Skip to main content

Cerita Tentang Media Sosial...Perlu Bijak Mengendalikannya!

Petang ni penulisan masih juga santai-santai saja. Di luar hujan..agak lebat juga. Kalau dulu-dulu masa kecil di kampung hujan sebegini mesti anak-anak ramai-ramai keluar rumah dan bermain dalam hujan...tiba-tiba terimbau pula kenangan masa kecil-kecil...semuanya kini tinggal sejarah saja..masa berlalu begitu pantas...beredar mengikut arus kemodenan...masa kini di bandar sudah tiada lagi anak-anak bermain dalam hujan...gajet di tangan mendominasi segalanya..ataupun bila anak-anak nak main hujan aje mak ayah akan cakap "jangan main hujan nanti demam"..hahaha 

Perkembangan teknologi maklumat kini menjadikan semua komunikasi sosial banyak berlaku secara maya...melalui Instagram (IG), Facebook (FB), Wasap, Telegram, Twitter, dan sebagainya lagi  yang berbentuk "online". Saya sekadar menyebut yang popular digunakan dan menjadi kebiasaan kepada kita semua menggunakannya bagi tujuan komunikasi tidak formal harian. Rangkaian perhubungan dengan sesiapa sahaja dapat dibina dan diperluaskan dengan jalur lebar ini.


Jom kita tengok dulu apakah definisi media sosial ini. Mengikut Kamus Dewan (Edisi Keempat), media bermaksud alat atau perantara dalam komunikasi atau perhubungan. Manakala sosial pula bermaksud segala perkara yang berkaitan dengan kemasyarakatan. Justeru, dapat didefinisi secara umumnya media sosial ini adalah satu platform untuk berkomunikasi dan bersosialisasi secara atas talian (secara maya) dan platform ini memerlukan penggunaan internet atau frekuensi tertentu untuk ianya menjalankan fungsinya sebagai jalur lebar ini.

Boleh dikatakan semua orang dalam dunia hari ini memiliki sekurang-kurangnya satu akaun di laman sosial. Sehinggakan dikatakan, seseorang yang tidak memiliki satupun akaun di lama sosial akan dianggap ketinggalan zaman dan tidak mengikuti atau seiring dengan perkembangan teknologi semasa. Sampai begitu sekali kemodenan teknologi IT masa kini dapat menakluki segalanya...adusssss!


Kemodenan dunia hari ini dan perkembangan dalam kemajuan pemikiran manusia yang lebih berinovasi dan kreatif dalam menciptakan pelbagai bentuk saluran komunikasi adalah sesuatu yang sangat baik kerana proses komunikasi menjadi lebih pantas dan mudah. Perkembangan teknologi maklumat masa kini menjadikan semua perkara berada di hujung jari sahaja...sehinggakan sesiapa yang tidak meningkatkan diri dengan penguasaan kemahiran IT maka golongan ini akan dianggap sebagai "ketinggalan ke belakang"...kononnya la, namun kebenarannya tidak dapat dipastikan sehinggalah ada kajian secara jelas tentangnya dibuat.

Sebelum kita pergi kepada tajuk yang ingin kita bincangkan di atas, mari sama-sama kita lihat dulu kebaikan dan keburukan media sosial ini secara umumnya sahaja.


Kebaikan media sosial:


1. Alat perhubungan tanpa sempadan

2. Alat berkomunikasi yang cepat (pantas) dan mudah
3. Alat pengiklanan bagi tujuan bisnes
4. Alat hiburan (merehatkan minda)
5. Alat untuk pengiklanan (peluang kerjaya, peluang melanjutkan pengajian)
6. Alat untuk pembelajaran dan mendapatkan ilmu/info dengan mudah.
7. Info lebih jelas dan mudah difahami dengan adanya visual dan bunyi.

