Skip to main content

Pulut Pagi Kelate Buat Sarapan...

Pagi semalam craving nak makan pulut pagi kelate. Makanya saya onzzzz.

Pulut pagi ni kiranya makanan rutin belah pagi di kelate, kira menu tradisi. Menu legend pun ya juga. Dimakan bersama kelapa parut..kelapa muda la lebih sedap. Tapi kat luar kelate ni payah la nak cari kelapa muda...kita beli kat kedai kan, apa yang ada aje lah, cuma minta tuan kedai mesin tanpa selaput/kulit coklat dia.

Kebetulan ada sedikit lagi pulut lebihan buat pulut duye hari tu. Saya masakkan semua...tak byk, dalam 4 pot aje rasanya. Niat di hati nak bagi jiran2 juga. Jadi saya masakkan semua.

Bila tanak pulut pagi ni, saya rendamkan sekejap pulut tu dalam sejam. Tujuan pulut ni direndam untuk bagi dia mudah masak dan lebih lembut bila dikukus nanti. Semasa pulut direndam, boleh masukkan sedikit kapur mkn, dlm setengah sudu teh bagi tujuan pulut tu jadi kenyal sikit bila dikukus nanti. Jika tiada stok kapur makan di rumah, rendam tanpa air kapur pun okey.

Masak pulut pagi ni boleh guna dua2 kaedah, sama ada nak kukus atau nak tanak. Kali ni saya prefer untuk kukus. Ada masa saya tanak aje bila ada rasa malas sikit. Hehe. Tanak ni lebih mudah, cuma pulut akan jadi berkerak sikit.

Saya capai periuk kukus, masukkan dua helai daun pandan yang dicarik2 sikit. Masukkan pulut yang direndam tadi. Kukus selama 20 ke 30 minit.

Selepas tu, saya tuangkan pulut tadi dalam bekas lain, dan masukkan dua keping nise kerek yang telah diracik2, satu sudu gula putih juga setengah cawan air. Saya tak nak manis sgt, jadi dua kerek tu dah memadai. Masukkan secubit garam. Gaul rata ataupun ore kelate pagi arung pulut tu sehingga nise tu berpadu ataupun sebati elok dgn pulut. 

Nise dan gula ni sebenarnya elok dimasak terlebih dahulu, tapi saya ni suka yang mudah saya, jadi saya terus masuk aje..nise ni akan mencair dan meresap dlm pulut tu sebab pulut tu tgh dok panas.

Selepas tu kukus sekali lagi pulut dalam 15 minit. Dan pulut pagi sedia dihidangkan.

Kelapa untuk cicah pulut ni, pastikan kelapa putih, tidak dimesin dengan kulitnya. Gaulkan garam sikit bagi rasa lemak2 masin. Kukus sekejap dlm lima minit. Tujuan kukus ni untuk bagi kelapa tu tahan lama, tidak cepat masam. Juga supaya perut tak kembung bagi org yg sensitif perutnya.

Pulut pagi ni kebiasaannya disajikan pada waktu pagi untuk dibuat sarapan, sebab itu lah ia dipanggil pulut pagi. Pun begitu, ia juga boleh dihidangkan pada waktu lain, tengah hari, dan petang. Pulut ni memang sangat sedap dimakan atau digaulkan dengan kelapa parut...rasa lemak2 masin kelapa berpadu dengan pulut ni menjadikan rasanya sangat sedap. Hanya penggemar pulut pagi dapat bygkan nikmat sedapnya...siapa yang belum cuba maksn pulut pagi ni memang kena cuba. Tapi di luar kelate, ia sgt jarang orang jual. Kena buat sendiri baru dapat merasa.

Jika orang tua dulu2, mereka taburkan beras pulut yang goreng atas pulut ni semasa dihidangkan. Itulah tradisinya. Tapi saya tak suka sangat...lagipun malas nak goreng beras pulut ni...hehe.

Selamat mencuba.




Salam hormat,
RZH


Comments

Popular posts from this blog

Kenangan Zaman Permainan Kanak-kanak...

Dalam  hidup masing-masing, semua orang   mempunyai  kenangan  dan  momen  indah yang tersendiri semasa zaman kanak-kanak...ada yang menjadikan kenangan itu sebagai suatu nilai sentimental yang akan terpahat selamanya dalam lipatan kenangan. Saya juga tidak terkecuali. Kenangan permainan saya semasa kanak-kanak dulu memang terlalu istimewa dalam hidup saya...sentiasa segar dan mekar dalam bayangan fikiran sehinggakan terkadang menggamit rasa untuk kembali semula ke masa lampau...andai masa boleh diundur semula kan...saya ingin kembali mengulangi momen2 itu. Semasa zaman kanak2 saya memang sangat aktif bermain dan beraktiviti dengan kawan2...memang lasak betul la. Permainan kami geng kanak2 ni memang meriah betul ibarat satu pesta pula kemeriahannya. Zaman kanak2 dulu saya ni kiranya ketua geng la...haha..gengster pun ya juga (kira gengster baik la kalau dalam cerita hindustan dulu2..haha...sabar aje la) tukang plan itu ini dan confirmnya plan tu akan menjadi dgn me

Peranan Penyambut Tetamu Dalam Penganjuran Majlis Formal

    Penyambut tetamu ( usherette ) adalah orang yang memainkan peranan yang sangat penting dalam menyambut tetamu dan memastikan supaya tetamu dalam sesuatu majlis itu dapat diuruskan dengan baik dan lancar tanpa menimbulkan rasa tidak puas hati, rasa tersinggung dan rasa tidak selesa daripada tetamu yang dijemput. Sebelum pergi jauh lagi tentang peranan penyambut tetamu, mari kita sama-sama fahami dulu definisi 'Penyambut Tetamu'. Secara ringkasnya penyambut tetamu adalah orang yang dilantik dan diberikan tugas dan tanggungjawab untuk menyambut tetamu-tetamu yang dijemput dalam satu-satu majlis, menunjukkan arah dan mengiringi tetamu, serta memastikan keselesaan tetamu terjaga. Tugas menyambut tetamu ini kebiasaannya diletakkan di bawah satu Jawatankuasa yang terdiri daripada sebilangan peyambut tetamu yang mana jumlahnya bergantung kepada berapa ramai tetamu yang perlu diuruskan. Tetamu ini diklasifikasi kepada beberapa kategori, iaitu kategori kehormat dan

Peranan Pegawai Tadbir di Universiti Awam

Buat semua pembaca budiman,  Penulisan ini adalah sekadar pandangan dan pendapat peribadi saya berdasarkan pengalaman yang dilalui sebagai Pegawai Tadbir di Universiti Awam (UA). Walau bagaimanapun, ia mungkin berbeza mengikut pandangan masing-masing, juga mungkin berbeza mengikut governan UA masing-masing. Namun, sekurang-kurangnya penulisan ini dapat membantu untuk memberikan gambaran kepada pembaca dalam mengetahui secara umum mengenai peranan dan tanggungjawab seorang Pegawai Tadbir di UA. Pegawai Tadbir yang dibincangkan dalam penulisan ini adalah Pegawai Tadbir Universiti (PTU). PTU adalah Pegawai yang dikelaskan di bawah Skim Perkhidmatan Pengurusan dan Profesional (P&P). Gred jawatan bermula di Gred 41 dan ke atas. PTU adalah individu yang dilantik oleh pihak berkuasa Universiti untuk menguruskan pelbagai bentuk hal-ehwal pengurusan dan pentadbiran di Pusat Tanggungjawab (PTJ) di mana mereka ditempatkan. Daripada segi kelayakan akademik, PTU ini pe