademik, PTU ini pe