Skip to main content

Mindset...

Bila berhadapan dengan sesuatu yang sangat berat untuk kita lalui, contohnya soal kesihatan dan kesakitan, maka hati akan rasa cukup perit, trauma dan diri akan rasa tidak mampu untuk menghadapi. Pada saat begini air mata menjadi terlalu murah.

Bila situasi ini berlaku bisik pada diri:

1. Bahawa Allah sayang kita. Kerana itulah kita yang Allah pilih untuk diuji.

2. Jangan menyalahkan takdir. Takdir itu mahal nilainya apabila kita redha.

3. Ada lagi ujian orang lain yang lebih berat. Maka panjatkan rasa syukur.

4. Ujian datang secara pakej. Ada sesuatu yang sangat baik yang Allah sedang sediakan untuk kita. 

5. Audit diri kita dan hubungan kita dengan Allah. Pertingkatkan dan perkemaskan lagi mana yang belum kemas. Allah hint ada perkara lagi yang belum kemas. Cari dan muhasabah diri lagi.

6. Allah ingin ingatkan kita bahawa masa makin hampir untuk kita pulang kepada-Nya. Hidup lah sebagai hamba Allah yang sentiasa menginsafi diri dan sentiasa bersedia.

7. Jangan mengalah kepada keadaan. Jangan tunduk kepada rasa sakit yang kita sedang lalui itu. Kawal minda dan kuatkan semangat. Dalam fikiran fikirkan dan set kan "kita tidak sakit dan kita sihat". Tipsnya perlu sentiasa senyum, ceria dan bahagia. InsyaAllah.

Begitulah kehidupan...sesambil menulis teringat satu tulisan yang pernah saya terbaca:

"If you have been hurt many times and you still know how to smile. Trust me, you are strong".

Sekadar perkongsian,
RZH
11 Mac 2021


Comments

Popular posts from this blog

Kenangan Zaman Permainan Kanak-kanak...

Dalam  hidup masing-masing, semua orang   mempunyai  kenangan  dan  momen  indah yang tersendiri semasa zaman kanak-kanak...ada yang menjadikan kenangan itu sebagai suatu nilai sentimental yang akan terpahat selamanya dalam lipatan kenangan. Saya juga tidak terkecuali. Kenangan permainan saya semasa kanak-kanak dulu memang terlalu istimewa dalam hidup saya...sentiasa segar dan mekar dalam bayangan fikiran sehinggakan terkadang menggamit rasa untuk kembali semula ke masa lampau...andai masa boleh diundur semula kan...saya ingin kembali mengulangi momen2 itu. Semasa zaman kanak2 saya memang sangat aktif bermain dan beraktiviti dengan kawan2...memang lasak betul la. Permainan kami geng kanak2 ni memang meriah betul ibarat satu pesta pula kemeriahannya. Zaman kanak2 dulu saya ni kiranya ketua geng la...haha..gengster pun ya juga (kira gengster baik la kalau dalam cerita hindustan dulu2..haha...sabar aje la) tukang plan itu ini dan confirmnya plan tu akan menjadi dgn me

Peranan Penyambut Tetamu Dalam Penganjuran Majlis Formal

    Penyambut tetamu ( usherette ) adalah orang yang memainkan peranan yang sangat penting dalam menyambut tetamu dan memastikan supaya tetamu dalam sesuatu majlis itu dapat diuruskan dengan baik dan lancar tanpa menimbulkan rasa tidak puas hati, rasa tersinggung dan rasa tidak selesa daripada tetamu yang dijemput. Sebelum pergi jauh lagi tentang peranan penyambut tetamu, mari kita sama-sama fahami dulu definisi 'Penyambut Tetamu'. Secara ringkasnya penyambut tetamu adalah orang yang dilantik dan diberikan tugas dan tanggungjawab untuk menyambut tetamu-tetamu yang dijemput dalam satu-satu majlis, menunjukkan arah dan mengiringi tetamu, serta memastikan keselesaan tetamu terjaga. Tugas menyambut tetamu ini kebiasaannya diletakkan di bawah satu Jawatankuasa yang terdiri daripada sebilangan peyambut tetamu yang mana jumlahnya bergantung kepada berapa ramai tetamu yang perlu diuruskan. Tetamu ini diklasifikasi kepada beberapa kategori, iaitu kategori kehormat dan

Peranan Pegawai Tadbir di Universiti Awam

Buat semua pembaca budiman,  Penulisan ini adalah sekadar pandangan dan pendapat peribadi saya berdasarkan pengalaman yang dilalui sebagai Pegawai Tadbir di Universiti Awam (UA). Walau bagaimanapun, ia mungkin berbeza mengikut pandangan masing-masing, juga mungkin berbeza mengikut governan UA masing-masing. Namun, sekurang-kurangnya penulisan ini dapat membantu untuk memberikan gambaran kepada pembaca dalam mengetahui secara umum mengenai peranan dan tanggungjawab seorang Pegawai Tadbir di UA. Pegawai Tadbir yang dibincangkan dalam penulisan ini adalah Pegawai Tadbir Universiti (PTU). PTU adalah Pegawai yang dikelaskan di bawah Skim Perkhidmatan Pengurusan dan Profesional (P&P). Gred jawatan bermula di Gred 41 dan ke atas. PTU adalah individu yang dilantik oleh pihak berkuasa Universiti untuk menguruskan pelbagai bentuk hal-ehwal pengurusan dan pentadbiran di Pusat Tanggungjawab (PTJ) di mana mereka ditempatkan. Daripada segi kelayakan akademik, PTU ini pe