Skip to main content

Salam 1 Rejab Bersama Kembang Teratai..

13 Februari 2021  I  1 Rejab 1442H

Pagi ni, seorang sahabat yang sangat dekat di hati, sahabat dunia akhirat mengirimkan gambar bunga teratai ini di awal pagi. Cantik sangat. Sesambil dia beriadah katanya, ternampak bunga ini dan dikirimnya pada saya. 

Sahabat ini memang cukup tahu apa kesukaan saya..melihat pemandangan alam yang indah, bunga berkembangan di tasik, bayu laut dan pantai, sudah pasti ingatannya akan pergi kepada saya. Katanya setiap kali unsur-unsur alam yang begitu datang di penglihatannya, maka secara automatik saya yang akan hadir di kotak fikirannya. Makanya dia pasti akan snap gambar dan hantar pada saya. Termasuklah cerita pagi ni, tiba2 masuk gambar bunga teratai ni dengan caption "Good morning"...Ya, pada saya keindahan unsur alam sebegini memang sangat menenang dan mendamaikan..terapi diri yang cukup baik!

Bercerita tentang bunga Teratai ni. Sempat la tanya Pakcik Google satni. Teratai ni jenis habitatnya tumbuh di air yang tenang. Banyak nama panggilannya. Kalau nama sains nya adalah "Genus Nymphaea", juga ada yang panggil "water lily", dan ada juga yang panggil "Lotus". Tapi kita panggil Bunga Teratai la kan. Ada tajuk lagu "Teratai layu di tasik madu" tu kan mengambill nama teratai sebagai tajuk lagunya. Tapi teratai kiriman sahabat saya ni bukan layu di tasik madu...teratai ni akan sentiasa segar di tasik dengan bunganya yang akan sentiasa berkembangan.

Kembali kepada tajuk di atas "Salam 1 Rejab". Kita kini telah masuk ke bulan Rejab..tinggal 60 hari lagi untuk bertemu Ramadan dengan melalui Syaaban di antaranya.

"Ya Allah, 
Berkatilah kami pada bulan Rejab dan Syaaban 
dan sampaikanlah kepada kami ke bulan Ramadan. 
Aamin."

Alhamdulillah, kita masih Allah panjangkan umur sehingga masih sempat bertemu bulan Rejab ini dan insyaAllah dapat bertemu dengan Ramadan nanti.

Teringat masa zaman kanak-kanak dulu, orang-orang tua kita di kampung memang sentiasa meraikan kedatangan bulan Rejab. Amalan-amalan baik terus ditingkatkan mengambil peluang dalam bulan Rejab yang sangat mulia ini di samping amalan-amalan yang sama juga dilakukan pada bulan-bulan yang lain.

Rejab adalah antara empat bulan yang dihormati dan dimuliakan dalam Islam. Tiga yang lain itu adalah Zulkaedah, Zulhijah, dan Muharam. Namun demikian, janganlah kita salah sangka seakan bulan-bulan yang lain itu tidak bermakna. semua dua belas bulan yang Allah jadikan adalah baik, cuma untuk keempat-empat bulan yang ini ada sejarahnya dan keistimewaannya tersendiri yang menjadikan Allah menyebutnya sebagai bulan-bulan haram, di mana pada zaman kenabian dulu, dalam bulan-bulan ini diharam untuk berlakunya peperangan. Dalam empat bulan ini digalakkan untuk menumpukan kepada amal ibadah dalam ketenangan dan kedamaian. 

"Allah memerintahkan agar kita tidak menzalimi diri dan sesama manusia dalam bulan-bulan haram. Umpamanya, peperangan dan apa sahaja perbuatan yang menyakiti manusia adalah diharamkan."

Rejab membawa maksud keagungan. kita digalakkan banyak berpuasa, beristigfar, bersedekah, dan melakukan amalan2 baik dalam bulan Rejab ini. Namun, bukan bermaksud pada bulan-bulan lain kita tidak melakukan amalan-amalan baik ini. Banyak hadis-hadis palsu yang muncul berkaitan amalan-amalan di bulan Rejab ini, semoga kita semua berhati-hati. Sama-sama kita berdoa agar amalan kita yang ikhlas secara istiqomah dan dilakukan hanya kerana Allah mendapat rahmat dan redha daripada Allah Azzawajalla. Aamin.


