Skip to main content

Semangat & Cita-cita Tinggi Perlu seiring dengan Kemampuan dan Peluang...


Sudah lama ingin menulis tentang ini, namun sering tertangguh-tangguh. Semalam masa berbual-bual dengan rakan sekerja di ofis, tanpa sengaja menyentuh soal ini...ermmmm tiba-tiba terus set di mind untuk menulis tentangnya. Sekadar pandangan berdasarkan pengalaman dan logikal sahaja...dan tidak semestinya pandangan ini akan seiring dengan pandangan orang lain. Masing-masing mempunyai pandangan tersendiri tentang apa jua perkara dan situasi. Makanya, saya sekadar berkongsi pandangan saya tentang perkara ini.

Topik ini menarik sebenarnya untuk dibincangkan...pandangan kita for sure akan mengikut bagaimana cara kita berfikir tentangnya..tidak semestinya apa yang kita fikirkan itu betul..betul pada pandangan kita itu tidak semesti betul pada pandangan orang lain...makanya kita belajar untuk saling menghormati pandangan masing-masing bagi tujuan peningkatan ilmu dan penguasaan idea yang pelbagai..tidak lah stick pada pandangan kita saja. kannn.....

Bercakap tentang semangat dan cita-cita yang tinggi dalam apa jua yang kita lakukan..itu memang bagus...memang terbaik untuk diterapkan dalam diri kita kerana sentiasa bersemangat dan sentiasa mempunyai cita-cita yang tinggi itu akan menjadikan kita lebih komited, proaktif, produktif, akan mencuba seboleh mungkin untuk melakukan yang terbaik, menambahbaik sebarang kekurangan dan mengejar kualiti yang tinggi dalam setiap apa yang dilakukan. Semangat dan cita-cita yang tinggi ini akan menjadikan kita seorang yang sering mendambakan kecemerlangan dalam apa jua yang kita lakukan....lebih kurangnya semua nak "perfect"..."perfectionist"!

Walau bagaimanapun semangat dan cita-cita yang tinggi ini perlu diurus dengan baik...perlu diletakkan di tempat atau situasi yang sesuai..andai kata semangat dan cita-cita tinggi ini kita letakkan di tempat dan situasi yang tidak sesuai, maka kita sebenarnya mengundang "kemusnahan" dalam erti kata sebenarnya. Kemusnahan yang saya maksudkan di sini adalah kemusnahan kepada individu itu sendiri dan kemusnahan juga kepada orang lain. Kemusnahan kepada diri sendiri itu mungkin boleh dilihat dari sudut harga diri, maruah diri, dan imej diri yang akan tercalar. Manakala kemusnahan kepada orang lain itu mungkin dilihat dari aspek "menjadi mangsa" kepada sikap manusia yang tamak dan bercita-cita besar untuk cepat naik dengan jalan singkat tanpa mengira sama ada dia menjatuhkan atau "memijak" orang lain, memfitnah dsbnya lagi untuk mencapai cita-cita mereka. Andai ini berlaku, maka sudah hilang harga diri dan rasa hormat, sudah hilang soal logikal dan rasional dalam pemikiran sehingga mereka ini sanggup melakukan apa saja demi mencapai apa yang dihajatkan.  

Bagi mereka yang rasional, seharusnya akan sentiasa meletakkan keimanan dahulu di depan...seterusnya memikirkan soal logikalnya sebelum fikiran memikir ke langkah yang seterusnya. Faktor keimanan kepada-Nya adalah faktor paling utama dalam mempengaruhi pemikiran yang rasional. Tanpa iman yang kukuh, manusia sentiasa mudah terleka dengan sifat-sifat irihati, tamak dan haloba sehinggakan sanggup untuk melakukan apa saja demi mencapai cita-cita sendiri.

Orang yang rasional pemikirannya, selalunya akan melihat terlebih dahulu soal kemampuan atau capability diri sendiri tentang sesuatu perkara. Begitu juga, mereka akan melihat peluang yang ada itu...andai kata peluang terhad dan dalam masa yang sama kita juga masih belum capable untuk "itu" makanya tidak perlulah berebut dahulu sesuatu peluang yang terhad...tunggu dulu..perkemaskaan dulu apa kekurangan diri kita..perlengkapkan diri dulu dan bersabar dahulu sehingga tiba saatnya yang sesuai. Baru lah nanti, andai kata kita dapat mencapai cita-cita itu, kepuasan yang sebenar akan kita rasai...kerana kita mencapainya dengan jalan yang betul, "bersih dari segalanya". Kita akan kekal mendapat rasa hormat orang lain terhadap kita. Sebaliknya, andai cita-cita itu kita peroleh melalui "cara yang tidak bersih"...senang hati kah kita...puas kah kita...tenangkah kita...sebab kita sendiri tahu tentang kemampuan kita..."well deserved" atau pun tidak...

