Skip to main content

Resepi Sedapzaini: Cek Mek Molek Kelate


















Cek Mek Molek ini adalah sejenis kuih yang diperbuat daripada keledek (ore Kelate panggil ubi stelo) dan gandum. Kuih ini memang kuih tradisional Kelate sebenarnya, terkenal dengan rasanya yang lembut dan manis...sedap di makan sama ada untuk minum petang, atau minum pagi. Kuih ni secara terus terangnya memang sedap!

Kemuncak kesedapannya dirasai di saat keluarnya air gula daripada dalam kuih ini apabila kita mengunyahnya di dalam mulut. Memang nikmatnya di situ.....


Bahan-bahan:

1. Keledek 5 ketul saiz satu genggam per ketul
2. Telor sebiji (sekiranya tak nak bubuh pun tak mengapa)
3. Gandum satu cawan (agak2 ya, jangan terlebih nanti keras tak sedap)
4. Gula 
5. Garam

Cara-cara:

1. Bersihkan ubi keledek (nak dikupas terus pun boleh, tak mahu dikupas pun boleh).

2. Masukkan dalam periuk dan masukkan satu sudu teh garam dan sedikit gula (dalam sesudu). 

3. Rebus lebih kurang 20 minit (masukkan air sehingga tenggelam ubi keledek) - rebus sehingga empuk ya, maksudnya keledek tu dah lembut. Semasa merebus, tutup periuk.

4. Setelah masak, terus masukkan dalam bekas lain dan semasa panas tadi terus dilenyek-lenyekkan sehingga jadi macam adunan (kalau ubi telah dikupas awal, maka lebih mudah sebab tak perlu kupas kulitnya lagi...ubi pun tengah panas masa tu. Tapi kalau tak mahu terus buat pun tak mengapa, rebus awal sebelah pagi contohnya, tapi nak buat di sebelah petang, maka ubi berkenaan tidak boleh dilenyet begitu sahaja, ia perlu ditumbuk menggunakan lesung di dapur sebab ubi tu dah keras. Kedua-dua cara boleh dipilih, dan ianya tidak beri kesan kepada rasa cek mek molek, sebab nanti adunan yang telah dibentuk menjadi cek mek, memang perlu digoreng menggunakan minyak, jadi tak isu sama ada dibuat semasa ubinya masih panas atau telah sejuk.

5. Setelah ubi dilenyek atau ditumbuk dan teksturnya dah lembut...masukkan telur yang telah dikacau dulu sedikit dan seterusnya gandum tadi (agak-agak ya, jangan terlebih), kalau gandum lebih nanti cek mek jadi tak lembut dan tak sedap, hilang rasa ubi keledeknya nanti, rasa gandum aje yang lebih, maka gagal lah anda dlm membuat cek mek ni.

6. Untuk dapatkan cek mek yang lembut, gandum mesti sikit sahaja, jadi adunan jadi agak lembik...tapi jangan pula gandum tersikit sangat, nanti bila nak goreng, adunan hancur di dalam kuali....maka kena pandai2 dan perlukan kesabaran yang tinggi masa membentuknya menjadi bentuk cek mek, panjang dan runcing di kedua-dua hujungnya. 

7. Bagi mengelakkan adunan tu melekat di tangan, maka lumurkan tapak tangan dengan tepung gandum, pada setiap kali nak membentuk adunan menjadi bentuk cek mek tadi...prosesnya adalah, bulatkan adunan saiz bola ping pong, leperkan atas tapak tangan (jgn terlalu tebal dan jgn terlalu nipis pula), masukkan dalam satu sudu teh penuh gula dan kemudian tutup balik perlahan-lahan adunan itu menjadi bentuk panjang membulat dan runcing di kedua-dua hujungnya. Tutup betul2 ya supaya bila digoreng nanti gula di dalannya tidak keluar. Kalau gula dah keluar...ermmm, cek mek nanti jadi tak berapa sedap sebab air gula didalamnya dah kosong. Lagi satu, gula yang keluar semasa proses menggoreng nanti, akaan melekat kepada kulit luar cek mek, dan cek mek nanti jadi tak comey.

7. Bila siap semuanya adunan dibentuk menjadi cek mek, maka boleh mulakan proses menggoreng. Saya lebih suka goreng peringkat by peringkat sebab tak mahu cek mek berkenaan lama terbiar sebelum digoreng, nanti gula di dalamnya boleh menyerap keluar juga. Selalunya, bila siap dalam 8 biji, saya terus goreng dulu dan proses membentuk adunan diberhentikan dulu. Selesai menggoreng peringkat pertama, saya sambung kembali kepada proses membentuk adunan. Lakukan proses sebegini hingga selesai.

