Skip to main content

Ubat Hati Yang Terluka dan Bersedih...


"Allah beri apa yang kita perlu, bukan apa yang kita mahu. Maka, ikhlaskan lah hati untuk menerima. Allah tak izinkan bermakna Allah tak redhakan...Sesungguhnya Allah tahu apa yang terbaik untuk kita"

Saya terjumpa kata-kata ini..indah sekali bait2 nya..begitu jelas sekali maksudnya...dan menusuk betul jauh ke dasar hati...memang ayat ini sangat terbaik dalam menyejukkan hati dan mendamaikan perasaan yang sedang bersedih...jadi cooler yang terhebat!!


Bagi yang betul2 menghayati kata-kata ini...hati yang remuk redam boleh baik semula...hati yang terluka boleh sembuh sekelip mata dan hati yang kecewa boleh rasa hepi kembali...seandainya kita memahami dengan erti kata sebenar memahami...maka itu memberikan gambaran bahawa kita telah redha dengan segala apa yang berlaku...kita redha menerima ujian Allah dan menganggap itu sebagai satu cara mengajar kita tentang erti kesabaran dan ketakwaan kita kepada-Nya.


Buat siapa2 jua yang sedang bersedih dan terluka di luar sana, saya ingin kongsikan bagaimana caranya untuk menghindari kesedihan itu..bila bersedih ni memang hati dan perasaan kita akan jadi 'down'...hati kita merasa lemah dan tidak tenang sehinggakan pada setiap saat air mata ingin mengalir...maka kita perlu segera memulihkannya...jangan biarkan sehingga ia menjadi tsunami yang menguasai dan mendominasi kemusnahan kepada diri kita...memang rugi semata-mata.


Bila hati bersedih, terluka, kecewa, down, tidak semangat, rasa diri 'useless', rasa semua orang tak suka kita, dan seribu satu macam rasa lagi yang tidak terluah....MAKA LAKUKAN LAH INI👇


1. Bermonolog seketika dalam diri..tanya diri apakah agaknya yang menjadi punca utama kesedihan..cuba senaraikan..banyak tak...atau sekadar kekalutan di fikiran sahaja, tapi bila ingin disenaraikan tiada apa isunya...maka ini sebenarnya menunjukkan jiwa kita tidak tenang bukan kerana masalah..tapi kerana 'diri sudah terlalu jauh dengan Allah'...muhasabah diri dan kembalilah semula ke landasan Allah...menjadi hambanya yang benar-benar istiqamah.


2. Zikir dan istigfar pada setiap masa dan ketika yang mengizinkan. Zikir ini sangat penting..amalkan lah..biar sehingga ia sentiasa sebati dengan darah daging kita...masih belum terlewat bagi mereka yang baru ingin memulakan amalan ini.


3. Tetap pada solat lima waktu...dan cuba seboleh mungkin untuk solat di awal waktu.


4. Doa yang tidak pernah putus. Ikhlaskan diri dalam berdoa..menangis dan merintihlah pada Allah...Dia lebih memahami...nescaya hati akan tenang seketika selepas setiap kali tangisan di dalam doa. Sebenarnya, setiap ujian yang Allah beri kepada kita, kerana Allah rindukan kita dan Dia ingin mendengar rintihan dan rayuan kita kepada-Nya.


5. Selepas setiap kali solat maghrib..buat lah solat hajat...baca yasin..baca Al-Fatihah dan niatlah apa saja yang ingin kita niatkan..minta lah apa jua yang ingin kita minta dengan Allah. Selalunya yang berlaku..saat hati terlalu berduka dan kecewa...kita hanya minta untuk kita diberikan ketenangan hati dan dikellilingi oleh orang2 yang membahagiakan...


6. Bangun pada satu pertiga malam dan lakukan sunat tahajud dengan hati yang betul2 ikhlas...hati yang betul2 menghambakan diri kepada Allah...hati yang benar-benar tawaduk....bila kita sampai pada satu titik yang kita sangat sedih dan serik dengan kekecewaan yang dilalui...maka hati kita akan tawar dengan semua 'hal keduniaan'...maka hati akan lebih tenang.


7. Amalkan secara konsisten Surah Al-Insyirah (surah kelapangan hati) atau kita panggil juga Surah Alam Nasyrah dan jadikan wirid selepas setiap kali solat..nescaya hati akan tenang dan bahagia...biasakan juga mengamalkan ayat 'Lakadjaakum...(ayat 128-129 Surah At-Taubah)" dan "Amanarrasulu bima unzila ilayhi min rabbihi walmukminun... 

(dua ayat terakhir Surah Al-Baqarah)


Semoga kita semua istiqamah dalam mengamalkan amalan-amalan yang sangat baik ini...insyaAllah hati akan tenang...yakin dan percayalah selagi kita memanjat doa yang tidak putus kepada Allah...Bagi mereka yang tidak percaya rahsia Allah ini...cuba dulu...pasti anda akan dapat rasai perubahannya...

Akhir kalam, saya ingin tinggalkan penulisan pada malam ini dengan kata2 yang cukup indah dan memotivasikan...


"Ketika Allah rindu pada hambanya, ia akan mengirimkan sebuah hadiah istimewa melalui malaikat Jibril yang isinya adalah ujian.


