Skip to main content

Raikan semua bentuk Idea..

Kata Albert Einstein,

"Dunia yang kita bentuk datang daripada proses pemikiran kita. Ia tidak berubah jika kita tidak mengubah pemikiran kita."

Juga memetik kata Ainon Mohd dan  Zamri Mohamad dalam buku mereka bertajuk "Seni Berfikir Kreatis Untuk Bisnes dan Hidup"

1. Berlatih berfikir untuk menambah baik sesuatu perkara tanpa perlu menunggu masalah timbul.

2. Bagi memberi rangsangan positif, berikan keselesaan kepada orang lain yang cuba melontarkan idea tanpa perlu dia mempertahankan idea.

3. Jangan sibuk mencari kelemahan idea lama, fokus kepada memberikan idea yang lebih baik.

4. Semakin kerap kita berlatih membina idea baharu tanpa menghukumnya terlalu awal, kita membina otot-otot berfikir yang lebih baik.

5. Jangan kita memangkah awal idea orang kerana pada kita ia kelihatan tidak logik. Perbuatan begini tidak baik diamalkan. Berikan ruang untuk idea2 ini.

6. Idea2 kecil adalah jambatan yang membentuk idea besar.

Dalam buku ini saya suka dengan satu petikan ayatnya "saudara tidak memberi masa yang lama untuk idea itu 'bernafas'. Baru sahaja idea itu pada peringkat janin, saudara sudah menggugurkannya."

"Umpamanya, perbuatan menolak idea seolah-olah kejam sama seperti bayi yang digugurkan sebelum diberi hak untuk hidup."

Justeru, dalam hidup kita ini sama ada di tempat kerja atau di rumah belajarlah untuk menghormati dan menghargai idea orang. Idea itu satu lontaran pemikiran dan tidak ada salah betulnya..raikan semua idea yang difikirkan oleh semua orang kerana dalamnya nanti akan terhasil suatu keputusan dan pelan tindakan yang lebih baik dan mungkin luar biasa. InsyaAllah.


Salam hormat,
RZH
12 Februari 2021




Comments

Popular posts from this blog

Cara Goreng Ikan Masin Supaya lebih sedap...

Hokey...petang ni saya nak bercerita pasal menu 'berhantu' ini. Saya sebut sebagai 'berhantu' sebab menu ni mesti sentiasa akan 'mengusik' keinginan untuk makan lebih...menu ni memang akan membuka selera yang tertutup...menggoda untuk makan bertambah dan berulang-ulang...kejap nak makan kejap nak makan...aduhai itu la dia ikan masin goreng...atau ore kelate panggil ike kering goreng. Ikan masin ni salah satu daripada lauk kegemaran saya..hehehe saya suka tahap dewa..atau tahap ore kelate royak 'panggil tak dengar' ikan masin ni..tapi mesti kena dengan gaya masaknya..saya tak suka ikan masin tu masin sangat...saya suka rasa dia lemak-lemak masin sikit2 dan isinya lembut2 gebu gebas sikit....macam ikan ala jeruk tu sikit.. Untuk ikan masin ni sedap selepas digoreng, mesti ada cara masaknya yang tersendiri...dan saya pasti setiap orang ada gaya tersendiri menggoreng ikan masin, ada yang suka digoreng begitu saja, ada yang suka digoreng dengan dipoton...

Peranan Penyambut Tetamu Dalam Penganjuran Majlis Formal

    Penyambut tetamu ( usherette ) adalah orang yang memainkan peranan yang sangat penting dalam menyambut tetamu dan memastikan supaya tetamu dalam sesuatu majlis itu dapat diuruskan dengan baik dan lancar tanpa menimbulkan rasa tidak puas hati, rasa tersinggung dan rasa tidak selesa daripada tetamu yang dijemput. Sebelum pergi jauh lagi tentang peranan penyambut tetamu, mari kita sama-sama fahami dulu definisi 'Penyambut Tetamu'. Secara ringkasnya penyambut tetamu adalah orang yang dilantik dan diberikan tugas dan tanggungjawab untuk menyambut tetamu-tetamu yang dijemput dalam satu-satu majlis, menunjukkan arah dan mengiringi tetamu, serta memastikan keselesaan tetamu terjaga. Tugas menyambut tetamu ini kebiasaannya diletakkan di bawah satu Jawatankuasa yang terdiri daripada sebilangan peyambut tetamu yang mana jumlahnya bergantung kepada berapa ramai tetamu yang perlu diuruskan. Tetamu ini diklasifikasi kepada beberapa kategori, iaitu kategori kehormat dan...

Peranan Pegawai Tadbir di Universiti Awam

Buat semua pembaca budiman,  Penulisan ini adalah sekadar pandangan dan pendapat peribadi saya berdasarkan pengalaman yang dilalui sebagai Pegawai Tadbir di Universiti Awam (UA). Walau bagaimanapun, ia mungkin berbeza mengikut pandangan masing-masing, juga mungkin berbeza mengikut governan UA masing-masing. Namun, sekurang-kurangnya penulisan ini dapat membantu untuk memberikan gambaran kepada pembaca dalam mengetahui secara umum mengenai peranan dan tanggungjawab seorang Pegawai Tadbir di UA. Pegawai Tadbir yang dibincangkan dalam penulisan ini adalah Pegawai Tadbir Universiti (PTU). PTU adalah Pegawai yang dikelaskan di bawah Skim Perkhidmatan Pengurusan dan Profesional (P&P). Gred jawatan bermula di Gred 41 dan ke atas. PTU adalah individu yang dilantik oleh pihak berkuasa Universiti untuk menguruskan pelbagai bentuk hal-ehwal pengurusan dan pentadbiran di Pusat Tanggungjawab (PTJ) di mana mereka ditempatkan. Daripada segi kelayakan akademik, PTU in...