Keburukan media sosial:

1. Penyebaran berita yang tidak tepat berlaku berleluasa

2. Alat untuk menjatuhkan dan mengaibkan orang dengan fitnah yang ditularkan (Viral)
3. Pembaziran masa dan melalaikan
4. Menyekat perkembangan kemahiran anak-anak (Bahasa, pergaulan, kreativiti)
5. Pencemaran minda (adegan-adegan ganas dan unsur pornografi)
6. Alat untuk melepaskan geram dan mengadu domba bagi sesetengah orang.
7. Tiada konsep "patah balik" bila berita/info sudah dihantar.
8. Mengurangkan produktiviti - bagi yang bekerja
9. Kebocoran Maklumat sulit - jenayah siber dengan pencerobohan akaun
10. Menghakis nilai-nilai moral dan budaya masyarakat
11. Menghakis nilai-nilai persaudaraan dalam kekeluargaan

Kebaikan dan keburukan ini secara seratus peratus sebenarnya bergantung kepada niat kita dan bagaimana cara kita menggunakannya. Kalau baik tujuan penggunaannya, maka kebaikan lah yang akan kita peroleh dan kalau buruk tujuan penggunaannya, maka keburukan lah yang akan diperoleh.


Justeru, kematangan dan kebijaksanaan sangat penting dalam kita menggunakan dan mengendalikan teknologi maya ini kerana sifatnya yang tidak boleh mengundur atau "patah balik" itu menjadikan apa saja yang telah "diupload" atau telah dihantar makanya tiada lagi "jalan kembali"...walau kita "delete" selepas itu, ia hanya padam kepada paparan kita sahaja tetapi tidak pada paparan orang lain yang telah membacanya...lagi parah adalah bila ia terus ditularkan tanpa had dan sempadan..selagi "di share" selagi itu lah ia "terus bernyawa" dan bertebaran merata-rata.


Mengendalikan media sosial ini membuatkan kita leka dan terlupa. Kita seronok menulis dan berkongsi apa jua di statusnya tanpa kita sedar semua yang terdetik di hati kita meluahkannya. Setengah orang dia tanpa sengaja berkongsi segalanya hanya untuk meluahkan sahaja dalam bentuk tulisan tanpa berniat apa-apa. Setengah orang pula memang menulis dengan niat tertentu, contohnya niat untuk lepas geram, lepas marah, menyindir, menunjuk-nunjuk, dan sebagainya lagi.


Bila kita menulis dengan niat dan mempunyai tujuan tertentu yang bersifat negatif, maka ini lah yang tidak bagusnya. Selalunya bila diperhatikan, kalau menulis dengan niat tidak baik seseorang itu berkecenderungan secara umumnya menggunakan media sosial ini untuk:


1. Meluah perasaan dan mengadu domba. Habis semua perkara peribadi yang sepatutnya menjadi rahsia  sendiri atau rahsia rumahtangga diluahkan dalam status di media sosial. Contohnya, bergaduh dengan orangpun kita tulis kat situ, marah dengan orang pun kita tulis di situ, kekecewaan kitapun kita dok tulis kat situ...


2. Melepaskan geram dan kemarahan dengan memaki hamun dan menggunakan bahasa yang kasar. Sebagai manusia yang mempunyai adab, kita seharusnya mengawal diri agar kita tidak dianggap sebagai "manusia yang tidak beradab".


3. Membuat sindiran kepada sesiapa jua yang ingin ditujukan selalunya kepada orang yang ada perkaitan dengan kita. Mungkin dituju kepada rakan-rakan, keluarga, ipar duai, jiran-jiran, Bos, staf seliaan dan sebagainya lagi.


4. Menunjuk-nunjuk. Contohnya menunjukkan kekayaan, kejayaan dan kecemerlangan dan sebagainya lagi. Kita mungkin menggunakan tulisan "berkias", "mengaitkan dengan sesuatu"...tapi gis nya tetap juga untuk "highlights" tentang sesuatu yang kita maksudkan itu...kita kadang-kadang terlupa semua orang mempunyai "deria menangkap maksud di sebalik kata-kata" yang tinggi...orang boleh membaca dan mentafsirkan apa sebenarnya "subjek" kepada penulisan kita itu. Namun dlm hal ini tidak semua orang mempunyai niat begitu, ada yang sekadar nak suka-suka dan enjoy sahaja. Jadi apapun ianya kembali kepada niat kita menulis.


