Skip to main content

Perkongsian Intipati Bicara Perdana Naib Canselor UKM

Salam pertemuan penuh harmoni 
buat semua yang sudi singgah di blog saya.

Hari ini 10 April 2019 bersamaan hari Rabu saya dan ratusan warga UKM hadir ke Bicara Perdana Naib Canselor UKM, YBhg. Prof. Ir. Dr. Mohd Hamdi Abd Shukor...tidak kira dari semua peringkat hadir...peringkat Pengurusan Tertinggi Universiti, Dekan/Pengarah dan Pengetua, Pegawai Pengurusan dan Profesional dan kakitangan Pelaksana.

Kami (merujuk kepada geng saya) hadir dengan rela hati (tanpa paksaan) dan penuh teruja untuk mendengar bicara, amanah, hala tuju dan pemikiran Naib Canselor kami selepas genap 100 hari beliau menerajui UKM. Dan saya percaya dan berandaian bahawa mereka yang lain juga hadir tanpa paksaan. Tiada drama yang dipertontonkan melainkan dunia realiti semuanya...

Memang sejak seminggu yang lalu lagi saya tertunggu2 untuk hari ini tiba...secara terus terang saya sebenarnya tidak sabar dan sangat teruja untuk mendengar bicara beliau setelah 100 hari menerajui UKM.

Akhirnya hari ini sejarah mencatatkan realitinya berlangsung bicara seorang Naib Canselor yang bercakap lebih kurang 2 jam disaksikan ratusan warga UKM dalam ruang bersejarah di Dectar...perkataan pertama saya yang dapat saya katakan adalah...saya teruja, rasa selesa, berbangga mempunyai seorang Naib Canselor yang begitu hebat, bijaksana, berstrategi, dan smart dlm mengatur dan menyusun perancangan dan strategi...Dalam hati saya berbisik "kerana kehebatan luar biasa dan kekuatan "ilmu dalam" ini lah agaknya beliau dipilih untuk menerajui UKM"...bukan calang-calang orang rupanya...salute you sir! 

Sangat hebat pembentangannya...beliau sangat bijak menggunakan data dalam strategi dan perancangannya...memang superb..saya suka! pada saya persembahan melalui penggunaan data memberikan gambaran secara keseluruhan mengenai pencapaian UKM setakat ini...kekuatan dan kelemahan...kedua-duanya tersurat dan tersirat dan "boleh dibaca" serentak...tiada dapat ditakwil dan dibahas lagi..gambaran seakannya "memang checkmate" lah gayanya bila tang paparan data memperlihatkan beberapa aspek kelemahan yang perlukan penambahbaikan segera.

Sekadar mengimbau kembali kali pertama saya bertemu dan mengenali beliau adalah pada 21 Jan 2019...GSB menemukan saya dengan beliau semasa saya melaksanakan tugas terakhir saya di GSB, iaitu urusan Audit AACSB - hari menerima lawatan panel Audit daripada luar negara.

Kali pertama melihat beliau, sudah pasti saya mempunyai penilaian saya tersendiri terhadap beliau. Daripada percakapan dan tutur kata nya, bahasa badannya, gerak langkahnya saya menyimpulkan bahawa beliau adalah seorang yang sangat humble orangnya, lembut dan baik orangnya, namun saya melihat ada ketegasan di sebalik kelembutannya, berstrategi, sangat smart dlm kepimpinan..seorang yang sangat objektif...pada saya beliau adalah orang yang hebat..."ada karisma dan aura dalaman yang kuat...ini pandangan peribadi saya dan mungkin berbeza dengan pandangan orang lain...setiap pandangan pasti berbeza kerana setiap orang melihat dari sudut pandang masing-masing kan.

Memetik kata-kata Pengerusi UKM, YBhg. Tan Sri Abdul Wahid Omar dalam Berita Harian, 6 Disember 2018, Khamis:


"Beliau percaya dengan kelayakan cemerlang dan pengalaman luas Mohd Hamdi dalam pentadbiran universiti sebelum ini akan dapaat membawa perspektif baharu kepada UKM."


"Pelantikan beliau sebagai Naib Canselor baharu UKM diharap dapat mempertingktkan lagi prestasi UKM bukan sahaja dari segi 'ranking', tetapi juga dalam pembangunan insan, kebolehpasaran graduan dan reputasi sebagai sebuah universiti nasional."

