Skip to main content

Tarik Rasa Tenang Tolak Trauma dan Kecelaruan Diri

Satu pertiga malam itu adalah saat dan waktu yang sangat mendamaikan. Fikiran kita berada di tahap yang paling tenang pada saat ini.

Jika tersedar bangun lah...Allah kejutkan dengan hikmah Allah yang sangat besar tersembunyi. Bermunajat kepada Allah...minta kepada Allah rasa tenang yang berpanjangan kerana rasa tenang itu meningkatkan rasa bahagia yang merembeskan hormon yang positif.

Salah satu amalan yang sangat digalakkan bila kita berada di satu pertiga malam adalah mengerjakan solat tahajud. Jangan malas...katakan nak kepada diri...katakan kita nak istiqomah..insyaAllah, Allah beri jalan.

Dalam kedinginan pagi yang cukup tenang ini...saya juga dapat menghabiskan tiga bab bacaan buku yang tertangguh sebelum bercuti raya tempohari.

Buku ini adalah buku NLP yang bertajuk "Inovasi NLP Pelonjak Prestasi Diri". Banyak ilmu yang dpt diceduk drpd buku ini...membaca penulisan Hj Md. Taib Mat, Sifu NLP Nom 1 di Nusantara ni sangat menenangkan. Kupasan cerita demi cerita sangat menarik.

Bab 18 bertajuk "Ketenangan Timbul, Fobianya Lesap"

Bab 19 bertajuk "Ubah Jer Strategi Tu"

Bab 20 bertajuk "NLP dan Terapi Kesejahteraan Diri"

Ketiga2 Bab ini menceritakan bagaimana rasa trauma dan fobia dihilangkan dan rasa tenang dan bahagia diperoleh. Dengan teknik visualisasi, juga teknik kawalan pernafasan, client dibawa mengembara di alam separa sedar. Dipandu oleh coach yang berdaftar dengan Lembaga Kaunselor Malaysia. Bidang psikologi dan kaunseling bersepadu dengan teknik NLP. Penggunaan teori kaunseling dalam sesi yang dijalankan dengan strategi NLP, Model TOTE, cue akses mata.

Dalam NLP ada satu kaedah meresolusikan konflik dalaman diri yang dinamakan Visual Squash. Ianya adalah satu paten atau corak dalam NLP. Di permulaan sesi, teknik induksi digunakan. Kita perlu duduk dalam keadaan relaks dan tenang sambil menarik nafas dalam beberapa kali..kebiasaannya teknik kawalan pernafasan 4-7-8, iaitu tarik nafas dalam kiraan 4, tahan nafas di perut dalam kiraan 7 dan hembuskan nafas keluar dalam kiraan 8.

InsyaAllah dengan teknik yang betul, kita akan berada dalam keadaan relaks dan tenang dan kemudian minda bawah sedar kita akan mengambil peranan untuk "merawat emosi dan perasaan kita yang bercelaru".

Sama2 kita praktikkan teknik NLP dengan membuat visualisasi yang indah2 saja, lakukan teknik kawalan pernafasan. Lakukan sekurang2nya tiga kali sehari dan tambahkan dengan beristigfar kepada Allah dan bangun bertahajud secara istiqomah... InsyaAllah apa jua masalah kita Allah selesaikan.

Salam hormat,

RZH

Comments

Popular posts from this blog

Peranan Penyambut Tetamu Dalam Penganjuran Majlis Formal

    Penyambut tetamu ( usherette ) adalah orang yang memainkan peranan yang sangat penting dalam menyambut tetamu dan memastikan supaya tetamu dalam sesuatu majlis itu dapat diuruskan dengan baik dan lancar tanpa menimbulkan rasa tidak puas hati, rasa tersinggung dan rasa tidak selesa daripada tetamu yang dijemput. Sebelum pergi jauh lagi tentang peranan penyambut tetamu, mari kita sama-sama fahami dulu definisi 'Penyambut Tetamu'. Secara ringkasnya penyambut tetamu adalah orang yang dilantik dan diberikan tugas dan tanggungjawab untuk menyambut tetamu-tetamu yang dijemput dalam satu-satu majlis, menunjukkan arah dan mengiringi tetamu, serta memastikan keselesaan tetamu terjaga. Tugas menyambut tetamu ini kebiasaannya diletakkan di bawah satu Jawatankuasa yang terdiri daripada sebilangan peyambut tetamu yang mana jumlahnya bergantung kepada berapa ramai tetamu yang perlu diuruskan. Tetamu ini diklasifikasi kepada beberapa kategori, iaitu kategori kehormat dan...

Cara Goreng Ikan Masin Supaya lebih sedap...

Hokey...petang ni saya nak bercerita pasal menu 'berhantu' ini. Saya sebut sebagai 'berhantu' sebab menu ni mesti sentiasa akan 'mengusik' keinginan untuk makan lebih...menu ni memang akan membuka selera yang tertutup...menggoda untuk makan bertambah dan berulang-ulang...kejap nak makan kejap nak makan...aduhai itu la dia ikan masin goreng...atau ore kelate panggil ike kering goreng. Ikan masin ni salah satu daripada lauk kegemaran saya..hehehe saya suka tahap dewa..atau tahap ore kelate royak 'panggil tak dengar' ikan masin ni..tapi mesti kena dengan gaya masaknya..saya tak suka ikan masin tu masin sangat...saya suka rasa dia lemak-lemak masin sikit2 dan isinya lembut2 gebu gebas sikit....macam ikan ala jeruk tu sikit.. Untuk ikan masin ni sedap selepas digoreng, mesti ada cara masaknya yang tersendiri...dan saya pasti setiap orang ada gaya tersendiri menggoreng ikan masin, ada yang suka digoreng begitu saja, ada yang suka digoreng dengan dipoton...

Peranan Pegawai Tadbir di Universiti Awam

Buat semua pembaca budiman,  Penulisan ini adalah sekadar pandangan dan pendapat peribadi saya berdasarkan pengalaman yang dilalui sebagai Pegawai Tadbir di Universiti Awam (UA). Walau bagaimanapun, ia mungkin berbeza mengikut pandangan masing-masing, juga mungkin berbeza mengikut governan UA masing-masing. Namun, sekurang-kurangnya penulisan ini dapat membantu untuk memberikan gambaran kepada pembaca dalam mengetahui secara umum mengenai peranan dan tanggungjawab seorang Pegawai Tadbir di UA. Pegawai Tadbir yang dibincangkan dalam penulisan ini adalah Pegawai Tadbir Universiti (PTU). PTU adalah Pegawai yang dikelaskan di bawah Skim Perkhidmatan Pengurusan dan Profesional (P&P). Gred jawatan bermula di Gred 41 dan ke atas. PTU adalah individu yang dilantik oleh pihak berkuasa Universiti untuk menguruskan pelbagai bentuk hal-ehwal pengurusan dan pentadbiran di Pusat Tanggungjawab (PTJ) di mana mereka ditempatkan. Daripada segi kelayakan akademik, PTU in...