5. Menunjukkan "kepandaian" kononnya dengan menjadi pengulas setia yang "tak bertauliah" terhadap isu-isu semasa negara contohnya isu politik, ekonomi, sosio ekonomi, jenayah dan sebagainya lagi...Memberikan pandangan itu tidak salah, tapi bila bukan yang pakar bercakap tentang sesuatu isu, makanya macam-macam idea yang keluar yang lagi mengeruhkan keadaan.


6. Memfitnah dan mengaibkan orang. Situasi ini semakin menjadi-jadi seakan semakin tipis pegangan agama dalam kehidupan di akhir zaman ini. Kerakusan manusia dalam dunia hari ini seakan merasakan kehidupan ini tiada pengakhirannya...kita tidak mungkin akan hidup selamanya..tiba masa nanti kita akan dijemput...maka kita perlu menjawab di sana atas setiap apa yang kita lakukan...


"kesukaan untuk menjadikan media sosial sebagai tempat meluah dan melepas rasa" ini sebenarnya boleh dikawal atau dielakkan dengan meletakkan penghayatan kepada nilai-nilai murni, kematangan dan kebijaksanaan sebagai paksinya! Bagaimana ianya boleh dilakukan...secara peribadi, pandangan saya adalah seperti berikut:

1. Sebelum kita "post" apa-apa di status, fikirkan dan timbangkan dulu kesan daripada perbuatan itu. Fikirkan dulu secara rasional baik dan buruknya. Kalau kesan buruknyaa lebih memburukkan keadaan, maka batalkan sahaja hasrat itu.

2. Cuba gunakan teknik visualkan dulu. Bayangkan sekejap dalam fikiran kita apabila setiap kali kita membaca "post" daripada orang lain yang marah-marah, memaki hamun, menggunakan kata-kata kesat dan sebagainya lagi yang tidak elok untuk dibaca, tanya hati kita apa agaknya yang terdetik...saya yakin dalam pemikiran rasional, hati kita sebenarnya akan beranggapan betapa rendahnya kematangan orang yang menulis itu, betapa kurangnya adab dalam diri dia dan betapa buruknya pekertinya...dan betapa tingginya si penulis itu "merajakan" kebodohan. Jadi, berbalik la semula kepada kita, sanggupkah kita "dilabelkan" orang sebegitu bila kita melakukan perkara yang sama?

3. Menulis dan meluah rasa di media sosial ini sebenarnya kita secara tidak langsung menempelak diri kita sendiri..ibarat "menepuk air ke daun keladi dan air terpercik ke muka sendiri"...orang seronok membaca luahan hati kita, tapi mereka akan bertepuk tangan bersorak menempelak "kebodohan" kita dok p share dan dok buka pekong di dada...kenapa perlu kita membuka keburukan dan keaiban kita kepada umum dan memberi peluang untuk orang menjatuhkan dan memburukkan kita atau menggunakannya untuk memperlekehkan kemampuan kita. Jadi, cuba seboleh mungkin untuk kawal keinginan kita...paling tidak boleh menahan diri (dah nak menulis sangat) bukalah satu platform di media sosial yang kita private kan untuk kita sahaja..meluah lah di situ sampai kita rasa puas...kemudian dah reda rasa dalam hati, maka delete la semula...kita perlu faham bahawa konsep marah dan konsep stress ini sekejap sahaja sifatnya...bila kita dah reda dari perasaan itu, maka baru kita akan menyesal dengan apa yang telah kita lakukan...justeru, dengan cara ini rahsia dan keburukan kita tidak akan ke mana, hanya dalam pengetahuan kita sahaja...dan kita tidak akan melalui rasa penyesalan kerana "post" berkenaan tidak terlepas ke publik sebaliknya hanya dalam simpanan kita sahaja dan selepas itu kita boleh delete pada bila-bila masa.

