Skip to main content

Sebuah Janji Penuh Keegoan...

Terimbau kembali...perbualan lebih 13 tahun yang lampau. Segalanya masih segar di ingatan.

Bicara tegang dengan seseorang tentang pemimpin dan politik negara. Daripada sembang2 santai membawa kepada ketegangan dek sikap ego dan pemikiran yang sangat taksub. 

Tiba2 masa tu den jadi naik angin sebab napok bersunggoh benar la gu lawe...merendahkan dan mempersendakan. Saya sekadar pertahankan hak kemanusiaan saja. Jangan lah kita berlebih- lebih sangat dalam membuat judgement. Kebetulan pula memang idola saya....

Sentiasa ingat dan tidak pernah lupa pun sebenarnya apa jua perbualan, dialog dsbnya yang berlaku, walaupun masa telah lama berlalu sebenarnya..cuma kadang2 buat2 lupa atas keperluan tertentu. Hakikatnya, semuanya masih jelas di fikiran.

Begitu sekali tahap tidak menyukai sehingga semuanya salah, semuanya tak betul, semuanya buruk, semuanya dipercayai termasuk fitnah. Sedangkan diketahui dosa fitnah itu terlalu besar. Punya lah tidak suka sampai begitu sekali ya. Agak-agak la kan.

Sehingga akhirnya ketegangan berakhir dengan satu ayat terpacul keluar dari mulut saya, saya cabar dia " kalau tak suka sangat, kalau buruk dan jahat sangat, jika suatu hari nanti dia menjadi PM, .. you letak jawatan"...

Amboihhh RZH..ayat dia...hilang pertimbangan sekejap..hanging tahap tak leh bawa bincang ni..hehe

Saya masih ingat itu kata-kata yang keluar dari mulut saya. Sebab terlalu geram dan sakit hati dengan cara pemikiran yang terlalu taksub dan tidak rasional...bahkan telah mempersendakan kredibiliti dan capability orang. Sedangkan masa tu sembang2 kosong dan santai2 mengisi masa sambil buat kerja aje..nape perlu bersunggoh sgt.

Cabaran dijawab dengan keegoan yang sangat tinggi..seolah-olahnya takkan mungkin dan jangan mimpi, be like "jangan haraplah"...punyalah yakin nya bahawa perkara itu tak mungkin berlaku. Siap respon kpd ayat den tu dengan penuh lagak dan penuh nada kesombongan..."okey"...respon dgn angkuh sekali...hadoiii menyirap saya masa tu. Egonya orang ni..bisik hati kecil saya...Allah la.

Jika fahaman saya, maksud "okey" pada masa itu tentulah membawa maksud akan letak jawatan la kan..atau den salah tafsir...haha masa tu hati saya memang menyirap!

Menyirap sebab ego gu lawe ni tingginya tahap dewa. Allah la.

Dan sekarang 2022 menjadi saksi dan memberi jawapan kepada ketegangan itu...ya, kini menjadi kenyataan....apa yang saya sebut itu telah menjadi kenyataan.... Kot ada yang rasa nak kotakan janji ke...tanya jer. 

Pengajarannya, next time fikir dulu sebelum bercakap..ego tu tak payah nak junjung sangat...rasional dan realistik sikit. Janganlah kerana ego kita tu sampai kita jadi bodoh sombong, sedangkan tak ada pun kan sampai nak letak jawatan...hanya omong kosong, ego dan untuk sedap cakap saja.

Memang la pemikiran, ideologi dan pandangan kita pada satu2 perkara tu akan berbeza, kita saling respect antara satu sama lain...tapi jangan lah sampai tahap percaya dan rasa taksub tu sampai menghilangkan rasa hormat, nilai, adab dan rasional. Biar lah cerdik sikit ore kelate kata, supaya kata2 kita tak memakan diri.

Sembang malam

RZH

Comments

Popular posts from this blog

Kenangan Zaman Permainan Kanak-kanak...

Dalam  hidup masing-masing, semua orang   mempunyai  kenangan  dan  momen  indah yang tersendiri semasa zaman kanak-kanak...ada yang menjadikan kenangan itu sebagai suatu nilai sentimental yang akan terpahat selamanya dalam lipatan kenangan. Saya juga tidak terkecuali. Kenangan permainan saya semasa kanak-kanak dulu memang terlalu istimewa dalam hidup saya...sentiasa segar dan mekar dalam bayangan fikiran sehinggakan terkadang menggamit rasa untuk kembali semula ke masa lampau...andai masa boleh diundur semula kan...saya ingin kembali mengulangi momen2 itu. Semasa zaman kanak2 saya memang sangat aktif bermain dan beraktiviti dengan kawan2...memang lasak betul la. Permainan kami geng kanak2 ni memang meriah betul ibarat satu pesta pula kemeriahannya. Zaman kanak2 dulu saya ni kiranya ketua geng la...haha..gengster pun ya juga (kira gengster baik la kalau dalam cerita hindustan dulu2..haha...sabar aje la) tukang plan itu ini dan confirmnya plan tu akan menjadi dgn me

Peranan Penyambut Tetamu Dalam Penganjuran Majlis Formal

    Penyambut tetamu ( usherette ) adalah orang yang memainkan peranan yang sangat penting dalam menyambut tetamu dan memastikan supaya tetamu dalam sesuatu majlis itu dapat diuruskan dengan baik dan lancar tanpa menimbulkan rasa tidak puas hati, rasa tersinggung dan rasa tidak selesa daripada tetamu yang dijemput. Sebelum pergi jauh lagi tentang peranan penyambut tetamu, mari kita sama-sama fahami dulu definisi 'Penyambut Tetamu'. Secara ringkasnya penyambut tetamu adalah orang yang dilantik dan diberikan tugas dan tanggungjawab untuk menyambut tetamu-tetamu yang dijemput dalam satu-satu majlis, menunjukkan arah dan mengiringi tetamu, serta memastikan keselesaan tetamu terjaga. Tugas menyambut tetamu ini kebiasaannya diletakkan di bawah satu Jawatankuasa yang terdiri daripada sebilangan peyambut tetamu yang mana jumlahnya bergantung kepada berapa ramai tetamu yang perlu diuruskan. Tetamu ini diklasifikasi kepada beberapa kategori, iaitu kategori kehormat dan

Peranan Pegawai Tadbir di Universiti Awam

Buat semua pembaca budiman,  Penulisan ini adalah sekadar pandangan dan pendapat peribadi saya berdasarkan pengalaman yang dilalui sebagai Pegawai Tadbir di Universiti Awam (UA). Walau bagaimanapun, ia mungkin berbeza mengikut pandangan masing-masing, juga mungkin berbeza mengikut governan UA masing-masing. Namun, sekurang-kurangnya penulisan ini dapat membantu untuk memberikan gambaran kepada pembaca dalam mengetahui secara umum mengenai peranan dan tanggungjawab seorang Pegawai Tadbir di UA. Pegawai Tadbir yang dibincangkan dalam penulisan ini adalah Pegawai Tadbir Universiti (PTU). PTU adalah Pegawai yang dikelaskan di bawah Skim Perkhidmatan Pengurusan dan Profesional (P&P). Gred jawatan bermula di Gred 41 dan ke atas. PTU adalah individu yang dilantik oleh pihak berkuasa Universiti untuk menguruskan pelbagai bentuk hal-ehwal pengurusan dan pentadbiran di Pusat Tanggungjawab (PTJ) di mana mereka ditempatkan. Daripada segi kelayakan akademik, PTU ini pe