8. Pastikan minyak dah panas semasa nak menggoreng. api perlu perlahan sedikit, kerana nanti kalau api besar, adunan tak masak di dalam...tapi kalau terlalu lama sangat digoreng, air gula pula yang keluar...terpulang kepada kebijaksanaan masing2 ya. 

9. Semasa proses menggoreng ni, kita kena banyak sabar juga, balik-balikkan cek mek di dalam kuali dengan lemah lembut untuk menjaga supaya air gula di dalamnya tak keluar, atapun kulit luarnya tak pecah...memang konpom gulanya akan keluar. Sebab itu adunan perlu dipastikan jangan terlalu nipis dan jangan terlalu tebal...kalau nipis nanti cpt pecah dan gula keluar...kalau tebal nanti tak masak di dalam pula.

Okey semua, semoga perkongsian ini bermanfaat buat semua. Selamat mencuba!


RZH




Comments

Popular posts from this blog

Peranan Penyambut Tetamu Dalam Penganjuran Majlis Formal

    Penyambut tetamu ( usherette ) adalah orang yang memainkan peranan yang sangat penting dalam menyambut tetamu dan memastikan supaya tetamu dalam sesuatu majlis itu dapat diuruskan dengan baik dan lancar tanpa menimbulkan rasa tidak puas hati, rasa tersinggung dan rasa tidak selesa daripada tetamu yang dijemput. Sebelum pergi jauh lagi tentang peranan penyambut tetamu, mari kita sama-sama fahami dulu definisi 'Penyambut Tetamu'. Secara ringkasnya penyambut tetamu adalah orang yang dilantik dan diberikan tugas dan tanggungjawab untuk menyambut tetamu-tetamu yang dijemput dalam satu-satu majlis, menunjukkan arah dan mengiringi tetamu, serta memastikan keselesaan tetamu terjaga. Tugas menyambut tetamu ini kebiasaannya diletakkan di bawah satu Jawatankuasa yang terdiri daripada sebilangan peyambut tetamu yang mana jumlahnya bergantung kepada berapa ramai tetamu yang perlu diuruskan. Tetamu ini diklasifikasi kepada beberapa kategori, iaitu kategori kehormat dan

Cara Goreng Ikan Masin Supaya lebih sedap...

Hokey...petang ni saya nak bercerita pasal menu 'berhantu' ini. Saya sebut sebagai 'berhantu' sebab menu ni mesti sentiasa akan 'mengusik' keinginan untuk makan lebih...menu ni memang akan membuka selera yang tertutup...menggoda untuk makan bertambah dan berulang-ulang...kejap nak makan kejap nak makan...aduhai itu la dia ikan masin goreng...atau ore kelate panggil ike kering goreng. Ikan masin ni salah satu daripada lauk kegemaran saya..hehehe saya suka tahap dewa..atau tahap ore kelate royak 'panggil tak dengar' ikan masin ni..tapi mesti kena dengan gaya masaknya..saya tak suka ikan masin tu masin sangat...saya suka rasa dia lemak-lemak masin sikit2 dan isinya lembut2 gebu gebas sikit....macam ikan ala jeruk tu sikit.. Untuk ikan masin ni sedap selepas digoreng, mesti ada cara masaknya yang tersendiri...dan saya pasti setiap orang ada gaya tersendiri menggoreng ikan masin, ada yang suka digoreng begitu saja, ada yang suka digoreng dengan dipoton

Resepi Sedapzaini: Ketam Rebus Sedap

Hokey malam ni masih berkunjung di sini, masih setia di blog ini. Semasa ada mood untuk menulis, makanya kita menulis lah, kalau mood 'dah lari pergi' nanti maka confirm la penulisan terhenti. Sebelum pergi kepada resepinya, saya ingin menggamit kenangan semasa zaman saya kecil dulu di kampung. Menu ketam dan udang ni kiranya menu yang sentiasa ada di meja makan kami. Bukan apa, kami di kampung kiri dan kanan kampung dikelilingi sungai...pekerjaan utama org tua dulu2 adalah dari sumber yang ada dlm sungai...cari ketam sungai, namanya ketam nipah, dan udang juga ikan sungai sebagai punca pendapatan. Hasil yang diperoleh, mereka akan jualkan kpd org2 kampung, selalunya arwah nenek saya akan beli ketam dan udang ni...menu masakan untuk ketam mesti direbus atau digulai sahaja. Kerana itu sehingga sekarang menu ketam rebus ni mmg menu kegemaran ayah saya. Mak saya sehingga kini, kalau anak2 balik bercuti di kampung, pasti mak saya dah menempah siap2 ketam ni untuk dimasak ke