Skip to main content

Bahaya Media Sosial (MedSos)

Perkembangan teknologi membawa kita kepada tahap kemodenan komunikasi yang berstatus smart dan pantas. Segala capaian maklumat di hujung jari dan tanpa sempadan.

Secara positifnya perkembangan teknologi ini sangat bagus bagi mereka yang bijak dan tahu menguruskan MedSos masing2 untuk tujuan yang baik. 

Namun begitu MedSos ini juga mempunyai keburukannya bagi mereka yang tidak bijak menguruskannya.

Ada setengah orang berpandangan, tak perlu guna MedSos ini jika kita tidak mampu mengawal diri dalam membuat update status mahupun memberikan komen kepada status orang, juga membuat perkongsian berita2 yang tidak pasti kesahihannya semata-mata untuk mengejar populariti, meraih perhatian dan likes serta komen daripada orang. Risau takut kita terjerumus tanpa sedar kepada kemungkaran.

Semua kita maklum bahawa apa jua perilaku dan lisan kita menggambarkan keperibadian kita. Justeru, apa jua bentuk status yang kita kongsikan di MedSos akan memberikan refleks semula kepada keperibadian kita. Apa yang kita tulis menggambarkan pemikiran dan sikap kita.

Setengah orang memilih untuk tidak berkongsi di MedSos bagi mengelakkan beberapa perkara seperti berikut:

1. Sukar untuk mengawal keinginan untuk berkongsi apa jua sehinggakan semua perkara dalam kehidupan nak dikongsikan di MedSos dan ianya menjadi habit yang tidak terbendung. Tanpa sedar dek seronok mendambakan likes dan komen juga pujian yang diterima menjadikan kita terlupa batasan2 dalam membuat perkongsian sehinggakan habis semua perkara dalam hidup kita nak ditayang dan dicanang di MedSos, drpd kejayaan diri, anak, dan seluruh keluarga, tentang percutian, tentang buat ibadah, baca Quran, pergi masjid, tentang kerja dsbnya lagi. Persoalannya adalah, untuk apakah sebenarnya semua ini ingin ditayangkan?

2. Khuatir perkongsian yang dibuat boleh mengundang pelbagai spekulasi dan persepsi orang yang membawa kepada misleading dan misscommunication. Sudah pasti ada yang baik dan ada yang tidak baik yang boleh membawa kepada konflik tertentu yang akhirnya membawa kepada ketidakselesaan kepada diri sendiri, stress, kerenggangan silaturahim dan sebagainya lagi.

3. Menghindari sifat ujub atau bangga diri yang hadir secara diam dan tidak sengaja. Hadir menyusup secara halus sehinggakan kita tidak perasan bahawa sifat ini sudah menguasai diri menjadikan kita makin gila dan makin seronok untuk mendapat perhatian dan komen di MedSos.

4. Mengelakkan dosa2 kecil yang tidak disedari yang hadir secara tidak nyata tetapi mengundang pemikiran atau tanggapan yang tidak baik kita kepada orang lain apabila kita membaca posting orang atau tanggapan orang lain kepada kita apabila mereka membaca posting kita.

Sebagai hamba Allah yang mengaku beriman dengan Allah dan sentiasa berjanji untuk melakukan kebaikan di jalan yang Allah redhai, semua orang berusaha untuk menjadi yang terbaik. Mungkin kita bukan seorang yang baik, tapi kita berusaha untuk menjadi baik. Makanya, mulakan lah dengan perkara2 mudah terlebih dahulu, iaitu menghentikan desakan nafsu dan keseronokan melayan MedSos ni. Perkara ini penting bagi mengelakkan kita terjerumus dan tenggelam dalam keseronokan tanpa batasan, mengekalkan rasa tawaduk kita, juga menjaga maruah dan reputasi diri. Paling penting adalah soal diri kita di sisi Allah.

Sesetengah orang suka sangat berkongsi di MedSos segala bentuk perbuatan yang dilakukan sehinggakan ianya sudah menjadi habit atau ketagihan untuk semuanya nak diceritakan di MedSos tanpa menyedari kesan daripada perkongsian itu. 

Ada juga sesetengah orang suka berkongsi kejayaan dan kecemerlangan diri. Tidak pasti sebenarnya apa tujuan perkongsian itu. Mungkin dengan niat baik, hanya suka2 dan sebagai motivasi kepada orang lain. Niat itu sudah sangat baik, tapi sejauhmanakah kita dpt pastikan niat dalam diri kita itu tidak terpesong. Risau terbabas dari landasan bila rasa seronok hadir bila komen2 tahniah dan berbentuk pujian diterima sehingga menjadikan kita lupa dan lalai dan semakin merasakan diri kita hebat..Nauzubillahiminzaliq.

