Skip to main content

Bila Allah Kejutkan dari Tidur di Waktu Malam Maka Bangunlah Bertahajud...

Sekadar penulisan ringkas sahaja mengenai mahalnya nilai dikejutkan di awal pagi atau satu pertiga malam tanpa kita "setkan alarm" ...Allah hantar malaikat untuk kejutkan kita dari kesedapan tidur...kuasa Allah mengejutkan kita dan bagaimanakah cara kita memberikan rasa penghargaan kita kepada-Nya apabila situasi ini berlaku...

Hidayah itu milik Allah..andai Allah memberi satu-satu hidayah itu...Allahuakbar alangkah bertuahnya insan itu...begitu juga andai kita yang dipilih untuk Allah kejutkan di awal pagi di sepertiga malam..maka bersyukur lah...bukan sengaja begitu-begitu saja sebenarnya kenapa kita tiba-tiba terjaga dari tidur...mungkin terjaga sebab nak ke bilik air... sakit perut, nak buang air, terbatuk atau tersedak tiba-tiba atau apa saja penyebab kepada terjaga itu...sebenarnya itu bukan saja-saja berlaku...Allah sebenarnya mengejutkan kita untuk kita menggunakan peluang itu untuk bertemu dengan-Nya...bangun mengerjakan solat tahajud ini bukan mudah untuk dilakukan bagi mereka yang sayangkan keenakan tidur dan langsung tidak terjaga sehinggalah waktu sepertiga malam itu berlalu...alangkah ruginya bila kita dikejutkan dari lena di awal pagi...tapi kita tidak mengendahkannya...kita hanya bangun untuk ke bilik air dan selepas itu kembali menyambung tidur..mungkin esok Allah kejutkan lagi tapi kita abaikan juga...akhirnya nanti takut Allah tidak kejutkan lagi....maka alangkah ruginya kita...

Justeru, bila telah dikejutkan Allah...maka bangunlah..jangan teruskan tidur tanpa bangun mengerjakan solat tahajud...sesungguhnya di awal untuk bangun itu memang sangat liat dan rasa sangat malas..rasa sangat sayangkan tidur yang indah itu...namun cuba fikirkan sejenak mengapa Allah kejutkan kita tiba-tiba..pasti ada sebabnya..Allah sayangkan kita dan ingin kita "bertemu dengan-Nya" dalam solat sunat ini...andai kita berfikir begini sudah pasti ringan sekali badan kita untuk kita bangkit dari tidur...

Makanya, andai kita tersedar dari tidur di awal pagi sebelum masuknya waktu subuh, bangunlah dan bertahajudlah...sebagai tanda syukur dan terima kasih kepada Allah yang memilih kita untuk dikejutkan dari lena yang indah...sekurang-kurangnya berdoalah..beristigfar dan bertahmid lah kepada Allah...Sujud kepada Allah di keheningan malam yang dingin dan sunyi memang mempunyai kenikmatannya yang tidak dapat diluahkan dengan kata-kata...nikmat ini hanya dirasai oleh orang yang melaluinya sahaja...Justeru, untuk merasai nikmat ini makanya perlulah melatih diri untuk mengamalkan tahajud..mempraktikkannya dan seterusnya menjadi amalan rutin "darah daging" kita...Allah besar nikmat ini andai Allah mengizinkannya.

Solat tahajud adalah solat sunat yang paling afdal. Sekadar perkongsian kelebihan solat sunat tahajud yang saya ambil dari rujukan di internet...

1. Doa dimakbulkan Allah.
2. Memperoleh ketenangan jiwa.
3. Merasa diri hampir kepada Allah.
4. Diberikan keistimewaan oleh Allah.
5. Memperoleh pertolongan dan rahmat Allah.
6. Menewaskan gangguan dan godaan syaitan.
7. Mencegah dosa dan menghindari penyakit.
8. Menjadi lebih berdisiplin dalam melakukan tugas.
9. Allah memudahkan menerima ilmu yang dipelajari.
10. Terkeluar dari catatan sebagai golongan yang lalai.
11. Dihormati masyarakat dan dijauhi dari hasad dengki manusia.
12. Allah memberikan kemudahan dan rezeki yang berpanjangan.
13. Diberi keistimewaan yang orang lain tidak perolehi.
14. Mendapat kemuliaan Allah di dunia dan akhirat.
15. Meninggikan martabat seorang hamba di sisi Allah Azza Wa Jalla.
16. Memudahkan hisab di akhirat dan melintasi titian siratal-Mustaqim.
17. Memperoleh kesihatan rohani dan dipelihara peribadinya.

