Skip to main content

Persahabatan & Jenis Sahabat...


Persahabatan yang terjalin antara kita dengan sahabat-sahabat di sekeliling kita atau yang berjauhan adalah sesuatu yang perlu dihargai kerana nilai sebuah persahabatan itu sangat tinggi dan tidak boleh dibayar dengan wang ringgit . Sahabat yang sejati adalah sahabat yang akan bersama kita dalam suka dan duka dan sentiasa saling membantu dalam apa jua keperluan. Sahabat sejati juga akan sentiasa saling mendoakan yang terbaik buat sahabat-sahabat mereka. Sahabat sejati sentiasa bersedia untuk menjadi pendengar setia dan bersabar dalam menjadikan dirinya sebagai tempat kita berkongsi segala masalah dan memohon sokongan di saat kita sedang "down"...itulah sahabat.

Seorang sahabat ini, dia sanggup untuk susah dan payah bersama kita...sentiasa bersama kita di saat kita dalam kesusahan dan kesakitan...menyimpan segala masalah kita, menyimpan segala keaiban kita, tidak menaruh perasaan cemburu dan iri hati dengan kita, sentiasa menegur kita demi kebaikan kita, sentiasa melindungi kita dan sentiasa menjaga keharmonian hubungan persahabatan dengan menjaga tutur kata dan perbuatan. 

Dalam persahabatan, kita seboleh mungkin tidak ingin hati sahabat kita tersinggung dan berkecil hati...kerana  itu ada masa yang kita terpaksa menahan diri dan terima saja seadanya demi menjaga keharmonian dalam persahabatan. Namun adakah sahabat kita juga mempunyai sikap dan perilaku yang sama...

Kalau jawapannya tidak, makanya kita berdepan dengan situasi "hanya belah kita yang perlu mengalah" dan belah sahabat kita berterusan dengan sikap dan perilaku yang menyakitkan. Mengalah dalam erti kata sahabat kita itu belum lagi mencapai tahap berlebih , maka tak mengapa...tapi kalau dah mencapai tahap berlebih kadang-kadang sahabat sebegini perlu disedarkan juga tentang perilaku dan sikap yang tidak baik untuk diteruskan..saling ingat-mengingati dalam persahabatan adalah satu amalan yang baik.

Selama mana agaknya kita mampu dan boleh bertahan? Tepuk dada dan tanyalah hati kita. Kalau soalan ini ditanyakan kepada saya...jawapan saya adalah setiap manusia ini ada limitation nya...selagi tak sampai limit maka selagi itulah kita boleh bertahan...namun bila sampai limit..hati dan perasaan kita mula "memberontak" untuk menterjemahkan rasa geram dan sakit hati itu dalam bentuk perkataan dan perbuatan...bila saat ini tiba maka bersedialah dengan badai yang bakal melanda...hehe amboihhhh...sekadar bergurau saja...

Dalam hubungan persahabatan ni kadang-kadang kita terlupa beberapa batasan tertentu...kita kadang-kadang terlupa bahawa orang pun ada perasaan seperti kita juga...jangan anggap mudah perasaan orang kerana kita kita tidak berada di tempatnya.

Setiap manusia pastinya akan mengalami saat di mana persahabatannya diuji. Saat inilah kita tahu nilai sebenar sebuah persahabatan...Di sinilah nanti terujinya sejauhmana keikhlasan kita dalam bersahabat...sejauh mana kesetiaan kita dalam bersahabat...kalau hanya dengan ujian yang kecil..menjadi goyah sebuah persahabatan makanya itu petanda persahabatan itu belum lagi persahabatan yang sejati...sahabat sejati adalah sahabat yang akan terus setia hingga ke mati...

Dalam melalui kehidupan ini pelbagai jenis sahabat yang akan kita temui. Sahabat juga manusia seperti kita..punyai hati dan perasaan, punyai karakter yang pelbagai dan nilai diri yang pelbagai. Jom kita tengok beberapa kategori sahabat yang ada di sekeliling kita:

1. Sahabat yang benar-benar sahabat 
Bertuah kita andai kita mempunyai sahabat yang dalam erti kata benar-benar sahabat. Sahabat yang baik, sentiasa memahami kita, sentiasa saling menghormati, bertoleransi, sentiasa memberikan sokongan dan sentiasa ada di saat kita dalam kesusahan dan kesakitan...sahabat sejati dunia dan akhirat.

2. Sahabat yang bersifat seperti "Biskut Choc Fudge"
Sahabat yang kejap ada kejap tiada..kejap muncul kejap hilang ikut suka dia saja. Sahabat sebegini muncul di saat dia perlukan bantuan kita saja. Saat dia tidak perlukan kita dia hilang dan langsung tidak bertanya khabar kita pun. Sahabat macam gini tidak boleh diharapkan sebenarnya, kerana munculnya dia dalam hidup kita pun kerana bersebab...hehe..makanya layan seadanya sahajalah..bukan boleh untuk bergantung harapan...hanya layan untuk "bersenangan" sahaja.

3. Sahabat yang bersifat "Menikam dari Belakang"
Hehe..punyai sahabat macam gini sikapnya maka kita kena perlu banyak berwaspada dan beringat. Di depan kita dia baik...gayanya seakan memberikan sepenuh jiwa dan raga dia buat kita...menyokong kita bagaikan kita ni "perfect" sangat di matanya...Namun di belakang kita dia lah orangnya yang menjatuhkan kita...membicarakan perkara yang tidak baik tentang kita...menambah cerita tidak benar tentang kita...secara ringkasnya menikam kita dari belakang....bahaya dapat kawan macam gini...sama ada kita menjauhi terus untuk punyai sahabat sebegini atau kita doa jua semoga suatu hari nanti dia akan berubah atau diberikan petunjuk oleh Allah...