Saya ingin menyorot kembali tarikh pelantikan YBhg. Prof. Ir. Dr. Hamdi dilantik sebagai Naib Canselor UKM. Beliau dilantik oleh Menteri Pendidikan Malaysia mulai 1 Januari 2019 untuk tempoh 3 tahun. Beliau adalah Naib Canselor pertama UKM yang dilantik daripada kalangan orang luar UKM. Hakiki beliau adalah di Universiti Malaya. Beliau adalah Profesor di Jabatan Kejuruteraan Mekanikal, Fakulti Kejuruteraan, Universiti Malaya. Beliau berasal dari Muar, Johor.

Daripada segi kelayakan akademik Prof. Dr. Hamdi memiliki Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan (Mekanikal) daripada Imperial College, London, England, Ijazah Sarjana Teknologi Pembuatan dan Pengurusan Sistem Termaju (University of Machester Institute of Science and Tehcnology, United Kingdom), dan Ijazah Doktor Falsafah (PhD) dari Kyoto University, Jepun.


Hokey...kita kembali semula kepada tujuan penulisan saya ini. Saya sebenarnya ingin berkongsi intipati daripada Bicara Perdana Naib Canselor.

Dalam bicara perdananya, Naib Canselor telah memilih tema "Kualiti Teras Kebitaraan Universiti". Beliau menyenaraikan tiga agenda dalam slaid pertamanya, iaitu:
1. UKM Satu Pencapaian
2. Menghadapi Cabaran Mendatang
3. Pelan Strategik UKM 2019 - 2021

Naib Canselor masih lagi mengekalkan Bidang Keberhasilan Strategik dengan enam (6) KRA dengan diperkemaskan dan diringkaskan nama bagi setiap KRA, iaitu:
1. KRA 1: Siswazah Berkualiti
2. KRA 2: Penyelidikan Berimpak
3. KRA 3: Keterlibatan Strategik
4. KRA 4: Institusi Cemerlang
5. KRA 5: Penjanaan Optimum
6. KRA 6: Prasarana Kondusif

Dalam masa yang sana Naib Canselor juga mengekalkan Tekad 18 yang diperkenalkan oleh mantan Naib Canselor YBhg. Prof. Tan Sri Dato' Seri Dr. Noor Azlan Ghazali.

Perkara Utama yang disebut dan diberi penekanan oleh Naib Canselor dalam Bicara 100 hari beliau adalah:
1. Pemartabatan Bahasa Melayu
2. Memperkenalkan NILAI KAMII
    - Keserakanan
    - Akauntabiliti
    - Merit
    - Inovasi
    - Integriti

3. Menggariskan UKM's House of Quality
    - Penyelidikan (Penyelidikan Berkualiti dan Berimpak)
    - Akademik (Pemerkasaan Pengajaran dan Pembelajaran)
    - Antarabangsa (Pengantarabangsaan UKM)
    - Bakat (Penyerlahan Bakat)
    - Kewangan (Kelestarian Pendanaan)

Untuk UKM's House of Quality, saya amat tertarik sekali dengan "pakej tawaran" yang dinyatakan untuk Bakat (Penyerlahan Bakat). Perkara yang Naib Canselor gariskan di bawah Bakat adalah:
1. Perkasa Pensyarah Baharu
2. Memperkasakan peranan kumpulan Pengurusan dan Profesional (merujuk kepada Pegawai Bukan Akademik di UA).
3. Laluan Kerja bagi Kumpulan Pelaksana
4. Staf kreatif dan berinovasi

Saya memperincikan sedikit untuk keempat-empatnya di bawah Penyerlahan Bakat sebagaimana yang digariskan oleh Naib Canselor. Perincian bagi perkara-perkara yang lain boleh dirujuk kepada slaid pembentangan Naib Canselor (rasanya boleh dicapai dalam laman web UKM.

UKM's House of Quality:
Perkasa Pensyarah Baharu
1. Profiling berdasarkan kecenderungan dan keupayaan.
2. Latihan formal pengajaran
3. Memudahcara pengambilan tenaga/pensyarah/pakar (contoh: HCTM, FGG)

UKM's House of Quality:
Memperkasakan Peranan Kumpulan Pengurusan dan Profesional.
1. Program sangkutan dalam dan luar negara (5 pegawai setahun).
2. Program latihan berfokus dan kemudahan cuti belajar terancang.
3. Mengetuai Pusat Perkhidmatan Terpilih.

UKM's House of Quality:
Laluan Kerja bagi Kumpulan Pelaksana
1. Skim Perkhidmatan Time-Based
2. Program Latihan Berfokus
3. Tukar Lantik

Secara keseluruhannya, saya membuat kesimpulan bahawa segala apa yang telah digariskan oleh Naib Canselor dalam Bicara Perdananya selepas 100 hari menerajui UKM ini adalah merupakan pelan strategik dan halatuju UKM dan dalam masa yang sama adalah juga KPI beliau dalam tiga tahun pertama pelantikan ini. Secara peribadi saya berpendapat pelan strategik ini adalah sangat strategik dan jelas serta sangat memenuhi konsep SMART iaitu Spesific, Measurable, Achievable, Relevant, dan Timely.