Apa agaknya yang kita faham dengan berfikir secara rasional?
Berfikir secara rasional bermakna kita berfikir dengan menggunakan akal untuk mendapatkan jawapan atau pedoman tentang sesuatu perkara. Ikhtiar yang dilakukan, pertimbangan yang diberi, keputusan yang dibuat, andaian yang dirumuskan mengambil pertimbangan akal dan keimanan sebagai tonggak utama. 

Andai kata kita ambil contoh dalam perkara berkaitan dengan "promotion" dalam organisasi yang berdasarkan "kekosongan vot". Bagaimana agaknya dalam hal sebegini, kita sebagai anggota dalam organisasi nak melatih diri untuk berfikiran rasional. Pandangan saya dalam perkara ini adalah seperti berikut:

1. Pertamanya, sediakan milestone perancangan untuk prestasi pencapaian kita dalam kerjaya mengambilkira logikal dan rasional. Milestone ini merujuk kepada apa tingkat-tingkat tertentu yang ingin kita capai untuk satu-satu tempoh.
2. Buat penilaian kendiri untuk diri kita dulu - Capable atau tidak? layak ataupun tidak?
3. Lihat 'sekeliling" dulu..masih ada tak orang lain yang jauh lebih capable daripada kita - dari aspek kompetensi keseluruhan (kalau dalam "batch" yang sama) - bagi tujuan untuk kita perkemaskan dan tambahbaik apa kekurangan kita.
4. Tengok juga masih ada tak senior kita yang jauh lebih berpengalaman, lebih lama bekerja dan dalam masa yang sama dia juga "competent enough" - dari aspek "respectful"
5. Tengok peluang yang ada - terhad tak? kalau terhad dan ada senior yang lebih capable - Sabar dan beri laluan dulu. Namun bagi kes "rumpun batch" yang sama, walaupun peluang terhad - proceed juga la...jangan tak proceed, kalau tak proceed, maksudnya macam kita ni orang yang tidak bersemangat dan tidak mempunyai cita-cita dan matlamat.."hidup umpama lalang saja"...meliuk lentuk mengikut angin..tolak ke tepi, tolak ke kiri tanpa haluan dan akhirnya tersembam ke bumi.

Seandainya, kelima-lima perkara di atas itu telah kita lihat dan teliti, maka buatlah keputusan yang rasional. Memberi laluan itu bukan bermaksud kita "menolak rezeki" atau kita "tidak berminat" atau "kita mengaku kalah sebelum berjuang"...bukan itu maksudnya...memberi laluan itu bermaksud kita faham dan menghayati tentang hukum logik dan menghormati norma-norma dalam organisasi, dan dalam masa yang sama memberikan tanda bahawa kita adalah orang yang berprinsip. Tidak salah untuk kita bersabar sehingga tiba waktunya yang Allah tentukan...tidak perlu terburu-buru...andai kita ikhlas dan sentiasa memiliki hati yang bersih...percayalah bahawa Allah tahu di mana nak letakkan kita...tak usah risau..andai sesuatu itu Allah kata akan menjadi milik kita, maka ia akan tetap menjadi milik kita...andai Allah kata sesuatu itu bukan milik kita maka ia tetap tidak akan menjadi milik kita...janji Allah itu pasti...Jadinya mengapa perlu gusar dan risau lagi...terus berikan yang terbaik...InsyaAllah ganjaran Allah menanti dalam what ever bentuk....tak semestinya dengan "promotion" saja.

Walau bagaimanapun, dalam setiap perkara, tetap ada pros and kons nya. Terpulang kepada pandangan masing-masing dan apa yang kita rasa atas setiap yang terdetik di hati kita, andai kita rasa apa yang kita buat itu betul maka teruskan, namun andai kita rasa so so...maka jangan kita teruskan...tanya pada hati..biar keikhlasan hati kita yang jawab..tidak salah kalau kita mengambil prinsip asal ada peluang aje maka kita guna sepenuhnya peluang itu..tanya pada hati dan ambil la pendekatan secara rasional supaya kesannya nanti terbaik buat kita dari aspek dalaman dan luaran juga kesan terbaik kepada orang sekeliling kita.

