Skip to main content

Kebahagiaan Dalam Meraikan Hari Lahir...


Hari lahir adalah hari yang kita dilahirkan ke dunia...hari yang kita mengenal dunia walau pada saat itu kita masih belum mengerti apa-apa..dilahirkan sebagai bayi yang suci bersih seperti kain putih.  Tidak tahu apa-apa..hanya tahu menangis, minum susu dan dan menggerakkan anggota badan...semuanya kejadian dan kebesaran Allah..seseorang manusia itu dikeluarkan dari alam perut ibunya dan lahir di dunia dan melalui pula alam dunia yang didalamnya penuh dengan keindahan, kebahagiaan, kesakitan, keperitan, kesulitan dan sebagainya lagi dengan ujian dan cabaran yang Allah berikan.

Hari lahir adalah hari yang paling istimewa, paling dingati, dikenang dan paling bersejarah dalam hidup seseorang. Semua orang pasti mempunyai tarikh lahir masing-masing yang tertulis dalam kitab Allah..juga tertulis di Surat Beranak yang wajib didaftarkan secara rasmi di Jabatan Pendaftaran Negara.

Semua orang pasti akan meraikan hari lahir masing-masing...pasti akan mengingati hari lahir masing-masing. Bukan setakat kita sendiri yang mengingati hari lahir kita, malah orang-orang sekeliling kita yang punyai perkaitan dengan kita, punyai hubungan istimewa dengan kita akan turut mengingati dan meraikannya kerana tarikh hari lahir seseorang ini adalah tarikh yang sangat special..dengan mengingatinya itu memberikan tanda dan simbolik sebuah "penghargaan", 
"penghormatan", "kasih sayang dan cinta".

Hari lahir diraikan dengan pelbagai cara dan pelbagai sambutan..ada yang menerima kejutan "birthday surprise", mungkin sambutan bersama keluarga, kejutan daripada insan tersayang, mungkin sambutan di ofis, kejutan di ofis, mungkin jua sambutan dengan kawan-kawan rapat, kejutan daripada kawan-kawan rapat, keluar makan-makan dengan famili, insan tersayang, kawan-kawan rapat dsbnya lagi...walau bagaimanapun cara sambutan, sudah pasti sebagai orang Islam kita akan menyambutnya dengan cara kita, dengan adab kita dan dengan nilai dan budaya kita...

Setiap kali tibanya hari lahir..setahun sekali selepas setiap kali lengkap putaran 360 hari, maka akan bertemu kembali hari lahir kita yang telah kita tinggalkan setahun lalu..menandakan meningkatkan lagi usia kita ke satu nombor lagi...dan sudah pasti tahun berikutnya akan bertemu lagi dan bertemu lagi sehinggalah ianya berakhir... bila saat mata kita telah tertutup rapat menemui sang Pencipta...maka berakhirlah sambutan hari lahir buat kita...ianya nanti akan hanya dikenang sebagai suatu memori dan kenangan sahaja apabila kita telah tiada di dunia ini.

Kedatangan hari lahir ini sebenarnya sesuatu yang indah, membahagiakan dan menggembirakan hati kita...kita akan rasa diri dihargai dan disayangi apabila tarikh lahir kita mereka raikan, berikan kejutan, berikan ucapan, dan kirimkan kad ucapan atau kiriman wasap dan sms sebagai pengganti diri...memang kita rasa begitu teruja dan begitu bermotivasi...hati yang berbunga-bunga dan kebahagiaan yang hadir dalam hati akan menjadikan kita terus bersemangat....hubungan dengan mereka di sekeliling kita juga  semakin erat dan ikatan ukhwah semakin berpanjangan....

Pada setiap kali meraikan hari lahir...baik sekali andai kita bertafakur seketika dan menghadirkan pemikiran dalam diri dengan beberapa perkara:

1. Mengingati bahawa usia kita semakin meningkat...telah bertambah satu tahun lagi...seharusnya kita perlu sentiasa ingatkan diri dan "sedar diri" bahawa kita semakin dekat di "garisan penamat"...carilah redha Allah atas apa jua yang dilakukan..usah lagi membesarkan duniawi.

2. Bersyukur dengan usia yang masih lagi dilanjutkan oleh Allah untuk memberikan kita ruang dan peluang meningkatkan ibadah dan menambahbaik segala kekurangan diri dan kealpaan kita kepada-Nya.

3. Menyedari bahawa orang sekeliling kita masih menyayangi kita dengan ucapan dan sambutan yang mereka buat untuk kita...hargai mereka dan beri yang terbaik kepada mereka...terus memelihara hubungan baik dengan mereka...jaga hati dan perasaan mereka...

4. Pada hari lahir kita berdoa lah kepada Allah agar kita terus berada dalam perhatian dan kasih sayang-Nya...dalam rahmat dan keberkatan-Nya..dijauhkan daripada segala kesulitan dan dipermudahkan segalanya...semoga kita jua terus diberikan kesihatan yang baik...ditetapkan iman dan sentiasa bersedia untuk dijemput pada bila-bila masa yang Allah telah tetapkan.

