Skip to main content

11 tanda Orang Berbahagia...

Dalam hidup ini, semua orang ingin bahagia. Jika ditanya tiada seorangpun yang memilih untuk tidak bahagia. Bahagia itu adalah suatu rasa yang menjadikan kita rasa tenang dan damai tanpa sebarang tekanan kepada sesuatu yang berbentuk unfinish business, trauma masa lalu, kelukaan dan kedukaan. 

Siapa tak mahu bahagia kan...tapi kena tanya diri dulu, apakah yang kita lakukan untuk capai kebahagiaan? Adakah begitu2 saja, just go with the flow dan dalam masa yang sama sikap dan pemikiran kita tidak berubah. Jika begini yang kita pilih, bahagia takkan kita temui.

Sekadar berkongsi kata-kata Al-marhum Ustaz Dato' Ismail Kamus yang menyatakan ada 11 tanda orang berbahagia:

1. Kurang bercakap melainkan yang perlu
2. Sentiasa merendah diri (Tawadduk)
3. Berkasih sayang sesama makhluk
4. Bersahabat dengan orang soleh
5. Menjauhi daripada yang haram
6. Berguna kepada masyarakat
7. Tidak rakus dengan dunia
8. Memelihara solat lima waktu
9. Sentiasa mengingati mati
10. Pemurah dan baik hati
11. Sibuk dengan ibadah

Bahagia itu perlu diurus. Bahagia itu datang daripada sikap dan pemikiran kita sendiri. Kerana itu, uruslah sikap dan pemikiran kita dengan keimanan dan kebijaksanaan.

Sikap yang baik akan menjadikan hati kita baik. Pemikiran yang baik juga akan menjadikan hati kita baik. Kita perlu faham konsep diri kita, iaitu apa jua yang hadir dalam pemikiran atau minda kita akan pergi ke jantung dan hati kita. Jika baik apa yang difikirkan maka apa yang hadir dalam  jantung dan hati juga baik. Daripada jantung dan hati akan membuahkan emosi dan perasaan...emosi dan perasaan kita akan tenang dan damai kerana apa yang hadir itu adalah daripada pemikiran yang baik. Maka emosi dan perasaan kita akan menterjemahkan rasa itu sebagai rasa BAHAGIA.

Justeru, mari sama-sama kita mempraktikkan dua perkara yang sangat penting ini, iaitu fikir yang baik-baik dan buat yang baik-baik sahaja supaya apa yang hadir dalam jantung dan hati kita adalah yang elok-elok dan indah jua. Audit diri dengan 11 perkara yang dikatakan oleh al-marhum Dato Ismail Kamus dan sentiasa berusaha untuk menambahbaik diri di mana lopong-lopong yang masih ada. InsyaAllah dengan niat yang betul dan keikhlasan yang tinggi, kita mampu mencapainya. Amiin YRA

Salam Hormat,
RZH

Comments

Popular posts from this blog

Cara Goreng Ikan Masin Supaya lebih sedap...

Hokey...petang ni saya nak bercerita pasal menu 'berhantu' ini. Saya sebut sebagai 'berhantu' sebab menu ni mesti sentiasa akan 'mengusik' keinginan untuk makan lebih...menu ni memang akan membuka selera yang tertutup...menggoda untuk makan bertambah dan berulang-ulang...kejap nak makan kejap nak makan...aduhai itu la dia ikan masin goreng...atau ore kelate panggil ike kering goreng. Ikan masin ni salah satu daripada lauk kegemaran saya..hehehe saya suka tahap dewa..atau tahap ore kelate royak 'panggil tak dengar' ikan masin ni..tapi mesti kena dengan gaya masaknya..saya tak suka ikan masin tu masin sangat...saya suka rasa dia lemak-lemak masin sikit2 dan isinya lembut2 gebu gebas sikit....macam ikan ala jeruk tu sikit.. Untuk ikan masin ni sedap selepas digoreng, mesti ada cara masaknya yang tersendiri...dan saya pasti setiap orang ada gaya tersendiri menggoreng ikan masin, ada yang suka digoreng begitu saja, ada yang suka digoreng dengan dipoton...

Peranan Penyambut Tetamu Dalam Penganjuran Majlis Formal

    Penyambut tetamu ( usherette ) adalah orang yang memainkan peranan yang sangat penting dalam menyambut tetamu dan memastikan supaya tetamu dalam sesuatu majlis itu dapat diuruskan dengan baik dan lancar tanpa menimbulkan rasa tidak puas hati, rasa tersinggung dan rasa tidak selesa daripada tetamu yang dijemput. Sebelum pergi jauh lagi tentang peranan penyambut tetamu, mari kita sama-sama fahami dulu definisi 'Penyambut Tetamu'. Secara ringkasnya penyambut tetamu adalah orang yang dilantik dan diberikan tugas dan tanggungjawab untuk menyambut tetamu-tetamu yang dijemput dalam satu-satu majlis, menunjukkan arah dan mengiringi tetamu, serta memastikan keselesaan tetamu terjaga. Tugas menyambut tetamu ini kebiasaannya diletakkan di bawah satu Jawatankuasa yang terdiri daripada sebilangan peyambut tetamu yang mana jumlahnya bergantung kepada berapa ramai tetamu yang perlu diuruskan. Tetamu ini diklasifikasi kepada beberapa kategori, iaitu kategori kehormat dan...

Peranan Pegawai Tadbir di Universiti Awam

Buat semua pembaca budiman,  Penulisan ini adalah sekadar pandangan dan pendapat peribadi saya berdasarkan pengalaman yang dilalui sebagai Pegawai Tadbir di Universiti Awam (UA). Walau bagaimanapun, ia mungkin berbeza mengikut pandangan masing-masing, juga mungkin berbeza mengikut governan UA masing-masing. Namun, sekurang-kurangnya penulisan ini dapat membantu untuk memberikan gambaran kepada pembaca dalam mengetahui secara umum mengenai peranan dan tanggungjawab seorang Pegawai Tadbir di UA. Pegawai Tadbir yang dibincangkan dalam penulisan ini adalah Pegawai Tadbir Universiti (PTU). PTU adalah Pegawai yang dikelaskan di bawah Skim Perkhidmatan Pengurusan dan Profesional (P&P). Gred jawatan bermula di Gred 41 dan ke atas. PTU adalah individu yang dilantik oleh pihak berkuasa Universiti untuk menguruskan pelbagai bentuk hal-ehwal pengurusan dan pentadbiran di Pusat Tanggungjawab (PTJ) di mana mereka ditempatkan. Daripada segi kelayakan akademik, PTU in...