Skip to main content

Komunikasi Korporat & Pengorganisasian


Bila bercakap mengenai komunikasi korporat apakah agaknya yang kita faham mengenainya. Apakah agaknya yang hadir dalam pemikiran kita. 

Bayangkan bagi orang yang tidak mengetahui langsung tentang bidang ini atau hanya mengetahuinya secara 'sebutan' sahaja tanpa memahami apakah maksud sebenar di sebalik komunikasi korporat ini. Apakah agaknya pemahaman yang muncul di kotak fikiran mereka. Adakah mungkin mereka beranggapan bahawa komunikasi korporat ini hanyalah perkara yang berkaitan dengan perhubungan awam sahaja, atau mungkin memikirkan orang yang ada kelulusan dlm bidang ini hanya sesuai bertugas di jabatan komunikasi korporat atau pejabat PRO sahaja. 

Saya percaya rata-rata orang bila kita menyebut tentang komunikasi korporat, mereka akan berfikir bahawa tempat sesuai untuk mereka yang mempunyai kelulusan dalam bidang ini adalah di jabatan komunikasi korporat/PRO. 

Perkataan 'komunikasi korporat' itu sendiri memang di mana-mana orang menyebutnya, namun saya percaya bahawa mungkin ianya hanya popular daripada segi sebutannya sahaja dan popular dengan stigma maksudnya sahaja iaitu 'hanya berkaitan dengan PRO', sedangkan hakikatnya tidak diketahui dan difahami secara erti kata sebenar maksud bidang komunikasi korporat ini yang lebih meluas skopnya.

Terlebih dahulu izinkan saya menyentuh serba sedikit tentang bidang ilmu yang ada dalam bidang komunikasi korporat. Antaranya adalah Teori Komunikasi/Communication Theory, Komunikasi Organisasi /Organizational Communication, Teori dan Amalan dalam Komunikasi Korporat/Theory and Practice of Corporate Communication, Perhubungan Awam Lanjutan/Advanced Public Relations, Komunikasi Pemasaran Bersepadu/Intergrated Marketing Communication, Pengurusan Identiti, Imej, dan Reputasi, Public speaking and Professionals, Interpersonal Communication, Psychology of Communication, Intercultural Communication, Strategies of Communication, Communications and Decision Making, Crisis Communication, Brand Communication, Principal of Advertising dan beberapa lagi seperti Penjenamaan Korporat, teknologi komunikasi, Budaya Korporat, hubungan media dan korporat

Melihat kepada kursus2 yang perlu dipelajari ini, sudah pasti secara tidak langsung kita dapat menjangka bahawa bidang komunikasi korporat ini adalah bidang yang sangat luas, mencakupi semua keperluan dalam kehidupan dan dunia pekerjaan (pengorganisasian). Dalam erti kata sebenar, ilmu dalam bidang komunikasi korporat ini sangat penting dalam apa jua aspek kehidupan...kehidupan peribadi dan kerjaya.



Dalam kehidupan peribadi, mengapa ia penting...kerana komunikasi itu sendiri adalah 'darah daging' kita dalam kehidupan...jadinya bila teori komunikasi yang dipelajari bertemu dengan praktikal dan amalan dalam kehidupan sudah pasti memberikan benefit yang sangat besar. Manakala dalam kerjaya pula..komunikasi itu memang keperluan utama dalam organisasi di mana komunikasi adalah segalanya. Sehinggakan satu kajian mendapati bahawa 75% masalah di tempat kerja disebabkan oleh faktor komunikasi (Chris Cole, 1993). 

Orait, jom kita tengok pula apakah itu yang dikatakan komunikasi korporat. Perkataan 'korporat' itu sendiri dikaitkan dengan imej dan identiti.


Kita tengok dulu beberapa definisi komunikasi korporat yang diberikan oleh beberapa orang sarjana (saya kongsikan sepenuhnya penulisan Bahtiar Mohamad, 2009 dalam Buku bertajuk Komunikasi Korporat), iaitu:


Van Riel (1992) menyatakan komunikasi korporat ialah proses pengurusan strategik yang mana organisasi berkomunikasi dengan pelbagai audien untuk memperoleh manfaat bersama dan meningkatkan peluang bersaing. Definisi Van Riel ini lebih mementingkan kepada pengurusan yang strategik dan pemahaman yang jelas mengenai disiplin lain yang turut menjadi teras dalam komunikasi korporat.


