Skip to main content

Kunci Kawalan Hati & Minda...

Lama pula rasanya tidak sempat singgah di blog. Entri terakhir adalah pada 28 Ogos. Hari ni memasuki 3 September. Sudah seminggu rupanya tidak sempat menulis due macam2 hal. Allahu..MasyaAllah "banyaknya hal dunia" sehingga waktu begitu membatasi.

Aduhai statement pun "Banyaknya hal dunia" seakan membayangkan kesibukan sangatlah dengan "kerja-kerja dunia kan"...bukan begitu sebenarnya. Tidak ada apa yang sibuknya pun, masih melalui rutin yang biasa saja, berkebetulan dalam seminggu ni banyak pulak deadline yang "meminta-minta". Aduhai parah juga rasanya menyelesaikan satu persatu. Sudah pasti mental dan fizikal penat, justeru di sebelah malam memilih untuk berehat saja dulu sesambil mengumpul kembali tenaga yang hilang. Alhamdulillah, slow and steady diselesaikan.

Di saat macam-macam menerpa di minda ni, kawalan hati dan kawalan minda sangat penting untuk memastikan keseimbangan emosi dan fikiran. Kedua-dua ni sangat penting untuk memastikan diri kekal cool and steady. Akal atau minda yang lemah boleh membawa banyak kemudaratan kepada diri kita, antaranya terjadi gangguan perasaan, hadir rasa kerisauan dan kebimbangan, rasa tekanan, rasa marah, rasa tidak senang, tidak happy dan sebagainya lagi yang tidak baik kepada diri. Justeru itu, minda perlu sentiasa kuat. Minda manusia ni terbahagi kepada dua, iaitu minda sedar dan minda separa sedar. Apa yang perlu kita kuatkan adalah minda separa sedar kerana 95% daripada perasaan kita dikawal oleh minda separa sedar.

Sesambil melayan kerja-kerja "ber deadline" ni, macam-macam pula drama dan sandiwara menjengah di mata dan di minda. Politik negara pun kita tak mampu nak hadam, politik organisasi juga sama naik. Aduhai penat pula rasa nak difikir benda-benda yang menyinggah ni dan tak pasal-pasal pula mencuri tenaga dan semangat diri. 

Ada bijak pandai mengatakan, untuk kita kekal dalam momentum yang baik maka jangan sekali-kali kita memberikan ruang untuk emosi kita "dicuri" atau dicalar. Bagaimana nak jaga supaya emosi tidak "dicuri" sedangkan pada setiap detik rutin hidup ini, kita perlu berhadapan dengan pelbagai perkara, pelbagai karenah dan pelbagai situasi. Mana mungkin mampu dielakkan...

kita sebenarnya  mampu untuk mengelakkan "emosi dicuri". Dengan kawalan hati dan kawalan minda, insyaAllah emosi tidak sempat dibawa lari jauh...sempat dimasukkan semula ke tempatnya...

Bagaimana mengawal hati?

Hati boleh kita kawal dengan pelbagai cara, antaranya adalah:

1. Apa juga tindakbalas kepada emosi kita - Tanya dulu pada hati apa benefitnya melayan emosi yang tercalar. Jika jawapannya merugikan diri, maka jangan kita tunduk pada emosi itu. Buat sesuatu agar hati boleh mengawal emosi yang sedang membuak. Jika hati berjaya dikawal, maka insyaAllah emosi mampu ditundukkan dan ia tidak mendominasi diri dan kita tidak berada dalam kerugian.

2. Makin terasa emosi terluka, makin lah kembali kepada Pencipta. Saat emosi tercalar-balar seluruh pergantungan perlu difokuskan kepada Yang Satu sahaja. Tiada siapapun yang mampu merubah keadaan kecuali Allah. "Berbicara" la dengan Sang Pencipta. Pasti emosi terawat dan hati kembali kuat. 

3. Hati akan terus kuat jika pemiliknya sentiasa redha, berlapang dada, melepaskan rasa ego, menyuburkan sifat mengalah, meletakkan kesalahan pada diri sendiri dan bukan orang lain, menginsafi kekurangan diri, memohon kemaafan atas apa jua dan memaafkan. Dan akhirnya berusaha untuk terus menambahbaik diri.

4. Banyak mengingati mati juga adalah salah satu cara untuk kita mengawal hati. Ingat bahawa mati  itu pasti. Kita ingin dijemput dalam keadaan Husnul Khotimah. Lafaz ini kita tidak boleh skip dalam setiap doa. Jika diikut urutan dalam berdoa, ianya bermula dengan Memuji Allah dan Rasul, Memohon dimasukkan ke syurga dan dijauhkan dari neraka, meminta Husnul Khotimah (dijemput dalam keadaan baik) dan Istiqomah, Memohon diampuni dosa kita dan orang tua, Memohon diringankan masalah, dijauhkan daripada fitnah dan diberikan hidayah.

Bagaimana pula kita nak mengawal minda?