4. Soal keimanan yang tinggi juga adalah faktor utama untuk menyekat kita daripada menggunakan media sosial sebagai tempat melepas geram dan membuat sindiran. Iman dalam diri kita akan menghalang kita dari melakukannya...mengapa kita perlu melepaskan geram dengan menulis panjang lebar di status sedangkan kita ada tempat yang disediakan cukup elok untuk "mengadu"..iaitu melalui doa dan solat...dengan memanjatkan doa kepada-Nya dan memohon kepada-Nya semua kekusutan ini insyaAllah terlerai....itu cara kita orang yang mengaku beriman kepada Allah....dan mengapa perlu kita menggunakan media sosial untuk menyindir individu yang lain...bagus sangatkah kita..hebat sangatkah kita...sehingga kita sesuka hati ingin menyindir orang sedangkan kita tidak tahu siapa di pihak benar dan siapa di pihak yang salah..kalau sekalipun tahu siapa yang salah dan siapa yang benar, perlukan kita nak gunakan kaedah sindiran ini...tak perlu lah! kita perlu ingat dengan kita menyindir orang di media sosial, kita sebenarnya mengundang orang untuk hilang rasa hormat kepada kita...kita akan dianggap tidak profesional dan tidak cerdik dalam menangani situasi...lebih parah lagi kita akan dianggap sebagai "bodoh sombong".

5. Soal Empati dalam diri. Cuba kita letak diri kita dalam diri orang lain. Sukakah kita kalau kita disindir dan diaibkan di khalayak ramai...sudah pasti kita tak suka..jadinya orang lain pun sama. Makanya, jangan lah buat kat orang lain perkara-perkara yang kita tak suka orang buat kat kita. Prinsip hidup ini sebenarnya mudah sahaja, tapi kita yang menyulitkannya. Kadang-kadang sebenarnya dalam soal ini kita berniat untuk mengajar "orang-orang yang tak reti bahasa" ni dengan cara begitu, tapi kita tersilap sebenarnya kerana terkadang mesej kita itu tak dapat difahamipun atau mungkin tak sampai pun kepada orang yang kita maksudkan, sebaliknya kita yang menjerumuskan diri kita ke situasi yang "memalukan diri sendiri". Ada caranya untuk mengajar orang-orang sebegini..terus memerangi bukan caranya...Doa sahaja kepada Allah agar mereka ini diberikan petunjuk...

Saya kira sudah agak panjang juga tulisan ini. Kesimpulannya, berhati-hatilah kita dalam penggunaan media sosial jangan sampai memerangkap dan memalukan diri kita sendiri. Gunalah dengan penuh berhemah untuk mencapai kebaikan sebagaimana yang dinyatakan di atas dan bukan sebaliknya. Penggunaan yang berkesan adalah bila kita mendapat benefit yang maksimum dengan mengambil peluang perkembangan teknologi maklumat yang sedang "meletup-letup" ini. Ledakan ini biarlah kita seiringkan dengan ledakan keimanan, kematangan dan kebijaksanaan dalam mengawal jari-jemari kita daripada menekan "keyboard" menulis sesuka hati tanpa batasannya. Kita ada cara kita untuk melepaskan rasa dan menguraikan kekusutan..nilai-nilai murni yang dipelajari sejak kecil, juga budaya kita jangan kita letak tepi atau "framekan" saja. Apa saja tindakan kita dalam kehidupan ini maka berbalik lah kepada soal iman, soal adab, soal nilai-nilai murni dan soal budaya yang perlu dipegang sampai pengakhiran hidup kita. Sama-sama kita mengambil ingatan bahawa "apa saja yang keluar dari kita menggambarkan keperibadian kita"....

