Skip to main content

Tak Boleh Uli Orang Kita Uli Tepung...

Haha parah tajuk ni...

Saja la saya bagi tajuk gempak cket...campur ada geram juga lah sebenarnya...cerita ptg tadi di suatu tempat..berlagak pula la org ni kan..haishhh...fikirkan pesanan org bijak pandai, katanya jangan dilayan orang yang bodoh..dengan kita sekali jadi bodoh...nak-nak bodoh sombong lagi haru..jadi abaikan saja!

Maka sayapun beristigfar lah byk2 dan melatih diri agar bersabar...doa dupaya tidak termasuk dalam kategori bodoh melayan orang yang tanpa sedar menayangkan kebodohan dgn sikap angkuh dan bongkak..haishhh..angin satu badan den.

Alkisah nak buang angin dan geram ni la tak pasal g buat donut malam ni..ko dah kenapa RZH.

Ya, perasaan geram dan marah ni ada ubatnya...tak boleh uli orang, kita uli tepung...walaupun mesin yang uli..doesn't matter la..yg penting diuli dan dilantun-lantun dan ditumbuk-tumbuk doh tu dalam mesin...

Malam ni alkisahnya...maka buat donut lagi..hmmmm

Buat setengah kg saja..dpt dalam 20 biji.

Ni sesambil menunggu kemenjadian yis bertindak mengembangkan donut tu, sayapun duduk di kerusi malas, berehat sat dan capai phone, buka blog dan menulis.

Sesambil di TV, ada konsert Zamani Slam di TV2...siaran ulangan sebenarnya konsert ni...TV ni on aje walau tak ada org menonton..adehhh...dah kenapa..huhu. masa ni jam menunjukkan pukul 10.48 mlm. Doh donut ni perlu ditunggu dalam 15 ke 30 minit lagi..adehhhh..cari pasal..hihi.

Sempat dengar Zamani menyanyikan lagu fav saya, "Suratan" dan "Rindiani"...menggamit kenangan lama....buat hal.

Makanya sesambil bersandar di kerusi malas...mata ke skrin phone...jari-jemari menaip dan telinga mendengar lagu....semua anggota badan berfungsi ni..hehe.

Donut ni, donut malas sebenarnya..

Kenapa donut malas..sebab semuanya campak aje dlm mesin...then diuli oleh mesin. 

Resepi boleh rujuk dalam entri saya yang terdahulu ya.





Abaikan gula icing saya yg nampak bertompok tu..gula icing dah lama cket, dia agak lembab jadinya dan berketul. Saya malas nak ayak...onzzz aje la.


Hokey, selamat beristirehat buat semua. Donut ni sedap dimakan panas2...lembut dan gebu gebas gitttchewww...

Enjoy life...

RZH









Comments

Popular posts from this blog

Peranan Penyambut Tetamu Dalam Penganjuran Majlis Formal

    Penyambut tetamu ( usherette ) adalah orang yang memainkan peranan yang sangat penting dalam menyambut tetamu dan memastikan supaya tetamu dalam sesuatu majlis itu dapat diuruskan dengan baik dan lancar tanpa menimbulkan rasa tidak puas hati, rasa tersinggung dan rasa tidak selesa daripada tetamu yang dijemput. Sebelum pergi jauh lagi tentang peranan penyambut tetamu, mari kita sama-sama fahami dulu definisi 'Penyambut Tetamu'. Secara ringkasnya penyambut tetamu adalah orang yang dilantik dan diberikan tugas dan tanggungjawab untuk menyambut tetamu-tetamu yang dijemput dalam satu-satu majlis, menunjukkan arah dan mengiringi tetamu, serta memastikan keselesaan tetamu terjaga. Tugas menyambut tetamu ini kebiasaannya diletakkan di bawah satu Jawatankuasa yang terdiri daripada sebilangan peyambut tetamu yang mana jumlahnya bergantung kepada berapa ramai tetamu yang perlu diuruskan. Tetamu ini diklasifikasi kepada beberapa kategori, iaitu kategori kehormat dan...

Cara Goreng Ikan Masin Supaya lebih sedap...

Hokey...petang ni saya nak bercerita pasal menu 'berhantu' ini. Saya sebut sebagai 'berhantu' sebab menu ni mesti sentiasa akan 'mengusik' keinginan untuk makan lebih...menu ni memang akan membuka selera yang tertutup...menggoda untuk makan bertambah dan berulang-ulang...kejap nak makan kejap nak makan...aduhai itu la dia ikan masin goreng...atau ore kelate panggil ike kering goreng. Ikan masin ni salah satu daripada lauk kegemaran saya..hehehe saya suka tahap dewa..atau tahap ore kelate royak 'panggil tak dengar' ikan masin ni..tapi mesti kena dengan gaya masaknya..saya tak suka ikan masin tu masin sangat...saya suka rasa dia lemak-lemak masin sikit2 dan isinya lembut2 gebu gebas sikit....macam ikan ala jeruk tu sikit.. Untuk ikan masin ni sedap selepas digoreng, mesti ada cara masaknya yang tersendiri...dan saya pasti setiap orang ada gaya tersendiri menggoreng ikan masin, ada yang suka digoreng begitu saja, ada yang suka digoreng dengan dipoton...

Peranan Pegawai Tadbir di Universiti Awam

Buat semua pembaca budiman,  Penulisan ini adalah sekadar pandangan dan pendapat peribadi saya berdasarkan pengalaman yang dilalui sebagai Pegawai Tadbir di Universiti Awam (UA). Walau bagaimanapun, ia mungkin berbeza mengikut pandangan masing-masing, juga mungkin berbeza mengikut governan UA masing-masing. Namun, sekurang-kurangnya penulisan ini dapat membantu untuk memberikan gambaran kepada pembaca dalam mengetahui secara umum mengenai peranan dan tanggungjawab seorang Pegawai Tadbir di UA. Pegawai Tadbir yang dibincangkan dalam penulisan ini adalah Pegawai Tadbir Universiti (PTU). PTU adalah Pegawai yang dikelaskan di bawah Skim Perkhidmatan Pengurusan dan Profesional (P&P). Gred jawatan bermula di Gred 41 dan ke atas. PTU adalah individu yang dilantik oleh pihak berkuasa Universiti untuk menguruskan pelbagai bentuk hal-ehwal pengurusan dan pentadbiran di Pusat Tanggungjawab (PTJ) di mana mereka ditempatkan. Daripada segi kelayakan akademik, PTU in...