Skip to main content

Resepi Sedapzaini: Makaroni Cheese Creamy ala Kelate




















Makaroni Cheese goreng ni sekali sekala memang best dimakan untuk lunch atau dinner...nak nak kalau letak lagi banyak cheese sbg topping kat atas nya..memang lagi sedap...dgn makaroni yg masih panas panas, cheese akan terus cair meleleh bila ditaburkan di atas nya...tang tu yang sedapnya...

Bahan-bahan:

1. Satu peket makaroni
2. 4 keping burger daging atau ayam, ikut suka.
3. 4 batang sosej
4. Sebiji bawang holland, potong dadu
5. 4 ulas bawang putih, ditumbuk pecah2.
6. 6 biji cili api dipotong kecil2
7. 6 sudu besar sos tradisional Prego
8. Sedikit butter dan minyak zaitun unk menumis
9. Mozarella Cheese dan Parmesan


Cara-cara:

1. Rebus makaroni. Masukkan sedikit minyak zaitun dalam periuk rebusan, supaya makaroni tak melekat bila masak nanti. Biasanya dlm 20 minit.

2. Bila dah lembut makaroni, angkat dan tos, ketepikan sekejap.

3. Dalam kuali panaskan butter dan minyak zaitun, tumiskan bawang putih, dah garing cket masukkan pula bawang holland yg dah dipotong dadu.

4. Bila dah hampir garing bawang holland, masukkan burger dan sosej yang dah dipotong tadi. Tumis bagi masak dan garing cket. Masukkan dlm dua sudu besar gula dan satu sudu garam...agak2 ya karang termasin dan termanis pulak.

5. Kacau sekejap dan terus masukkan makaroni yang ditos tadi, kacau sekejap unk sebatikan makaroni dgn sos tadi dan terus tutup api. Jangan lama sangat atas api takut makaroni hancur nanti.

6. Angkat dan masukkan dalam mangkuk dan masa panas panas terus taburkan mozarella cheese di atasnya..lagi banyak lagi sedap la kan...cheese yang ditaburkan atas makaroni yang masih panas panas, akan terus cair dan meleleh...yang cheese meleleh tu yg sedapnya masa makan nanti.

7. Boleh dihidangkan, dan dlm pinggan masing2 nanti jangan lupa taburkan parmesan ya....lagi meletop dan superb rasanya.




Selamat mencuba!!

RZH





Comments

Popular posts from this blog

Peranan Penyambut Tetamu Dalam Penganjuran Majlis Formal

    Penyambut tetamu ( usherette ) adalah orang yang memainkan peranan yang sangat penting dalam menyambut tetamu dan memastikan supaya tetamu dalam sesuatu majlis itu dapat diuruskan dengan baik dan lancar tanpa menimbulkan rasa tidak puas hati, rasa tersinggung dan rasa tidak selesa daripada tetamu yang dijemput. Sebelum pergi jauh lagi tentang peranan penyambut tetamu, mari kita sama-sama fahami dulu definisi 'Penyambut Tetamu'. Secara ringkasnya penyambut tetamu adalah orang yang dilantik dan diberikan tugas dan tanggungjawab untuk menyambut tetamu-tetamu yang dijemput dalam satu-satu majlis, menunjukkan arah dan mengiringi tetamu, serta memastikan keselesaan tetamu terjaga. Tugas menyambut tetamu ini kebiasaannya diletakkan di bawah satu Jawatankuasa yang terdiri daripada sebilangan peyambut tetamu yang mana jumlahnya bergantung kepada berapa ramai tetamu yang perlu diuruskan. Tetamu ini diklasifikasi kepada beberapa kategori, iaitu kategori kehormat dan...

Cara Goreng Ikan Masin Supaya lebih sedap...

Hokey...petang ni saya nak bercerita pasal menu 'berhantu' ini. Saya sebut sebagai 'berhantu' sebab menu ni mesti sentiasa akan 'mengusik' keinginan untuk makan lebih...menu ni memang akan membuka selera yang tertutup...menggoda untuk makan bertambah dan berulang-ulang...kejap nak makan kejap nak makan...aduhai itu la dia ikan masin goreng...atau ore kelate panggil ike kering goreng. Ikan masin ni salah satu daripada lauk kegemaran saya..hehehe saya suka tahap dewa..atau tahap ore kelate royak 'panggil tak dengar' ikan masin ni..tapi mesti kena dengan gaya masaknya..saya tak suka ikan masin tu masin sangat...saya suka rasa dia lemak-lemak masin sikit2 dan isinya lembut2 gebu gebas sikit....macam ikan ala jeruk tu sikit.. Untuk ikan masin ni sedap selepas digoreng, mesti ada cara masaknya yang tersendiri...dan saya pasti setiap orang ada gaya tersendiri menggoreng ikan masin, ada yang suka digoreng begitu saja, ada yang suka digoreng dengan dipoton...

Peranan Pegawai Tadbir di Universiti Awam

Buat semua pembaca budiman,  Penulisan ini adalah sekadar pandangan dan pendapat peribadi saya berdasarkan pengalaman yang dilalui sebagai Pegawai Tadbir di Universiti Awam (UA). Walau bagaimanapun, ia mungkin berbeza mengikut pandangan masing-masing, juga mungkin berbeza mengikut governan UA masing-masing. Namun, sekurang-kurangnya penulisan ini dapat membantu untuk memberikan gambaran kepada pembaca dalam mengetahui secara umum mengenai peranan dan tanggungjawab seorang Pegawai Tadbir di UA. Pegawai Tadbir yang dibincangkan dalam penulisan ini adalah Pegawai Tadbir Universiti (PTU). PTU adalah Pegawai yang dikelaskan di bawah Skim Perkhidmatan Pengurusan dan Profesional (P&P). Gred jawatan bermula di Gred 41 dan ke atas. PTU adalah individu yang dilantik oleh pihak berkuasa Universiti untuk menguruskan pelbagai bentuk hal-ehwal pengurusan dan pentadbiran di Pusat Tanggungjawab (PTJ) di mana mereka ditempatkan. Daripada segi kelayakan akademik, PTU in...