Goodman (2000) mendefinisikan komunikasi korporat sebagai usaha keseluruhan organisasi berkomunikasi secara berkesan dan menguntungkan. Definisi Goodman ini mementingkan komunikasi secara menyeluruh dalam organisasi.


Argenti (1998) berpendapat bahawa komunikasi korporat merupakan cara organisasi berkomunikasi dengan pelbagai kumpulan manusia. Kumpulan manusia ini merangkumi publik dalaman seperti pekerja dan publik luaran seperti pesaing, pembekal, pelanggan dan lain-lain. Argenti menjelaskan perkataan 'komunikasi korporat' bukan baru kerana idea komunikasi korporat sebagai fungsi pengurusan adalah sama penting dengan kewangan, pemasaran dan pengeluaran.


Yamauchi (2001) berkata komunikasi korporat adalah segala aktiviti yang dilakukan dalam sesebuah syarikat yang melibatkan komunikasi semua pihak bagi menjayakan matlamat syarikat tersebut. Komunikasi korporat juga merupakan strategi yang diatur bagi menjalankan segala aktiviti perniagaan dengan syarikat-syarikat perdagangan dalam dan luar negara dan menekankan aspek komunikasi sebagai faktor penyumbang utama kejayaan hubungan kerjasama tersebut.


Kajian Radford dan Goldstein (2002), mendapati komunikasi korporat penting untuk mempertingkatkan keberkesanan terutamanya dalam dunia korporat. Pada abad ke-21 ini sokongan dalam dunia perniagaan amat dititikberatkan. Dengan wujudnya hubungan media, pengurusan isu, komunikasi krisis, penjenamaan korporat dan pengiklanan korporat telah menjadikan aktiviti komunikasi korporat lebih berkesan dalam menyampaikan mesej.


Justeru, daripada definisi yang diberikan oleh sarjana-sarjana dalam bidang komunikasi korporat ini, secara peribadi, saya simpulkan bahawa komunikasi korporat adalah satu bidang ilmu yang penting dan sangat membantu dalam meningkatkan kompetensi seseorang dalam pengurusan dan pentadbiran di organisasi mengikut apa jua pengkhususan kerja mereka, contohnya mungkin berkaitan perancangan strategik, pengurusan sumber manusia, pengurusan latihan dan pembangunan diri staf (talent management), pengurusan pemasaran dan promosi, pengurusan media, perhubungan awam dan urusan protokol, menangani konflik dan krisis dalam organisasi, kaunseling dalam organisasi, pengurusan imej dan identiti organisasi, juga pengurusan imej dan identiti diri (penampilan diri).


Saya tertarik untuk berkongsi apa yang dikatakan oleh Argenti (1998) mengenai kepentingan komunikasi korporat yang ditulis dalam Buku bertajuk Komunikasi Korporat oleh penulisnya, Bahtiar Mohamad, 2009, iaitu:


1. Kita hidup dalam era yang semakin sofistikated terutamanya dalam cara berkomunikasi. Pengembaraan maklumat sepantas kilat daripada satu pihak kepada pihak yang lain di serata dunia. Ini diakibatkan oleh pembangunan teknologi yang kita impikan pada permulaan abad ini.


2. Publik secara umumnya juga semakin sofistikated dalam pendekatan organisasi berbanding sebelum ini. Manusia menjadi lebih skeptikal dan lebih berpelajaran. Syarikat tidak boleh lagi percaya dengan kenyataan 'jika kita membina perangkap yang baik, pelanggan akan melalui pintu ke arah kita'. Kini kenyataan itu adalah mitos kerana pengguna tidak akan datang kepada kita jika mereka tidak mengenali kita.


3. Maklumat datang kepada kita dalam pakej yang lebih menarik daripada sebelum ini. Kita sekarang menjangkakan akan melihat laporan tahunan yang menarik daripada syarikat yang besar. Kita tidak mahu lagi masuk ke dalam gedung-gedung perniagaan yang kotor walaupun untuk mendapatkan harga rendah. Stesen petrol juga kelihatan lebih moden dan keseluruhannya direkabentuk dengan menarik daripada atas hinggalah ke bawah. Stesen minyak Projet misalnya memberikan kemudahan ATM untuk kemudahan pengeluaran wang tunai, mini cafe, restoran makanan segera dan menyediakan pelbagai barangan kepada pelanggan.


