Skip to main content

Resepi Sedapzaini: Spageti Bolognese Special




Sudah lama tidak berkongsi resepi di sini. Hokey, untuk entri kali ni saya ingin berkongsi resepi untuk membuat spageti bolognese...secara terus terang saya tak berapa gemar sangat spageti bolognese...saya lebih prefer spageti carbonara...tapi sebab Mr. Husband dan anak-anak lebih suka bolognese makanya saya selalunya bila masak spageti...
bolognese lah jawab nya...

Spageti ni adalah sejenis pasta berasal dari Itali...masakan Italia. Memasak spageti ni memang sangat mudah...ore kelate kata "semesek jah"...saya percaya semua orang yang jenis suka masak pasti akan tahu untuk masak spageti...cuma yang berbeza adalah taste nya saja...setiap orang mempunyai taste masing-masing...kesedapan dalam memasak ni adalah subjektif sifatnya bergantung kepada citarasa seseorang itu.

Okey jom kita terus kepada bahan-bahan untuk membuat kuah spageti bolognese.

Bahan-bahan:

1. For sure la spageti. Mana-mana brand pun ok. Satu peket
2. Sos bolognese - yang tradisional sama ada dlm tin atau botol. Dua atau tiga tin saiz standard memadai (kecil saja saiznya).
3. Daging berger (Beef) - satu peket 6 keping tu. Saya tak guna daging cincang, saya lebih suka guna daging berger kerana rasa kuah nanti special sikit sedapnya apabila kuah tu bercampur dengan rasa asal berger tu. Boleh juga masukkan sosej potong bulat2 kecil sekiranya ingin ditambah bahan2 dlm kuah..mushroom juga okey..ikut selera masing2 ya.
4. Bawang Holland satu labu besar
5. Bawang putih 6 ulas (setengah orang kata lagi banyak lagi sedap..ermmm..6 ulas besar memadai dah, jangan banyak sangat bau bawang putih sangat nanti tak sedap pulak kuah kita).
6. Cili api tiga empat tangkai. Saya mmg letak cili api untuk beri aroma dan rasa yang lebih sedap!
7. Kiub ayam satu memadai. Dua pun masih ok.
8. Gula dan garam opkos
9. Butter setengah buku (125gm)
10. Minyak zaitun dua tiga sudu
11. Fresh milk setengah cawan
12. Herba oregano kering atau Italian mixed herbs

Cara-cara:

1. Spageti direbus dalam 10-15 minit.
Angkat dan toskan. Campur minyak zaitun dalam air rebusan supaya spageti tidak melekat2 nanti bila nak dihidangkan.
2. Bawang holland dipotong dadu kecil2.
3. Bawang putih dicincang halus.
4. Cili api dipotong kecil2
5. Daging berger dipotong dadu. Kecil2.
6. Panaskan kuali. Masukkan butter dan minyak zaitun. Bila minyak dah panas, tumiskan bawang putih dulu. Apabila kekuningan masukkan bawang holland dan tumis sehingga kekuningan..jangan garing..untuk buat kuah spageti bawang tak perlu garing, memadai kekuningan saja.

7. Masukkan daging berger dan biarkan dlm 5 minit. Kacau2 dalam kuali. Kemudian dah boleh masukkan sos tradisional tadi..gaul serata..biar mendidih dlm tujuh lapan minit mungkin...masukkan fresh milk dan masukkan kiub ayam (hancurkan dulu), cili api dipotong tadi dan opkos gula dan garam. Kuah spageti saya wajib masuk gula..hehe..ada orang tak suka taruk gula...terpulang pada taste masing2 ya. Pada saya kena masuk juga gula sebab nak balance kan dengan masam2 sos bolognese...
menambahkan kesedapan kuah tu.

8. Bila dah lengkap semuanya, kuah dah mendidih dan rasa juga sudah cukup...biasanya dlm 10-15 minit berada atas api...kepekatannya agak2 ya jgn pekat sangat dan jangan cair sangat. Saya biasanya kalau guna tiga tin sos, saya akan tambah air setengah tin lagi atau boley juga lebih sikit (guna tin sos tu ya)...dekat nak angkat boleh masukkan sedikit oregano atau italian mixed herbs...dlm satu sudu kecil sahaja...kacau2 sekejap...dah complete semua maka boleh lah ditutup api...dah siap!

