Skip to main content

Belajar Melupakan Sebuah Kepahitan




















Semua hamba Allah di dunia ini akan melalui segala bentuk ujian yang Allah berikan bagi menguji kesabaran dan kekuatan kita sebagai hamba-Nya. Ujian ini juga untuk menghapuskan dosa-dosa kecil yang pernah kita lakukan. Ujian ini juga sebagai tanda Allah masih sayangkan kita. Justeru, berlapang dada lah apabila setiap kali dilanda ujian. Anggaplan ianya sebagai ujian untuk Allah memberikan kita yang lebih baik dan ganjaran yang lebih besar....maka dengan cara itu, hati kita akan tenang dan redha atas setiap musibah yang diberikan.

Kehidupan di dunia ini akan tetap melalui asam garam kehidupan, pahit, manis, dan hambar semuanya perlu diredah sebab kita tiada pilihan untuk lari daripada konflik kehidupan. Tidak semua kehidupan ini manis, dan tidak semua kehidupan ini pahit, adakalanya suka dan duka itu silih berganti. Dunia ini ibarat roda, ada masanya kita di atas dan ada masanya kita di bawah. Justeru, sentiasa yakin lah di saat dalam kedukaan dan kesempitan, pertolongan Allah tetap akan tiba, cuma masa dan ketikanya sahaja kita tidak tahu. Berdoa dan terus berdoa, pasti pertolongan Allah akan datang jua. Bantuan Allah tetap akan tiba untuk meleraikan segala kekusutan dan melapangkan segala kesempitan.

Kalau difikirkan betul-betul, segala kebahagiaan itu ada dalam diri kita sendiri. Sikap kita sendiri yang memandu kita ke arah jalan mana yang kita nak pilih. Andai kita terus terusan mengenang semua rasa duka dan kekecewaan yang pernah kita lalu, maka kita sebenarnya menyekat diri kita dari terus bersemangan dan bertenaga untuk terus cemerlang. Kekecewaan itu menyekat tenaga dan semangat kita untuk terus berinovasi dan terus kreatif dalam mencari kebahagiaan di bumi Allah ini.
Renungkan lah...pejamkan mata dan ambil masa untuk berfikir sejenak, adakah berbaloi untuk kita terus begitu...istigfar lah dan tinggalkan segala kekecewaan yang masih berbaki dalam diri, kuburkanlah segalanya...buka lah buku baru dalan kehidupan dan 'hidangkan' lah dengan pelbagai lagi perkara yang memberikan sinar dan kebahagiaan. Tinggalkan zaman 'gelap' dan zaman 'kekecewaan' yang malap itu.
Beberapa tips yang boleh diikuti untuk kita melupakan segala kepahitan lalu dari terus mengikat dan membelenggu kehidupan kita. Antaranya adalah:
1. Banyakkan solat Taubat/Tahajjud/Dhuha/Solat Hajat
    - bertaubat dan memohon ampun daripada Allah atas dosa lalu.
2. Mohon ampun daripada kedua orang tua dan
    pasangan kita (sekiranya telah berumahtangga)
3. Banyakkan berzikir di waktu2 yang ada/Membaca Quran
4. Maafkan segala kesilapan orang kepada kita
5. Sibukkan diri dengan hobi yang kita suka
     - 'hang-out' dengan kawan, bersukan, memasak, mengikuti kelas masakan, dsbnya.
     - Bila kita dikelilingi dengan kesibukan, maka kita tiada masa untuk mengenang
        dan meratapi kepahitan lalu.
     - Projek-projek CSR kepada masyarakat/persatuan
6. Terapkan minat suka membaca pada waktu malam yang terluang, buku-buku yang dapat
    meningkatkan nilai diri dan keupayaan untuk terus cemerlang, menulis blog/dsbnya
7. Pastikan sentiasa 'excellent' di tempat kerja
     -  'Enjoy' dengan kerja dan lakukan semuanya dengan cara terbaik.
     -   Sentiasa positif di tempat kerja
     -   Elakkan negative thinking
8. Tingkatkan keupayaan dan kemampuan diri
     - Tingkatkan kompetensi diri/Tingkatkan ilmu dan kepakaran
     - Hebatkan Penampilan dan Komunikasi
     - All out dalam segala perkara
9. Cari Masa untuk pergi melancung dengan pasangan/kawan-kawan
    - Ini merupakan salah satu terapi diri yang sangat baik untuk mencari ketenangan
      dan enjoy dengan alam ciptaan Allah.
    - Lakukan secara berkala dan konsisten (atleast dua kali setahun)
10. Bercuti bersama keluarga
      - Balik kampung dan enjoy kampung dengan masak dan makan besar
         bersama semua keluarga di kampong.
      - Bercuti di tempat-tempat percutian menarik di M'Sia - Explore budaya/food/tempat
      - Lakukan sekurangnya tiga kali dalam setahun (mengikut tarikh cuti sekolah)
11.  Berikan tempoh waktu tertentu untuk kita melayan rasa duka dan kecewa, tiba satu
      masa yang sesuai, just ignore him/her from our life forever and ever.   
      Just ignore orang yang telah menyakiti dan menghancurkan kehidupan kita.  
      - anggap dia orang asing yang tidak pernah kita kenali dan tidak pernah bersama kita.
      - tiada ruang untuk dia dalam hati kita lagi
      - dia tidak berhak untuk mendapat hilai tawa dan kemesraan kita
      - Jangan sesekali biarkan orang seperti ini terus 'menjatuhkan' kita dan membuatkan
         kita rasa 'down' berterusan.