Bekerja ini sebenarnya adalah ibadah. Bekerjalah dengan penuh profesional dan amanah dalam memikul tanggungjawab yang digalas. Bekerja itu punca rezeki kita yang perlu mendapat keberkatan dari-Nya. Andai kata punca rezeki yang kita dapat bukan dari jalan yang Allah redha...bagaimana mungkin kita ingin hidup dalam ketenangan dan kebahagiaan...Justeru, niat lah secara ikhlas untuk keredhaan Allah. Hati yang bersih, jiwa yang ikhlas akan menghasilkan kualiti kerja yang tinggi. Di mana kualiti terbaik akan terhasil apabila tertanam keyakinan tinggi kepada Allah bahawa setiap apa yang dilakukan sentiasa diperhatikan...

Saya akhirkan di sini dulu penulisan ini..it's just my two cents...
dan saya tinggalkan dengan kata-kata ini:

"If you want things to change, you must change.
 If you want things to get better, you must get better"

"Success is no accident. 
It is hard work, perseverance, learning, 
studying, sacrifice and most of all, 
love of what you are doing or learning to do"


Salam Hormat,
RZH











Comments

Popular posts from this blog

Kenangan Zaman Permainan Kanak-kanak...

Dalam  hidup masing-masing, semua orang   mempunyai  kenangan  dan  momen  indah yang tersendiri semasa zaman kanak-kanak...ada yang menjadikan kenangan itu sebagai suatu nilai sentimental yang akan terpahat selamanya dalam lipatan kenangan. Saya juga tidak terkecuali. Kenangan permainan saya semasa kanak-kanak dulu memang terlalu istimewa dalam hidup saya...sentiasa segar dan mekar dalam bayangan fikiran sehinggakan terkadang menggamit rasa untuk kembali semula ke masa lampau...andai masa boleh diundur semula kan...saya ingin kembali mengulangi momen2 itu. Semasa zaman kanak2 saya memang sangat aktif bermain dan beraktiviti dengan kawan2...memang lasak betul la. Permainan kami geng kanak2 ni memang meriah betul ibarat satu pesta pula kemeriahannya. Zaman kanak2 dulu saya ni kiranya ketua geng la...haha..gengster pun ya juga (kira gengster baik la kalau dalam cerita hindustan dulu2..haha...sabar aje la) tukang plan itu ini dan confirmnya plan tu akan menjadi dgn me

Peranan Penyambut Tetamu Dalam Penganjuran Majlis Formal

    Penyambut tetamu ( usherette ) adalah orang yang memainkan peranan yang sangat penting dalam menyambut tetamu dan memastikan supaya tetamu dalam sesuatu majlis itu dapat diuruskan dengan baik dan lancar tanpa menimbulkan rasa tidak puas hati, rasa tersinggung dan rasa tidak selesa daripada tetamu yang dijemput. Sebelum pergi jauh lagi tentang peranan penyambut tetamu, mari kita sama-sama fahami dulu definisi 'Penyambut Tetamu'. Secara ringkasnya penyambut tetamu adalah orang yang dilantik dan diberikan tugas dan tanggungjawab untuk menyambut tetamu-tetamu yang dijemput dalam satu-satu majlis, menunjukkan arah dan mengiringi tetamu, serta memastikan keselesaan tetamu terjaga. Tugas menyambut tetamu ini kebiasaannya diletakkan di bawah satu Jawatankuasa yang terdiri daripada sebilangan peyambut tetamu yang mana jumlahnya bergantung kepada berapa ramai tetamu yang perlu diuruskan. Tetamu ini diklasifikasi kepada beberapa kategori, iaitu kategori kehormat dan

Peranan Pegawai Tadbir di Universiti Awam

Buat semua pembaca budiman,  Penulisan ini adalah sekadar pandangan dan pendapat peribadi saya berdasarkan pengalaman yang dilalui sebagai Pegawai Tadbir di Universiti Awam (UA). Walau bagaimanapun, ia mungkin berbeza mengikut pandangan masing-masing, juga mungkin berbeza mengikut governan UA masing-masing. Namun, sekurang-kurangnya penulisan ini dapat membantu untuk memberikan gambaran kepada pembaca dalam mengetahui secara umum mengenai peranan dan tanggungjawab seorang Pegawai Tadbir di UA. Pegawai Tadbir yang dibincangkan dalam penulisan ini adalah Pegawai Tadbir Universiti (PTU). PTU adalah Pegawai yang dikelaskan di bawah Skim Perkhidmatan Pengurusan dan Profesional (P&P). Gred jawatan bermula di Gred 41 dan ke atas. PTU adalah individu yang dilantik oleh pihak berkuasa Universiti untuk menguruskan pelbagai bentuk hal-ehwal pengurusan dan pentadbiran di Pusat Tanggungjawab (PTJ) di mana mereka ditempatkan. Daripada segi kelayakan akademik, PTU ini pe