Justeru itu, bagi mereka yang tidak mampu mengawal diri dan mudah terlalai dek nafsu dan "rasa galak" dengan MedSos ini, mungkin elok untuk cuba menghindari diri daripada menggunakan MedSos atau membuat posting. Mungkin menjadi silent reader adalah lebih baik dengan kebijaksanaan menyaring info yang ada dlm MedSos.

Sebenarnya MedSos ini sangat bagus untuk kita mendapat info dan berita dengan syarat kita bijak menggunakannya. Jika kita adalah pengguna yang tidak mampu mengawal diri dan tidak bijaksana dalam menguruskan MedSos, adalah lebih baik untuk kita "mengundur diri" secara baik dan meletakkan noktah kepadanya.

Sekadar perkongsian peribadi. Semoga bermanfaat.

RZH


Comments

Popular posts from this blog

Kenangan Zaman Permainan Kanak-kanak...

Dalam  hidup masing-masing, semua orang   mempunyai  kenangan  dan  momen  indah yang tersendiri semasa zaman kanak-kanak...ada yang menjadikan kenangan itu sebagai suatu nilai sentimental yang akan terpahat selamanya dalam lipatan kenangan. Saya juga tidak terkecuali. Kenangan permainan saya semasa kanak-kanak dulu memang terlalu istimewa dalam hidup saya...sentiasa segar dan mekar dalam bayangan fikiran sehinggakan terkadang menggamit rasa untuk kembali semula ke masa lampau...andai masa boleh diundur semula kan...saya ingin kembali mengulangi momen2 itu. Semasa zaman kanak2 saya memang sangat aktif bermain dan beraktiviti dengan kawan2...memang lasak betul la. Permainan kami geng kanak2 ni memang meriah betul ibarat satu pesta pula kemeriahannya. Zaman kanak2 dulu saya ni kiranya ketua geng la...haha..gengster pun ya juga (kira gengster baik la kalau dalam cerita hindustan dulu2..haha...sabar aje la) tukang plan itu ini dan confirmnya plan tu akan menjadi dgn me

Peranan Penyambut Tetamu Dalam Penganjuran Majlis Formal

    Penyambut tetamu ( usherette ) adalah orang yang memainkan peranan yang sangat penting dalam menyambut tetamu dan memastikan supaya tetamu dalam sesuatu majlis itu dapat diuruskan dengan baik dan lancar tanpa menimbulkan rasa tidak puas hati, rasa tersinggung dan rasa tidak selesa daripada tetamu yang dijemput. Sebelum pergi jauh lagi tentang peranan penyambut tetamu, mari kita sama-sama fahami dulu definisi 'Penyambut Tetamu'. Secara ringkasnya penyambut tetamu adalah orang yang dilantik dan diberikan tugas dan tanggungjawab untuk menyambut tetamu-tetamu yang dijemput dalam satu-satu majlis, menunjukkan arah dan mengiringi tetamu, serta memastikan keselesaan tetamu terjaga. Tugas menyambut tetamu ini kebiasaannya diletakkan di bawah satu Jawatankuasa yang terdiri daripada sebilangan peyambut tetamu yang mana jumlahnya bergantung kepada berapa ramai tetamu yang perlu diuruskan. Tetamu ini diklasifikasi kepada beberapa kategori, iaitu kategori kehormat dan

Peranan Pegawai Tadbir di Universiti Awam

Buat semua pembaca budiman,  Penulisan ini adalah sekadar pandangan dan pendapat peribadi saya berdasarkan pengalaman yang dilalui sebagai Pegawai Tadbir di Universiti Awam (UA). Walau bagaimanapun, ia mungkin berbeza mengikut pandangan masing-masing, juga mungkin berbeza mengikut governan UA masing-masing. Namun, sekurang-kurangnya penulisan ini dapat membantu untuk memberikan gambaran kepada pembaca dalam mengetahui secara umum mengenai peranan dan tanggungjawab seorang Pegawai Tadbir di UA. Pegawai Tadbir yang dibincangkan dalam penulisan ini adalah Pegawai Tadbir Universiti (PTU). PTU adalah Pegawai yang dikelaskan di bawah Skim Perkhidmatan Pengurusan dan Profesional (P&P). Gred jawatan bermula di Gred 41 dan ke atas. PTU adalah individu yang dilantik oleh pihak berkuasa Universiti untuk menguruskan pelbagai bentuk hal-ehwal pengurusan dan pentadbiran di Pusat Tanggungjawab (PTJ) di mana mereka ditempatkan. Daripada segi kelayakan akademik, PTU ini pe