Bolehlah dihidangkan untuk seisi keluarga..dimakan bersama dengan parmesan...mmg sedap...kalau tak ada parmesan dah habis stok di rumah, makan tanpa parmesan pun okey...

Saya share kan video masa kuahnya sedang dimasak.


Selamat mencuba!

Salam hormat,
RZH

Comments

Popular posts from this blog

Kenangan Zaman Permainan Kanak-kanak...

Dalam  hidup masing-masing, semua orang   mempunyai  kenangan  dan  momen  indah yang tersendiri semasa zaman kanak-kanak...ada yang menjadikan kenangan itu sebagai suatu nilai sentimental yang akan terpahat selamanya dalam lipatan kenangan. Saya juga tidak terkecuali. Kenangan permainan saya semasa kanak-kanak dulu memang terlalu istimewa dalam hidup saya...sentiasa segar dan mekar dalam bayangan fikiran sehinggakan terkadang menggamit rasa untuk kembali semula ke masa lampau...andai masa boleh diundur semula kan...saya ingin kembali mengulangi momen2 itu. Semasa zaman kanak2 saya memang sangat aktif bermain dan beraktiviti dengan kawan2...memang lasak betul la. Permainan kami geng kanak2 ni memang meriah betul ibarat satu pesta pula kemeriahannya. Zaman kanak2 dulu saya ni kiranya ketua geng la...haha..gengster pun ya juga (kira gengster baik la kalau dalam cerita hindustan dulu2..haha...sabar aje la) tukang plan itu ini dan confirmnya plan tu akan menjadi dgn me

Peranan Penyambut Tetamu Dalam Penganjuran Majlis Formal

    Penyambut tetamu ( usherette ) adalah orang yang memainkan peranan yang sangat penting dalam menyambut tetamu dan memastikan supaya tetamu dalam sesuatu majlis itu dapat diuruskan dengan baik dan lancar tanpa menimbulkan rasa tidak puas hati, rasa tersinggung dan rasa tidak selesa daripada tetamu yang dijemput. Sebelum pergi jauh lagi tentang peranan penyambut tetamu, mari kita sama-sama fahami dulu definisi 'Penyambut Tetamu'. Secara ringkasnya penyambut tetamu adalah orang yang dilantik dan diberikan tugas dan tanggungjawab untuk menyambut tetamu-tetamu yang dijemput dalam satu-satu majlis, menunjukkan arah dan mengiringi tetamu, serta memastikan keselesaan tetamu terjaga. Tugas menyambut tetamu ini kebiasaannya diletakkan di bawah satu Jawatankuasa yang terdiri daripada sebilangan peyambut tetamu yang mana jumlahnya bergantung kepada berapa ramai tetamu yang perlu diuruskan. Tetamu ini diklasifikasi kepada beberapa kategori, iaitu kategori kehormat dan

Peranan Pegawai Tadbir di Universiti Awam

Buat semua pembaca budiman,  Penulisan ini adalah sekadar pandangan dan pendapat peribadi saya berdasarkan pengalaman yang dilalui sebagai Pegawai Tadbir di Universiti Awam (UA). Walau bagaimanapun, ia mungkin berbeza mengikut pandangan masing-masing, juga mungkin berbeza mengikut governan UA masing-masing. Namun, sekurang-kurangnya penulisan ini dapat membantu untuk memberikan gambaran kepada pembaca dalam mengetahui secara umum mengenai peranan dan tanggungjawab seorang Pegawai Tadbir di UA. Pegawai Tadbir yang dibincangkan dalam penulisan ini adalah Pegawai Tadbir Universiti (PTU). PTU adalah Pegawai yang dikelaskan di bawah Skim Perkhidmatan Pengurusan dan Profesional (P&P). Gred jawatan bermula di Gred 41 dan ke atas. PTU adalah individu yang dilantik oleh pihak berkuasa Universiti untuk menguruskan pelbagai bentuk hal-ehwal pengurusan dan pentadbiran di Pusat Tanggungjawab (PTJ) di mana mereka ditempatkan. Daripada segi kelayakan akademik, PTU ini pe