Skip to main content

Bicara Lewat Petang Merungkai Pelbagai Cerita...

Bicara lewat petang dengan seorang sahabat. Banyak membuka hati dan minda.

Bicaranya tentang satu perangai manusia yang perlu dielakkan. Saya sekadar mendengar...tidak menambah tidak pula menyampuk. Dalam hati mengiakan. Sesekali mengukir senyum bermakna.

Katanya, dalam hidup ni jangan biarkan hati kita disakiti dan dipermainkan berulang2. Keluarkan diri dari radar yang penuh dengan kesakitan, kekecewaan, kesangsian dan penuh dengan rasa ketidakpercayaan. Saya mengangguk-angguk tanda setuju.

Katanya lagi, manusia yang sentiasa hidup dalam menipu tapi bersikap selamba saja macam tak buat salah adalah manusia yang tidak bermaruah dan tidak boleh dipercayai. Hidupnya penuh dengan drama2 indah yang mampu membujuk, meyakinkan orang dan mencairkan hati orang. Jauhkan diri daripada orang yang berperangai sebegini kerana penghujungnya akan menyakitkan dan memedihkan. Jangan buang masa kita berada dalam radar orang yang tidak jujur ni. Energy kita akan dicuri dan gelombang positif kita akan ditarik pergi pada setiap masa menjadikan hati kita secara berterusan merasai kepedihan. Penat jiwa dan mental kita nanti katanya.

Tambahnya lagi, manusia yang telah biasa dengan perangai tidak jujur ni akan terus tidak jujur sampai bila2. Jangan biarkan kita makan hati berterusan dengan membiarkan diri berada dalam radar orang sebegini. Keluarkan diri dan jangan biarkan diri terpalit sekali dengan rasa kecewa dan kesedihan yang berpanjangan dek perbuatan dia. Ingat bahawa rasa kecewa dan kesedihan yang berpanjangan akan melemahkan pemikiran, memenatkan badan dan menghilangkan mood ceria. Keluarkan diri dari belenggu ini.

Saya bersetuju 200 percent. Dalam konteks NLP, ianya tepat sekali. Trauma dan kekecewaan serta kesedihan berterusan dalam diri akan memudaratkan hati dan membawa kepada pelbagai penyakit. Justeru, memang kena tinggalkan radar itu, walau berat sekalipun melangkahlah keluar.

Pesanan terakhirnya, hindari diri dari manusia yang berhati kering..manusia berhati kering ni maksudnya, dia tak kisahpun hidup dalam ketidakjujuran. Bila tersepit atau terkantoi, dia boleh buat bodoh dan membatukan diri..tanyalah apapun memang tiada jawapan..memang menyakitkan hati. 

Yang penting pada dia, dia dapat apa yang dia nak. Hati orang lain di sekelilingnya yang sakit dan pedih dia tak akan ambil kisah.

Manusia yang baik tidak akan melakukan begini atas soal prinsip diri, nilai diri dan yang penting adalah tingkat kejujuran diri. Tapi manusia berhati kering ni dia main belasah dan tak kisahpun. Mengapa kita perlu berada dlm radar orang mcm ni. Jika sanggup untuk terus disakiti, tersiksa hati dan minda...okey la...jika saya, saya tak sanggup. Biar saya yang mengalah dan berlalu...kerana saya tahu, sakit itu sangat perit.

Saya termanggu seketika berfikir sejenak...berbisik dalam hati...tenat sungguh kehidupan orang macam gini. Saya yakin hati dia penuh dengan kecelaruan dan ketidaktenangan. Mungkin luaran nampak okey tapi di dalam berselirat dan bersimpul2...

Sekadar bicara lewat petang dengan sahabat lama. Saya suka mendengar apa jua perkongsian tentang manusia kerana suka mempelajari banyak karakter manusia. Saya senyum saja...

RZH





Comments

Popular posts from this blog

Kenangan Zaman Permainan Kanak-kanak...

Dalam  hidup masing-masing, semua orang   mempunyai  kenangan  dan  momen  indah yang tersendiri semasa zaman kanak-kanak...ada yang menjadikan kenangan itu sebagai suatu nilai sentimental yang akan terpahat selamanya dalam lipatan kenangan. Saya juga tidak terkecuali. Kenangan permainan saya semasa kanak-kanak dulu memang terlalu istimewa dalam hidup saya...sentiasa segar dan mekar dalam bayangan fikiran sehinggakan terkadang menggamit rasa untuk kembali semula ke masa lampau...andai masa boleh diundur semula kan...saya ingin kembali mengulangi momen2 itu. Semasa zaman kanak2 saya memang sangat aktif bermain dan beraktiviti dengan kawan2...memang lasak betul la. Permainan kami geng kanak2 ni memang meriah betul ibarat satu pesta pula kemeriahannya. Zaman kanak2 dulu saya ni kiranya ketua geng la...haha..gengster pun ya juga (kira gengster baik la kalau dalam cerita hindustan dulu2..haha...sabar aje la) tukang plan itu ini dan confirmnya plan tu akan menjadi dgn me

Peranan Penyambut Tetamu Dalam Penganjuran Majlis Formal

    Penyambut tetamu ( usherette ) adalah orang yang memainkan peranan yang sangat penting dalam menyambut tetamu dan memastikan supaya tetamu dalam sesuatu majlis itu dapat diuruskan dengan baik dan lancar tanpa menimbulkan rasa tidak puas hati, rasa tersinggung dan rasa tidak selesa daripada tetamu yang dijemput. Sebelum pergi jauh lagi tentang peranan penyambut tetamu, mari kita sama-sama fahami dulu definisi 'Penyambut Tetamu'. Secara ringkasnya penyambut tetamu adalah orang yang dilantik dan diberikan tugas dan tanggungjawab untuk menyambut tetamu-tetamu yang dijemput dalam satu-satu majlis, menunjukkan arah dan mengiringi tetamu, serta memastikan keselesaan tetamu terjaga. Tugas menyambut tetamu ini kebiasaannya diletakkan di bawah satu Jawatankuasa yang terdiri daripada sebilangan peyambut tetamu yang mana jumlahnya bergantung kepada berapa ramai tetamu yang perlu diuruskan. Tetamu ini diklasifikasi kepada beberapa kategori, iaitu kategori kehormat dan

Peranan Pegawai Tadbir di Universiti Awam

Buat semua pembaca budiman,  Penulisan ini adalah sekadar pandangan dan pendapat peribadi saya berdasarkan pengalaman yang dilalui sebagai Pegawai Tadbir di Universiti Awam (UA). Walau bagaimanapun, ia mungkin berbeza mengikut pandangan masing-masing, juga mungkin berbeza mengikut governan UA masing-masing. Namun, sekurang-kurangnya penulisan ini dapat membantu untuk memberikan gambaran kepada pembaca dalam mengetahui secara umum mengenai peranan dan tanggungjawab seorang Pegawai Tadbir di UA. Pegawai Tadbir yang dibincangkan dalam penulisan ini adalah Pegawai Tadbir Universiti (PTU). PTU adalah Pegawai yang dikelaskan di bawah Skim Perkhidmatan Pengurusan dan Profesional (P&P). Gred jawatan bermula di Gred 41 dan ke atas. PTU adalah individu yang dilantik oleh pihak berkuasa Universiti untuk menguruskan pelbagai bentuk hal-ehwal pengurusan dan pentadbiran di Pusat Tanggungjawab (PTJ) di mana mereka ditempatkan. Daripada segi kelayakan akademik, PTU ini pe