Cepat masa berlalu. Hari ni kita dah masuk raya keempat. Sudah tiga hari menu harian raya daging ayam daging ayam...raya keempat ni dah tak lalu menu daripada ayam dan daging dah...sudah tak mahu daging mahupun ayam atau apa lauk sekalipun. Rasa nak makan telur goreng kicap dengan nasi panas aje.
Sampai dari kampung terus siapkan late lunch simple2 untuk keluarga. Minta anak sulung keluar belikan KFC untuk depa adik-beradik. Mama dan ayah dah tak lalu dah dengan menu ayam ni...
Masuk dapur masak nasi, panaskan sambal bilis frozen dan buat menu yang craving nak makan, iaitu telur goreng kicap. Bagi yang ingin menu kosong berkuah yang simple telur masak kicap ni memang menu yang paling sesuai.
Jom kita tgok bagaimana cara saya buat telur goreng kicap.
Step pertama - kupas satu biji bawang merah dan dua ulas bawang putih. Mayang saja. Potong halus satu biji lada hijau yg besar tu dan tiga tangkai cili api.
Step kedua - goreng sebiji sebiji telur tu. Jika suka yg separuh masak maka goreng separuh masak saja.
Step ketiga - tumiskan bawang yang dimayang tadi guna minyak sisa goreng telur. Bila dah garing, masukkan satu sudu besar cili giling dan sedikit sos cili. Tumis sekejap dan masukkan kicap manis. Masukkan lada sulah dan garam gula secukupnya. Jika ada kiub ayam tu boleh masukkan, jika tiada tak mengapa. Masukkan telur dan kacau serata dalam tiga empat minit dan siappppp..
Sedia untuk dihidangkan dan dinikmati seisi keluarga.
Selamat mencuba.
RZH
Comments
Post a Comment