Hokey...setakat ini dulu perkongsian saya mengenai bicara dan hala tuju Naib Canselor UKM selepas 100 hari beliau menerajui UKM. Semoga segala perancangan ini dipermudahkan Allah jua dalam meletakkan UKM terus berada di puncak dan di mercu kecemerlangan secara total.


Saya kongsikan beberapa keping gambar semasa program berlangsung.







Salam hormat,
RZH


Nota: Penulisan ini dibuat pada 10 April 2019 lagi, tapi atas kesibukan dan kekangan waktu, dan pelbagai faktor lagi...makanya malam ni baru dapat disiapkan.




Comments

Popular posts from this blog

Kenangan Zaman Permainan Kanak-kanak...

Dalam  hidup masing-masing, semua orang   mempunyai  kenangan  dan  momen  indah yang tersendiri semasa zaman kanak-kanak...ada yang menjadikan kenangan itu sebagai suatu nilai sentimental yang akan terpahat selamanya dalam lipatan kenangan. Saya juga tidak terkecuali. Kenangan permainan saya semasa kanak-kanak dulu memang terlalu istimewa dalam hidup saya...sentiasa segar dan mekar dalam bayangan fikiran sehinggakan terkadang menggamit rasa untuk kembali semula ke masa lampau...andai masa boleh diundur semula kan...saya ingin kembali mengulangi momen2 itu. Semasa zaman kanak2 saya memang sangat aktif bermain dan beraktiviti dengan kawan2...memang lasak betul la. Permainan kami geng kanak2 ni memang meriah betul ibarat satu pesta pula kemeriahannya. Zaman kanak2 dulu saya ni kiranya ketua geng la...haha..gengster pun ya juga (kira gengster baik la kalau dalam cerita hindustan dulu2..haha...sabar aje la) tukang plan itu ini dan confirmnya plan tu akan menjadi dgn me

Peranan Penyambut Tetamu Dalam Penganjuran Majlis Formal

    Penyambut tetamu ( usherette ) adalah orang yang memainkan peranan yang sangat penting dalam menyambut tetamu dan memastikan supaya tetamu dalam sesuatu majlis itu dapat diuruskan dengan baik dan lancar tanpa menimbulkan rasa tidak puas hati, rasa tersinggung dan rasa tidak selesa daripada tetamu yang dijemput. Sebelum pergi jauh lagi tentang peranan penyambut tetamu, mari kita sama-sama fahami dulu definisi 'Penyambut Tetamu'. Secara ringkasnya penyambut tetamu adalah orang yang dilantik dan diberikan tugas dan tanggungjawab untuk menyambut tetamu-tetamu yang dijemput dalam satu-satu majlis, menunjukkan arah dan mengiringi tetamu, serta memastikan keselesaan tetamu terjaga. Tugas menyambut tetamu ini kebiasaannya diletakkan di bawah satu Jawatankuasa yang terdiri daripada sebilangan peyambut tetamu yang mana jumlahnya bergantung kepada berapa ramai tetamu yang perlu diuruskan. Tetamu ini diklasifikasi kepada beberapa kategori, iaitu kategori kehormat dan

Peranan Pegawai Tadbir di Universiti Awam

Buat semua pembaca budiman,  Penulisan ini adalah sekadar pandangan dan pendapat peribadi saya berdasarkan pengalaman yang dilalui sebagai Pegawai Tadbir di Universiti Awam (UA). Walau bagaimanapun, ia mungkin berbeza mengikut pandangan masing-masing, juga mungkin berbeza mengikut governan UA masing-masing. Namun, sekurang-kurangnya penulisan ini dapat membantu untuk memberikan gambaran kepada pembaca dalam mengetahui secara umum mengenai peranan dan tanggungjawab seorang Pegawai Tadbir di UA. Pegawai Tadbir yang dibincangkan dalam penulisan ini adalah Pegawai Tadbir Universiti (PTU). PTU adalah Pegawai yang dikelaskan di bawah Skim Perkhidmatan Pengurusan dan Profesional (P&P). Gred jawatan bermula di Gred 41 dan ke atas. PTU adalah individu yang dilantik oleh pihak berkuasa Universiti untuk menguruskan pelbagai bentuk hal-ehwal pengurusan dan pentadbiran di Pusat Tanggungjawab (PTJ) di mana mereka ditempatkan. Daripada segi kelayakan akademik, PTU ini pe