4. Sahabat bersifat "touch and go"
Sahabat macam ni hadir secara kebetulan sahaja..hanya sekadar bersahabat mengambil syarat sahaja. Mungkin pertemuan secara kebetulan melalui bengkel, persidangan, acara-acara tertentu dan seterusnya bertukar-tukar "business card" dan seterusnya selepas masing-masing kembali ke destinasi masing-masing...makanya persahabatan itu menyepi begitu sahaja)..sekadar itu sahaja perhubungan yang terjalin..lebih kepada hubungan profesionalisme sahaja...sekadar bertukar pandangan...berkongsi amalan yang dilakukan di tempat kerja masing-masing dan akhirnya bila tidak bertemu lagi...berpenghujung macam gitu sahaja...andai kebetulan masa menemukan di suatu acara lagi..maka bertemulah seketika cuma lagi...selepas itu kembali kepada asalnya semula...itulah mengapa dinamakan "touch and go"

5. Sahabat yang bersifat "keserakanan profesion"
Hubungan sahabat yang terjalin atas sebab keserakanan profesion sahaja....saling mengenali atas hubungan rasmi kerana bertugas di agensi yang sama atau agensi berbeza. Hubungan hanya atas sebab tugas dan terjalin secara profesional sahaja...secara ringkas lebih kepada hubungan rasmi sahaja dan tiada hubungan lebih personal terjalin seperti keluar makan bersama..beriadah bersama dan sebagainya lagi yang bersifat lebih peribadi.

Sekadar perkongsian biasa saja tentang pandangan saya berkaitan persahabatan dan jenis-jenis sahabat. Sekadar persembahan dalam bentuk tulisan apa yang ada dalam fikiran saya...supaya ianya akan lebih bermakna...sekurang-kurangnya ia dipahatkan selamanya sebagai sebuah karya...bila sesekali membacanya semula..akan memberikan suatu rasa tertentu....

" Friendship is not about people who act true to your face. 
It's about people who remain true behind your back"






Salam Hormat,
RZH


Comments

Popular posts from this blog

Kenangan Zaman Permainan Kanak-kanak...

Dalam  hidup masing-masing, semua orang   mempunyai  kenangan  dan  momen  indah yang tersendiri semasa zaman kanak-kanak...ada yang menjadikan kenangan itu sebagai suatu nilai sentimental yang akan terpahat selamanya dalam lipatan kenangan. Saya juga tidak terkecuali. Kenangan permainan saya semasa kanak-kanak dulu memang terlalu istimewa dalam hidup saya...sentiasa segar dan mekar dalam bayangan fikiran sehinggakan terkadang menggamit rasa untuk kembali semula ke masa lampau...andai masa boleh diundur semula kan...saya ingin kembali mengulangi momen2 itu. Semasa zaman kanak2 saya memang sangat aktif bermain dan beraktiviti dengan kawan2...memang lasak betul la. Permainan kami geng kanak2 ni memang meriah betul ibarat satu pesta pula kemeriahannya. Zaman kanak2 dulu saya ni kiranya ketua geng la...haha..gengster pun ya juga (kira gengster baik la kalau dalam cerita hindustan dulu2..haha...sabar aje la) tukang plan itu ini dan confirmnya plan tu akan menjadi dgn me

Peranan Penyambut Tetamu Dalam Penganjuran Majlis Formal

    Penyambut tetamu ( usherette ) adalah orang yang memainkan peranan yang sangat penting dalam menyambut tetamu dan memastikan supaya tetamu dalam sesuatu majlis itu dapat diuruskan dengan baik dan lancar tanpa menimbulkan rasa tidak puas hati, rasa tersinggung dan rasa tidak selesa daripada tetamu yang dijemput. Sebelum pergi jauh lagi tentang peranan penyambut tetamu, mari kita sama-sama fahami dulu definisi 'Penyambut Tetamu'. Secara ringkasnya penyambut tetamu adalah orang yang dilantik dan diberikan tugas dan tanggungjawab untuk menyambut tetamu-tetamu yang dijemput dalam satu-satu majlis, menunjukkan arah dan mengiringi tetamu, serta memastikan keselesaan tetamu terjaga. Tugas menyambut tetamu ini kebiasaannya diletakkan di bawah satu Jawatankuasa yang terdiri daripada sebilangan peyambut tetamu yang mana jumlahnya bergantung kepada berapa ramai tetamu yang perlu diuruskan. Tetamu ini diklasifikasi kepada beberapa kategori, iaitu kategori kehormat dan

Peranan Pegawai Tadbir di Universiti Awam

Buat semua pembaca budiman,  Penulisan ini adalah sekadar pandangan dan pendapat peribadi saya berdasarkan pengalaman yang dilalui sebagai Pegawai Tadbir di Universiti Awam (UA). Walau bagaimanapun, ia mungkin berbeza mengikut pandangan masing-masing, juga mungkin berbeza mengikut governan UA masing-masing. Namun, sekurang-kurangnya penulisan ini dapat membantu untuk memberikan gambaran kepada pembaca dalam mengetahui secara umum mengenai peranan dan tanggungjawab seorang Pegawai Tadbir di UA. Pegawai Tadbir yang dibincangkan dalam penulisan ini adalah Pegawai Tadbir Universiti (PTU). PTU adalah Pegawai yang dikelaskan di bawah Skim Perkhidmatan Pengurusan dan Profesional (P&P). Gred jawatan bermula di Gred 41 dan ke atas. PTU adalah individu yang dilantik oleh pihak berkuasa Universiti untuk menguruskan pelbagai bentuk hal-ehwal pengurusan dan pentadbiran di Pusat Tanggungjawab (PTJ) di mana mereka ditempatkan. Daripada segi kelayakan akademik, PTU ini pe