Skip to main content

Hati & Minda Perlu kuat...

Hidup ini akan terus ke depan dan tidak mengundur. Masa akan terus bergerak ke depan dan tidak juga mengundur. Justeru, Pemikiran kita juga perlu terus bergerak ke depan dan dinamik seiring dengan waktu yang berputar.

Setiap detik yang masih bersisa ini jangan kita mudah mengaku kalah. Hati perlu kuat! Setiap apa yang Allah uji itu pasti ada hikmah yang tersembunyi. Pegang di situ!

Jangan kita biarkan rasa down dalam diri kita menguasai dan menjadi peneraju kepada diri kerana kelak rasa down itu akan memberi kesan kepada emosi kita. Kawal minda kita, agar emosi sentiasa sihat walaupun diri kita tidak sihat. Emosi sihat akan menjadi ubat yang paling mujarab untuk apa jua sakit kita.

Jika diuji dengan kesakitan, bersabar dan redha dengan apa yang Allah takdirkan. Cari penawar dan ubat kepada kesakitan yang dilalui. Berdamailah dengan sakit itu dalam erti kata "kita berbaik" lah dengannya.

Bagaimana mencari kekuatan di sebalik kesakitan:

1. Sentiasa ingat apa jua penyakit yang datang, ia adalah dengan izin Allah. Pasti ada hikmah Allah yang tersembunyi. Allah akan meningkatkan darjat seseorang itu di sisi-Nya dengan setiap ujian yang diberikan.

2. Kawal minda kita dengan baik. Jika rasa tidak kuat, tingkatkan lagi istigfar. Sambil beristigfar sebutlah di dalam hati agar Allah ampunkan dosa kita dan mohon lah agar Allah tidak menjadikan dosa kita sebagai penghalang untuk hadirnya kesembuhan.

3. Ingat sentiasa, Allah memilih kita untuk diberikan pengalaman melalui rasa sakit kerana Allah sayangkan kita dan ingin kita semakin dekat dengan-Nya. Allah ingin kita terus mengingati Dia dan bergantung harap hanya kepada-Nya saja.

4. Jangan sesekali menyesali dan menyalahkan takdir, putus asa, putus harapan. Jangan biarkan diri kita terus menjadi lemah atas penyakit yang dideritai. Jangan!

5. Bisikkan selalu kepada diri kita, bahawa kita kuat. Minda kita perlu kita set kan bahawa kita "sihat".  Jangan fikir perkara yang tidak baik sebaliknya fikir yang baik2 saja. Teori NLP menyatakan, diri kita akan mengikut apa yang kita fikirkan. Makanya fikir yang baik-baik saja. InsyaAllah kita kuat.

6. Senyum dan happy selalu. Kegembiraan dan keceriaan akan memberikan tenaga luar biasa untuk kita terus bermotivasi untuk meneruskan tanggungjawab sama ada dlm kerjaya ataupun kehidupan peribadi.

Jadi, terus kuat dan tabah. Set minda kita bahawa semuanya dalam kawalan Allah. Tidak akan ada sesuatupun dalam dunia Ini berlaku tanpa pengetahuan Allah. Bersabar dan tingkatkan keimanan dan ketakwaan dan jangan putus harap. Saat rasa down, perbanyakkan lagi zikir dan membaca Quran..InsyaAllah jiwa kita tenang dan kita dapat meneruskan rutin kehidupan seperti biasa.

Sekadar penulisan jua,
RZH

Comments

Popular posts from this blog

Kenangan Zaman Permainan Kanak-kanak...

Dalam  hidup masing-masing, semua orang   mempunyai  kenangan  dan  momen  indah yang tersendiri semasa zaman kanak-kanak...ada yang menjadikan kenangan itu sebagai suatu nilai sentimental yang akan terpahat selamanya dalam lipatan kenangan. Saya juga tidak terkecuali. Kenangan permainan saya semasa kanak-kanak dulu memang terlalu istimewa dalam hidup saya...sentiasa segar dan mekar dalam bayangan fikiran sehinggakan terkadang menggamit rasa untuk kembali semula ke masa lampau...andai masa boleh diundur semula kan...saya ingin kembali mengulangi momen2 itu. Semasa zaman kanak2 saya memang sangat aktif bermain dan beraktiviti dengan kawan2...memang lasak betul la. Permainan kami geng kanak2 ni memang meriah betul ibarat satu pesta pula kemeriahannya. Zaman kanak2 dulu saya ni kiranya ketua geng la...haha..gengster pun ya juga (kira gengster baik la kalau dalam cerita hindustan dulu2..haha...sabar aje la) tukang plan itu ini dan confirmnya plan tu akan menjadi dgn me

Peranan Penyambut Tetamu Dalam Penganjuran Majlis Formal

    Penyambut tetamu ( usherette ) adalah orang yang memainkan peranan yang sangat penting dalam menyambut tetamu dan memastikan supaya tetamu dalam sesuatu majlis itu dapat diuruskan dengan baik dan lancar tanpa menimbulkan rasa tidak puas hati, rasa tersinggung dan rasa tidak selesa daripada tetamu yang dijemput. Sebelum pergi jauh lagi tentang peranan penyambut tetamu, mari kita sama-sama fahami dulu definisi 'Penyambut Tetamu'. Secara ringkasnya penyambut tetamu adalah orang yang dilantik dan diberikan tugas dan tanggungjawab untuk menyambut tetamu-tetamu yang dijemput dalam satu-satu majlis, menunjukkan arah dan mengiringi tetamu, serta memastikan keselesaan tetamu terjaga. Tugas menyambut tetamu ini kebiasaannya diletakkan di bawah satu Jawatankuasa yang terdiri daripada sebilangan peyambut tetamu yang mana jumlahnya bergantung kepada berapa ramai tetamu yang perlu diuruskan. Tetamu ini diklasifikasi kepada beberapa kategori, iaitu kategori kehormat dan

Peranan Pegawai Tadbir di Universiti Awam

Buat semua pembaca budiman,  Penulisan ini adalah sekadar pandangan dan pendapat peribadi saya berdasarkan pengalaman yang dilalui sebagai Pegawai Tadbir di Universiti Awam (UA). Walau bagaimanapun, ia mungkin berbeza mengikut pandangan masing-masing, juga mungkin berbeza mengikut governan UA masing-masing. Namun, sekurang-kurangnya penulisan ini dapat membantu untuk memberikan gambaran kepada pembaca dalam mengetahui secara umum mengenai peranan dan tanggungjawab seorang Pegawai Tadbir di UA. Pegawai Tadbir yang dibincangkan dalam penulisan ini adalah Pegawai Tadbir Universiti (PTU). PTU adalah Pegawai yang dikelaskan di bawah Skim Perkhidmatan Pengurusan dan Profesional (P&P). Gred jawatan bermula di Gred 41 dan ke atas. PTU adalah individu yang dilantik oleh pihak berkuasa Universiti untuk menguruskan pelbagai bentuk hal-ehwal pengurusan dan pentadbiran di Pusat Tanggungjawab (PTJ) di mana mereka ditempatkan. Daripada segi kelayakan akademik, PTU ini pe