Skip to main content

Gaya, Pembawakan dan Suara Dalam Public Speaking...

Dalam dunia public speaking ni tips yang paling kena ingat dan diamalkan adalah kita perlu menjadi diri kita.

Menjadi diri kita tu maksudnya apa jua yang kita pamerkan adalah diri kita yang sebenar dan kita tidak cuba meniru gaya dan perlakuan yang tidak suit dengan diri kita. Analoginya umpama kita pakai baju la. Jangan pakai baju orang lain untuk suit kan dengan diri kita. Takkan mungkin boleh suit. Mungkin baju tu tak ngam dengan kita, longgar, ketat, singkat, labuh, suram dan sebagainya lagi yang serba serbi di situ sini nampak tak kena.

Jadinya, pakailah baju kita sendiri. Cacat cela terhadap baju itu atleast baju itu baju kita dan kita boleh alter situ sini untuk kelihatan lebih cantik dan lebih menarik. Daripada guna baju orang yang sudah pasti kita tak boleh alter untuk suit kan dengan diri kita. 

Dapat sesuatu?

Maksudnya begini, dalam public speaking, semua perkara yang kita pertontonkan dan perdengarkan mestilah originality kita sendiri. Apa yang kita pertontonkan adalah gaya, penampilan, dan pembawakan. Manakala apa yang kita perdengarkan adalah suara.

Gaya, penampilan dan pembawakan kita perlulah daripada sifat diri kita sendiri. Kita ni orang yang bagaimana, maka itulah yang kita bawa. Contohnya,  jika kita bukan jenis orang suka bergurau, maka jangan wujudkan ruang bergurau yang berlebihan sebab risau nanti kita tak dapat handle sebarang kemungkinan yang akan muncul dan kita nanti kelihatan agak awkward.

Jika kita tidak membawa originality kita, dan suka meniru-niru gaya orang lain yang bukan cara kita, sudah pasti kita sendiri merasa tidak selesa, kekok dan kita menjadi uncertainty...sedangkan pada waktu itu kita adalah seorang speaker yang sedang menjadi tumpuan atau fokus daripada semua audien. 

Kita perlu ingat, kalau diri kita kelihatannya tidak selesa dengan diri sendiri, makanya bagaimana mungkin kita nak memberikan keselesaan kepada audien. Melihat kita yang sedang tidak selesa tu akan membuatkan audien pun rasa rimas dan sudah pasti situasi ini memberikan halangan kepada komunikasi yang akan berlaku.

Tentang suara dan nada suara pula, keduanya ini adalah  aset utama untuk kita berbicara. Jangan sengaja2 meletakkan "perasa" berlebihan kepada suara dan nada suara kita sebab pasti nanti nampak macam kita tidak natural dan ini akan mendatangkan rasa jengkel daripada audien. Suara yang keluar daripada kerongkong kita perlulah suara normal kita dalam pertuturan dan perbualan harian kita. Nada suara pula perlu mengikut situasi dan emosi yang sedang kita gambarkan dan cuba highlight kan. Ini yang dikatakan keberkesanan dalam komunikasi kita. 

Jika kita tidak pandai bermain dengan intonasi suara, makanya kita akan gagal dalam menarik perhatian dan menakluki hati audien untuk mendengar apa yang kita perkatakan.

Kembali kepada pembawakan pula, seorang speaker perlulah membawa dirinya sendiri. Mengapa perlu membawa perwatakan sendiri? Kerana daripada situ nanti kita seseorang speaker akan mengekalkan tahap keyakinan dan lancar dalam pengucapan, juga cekap dan bijak dalam mengendalikan ragam audien yang pelbagai. Speaker juga perlu menunjukkan tahap profesional yang tinggi bagi menghindari respon negatif daripada audien, contohnya audien mempamerkan air muka yang bosan dan meluat dengan speaker. Kalau audien mula memberikan reaksi negatif makanya apa yang dikongsikan tidak mungkin dapat menarik perhatian mereka, sebaliknya mereka akan mengalihkan perhatian kepada perkara lain dan public speaking kita gagal.