Kawalan minda boleh dilakukan dengan:

1. Memberikan terapi kepada minda separa sedar. Dalam kajian sains dan psikologi, waktu sekitar pukul 3 ke 4 pagi adalah tempoh masa yang aman dan tenang. Badan dan minda kita pada waktu ini berada pada gelombang alpha (gelombang tenang). Pada waktu ini bangunlah bertahajud dan berdoa kepada Allah. InsyaAllah minda kita kuat.

2. Juga terdapat waktu tenang yang lain, iaitu waktu Dhuha, ketika membaca Al-Quran dan semasa berzikir. Makanya, istiqomah lah dengan membaca Quran, menunaikan solat Dhuha dan berzikir selalu.

3. Jangan "over thinking"

4. Fikir yang baik-baik saja.

5. Elak perkara yang boleh mengganggu pemikiran kita. Kenali kelemahan dan potensi diri kita.

6. Banyak mengikuti majlis ilmu yang memberikan nilai tambah pada diri. Melalui majlis ilmu ini kita boleh menambahkan ilmu, mendapat motivasi dan semangat baharu, dan mengetahui apa yang kita tidak tahu.

Sekadar penulisan lewat malam. Semoga bermanfaat untuk kita semua.

Salam Hormat,
RZH



Comments

Popular posts from this blog

Kenangan Zaman Permainan Kanak-kanak...

Dalam  hidup masing-masing, semua orang   mempunyai  kenangan  dan  momen  indah yang tersendiri semasa zaman kanak-kanak...ada yang menjadikan kenangan itu sebagai suatu nilai sentimental yang akan terpahat selamanya dalam lipatan kenangan. Saya juga tidak terkecuali. Kenangan permainan saya semasa kanak-kanak dulu memang terlalu istimewa dalam hidup saya...sentiasa segar dan mekar dalam bayangan fikiran sehinggakan terkadang menggamit rasa untuk kembali semula ke masa lampau...andai masa boleh diundur semula kan...saya ingin kembali mengulangi momen2 itu. Semasa zaman kanak2 saya memang sangat aktif bermain dan beraktiviti dengan kawan2...memang lasak betul la. Permainan kami geng kanak2 ni memang meriah betul ibarat satu pesta pula kemeriahannya. Zaman kanak2 dulu saya ni kiranya ketua geng la...haha..gengster pun ya juga (kira gengster baik la kalau dalam cerita hindustan dulu2..haha...sabar aje la) tukang plan itu ini dan confirmnya plan tu akan menjadi dgn me

Peranan Penyambut Tetamu Dalam Penganjuran Majlis Formal

    Penyambut tetamu ( usherette ) adalah orang yang memainkan peranan yang sangat penting dalam menyambut tetamu dan memastikan supaya tetamu dalam sesuatu majlis itu dapat diuruskan dengan baik dan lancar tanpa menimbulkan rasa tidak puas hati, rasa tersinggung dan rasa tidak selesa daripada tetamu yang dijemput. Sebelum pergi jauh lagi tentang peranan penyambut tetamu, mari kita sama-sama fahami dulu definisi 'Penyambut Tetamu'. Secara ringkasnya penyambut tetamu adalah orang yang dilantik dan diberikan tugas dan tanggungjawab untuk menyambut tetamu-tetamu yang dijemput dalam satu-satu majlis, menunjukkan arah dan mengiringi tetamu, serta memastikan keselesaan tetamu terjaga. Tugas menyambut tetamu ini kebiasaannya diletakkan di bawah satu Jawatankuasa yang terdiri daripada sebilangan peyambut tetamu yang mana jumlahnya bergantung kepada berapa ramai tetamu yang perlu diuruskan. Tetamu ini diklasifikasi kepada beberapa kategori, iaitu kategori kehormat dan

Peranan Pegawai Tadbir di Universiti Awam

Buat semua pembaca budiman,  Penulisan ini adalah sekadar pandangan dan pendapat peribadi saya berdasarkan pengalaman yang dilalui sebagai Pegawai Tadbir di Universiti Awam (UA). Walau bagaimanapun, ia mungkin berbeza mengikut pandangan masing-masing, juga mungkin berbeza mengikut governan UA masing-masing. Namun, sekurang-kurangnya penulisan ini dapat membantu untuk memberikan gambaran kepada pembaca dalam mengetahui secara umum mengenai peranan dan tanggungjawab seorang Pegawai Tadbir di UA. Pegawai Tadbir yang dibincangkan dalam penulisan ini adalah Pegawai Tadbir Universiti (PTU). PTU adalah Pegawai yang dikelaskan di bawah Skim Perkhidmatan Pengurusan dan Profesional (P&P). Gred jawatan bermula di Gred 41 dan ke atas. PTU adalah individu yang dilantik oleh pihak berkuasa Universiti untuk menguruskan pelbagai bentuk hal-ehwal pengurusan dan pentadbiran di Pusat Tanggungjawab (PTJ) di mana mereka ditempatkan. Daripada segi kelayakan akademik, PTU ini pe