Skip to main content

Kek Pisang Sangat lembut dan Moist...

Kek pisang ni pada saya sejenis kuih yang dalam kategori legend. Mengapa legend? Sebabnya bahan utamanya adalah pisang. Pisang ni kan buah tempatan yang menjadi pilihan orang2 tua kita dulu untuk direkacipta menjadi pelbagai jenis kuih. Dulu2 kalau di kampung, pisang ni memang wajib ditanam di kawasan rumah, sama ada dimakan mentah atau dibuat kuih...itu yang jadinya kuih daripada pisang ini menjadi legend buat kita sebab ia akan menggamit kenangan kita kepada orang2 tua kita di kampung. 

Tiga empat hari lepas saya teringat nak makan kek pisang versi sendiri. Bila versi sendiri ni kita boleh buat ikut taste kita. Saya suka kek pisang yang jenis lemak2 sikit rasanya dan moist tahap tak boleh bincang. Kebetulan ada pisang berangan. Maka on la.

Usai saja kerja2 ofis, intai jam hampir pukul 10.00 malam. Hmmm, tanpa fikirkan malam dah lewat terus capai lima biji pisang atas meja makan dan bawa ke dapur. Kupas kulit dan dilenyek2 hancur dan diketepikan dulu. Saja diketepikan dulu untuk bagi pisang yang dilenyek ni jadi macam lebam kegelapan. Bila pisang ni lebam lagi cantik kek pisang kita nanti.

Orait sebelum membebel lebih panjang lagi, jom kita tgok bahan2 dan cara membuatnya.

Bahan2:

1. Pisang 5 biji yang saiz sejengkal dilenyek dan diketepikan.
2. Telur 4 biji
3. Tepung gandum 300 gm (lebihkan satu dua sudu masih okey)
4. Susu cair setengah cawan (fungsi untuk jadikan kek lebih moist dan rasa lebih sedap)
5. Butter 250gm (satu buku)
6. Gula perang satu cawan
7. Susu manis 3 sudu besar
8. Esen pisang dua tiga titik (jangan banyak sebab baunya sangat kuat)
9. Chocolate rice setengah cawan
10. Secubit garam
11. Baking powder satu sudu kecil (tidak perlu sekiranya guna Tepung naik sendiri)
12. Soda bikarbonat setengah sudu kecil (bahan ini wajib untuk kek pisang, jangan skip. Cumanya jangan letak banyak nanti kek jadi pahit pula)
13. Satu sudu besar Ovalette (Kalau tiada boleh skip)

Cara membuatnya:
1. Lenyekkan pisang sampai hancur dan ketepikan.
2. Pukul butter dan gula perang sehingga putih dan gebu (dalam 10-15 minit)
3. Masukkan ovalette dan susu pekat manis. Putar sekejap untuk sebatikan. Esen pisang boleh masuk sekali.
4. Masukkan telur satu persatu. putar dalam tempoh seminit sebelum memasukkan telur berikutnya hingga selesai.
5. Masukkan gandum sedikit demi sedikit diselangseli dengan susu cair. Gandum perlu diayak dulu ya.
6. Masukkan chocolate rice dan kaup balik adunan sehingga bercampur serata.
7. Masukkan adunan dalam loyang yang telah disapu sedikit butter dan dialas dengan kertas atau parchment paper, Hentakkan sekali dua bekas adunan untuk mengeluarkan angin yang terperangkap dalam adunan.
8. Bakar adunan, api atas bawah dengan suhu 160 celcius selama satu jam. Suhu bergantung kepada oven masing-masing.

Selamat mencuba...kek pisang ni memang sangat sedap. Sangat lembut dan moist! Saya ni memang penggemar tegar kuih-muih yang dibuat daripada pisang, makanya tak terkatalah nikmat kesedapannya bila dapat menikmati juadah daripada pisang. 





Salam Hormat'
RZH
6 Mac 2021




Comments

Popular posts from this blog

Kenangan Zaman Permainan Kanak-kanak...

Dalam  hidup masing-masing, semua orang   mempunyai  kenangan  dan  momen  indah yang tersendiri semasa zaman kanak-kanak...ada yang menjadikan kenangan itu sebagai suatu nilai sentimental yang akan terpahat selamanya dalam lipatan kenangan. Saya juga tidak terkecuali. Kenangan permainan saya semasa kanak-kanak dulu memang terlalu istimewa dalam hidup saya...sentiasa segar dan mekar dalam bayangan fikiran sehinggakan terkadang menggamit rasa untuk kembali semula ke masa lampau...andai masa boleh diundur semula kan...saya ingin kembali mengulangi momen2 itu. Semasa zaman kanak2 saya memang sangat aktif bermain dan beraktiviti dengan kawan2...memang lasak betul la. Permainan kami geng kanak2 ni memang meriah betul ibarat satu pesta pula kemeriahannya. Zaman kanak2 dulu saya ni kiranya ketua geng la...haha..gengster pun ya juga (kira gengster baik la kalau dalam cerita hindustan dulu2..haha...sabar aje la) tukang plan itu ini dan confirmnya plan tu akan menjadi dgn me

Peranan Penyambut Tetamu Dalam Penganjuran Majlis Formal

    Penyambut tetamu ( usherette ) adalah orang yang memainkan peranan yang sangat penting dalam menyambut tetamu dan memastikan supaya tetamu dalam sesuatu majlis itu dapat diuruskan dengan baik dan lancar tanpa menimbulkan rasa tidak puas hati, rasa tersinggung dan rasa tidak selesa daripada tetamu yang dijemput. Sebelum pergi jauh lagi tentang peranan penyambut tetamu, mari kita sama-sama fahami dulu definisi 'Penyambut Tetamu'. Secara ringkasnya penyambut tetamu adalah orang yang dilantik dan diberikan tugas dan tanggungjawab untuk menyambut tetamu-tetamu yang dijemput dalam satu-satu majlis, menunjukkan arah dan mengiringi tetamu, serta memastikan keselesaan tetamu terjaga. Tugas menyambut tetamu ini kebiasaannya diletakkan di bawah satu Jawatankuasa yang terdiri daripada sebilangan peyambut tetamu yang mana jumlahnya bergantung kepada berapa ramai tetamu yang perlu diuruskan. Tetamu ini diklasifikasi kepada beberapa kategori, iaitu kategori kehormat dan

Peranan Pegawai Tadbir di Universiti Awam

Buat semua pembaca budiman,  Penulisan ini adalah sekadar pandangan dan pendapat peribadi saya berdasarkan pengalaman yang dilalui sebagai Pegawai Tadbir di Universiti Awam (UA). Walau bagaimanapun, ia mungkin berbeza mengikut pandangan masing-masing, juga mungkin berbeza mengikut governan UA masing-masing. Namun, sekurang-kurangnya penulisan ini dapat membantu untuk memberikan gambaran kepada pembaca dalam mengetahui secara umum mengenai peranan dan tanggungjawab seorang Pegawai Tadbir di UA. Pegawai Tadbir yang dibincangkan dalam penulisan ini adalah Pegawai Tadbir Universiti (PTU). PTU adalah Pegawai yang dikelaskan di bawah Skim Perkhidmatan Pengurusan dan Profesional (P&P). Gred jawatan bermula di Gred 41 dan ke atas. PTU adalah individu yang dilantik oleh pihak berkuasa Universiti untuk menguruskan pelbagai bentuk hal-ehwal pengurusan dan pentadbiran di Pusat Tanggungjawab (PTJ) di mana mereka ditempatkan. Daripada segi kelayakan akademik, PTU ini pe