Justeru, semasa memberikan ucapan atau bercakap di khalayak ramai, berikan perhatian kita kepada gaya, penampilan, pembawakan, suara dan nada suara sebagaimana yang dinyatakan ini kerana perkara2 ini adalah tonggak kepada kejayaan kita dalam pengucapan awam.

Sekadar perkongsian jua.

Salam Hormat,
RZH
10 Mac 2021



Comments

Popular posts from this blog

Kenangan Zaman Permainan Kanak-kanak...

Dalam  hidup masing-masing, semua orang   mempunyai  kenangan  dan  momen  indah yang tersendiri semasa zaman kanak-kanak...ada yang menjadikan kenangan itu sebagai suatu nilai sentimental yang akan terpahat selamanya dalam lipatan kenangan. Saya juga tidak terkecuali. Kenangan permainan saya semasa kanak-kanak dulu memang terlalu istimewa dalam hidup saya...sentiasa segar dan mekar dalam bayangan fikiran sehinggakan terkadang menggamit rasa untuk kembali semula ke masa lampau...andai masa boleh diundur semula kan...saya ingin kembali mengulangi momen2 itu. Semasa zaman kanak2 saya memang sangat aktif bermain dan beraktiviti dengan kawan2...memang lasak betul la. Permainan kami geng kanak2 ni memang meriah betul ibarat satu pesta pula kemeriahannya. Zaman kanak2 dulu saya ni kiranya ketua geng la...haha..gengster pun ya juga (kira gengster baik la kalau dalam cerita hindustan dulu2..haha...sabar aje la) tukang plan itu ini dan confirmnya plan tu akan menjadi dgn me

Peranan Penyambut Tetamu Dalam Penganjuran Majlis Formal

    Penyambut tetamu ( usherette ) adalah orang yang memainkan peranan yang sangat penting dalam menyambut tetamu dan memastikan supaya tetamu dalam sesuatu majlis itu dapat diuruskan dengan baik dan lancar tanpa menimbulkan rasa tidak puas hati, rasa tersinggung dan rasa tidak selesa daripada tetamu yang dijemput. Sebelum pergi jauh lagi tentang peranan penyambut tetamu, mari kita sama-sama fahami dulu definisi 'Penyambut Tetamu'. Secara ringkasnya penyambut tetamu adalah orang yang dilantik dan diberikan tugas dan tanggungjawab untuk menyambut tetamu-tetamu yang dijemput dalam satu-satu majlis, menunjukkan arah dan mengiringi tetamu, serta memastikan keselesaan tetamu terjaga. Tugas menyambut tetamu ini kebiasaannya diletakkan di bawah satu Jawatankuasa yang terdiri daripada sebilangan peyambut tetamu yang mana jumlahnya bergantung kepada berapa ramai tetamu yang perlu diuruskan. Tetamu ini diklasifikasi kepada beberapa kategori, iaitu kategori kehormat dan

Peranan Pegawai Tadbir di Universiti Awam

Buat semua pembaca budiman,  Penulisan ini adalah sekadar pandangan dan pendapat peribadi saya berdasarkan pengalaman yang dilalui sebagai Pegawai Tadbir di Universiti Awam (UA). Walau bagaimanapun, ia mungkin berbeza mengikut pandangan masing-masing, juga mungkin berbeza mengikut governan UA masing-masing. Namun, sekurang-kurangnya penulisan ini dapat membantu untuk memberikan gambaran kepada pembaca dalam mengetahui secara umum mengenai peranan dan tanggungjawab seorang Pegawai Tadbir di UA. Pegawai Tadbir yang dibincangkan dalam penulisan ini adalah Pegawai Tadbir Universiti (PTU). PTU adalah Pegawai yang dikelaskan di bawah Skim Perkhidmatan Pengurusan dan Profesional (P&P). Gred jawatan bermula di Gred 41 dan ke atas. PTU adalah individu yang dilantik oleh pihak berkuasa Universiti untuk menguruskan pelbagai bentuk hal-ehwal pengurusan dan pentadbiran di Pusat Tanggungjawab (PTJ) di mana mereka ditempatkan. Daripada segi kelayakan akademik, PTU ini pe