"Kecantikan yang abadi terletak pada keelokan adab
dan ketinggian ilmu seseorang. 
Bukan terletak pada wajab dan pakaiannya."
~ Buya Hamka ~


Salam Hormat,
RZH



Comments

Popular posts from this blog

Kenangan Zaman Permainan Kanak-kanak...

Dalam  hidup masing-masing, semua orang   mempunyai  kenangan  dan  momen  indah yang tersendiri semasa zaman kanak-kanak...ada yang menjadikan kenangan itu sebagai suatu nilai sentimental yang akan terpahat selamanya dalam lipatan kenangan. Saya juga tidak terkecuali. Kenangan permainan saya semasa kanak-kanak dulu memang terlalu istimewa dalam hidup saya...sentiasa segar dan mekar dalam bayangan fikiran sehinggakan terkadang menggamit rasa untuk kembali semula ke masa lampau...andai masa boleh diundur semula kan...saya ingin kembali mengulangi momen2 itu. Semasa zaman kanak2 saya memang sangat aktif bermain dan beraktiviti dengan kawan2...memang lasak betul la. Permainan kami geng kanak2 ni memang meriah betul ibarat satu pesta pula kemeriahannya. Zaman kanak2 dulu saya ni kiranya ketua geng la...haha..gengster pun ya juga (kira gengster baik la kalau dalam cerita hindustan dulu2..haha...sabar aje la) tukang plan itu ini dan confirmnya plan tu akan menjadi dgn me

Peranan Penyambut Tetamu Dalam Penganjuran Majlis Formal

    Penyambut tetamu ( usherette ) adalah orang yang memainkan peranan yang sangat penting dalam menyambut tetamu dan memastikan supaya tetamu dalam sesuatu majlis itu dapat diuruskan dengan baik dan lancar tanpa menimbulkan rasa tidak puas hati, rasa tersinggung dan rasa tidak selesa daripada tetamu yang dijemput. Sebelum pergi jauh lagi tentang peranan penyambut tetamu, mari kita sama-sama fahami dulu definisi 'Penyambut Tetamu'. Secara ringkasnya penyambut tetamu adalah orang yang dilantik dan diberikan tugas dan tanggungjawab untuk menyambut tetamu-tetamu yang dijemput dalam satu-satu majlis, menunjukkan arah dan mengiringi tetamu, serta memastikan keselesaan tetamu terjaga. Tugas menyambut tetamu ini kebiasaannya diletakkan di bawah satu Jawatankuasa yang terdiri daripada sebilangan peyambut tetamu yang mana jumlahnya bergantung kepada berapa ramai tetamu yang perlu diuruskan. Tetamu ini diklasifikasi kepada beberapa kategori, iaitu kategori kehormat dan

Peranan Pegawai Tadbir di Universiti Awam

Buat semua pembaca budiman,  Penulisan ini adalah sekadar pandangan dan pendapat peribadi saya berdasarkan pengalaman yang dilalui sebagai Pegawai Tadbir di Universiti Awam (UA). Walau bagaimanapun, ia mungkin berbeza mengikut pandangan masing-masing, juga mungkin berbeza mengikut governan UA masing-masing. Namun, sekurang-kurangnya penulisan ini dapat membantu untuk memberikan gambaran kepada pembaca dalam mengetahui secara umum mengenai peranan dan tanggungjawab seorang Pegawai Tadbir di UA. Pegawai Tadbir yang dibincangkan dalam penulisan ini adalah Pegawai Tadbir Universiti (PTU). PTU adalah Pegawai yang dikelaskan di bawah Skim Perkhidmatan Pengurusan dan Profesional (P&P). Gred jawatan bermula di Gred 41 dan ke atas. PTU adalah individu yang dilantik oleh pihak berkuasa Universiti untuk menguruskan pelbagai bentuk hal-ehwal pengurusan dan pentadbiran di Pusat Tanggungjawab (PTJ) di mana mereka ditempatkan. Daripada segi kelayakan akademik, PTU ini pe