Setakat ini dulu penulisan saya berkaitan topik meraikan hari lahir, semoga bermanfaat buat semua. Saya tinggalkan dan patrikan di sini beberapa keping gambar sambutan hari lahir saya sebagai tanda kenangan berpanjangan buat saya yang saya pahatkan bersama tulisan ini. Kalungan penghargaan dan jutaan terima kasih buat Mr. Husband dan anak-anak yang sentiasa bersama dan memberikan kekuatan kepada saya...juga teman istimewa selamanya di hati saya yang juga menjadi kekuatan kepada saya...sahabat-sahabat dan rakan seperjuangan...team di ofis saya atas "tanda kasih sayang" ini..tidak dapat saya membalasnya...hanya Allah jua yang akan memberikan yang terbaik buat semua...juga buat staf seliaan saya yang disayangi semua..semoga semuanya terus diberikan keberkatan dalam kehidupan, kasih sayang berpanjangan dari Allah, murah rezeki dan diberikan kesihatan yang baik....semoga jua kita terus menjadi satu team yang kuat dan padu, dan sentiasa cemerlang dalam melaksanakan amanah dan tanggungjawab kita....ameen!












Salam hormat,
RZH
22 November 2018

Comments

Popular posts from this blog

Kenangan Zaman Permainan Kanak-kanak...

Dalam  hidup masing-masing, semua orang   mempunyai  kenangan  dan  momen  indah yang tersendiri semasa zaman kanak-kanak...ada yang menjadikan kenangan itu sebagai suatu nilai sentimental yang akan terpahat selamanya dalam lipatan kenangan. Saya juga tidak terkecuali. Kenangan permainan saya semasa kanak-kanak dulu memang terlalu istimewa dalam hidup saya...sentiasa segar dan mekar dalam bayangan fikiran sehinggakan terkadang menggamit rasa untuk kembali semula ke masa lampau...andai masa boleh diundur semula kan...saya ingin kembali mengulangi momen2 itu. Semasa zaman kanak2 saya memang sangat aktif bermain dan beraktiviti dengan kawan2...memang lasak betul la. Permainan kami geng kanak2 ni memang meriah betul ibarat satu pesta pula kemeriahannya. Zaman kanak2 dulu saya ni kiranya ketua geng la...haha..gengster pun ya juga (kira gengster baik la kalau dalam cerita hindustan dulu2..haha...sabar aje la) tukang plan itu ini dan confirmnya plan tu akan menjadi dgn me

Peranan Penyambut Tetamu Dalam Penganjuran Majlis Formal

    Penyambut tetamu ( usherette ) adalah orang yang memainkan peranan yang sangat penting dalam menyambut tetamu dan memastikan supaya tetamu dalam sesuatu majlis itu dapat diuruskan dengan baik dan lancar tanpa menimbulkan rasa tidak puas hati, rasa tersinggung dan rasa tidak selesa daripada tetamu yang dijemput. Sebelum pergi jauh lagi tentang peranan penyambut tetamu, mari kita sama-sama fahami dulu definisi 'Penyambut Tetamu'. Secara ringkasnya penyambut tetamu adalah orang yang dilantik dan diberikan tugas dan tanggungjawab untuk menyambut tetamu-tetamu yang dijemput dalam satu-satu majlis, menunjukkan arah dan mengiringi tetamu, serta memastikan keselesaan tetamu terjaga. Tugas menyambut tetamu ini kebiasaannya diletakkan di bawah satu Jawatankuasa yang terdiri daripada sebilangan peyambut tetamu yang mana jumlahnya bergantung kepada berapa ramai tetamu yang perlu diuruskan. Tetamu ini diklasifikasi kepada beberapa kategori, iaitu kategori kehormat dan

Peranan Pegawai Tadbir di Universiti Awam

Buat semua pembaca budiman,  Penulisan ini adalah sekadar pandangan dan pendapat peribadi saya berdasarkan pengalaman yang dilalui sebagai Pegawai Tadbir di Universiti Awam (UA). Walau bagaimanapun, ia mungkin berbeza mengikut pandangan masing-masing, juga mungkin berbeza mengikut governan UA masing-masing. Namun, sekurang-kurangnya penulisan ini dapat membantu untuk memberikan gambaran kepada pembaca dalam mengetahui secara umum mengenai peranan dan tanggungjawab seorang Pegawai Tadbir di UA. Pegawai Tadbir yang dibincangkan dalam penulisan ini adalah Pegawai Tadbir Universiti (PTU). PTU adalah Pegawai yang dikelaskan di bawah Skim Perkhidmatan Pengurusan dan Profesional (P&P). Gred jawatan bermula di Gred 41 dan ke atas. PTU adalah individu yang dilantik oleh pihak berkuasa Universiti untuk menguruskan pelbagai bentuk hal-ehwal pengurusan dan pentadbiran di Pusat Tanggungjawab (PTJ) di mana mereka ditempatkan. Daripada segi kelayakan akademik, PTU ini pe