Dalam Hadis Kudsi, Allah berfirman:

"Pergilah pada hamba-Ku lalu timpakanlah pelbagai ujian padanya kerana Aku ingin mendengar rintihannya"
(HR Thabrani dari Abu Umamah)

Jadi...mengapa perlu bersedih lagi..percayalah rahsia Allah terlalu besar..banyak hikmahnya yang tersembunyi...cepat atau lambat hikmah itu bakal tersingkap jua...Allah sentiasa menyayangi hambanya dan tidakkan mungkin sekali-kali menzalimi hambanya...ujian hadir kerana Dia sayangkan kita...Dia beri perhatian pada kita...Dia tidak mahu kita terus terleka dan terbuai...



Salam Hormat

RZH

Comments

  1. Tq perkongsian sgt bermakna buat sy ketika dlm kedukaan dan pergolakkan dlm mahligai cinta 💕

    ReplyDelete
  2. Terima kasih pengkongsian.. Amatlah terkesan

    ReplyDelete
  3. Syukran. Amat menyenangkan dikala hati sedang berduka. Alhamdulillah

    ReplyDelete
  4. Terima kasih atas perkongsiannya. Ada kawan saya juga mengamalkan dua ayat terakhir surah Al Baqarah itu dibacakan sebagai wirid selepas solat. Insha Allah sekarang hatinya sudah merasa tenang. Alhamdulillah.

    ReplyDelete
  5. Alhamdulillah terima kasih atas perkongsian sedikit sebanyak membantu merawat hati. Jazakallah khairan kasir

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Kenangan Zaman Permainan Kanak-kanak...

Dalam  hidup masing-masing, semua orang   mempunyai  kenangan  dan  momen  indah yang tersendiri semasa zaman kanak-kanak...ada yang menjadikan kenangan itu sebagai suatu nilai sentimental yang akan terpahat selamanya dalam lipatan kenangan. Saya juga tidak terkecuali. Kenangan permainan saya semasa kanak-kanak dulu memang terlalu istimewa dalam hidup saya...sentiasa segar dan mekar dalam bayangan fikiran sehinggakan terkadang menggamit rasa untuk kembali semula ke masa lampau...andai masa boleh diundur semula kan...saya ingin kembali mengulangi momen2 itu. Semasa zaman kanak2 saya memang sangat aktif bermain dan beraktiviti dengan kawan2...memang lasak betul la. Permainan kami geng kanak2 ni memang meriah betul ibarat satu pesta pula kemeriahannya. Zaman kanak2 dulu saya ni kiranya ketua geng la...haha..gengster pun ya juga (kira gengster baik la kalau dalam cerita hindustan dulu2..haha...sabar aje la) tukang plan itu ini dan confirmnya plan tu akan menjadi dgn me

Peranan Penyambut Tetamu Dalam Penganjuran Majlis Formal

    Penyambut tetamu ( usherette ) adalah orang yang memainkan peranan yang sangat penting dalam menyambut tetamu dan memastikan supaya tetamu dalam sesuatu majlis itu dapat diuruskan dengan baik dan lancar tanpa menimbulkan rasa tidak puas hati, rasa tersinggung dan rasa tidak selesa daripada tetamu yang dijemput. Sebelum pergi jauh lagi tentang peranan penyambut tetamu, mari kita sama-sama fahami dulu definisi 'Penyambut Tetamu'. Secara ringkasnya penyambut tetamu adalah orang yang dilantik dan diberikan tugas dan tanggungjawab untuk menyambut tetamu-tetamu yang dijemput dalam satu-satu majlis, menunjukkan arah dan mengiringi tetamu, serta memastikan keselesaan tetamu terjaga. Tugas menyambut tetamu ini kebiasaannya diletakkan di bawah satu Jawatankuasa yang terdiri daripada sebilangan peyambut tetamu yang mana jumlahnya bergantung kepada berapa ramai tetamu yang perlu diuruskan. Tetamu ini diklasifikasi kepada beberapa kategori, iaitu kategori kehormat dan

Peranan Pegawai Tadbir di Universiti Awam

Buat semua pembaca budiman,  Penulisan ini adalah sekadar pandangan dan pendapat peribadi saya berdasarkan pengalaman yang dilalui sebagai Pegawai Tadbir di Universiti Awam (UA). Walau bagaimanapun, ia mungkin berbeza mengikut pandangan masing-masing, juga mungkin berbeza mengikut governan UA masing-masing. Namun, sekurang-kurangnya penulisan ini dapat membantu untuk memberikan gambaran kepada pembaca dalam mengetahui secara umum mengenai peranan dan tanggungjawab seorang Pegawai Tadbir di UA. Pegawai Tadbir yang dibincangkan dalam penulisan ini adalah Pegawai Tadbir Universiti (PTU). PTU adalah Pegawai yang dikelaskan di bawah Skim Perkhidmatan Pengurusan dan Profesional (P&P). Gred jawatan bermula di Gred 41 dan ke atas. PTU adalah individu yang dilantik oleh pihak berkuasa Universiti untuk menguruskan pelbagai bentuk hal-ehwal pengurusan dan pentadbiran di Pusat Tanggungjawab (PTJ) di mana mereka ditempatkan. Daripada segi kelayakan akademik, PTU ini pe