Skip to main content

Brownies simple sedap sangat...

Hujung minggu ni ada ruang untuk membaking. Makanya brownies in the houseeee...

Dah lama tak buat brownies. Maka hari ni buat la brownies ni kebetulan ada waktu terluang cket. Kebetulannya esok satu hari nak berkampung di dectar..jadi boleh lah buat breakfast awal pagi untuk team.

Sudah lama tidak membaking..kalut mcm2. Hari ni kita baking. Brownies simple simple saja. Mengapa simple..sebab tak ada topping. Malas nak buat topping, makanya kosong aje la.

Jom kita tgok bagaimana anggerikdesa buat brownies simple sukatan cawan.

Bahan2:

Tiga cawan coklat dark compound.. yg bentuk syiling tu.

Telur 5 biji

Setengah cawan susu cair

Dua cawan gula perang

Setengah sudu kecil garam

Dua cawan setengah gandum

Satu setengah buku butter

Serbuk koko 6 sudu besar

Setengah sudu besar serbuk nescafe


Cara2:

1. Masakkan secara double boil coklat dan butter sehingga cair. Butter potong2 kecil supaya mudah cair. Masukkan nescafe dan kacau sehingga serata. Tutup api dan biarkan sejuk..suam2 cket okey.

2. Dalam bekas lain, masukkan gula dan telur dan sedikit esen vanila. Kacau guna wisk atau spatula dalam tiga empat minit, tak perlu lama sekadar bercampur rata saja. 

3. Coklat yang telah sejuk atau suam2 tadi boleh masukkan dalam bekas adunan gula dan telur tadi. Masukkan sedikit demi sedikit serbuk koko dan gandum. Serbuk koko perlu diayak dulu kerana ia agak berketul. kacau serata. Masukkan susu cair dan garam, kacau supaya bercampur serata.

4. Masukkan adunan dlm loyang. Alas loyang dengan kertas atau parchment paper. Bakar dengan suhu 160 C selamat 50 ke 60 minit. Panaskan dulu oven dalam 10 minit ya. Adunan saya ni untuk bekas empat persegi yg agak besar..saya dah lupa pulak saiznya...tu yg kena bakar lebih kurang sejam. Jika saiz loyang 10 inci tu dalam 40 minit saja.

Selamat mencuba. Memang sedap sangat!





RZH.

Comments

Popular posts from this blog

Kenangan Zaman Permainan Kanak-kanak...

Dalam  hidup masing-masing, semua orang   mempunyai  kenangan  dan  momen  indah yang tersendiri semasa zaman kanak-kanak...ada yang menjadikan kenangan itu sebagai suatu nilai sentimental yang akan terpahat selamanya dalam lipatan kenangan. Saya juga tidak terkecuali. Kenangan permainan saya semasa kanak-kanak dulu memang terlalu istimewa dalam hidup saya...sentiasa segar dan mekar dalam bayangan fikiran sehinggakan terkadang menggamit rasa untuk kembali semula ke masa lampau...andai masa boleh diundur semula kan...saya ingin kembali mengulangi momen2 itu. Semasa zaman kanak2 saya memang sangat aktif bermain dan beraktiviti dengan kawan2...memang lasak betul la. Permainan kami geng kanak2 ni memang meriah betul ibarat satu pesta pula kemeriahannya. Zaman kanak2 dulu saya ni kiranya ketua geng la...haha..gengster pun ya juga (kira gengster baik la kalau dalam cerita hindustan dulu2..haha...sabar aje la) tukang plan itu ini dan confirmnya plan tu akan menjadi dgn me

Peranan Penyambut Tetamu Dalam Penganjuran Majlis Formal

    Penyambut tetamu ( usherette ) adalah orang yang memainkan peranan yang sangat penting dalam menyambut tetamu dan memastikan supaya tetamu dalam sesuatu majlis itu dapat diuruskan dengan baik dan lancar tanpa menimbulkan rasa tidak puas hati, rasa tersinggung dan rasa tidak selesa daripada tetamu yang dijemput. Sebelum pergi jauh lagi tentang peranan penyambut tetamu, mari kita sama-sama fahami dulu definisi 'Penyambut Tetamu'. Secara ringkasnya penyambut tetamu adalah orang yang dilantik dan diberikan tugas dan tanggungjawab untuk menyambut tetamu-tetamu yang dijemput dalam satu-satu majlis, menunjukkan arah dan mengiringi tetamu, serta memastikan keselesaan tetamu terjaga. Tugas menyambut tetamu ini kebiasaannya diletakkan di bawah satu Jawatankuasa yang terdiri daripada sebilangan peyambut tetamu yang mana jumlahnya bergantung kepada berapa ramai tetamu yang perlu diuruskan. Tetamu ini diklasifikasi kepada beberapa kategori, iaitu kategori kehormat dan

Peranan Pegawai Tadbir di Universiti Awam

Buat semua pembaca budiman,  Penulisan ini adalah sekadar pandangan dan pendapat peribadi saya berdasarkan pengalaman yang dilalui sebagai Pegawai Tadbir di Universiti Awam (UA). Walau bagaimanapun, ia mungkin berbeza mengikut pandangan masing-masing, juga mungkin berbeza mengikut governan UA masing-masing. Namun, sekurang-kurangnya penulisan ini dapat membantu untuk memberikan gambaran kepada pembaca dalam mengetahui secara umum mengenai peranan dan tanggungjawab seorang Pegawai Tadbir di UA. Pegawai Tadbir yang dibincangkan dalam penulisan ini adalah Pegawai Tadbir Universiti (PTU). PTU adalah Pegawai yang dikelaskan di bawah Skim Perkhidmatan Pengurusan dan Profesional (P&P). Gred jawatan bermula di Gred 41 dan ke atas. PTU adalah individu yang dilantik oleh pihak berkuasa Universiti untuk menguruskan pelbagai bentuk hal-ehwal pengurusan dan pentadbiran di Pusat Tanggungjawab (PTJ) di mana mereka ditempatkan. Daripada segi kelayakan akademik, PTU ini pe