Salam Hormat
RZH
13 Februari 2021



Comments

Popular posts from this blog

Kenangan Zaman Permainan Kanak-kanak...

Dalam  hidup masing-masing, semua orang   mempunyai  kenangan  dan  momen  indah yang tersendiri semasa zaman kanak-kanak...ada yang menjadikan kenangan itu sebagai suatu nilai sentimental yang akan terpahat selamanya dalam lipatan kenangan. Saya juga tidak terkecuali. Kenangan permainan saya semasa kanak-kanak dulu memang terlalu istimewa dalam hidup saya...sentiasa segar dan mekar dalam bayangan fikiran sehinggakan terkadang menggamit rasa untuk kembali semula ke masa lampau...andai masa boleh diundur semula kan...saya ingin kembali mengulangi momen2 itu. Semasa zaman kanak2 saya memang sangat aktif bermain dan beraktiviti dengan kawan2...memang lasak betul la. Permainan kami geng kanak2 ni memang meriah betul ibarat satu pesta pula kemeriahannya. Zaman kanak2 dulu saya ni kiranya ketua geng la...haha..gengster pun ya juga (kira gengster baik la kalau dalam cerita hindustan dulu2..haha...sabar aje la) tukang plan itu ini dan confirmnya plan tu akan menjadi dgn me

Peranan Penyambut Tetamu Dalam Penganjuran Majlis Formal

    Penyambut tetamu ( usherette ) adalah orang yang memainkan peranan yang sangat penting dalam menyambut tetamu dan memastikan supaya tetamu dalam sesuatu majlis itu dapat diuruskan dengan baik dan lancar tanpa menimbulkan rasa tidak puas hati, rasa tersinggung dan rasa tidak selesa daripada tetamu yang dijemput. Sebelum pergi jauh lagi tentang peranan penyambut tetamu, mari kita sama-sama fahami dulu definisi 'Penyambut Tetamu'. Secara ringkasnya penyambut tetamu adalah orang yang dilantik dan diberikan tugas dan tanggungjawab untuk menyambut tetamu-tetamu yang dijemput dalam satu-satu majlis, menunjukkan arah dan mengiringi tetamu, serta memastikan keselesaan tetamu terjaga. Tugas menyambut tetamu ini kebiasaannya diletakkan di bawah satu Jawatankuasa yang terdiri daripada sebilangan peyambut tetamu yang mana jumlahnya bergantung kepada berapa ramai tetamu yang perlu diuruskan. Tetamu ini diklasifikasi kepada beberapa kategori, iaitu kategori kehormat dan

Peranan Pegawai Tadbir di Universiti Awam

Buat semua pembaca budiman,  Penulisan ini adalah sekadar pandangan dan pendapat peribadi saya berdasarkan pengalaman yang dilalui sebagai Pegawai Tadbir di Universiti Awam (UA). Walau bagaimanapun, ia mungkin berbeza mengikut pandangan masing-masing, juga mungkin berbeza mengikut governan UA masing-masing. Namun, sekurang-kurangnya penulisan ini dapat membantu untuk memberikan gambaran kepada pembaca dalam mengetahui secara umum mengenai peranan dan tanggungjawab seorang Pegawai Tadbir di UA. Pegawai Tadbir yang dibincangkan dalam penulisan ini adalah Pegawai Tadbir Universiti (PTU). PTU adalah Pegawai yang dikelaskan di bawah Skim Perkhidmatan Pengurusan dan Profesional (P&P). Gred jawatan bermula di Gred 41 dan ke atas. PTU adalah individu yang dilantik oleh pihak berkuasa Universiti untuk menguruskan pelbagai bentuk hal-ehwal pengurusan dan pentadbiran di Pusat Tanggungjawab (PTJ) di mana mereka ditempatkan. Daripada segi kelayakan akademik, PTU ini pe