Skip to main content

Cerita Tentang Putu Halba...

Semasa trip to Spore baru2 ni, bersembang dgn geng pasal kuih Putu Halba. Geng pula dari KL, jadi sekadar tahu tentang kuih ni, tapi tak tahu camane nak membuatnya. Tapi teringin nak membuatnya..hehe.

Putu halba ni adalah sejenis kuih kelate yang diperbuat daripada ubi kayu. Kalau dulu2 kuih ni hanya ada masa musim tengkujuh saja..ya banjir saja sekitar bulan Nov dan Dis. Sebab tu kuih ni ada juga orang memanggilnya kuih banjir atau kuih bah..hehe. ada juga yang panggil kuih dalam kain sebab kuih ni perlu diletakkan dalam kain dulu sebelum dikukus.

Tapi lo ni kuih ni saya tgok mcm ada sepanjang masa aje di kelate, tak semestinya musim banjir jah...namun tengok tempat jugok la...kuih putu halba ni adalah kuih yang dimasak dengan cara dikukus dan dimakan dengan kelapa parut. Masa proses mengukus, adunannya dibuat meleper dimasukkan dalam piring kecik dan dimasukkan dalam kain, biasanya towel good morning tu blh digunakan. Lepas tu diletakkan gula melaka atau nise yang diracik halus dan dicampur cket dgn gula putih. Tak mau campur lagi bagus la, bagi yang nak elak manis gula putih tu. Kuih ni memang sangat sedap dimakan panas2. 

Geng bertanya macamana nak buat kuih putu halba ni...saya cerita lah serba sedikit cara2 untuk buat. Masa awal remaju dulu2 kat kampung selalu tolong umi buat kuih ni. Bukan buat untuk jual, tapi buat untuk makan2 aje. Walaupun tak ingat banyak, tapi ingatlah juga sikit2. Owhhh menggamit memori.

Saya plan nak buat dlm masa terdekat ni. Jadi kena cari ubi kayu nya dulu. Ubi kayu ni kalau fresh dari kampung memang cantik sangat..lembut dan belum masuk angin. Tapi kalau yg dijual kat bandar ni, silap2 haribulan, ada yg dah lama, busuk dan dah masuk angin. Jadi bila buat kuih, hilang cket nikmat sedapnya.

Nanti saya cuba intai2 kat pasar2 pinggir bandar...atau kat pasar tani...insyaAllah, ada jumpa nanti. Nak buat putu halba, elok ubi yg masih fresh. Baru kuih jadi sedap.

Orait, kita letak dlm wish list dulu. Visualkan dulu, dan insyaAllah jadi kenyataan sehari dua ni. Nanti kalau dah jumpa ubi kayu yang comey, saya share cara buat putu halba ya.

Salam hormat,

RZH





Comments

Popular posts from this blog

Kenangan Zaman Permainan Kanak-kanak...

Dalam  hidup masing-masing, semua orang   mempunyai  kenangan  dan  momen  indah yang tersendiri semasa zaman kanak-kanak...ada yang menjadikan kenangan itu sebagai suatu nilai sentimental yang akan terpahat selamanya dalam lipatan kenangan. Saya juga tidak terkecuali. Kenangan permainan saya semasa kanak-kanak dulu memang terlalu istimewa dalam hidup saya...sentiasa segar dan mekar dalam bayangan fikiran sehinggakan terkadang menggamit rasa untuk kembali semula ke masa lampau...andai masa boleh diundur semula kan...saya ingin kembali mengulangi momen2 itu. Semasa zaman kanak2 saya memang sangat aktif bermain dan beraktiviti dengan kawan2...memang lasak betul la. Permainan kami geng kanak2 ni memang meriah betul ibarat satu pesta pula kemeriahannya. Zaman kanak2 dulu saya ni kiranya ketua geng la...haha..gengster pun ya juga (kira gengster baik la kalau dalam cerita hindustan dulu2..haha...sabar aje la) tukang plan itu ini dan confirmnya plan tu akan menjadi dgn me

Peranan Penyambut Tetamu Dalam Penganjuran Majlis Formal

    Penyambut tetamu ( usherette ) adalah orang yang memainkan peranan yang sangat penting dalam menyambut tetamu dan memastikan supaya tetamu dalam sesuatu majlis itu dapat diuruskan dengan baik dan lancar tanpa menimbulkan rasa tidak puas hati, rasa tersinggung dan rasa tidak selesa daripada tetamu yang dijemput. Sebelum pergi jauh lagi tentang peranan penyambut tetamu, mari kita sama-sama fahami dulu definisi 'Penyambut Tetamu'. Secara ringkasnya penyambut tetamu adalah orang yang dilantik dan diberikan tugas dan tanggungjawab untuk menyambut tetamu-tetamu yang dijemput dalam satu-satu majlis, menunjukkan arah dan mengiringi tetamu, serta memastikan keselesaan tetamu terjaga. Tugas menyambut tetamu ini kebiasaannya diletakkan di bawah satu Jawatankuasa yang terdiri daripada sebilangan peyambut tetamu yang mana jumlahnya bergantung kepada berapa ramai tetamu yang perlu diuruskan. Tetamu ini diklasifikasi kepada beberapa kategori, iaitu kategori kehormat dan

Peranan Pegawai Tadbir di Universiti Awam

Buat semua pembaca budiman,  Penulisan ini adalah sekadar pandangan dan pendapat peribadi saya berdasarkan pengalaman yang dilalui sebagai Pegawai Tadbir di Universiti Awam (UA). Walau bagaimanapun, ia mungkin berbeza mengikut pandangan masing-masing, juga mungkin berbeza mengikut governan UA masing-masing. Namun, sekurang-kurangnya penulisan ini dapat membantu untuk memberikan gambaran kepada pembaca dalam mengetahui secara umum mengenai peranan dan tanggungjawab seorang Pegawai Tadbir di UA. Pegawai Tadbir yang dibincangkan dalam penulisan ini adalah Pegawai Tadbir Universiti (PTU). PTU adalah Pegawai yang dikelaskan di bawah Skim Perkhidmatan Pengurusan dan Profesional (P&P). Gred jawatan bermula di Gred 41 dan ke atas. PTU adalah individu yang dilantik oleh pihak berkuasa Universiti untuk menguruskan pelbagai bentuk hal-ehwal pengurusan dan pentadbiran di Pusat Tanggungjawab (PTJ) di mana mereka ditempatkan. Daripada segi kelayakan akademik, PTU ini pe