Demikianlah antara kelebihan solat sunat tahajud yang dapat sama-sama kita mengetahuinya...semoga kita terus mendapat hidayah daripada Allah...terus dikejutkan dari lena yang indah dan kesedapan tidur untuk bangun mengerjakan solat sunat yang paling afdal ini...solat sunat tahajud...

Bila ini sudah menjadi amalan...kita akan seronok apabila melakukannya...terjaga di waktu malam itu nanti akan "auto sendiri" apabila jiwa dan raga kita meletakkan ianya sebagai keutamaan dalam diri...sebelum tidur sentiasa niat dalam hati agar Allah kejutkan kita...set kan "alarm di mind" kita bahawa pada waktu sekian sekian kita ingin bangun untuk bertemu Allah.....insyaAllah....


Salam hormat,
RZH

Comments

Popular posts from this blog

Kenangan Zaman Permainan Kanak-kanak...

Dalam  hidup masing-masing, semua orang   mempunyai  kenangan  dan  momen  indah yang tersendiri semasa zaman kanak-kanak...ada yang menjadikan kenangan itu sebagai suatu nilai sentimental yang akan terpahat selamanya dalam lipatan kenangan. Saya juga tidak terkecuali. Kenangan permainan saya semasa kanak-kanak dulu memang terlalu istimewa dalam hidup saya...sentiasa segar dan mekar dalam bayangan fikiran sehinggakan terkadang menggamit rasa untuk kembali semula ke masa lampau...andai masa boleh diundur semula kan...saya ingin kembali mengulangi momen2 itu. Semasa zaman kanak2 saya memang sangat aktif bermain dan beraktiviti dengan kawan2...memang lasak betul la. Permainan kami geng kanak2 ni memang meriah betul ibarat satu pesta pula kemeriahannya. Zaman kanak2 dulu saya ni kiranya ketua geng la...haha..gengster pun ya juga (kira gengster baik la kalau dalam cerita hindustan dulu2..haha...sabar aje la) tukang plan itu ini dan confirmnya plan tu akan menjadi dgn me

Peranan Penyambut Tetamu Dalam Penganjuran Majlis Formal

    Penyambut tetamu ( usherette ) adalah orang yang memainkan peranan yang sangat penting dalam menyambut tetamu dan memastikan supaya tetamu dalam sesuatu majlis itu dapat diuruskan dengan baik dan lancar tanpa menimbulkan rasa tidak puas hati, rasa tersinggung dan rasa tidak selesa daripada tetamu yang dijemput. Sebelum pergi jauh lagi tentang peranan penyambut tetamu, mari kita sama-sama fahami dulu definisi 'Penyambut Tetamu'. Secara ringkasnya penyambut tetamu adalah orang yang dilantik dan diberikan tugas dan tanggungjawab untuk menyambut tetamu-tetamu yang dijemput dalam satu-satu majlis, menunjukkan arah dan mengiringi tetamu, serta memastikan keselesaan tetamu terjaga. Tugas menyambut tetamu ini kebiasaannya diletakkan di bawah satu Jawatankuasa yang terdiri daripada sebilangan peyambut tetamu yang mana jumlahnya bergantung kepada berapa ramai tetamu yang perlu diuruskan. Tetamu ini diklasifikasi kepada beberapa kategori, iaitu kategori kehormat dan

Peranan Pegawai Tadbir di Universiti Awam

Buat semua pembaca budiman,  Penulisan ini adalah sekadar pandangan dan pendapat peribadi saya berdasarkan pengalaman yang dilalui sebagai Pegawai Tadbir di Universiti Awam (UA). Walau bagaimanapun, ia mungkin berbeza mengikut pandangan masing-masing, juga mungkin berbeza mengikut governan UA masing-masing. Namun, sekurang-kurangnya penulisan ini dapat membantu untuk memberikan gambaran kepada pembaca dalam mengetahui secara umum mengenai peranan dan tanggungjawab seorang Pegawai Tadbir di UA. Pegawai Tadbir yang dibincangkan dalam penulisan ini adalah Pegawai Tadbir Universiti (PTU). PTU adalah Pegawai yang dikelaskan di bawah Skim Perkhidmatan Pengurusan dan Profesional (P&P). Gred jawatan bermula di Gred 41 dan ke atas. PTU adalah individu yang dilantik oleh pihak berkuasa Universiti untuk menguruskan pelbagai bentuk hal-ehwal pengurusan dan pentadbiran di Pusat Tanggungjawab (PTJ) di mana mereka ditempatkan. Daripada segi kelayakan akademik, PTU ini pe