4. Organisasi semakin kompleks hari ini. Pada permulaan, syarikat adalah kecil dan hanya mampu menjalankan aktiviti komunikasi yang kurang sofistikated. Kadang kala seorang pekerja boleh menjalankan banyak fungsian yang berbeza dalam satu masa. Tetapi dalam organisasi yang mempunyai beribu-ribu atau beratus ribu pekerja ia adalah sukar untuk mengenalpasti semua kepelbagaian ini terutamanya dalam membentuk strategi komunikasi.


Kesimpulannya, dengan pengalaman 21 tahun dalam bidang pengurusan, dan kebetulannya mempunyai kelulusan dalam bidang ini, saya berpendapat bahawa:


1.Komunikasi Korporat adalah bidang yang sangat penting dan sangat membantu dalam meningkatkan kemahiran dan keupayaan seorang pengurus untuk untuk mengurus secara profesional, berkesan dan lebih bersifat asertif kerana antara perkara yang dipelajari dalam komunikasi korporat adalah komunikasi organisasi...semua konsep dalam organisasi dipelajari.


2. Bidang komunikasi itu sendiri juga adalah satu keperluan wajib dalam menjamin kecemerlangan organisasi. Komunikasi yang berkesan menjadikan sesebuah organisasi itu mantap dan berjaya. Dalam organisasi, komunikasi adalah segalanya..organisasi melibatkan perhubungan manusia, konsep empati dlm komunikasi sgt penting diterapkan kpd ahli.


3. Komunikasi korporat yang berkesan, baik secara dalaman dan dan luaran, boleh membantu dalam menyerlahkan dan meningkatkan bakat kepimpinan dan kompetensi seseorang pengurus kerana dengan cara mempraktikkan amalan dan budaya juga konsep komunikasi korporat ini, seseorang pengurus itu berpotensi untuk ''all out" dalam menjalankan tugas dan tanggungjawab mereka.


4. Budaya komunikasi korporat pula akan meningkatkan imej dan identiti seseorang pengurus, juga imej dan identiti sesebuah organisasi.


5. Pengetahuan dalam bidang ini akan meningkatkan tahap profesionalisme seseorang pengurus dalam perhubungan awam dan hubungan media dan keadaan ini dapat membina rapport yang baik dengan semua pihak berkepentingan. 


6. Pengurusan krisis dan khidmat kaunseling kepada staf dapat diurus dgn baik. Dan ini semua menjamin keharmonian dalam organisasi dan meningkatkan motivasi ahli dlm organisasi.


7. Pengurusan strategik menjadi amalan dan ini menguntungkan organisasi kerana pengurusannya lebih terancang, sistematik dan menjamin tahap perkhidmatan dan output yang lebih berkualiti. 


8. Pengurus2 yang memiliki sarjana komunikasi korporat berkemungkinan akan lebih memahami konsep Digital communication dan lebih berkecenderungan untuk menggunakan nya dalam promosi dan pemasaran seiring dgn perkembangan pesat teknologi maklumat dalam dunia hari ini, terutama daripada aspek kepentingan dan implikasi. Ruang lingkup komunikasi bukan hanya melibatkan pertuturan/percakapan antara satu sama lain, malah ia lebih daripada itu. Di peringkat korporat, ia merujuk kepada semua interaksi dan menggunakan pelbagai medium lebih-lebih lagi dalam zaman serba moden berinteraksi secara digital ini, begitu mudah berlaku penyebaran maklumat tanpa dapat dikawal, dan begitu mudah juga berlaku 'miscommunication' atau penyebaran maklumat berbentuk finah atau berniat tidak baik yang boleh mencalarkan imej organisasi.


9. Komunikasi itu sendiri boleh membangunkan dan memperkasa kerja berpasukan (Build a sense of teamwork), melindungi jenama organisasi, mengurangkan salah faham dalam komunikasi, dan meningkatkan khidmat pelanggan.


Justeru, sebagai akhir kalam, saya ingin menyatakan bahawa aspek komunikasi korporat ini ada di mana2 di seluruh dunia...dan di amalkan oleh semua pengamalnya, sama ada yang mempunyai kelulusan dalam bidang ini ataupun tidak...asalkan menyebut tentang pengurusan organisasi maka secara tidak langsung semua pengurus mengamalkan konsep komunikasi korporat ini..dan mereka yang memiliki kelulusan dalam bidang ini tidak semestinya dilihat hanya sesuai bertugas di bahagian PRO sahaja kerana bidang ini adalah bidang ilmu yang memberikan fokus kepada amalan komunikasi dalam perhubungan sesama manusia dalam organisasi, juga perkaitannya dgn perkataan 'korporat' yang berhubung dengan konsep keseragaman, imej, identiti dan 'branding serta lain2 keperluan sebagaimana yang telah dihuraikan di atas.