     



RZH






Comments

Popular posts from this blog

Peranan Penyambut Tetamu Dalam Penganjuran Majlis Formal

    Penyambut tetamu ( usherette ) adalah orang yang memainkan peranan yang sangat penting dalam menyambut tetamu dan memastikan supaya tetamu dalam sesuatu majlis itu dapat diuruskan dengan baik dan lancar tanpa menimbulkan rasa tidak puas hati, rasa tersinggung dan rasa tidak selesa daripada tetamu yang dijemput. Sebelum pergi jauh lagi tentang peranan penyambut tetamu, mari kita sama-sama fahami dulu definisi 'Penyambut Tetamu'. Secara ringkasnya penyambut tetamu adalah orang yang dilantik dan diberikan tugas dan tanggungjawab untuk menyambut tetamu-tetamu yang dijemput dalam satu-satu majlis, menunjukkan arah dan mengiringi tetamu, serta memastikan keselesaan tetamu terjaga. Tugas menyambut tetamu ini kebiasaannya diletakkan di bawah satu Jawatankuasa yang terdiri daripada sebilangan peyambut tetamu yang mana jumlahnya bergantung kepada berapa ramai tetamu yang perlu diuruskan. Tetamu ini diklasifikasi kepada beberapa kategori, iaitu kategori kehormat dan

Cara Goreng Ikan Masin Supaya lebih sedap...

Hokey...petang ni saya nak bercerita pasal menu 'berhantu' ini. Saya sebut sebagai 'berhantu' sebab menu ni mesti sentiasa akan 'mengusik' keinginan untuk makan lebih...menu ni memang akan membuka selera yang tertutup...menggoda untuk makan bertambah dan berulang-ulang...kejap nak makan kejap nak makan...aduhai itu la dia ikan masin goreng...atau ore kelate panggil ike kering goreng. Ikan masin ni salah satu daripada lauk kegemaran saya..hehehe saya suka tahap dewa..atau tahap ore kelate royak 'panggil tak dengar' ikan masin ni..tapi mesti kena dengan gaya masaknya..saya tak suka ikan masin tu masin sangat...saya suka rasa dia lemak-lemak masin sikit2 dan isinya lembut2 gebu gebas sikit....macam ikan ala jeruk tu sikit.. Untuk ikan masin ni sedap selepas digoreng, mesti ada cara masaknya yang tersendiri...dan saya pasti setiap orang ada gaya tersendiri menggoreng ikan masin, ada yang suka digoreng begitu saja, ada yang suka digoreng dengan dipoton

Resepi Sedapzaini: Ketam Rebus Sedap

Hokey malam ni masih berkunjung di sini, masih setia di blog ini. Semasa ada mood untuk menulis, makanya kita menulis lah, kalau mood 'dah lari pergi' nanti maka confirm la penulisan terhenti. Sebelum pergi kepada resepinya, saya ingin menggamit kenangan semasa zaman saya kecil dulu di kampung. Menu ketam dan udang ni kiranya menu yang sentiasa ada di meja makan kami. Bukan apa, kami di kampung kiri dan kanan kampung dikelilingi sungai...pekerjaan utama org tua dulu2 adalah dari sumber yang ada dlm sungai...cari ketam sungai, namanya ketam nipah, dan udang juga ikan sungai sebagai punca pendapatan. Hasil yang diperoleh, mereka akan jualkan kpd org2 kampung, selalunya arwah nenek saya akan beli ketam dan udang ni...menu masakan untuk ketam mesti direbus atau digulai sahaja. Kerana itu sehingga sekarang menu ketam rebus ni mmg menu kegemaran ayah saya. Mak saya sehingga kini, kalau anak2 balik bercuti di kampung, pasti mak saya dah menempah siap2 ketam ni untuk dimasak ke