Saya akhirkan di sini dulu penulisan ini...penulisan dari sudut pandangan saya dan apa yang dikatakan oleh para sarjana mengenai komunikasi korporat. Semoga ianya bermanfaat kepada siapa2 jua yang berminat untuk mengetahui tentangnya.




Salam Hormat

RZH


Comments

Popular posts from this blog

Kenangan Zaman Permainan Kanak-kanak...

Dalam  hidup masing-masing, semua orang   mempunyai  kenangan  dan  momen  indah yang tersendiri semasa zaman kanak-kanak...ada yang menjadikan kenangan itu sebagai suatu nilai sentimental yang akan terpahat selamanya dalam lipatan kenangan. Saya juga tidak terkecuali. Kenangan permainan saya semasa kanak-kanak dulu memang terlalu istimewa dalam hidup saya...sentiasa segar dan mekar dalam bayangan fikiran sehinggakan terkadang menggamit rasa untuk kembali semula ke masa lampau...andai masa boleh diundur semula kan...saya ingin kembali mengulangi momen2 itu. Semasa zaman kanak2 saya memang sangat aktif bermain dan beraktiviti dengan kawan2...memang lasak betul la. Permainan kami geng kanak2 ni memang meriah betul ibarat satu pesta pula kemeriahannya. Zaman kanak2 dulu saya ni kiranya ketua geng la...haha..gengster pun ya juga (kira gengster baik la kalau dalam cerita hindustan dulu2..haha...sabar aje la) tukang plan itu ini dan confirmnya plan tu akan menjadi dgn me

Peranan Penyambut Tetamu Dalam Penganjuran Majlis Formal

    Penyambut tetamu ( usherette ) adalah orang yang memainkan peranan yang sangat penting dalam menyambut tetamu dan memastikan supaya tetamu dalam sesuatu majlis itu dapat diuruskan dengan baik dan lancar tanpa menimbulkan rasa tidak puas hati, rasa tersinggung dan rasa tidak selesa daripada tetamu yang dijemput. Sebelum pergi jauh lagi tentang peranan penyambut tetamu, mari kita sama-sama fahami dulu definisi 'Penyambut Tetamu'. Secara ringkasnya penyambut tetamu adalah orang yang dilantik dan diberikan tugas dan tanggungjawab untuk menyambut tetamu-tetamu yang dijemput dalam satu-satu majlis, menunjukkan arah dan mengiringi tetamu, serta memastikan keselesaan tetamu terjaga. Tugas menyambut tetamu ini kebiasaannya diletakkan di bawah satu Jawatankuasa yang terdiri daripada sebilangan peyambut tetamu yang mana jumlahnya bergantung kepada berapa ramai tetamu yang perlu diuruskan. Tetamu ini diklasifikasi kepada beberapa kategori, iaitu kategori kehormat dan

Peranan Pegawai Tadbir di Universiti Awam

Buat semua pembaca budiman,  Penulisan ini adalah sekadar pandangan dan pendapat peribadi saya berdasarkan pengalaman yang dilalui sebagai Pegawai Tadbir di Universiti Awam (UA). Walau bagaimanapun, ia mungkin berbeza mengikut pandangan masing-masing, juga mungkin berbeza mengikut governan UA masing-masing. Namun, sekurang-kurangnya penulisan ini dapat membantu untuk memberikan gambaran kepada pembaca dalam mengetahui secara umum mengenai peranan dan tanggungjawab seorang Pegawai Tadbir di UA. Pegawai Tadbir yang dibincangkan dalam penulisan ini adalah Pegawai Tadbir Universiti (PTU). PTU adalah Pegawai yang dikelaskan di bawah Skim Perkhidmatan Pengurusan dan Profesional (P&P). Gred jawatan bermula di Gred 41 dan ke atas. PTU adalah individu yang dilantik oleh pihak berkuasa Universiti untuk menguruskan pelbagai bentuk hal-ehwal pengurusan dan pentadbiran di Pusat Tanggungjawab (PTJ) di mana mereka ditempatkan. Daripada segi kelayakan akademik, PTU ini pe