Skip to main content

Hiduplah di masa sekarang (Real Time)

 

Kalau kita sering membawa sekali ingatan masa lampau memang kita tidak akan dapat bergerak pantas untuk pergi jauh. Bebanan masa lampau yang kita "pikul" bersama akan menjadikan fikiran kita sarat dan penat. Kita juga jadi terbelenggu.

Justeru, tinggalkan semua kenangan masa lalu di mana ia berlaku. Biarkan ia di situ. Jangan bawa sekali di setiap perjalanan kita kerana pasti banyak onak dan duri di depan yang perlu kita fokus dan bersedia. Andai bebanan lalu makin menambahkan berat, sudah pasti akan lebih membebani dan menambahkan kesulitan kita dalam menghadapi apa yang sedang dilalui.

Kata pujangga, fikiran kita ni biarlah kita memikirkan dan fokus dengan masa sekarang dan bukan masa yang lepas dan masa yang mendatang. Mengapa kita perlu resah dan bimbang dengan perkara yang telah berlaku dan yang belum berlaku sedangkan realitinya ia telahpun berlalu dan belum berlaku, sehingga kita tidak dapat memberikan fokus kepada masa sekarang yang sedang kita lalui.

Saya tertarik dengan apa kata Dale Carnegie dalam bukunya yang bertajuk, "How to stop worrying and start living". Buku ni dah lama saya beli, sejak Disember 2007 lagi...dah 14 tahun dan kini masih tersimpan rapi dalam jagaan. Saya suka ulang baca buku ni kerana banyak cerita2 motivasi dan ilmu yang dapat diperoleh daripada buku ini.

Kata Dale Carnegie,

1. Sudah tentu persekitaran itu sendiri tidak akan membuat kita bahagia atau susah. Yang menentukan perasaan kita adalah cara kita bertindak balas terhadap persekitaran.

2. Kita perlu boleh menyesuaikan diri dengan kenyataan yang tidak boleh dimungkiri.

3. Berjalanlah terus tanpa mempedulikan apa yang terjadi. Sembunyikanlah kesedihan di sebalik senyuman.

4. Gambaran mental kita perlu kuat. Apa yang kita inginkan dan impikan perlu digambarkan dalam gambaran mental yang kuat...konsep "law of attraction.

Hakikatnya, apa jua keadaan kita adalah bergantung kepada bagaimana kita respon kepada satu2 keadaan itu. Kalau respon kita baik maka baiklah..kalau respon kita sebaliknya, maka ketegangan akan berlaku. Bila ketegangan muncul sudah pasti keadaan resah, tidak tenang dan gundah gulana akan muncul.

Justeru, terus lah kekal tenang dan bahagia. Belajarlah untuk menyesuaikan diri dengan sebaiknua atas apa jua keadaan. Berdamailah dengan setiap situasi yang muncul. Lupakan semua kenangan masa lalu yang mengikat diri kita. Jangan kita biarkan masa lalu membelenggu hati dan fikiran kita kerana pasti ia akan menyekat rasa bahagia datang kepada kita. Hiduplah secara tenang dan damai dalam menguruskan masa sekarang kita dan biar ia berlalu dengan kenangan yang membahagiakan.

Sekadarnya jua,
RZH
11.50 malam
11 Februari 2021


Comments

Popular posts from this blog

Kenangan Zaman Permainan Kanak-kanak...

Dalam  hidup masing-masing, semua orang   mempunyai  kenangan  dan  momen  indah yang tersendiri semasa zaman kanak-kanak...ada yang menjadikan kenangan itu sebagai suatu nilai sentimental yang akan terpahat selamanya dalam lipatan kenangan. Saya juga tidak terkecuali. Kenangan permainan saya semasa kanak-kanak dulu memang terlalu istimewa dalam hidup saya...sentiasa segar dan mekar dalam bayangan fikiran sehinggakan terkadang menggamit rasa untuk kembali semula ke masa lampau...andai masa boleh diundur semula kan...saya ingin kembali mengulangi momen2 itu. Semasa zaman kanak2 saya memang sangat aktif bermain dan beraktiviti dengan kawan2...memang lasak betul la. Permainan kami geng kanak2 ni memang meriah betul ibarat satu pesta pula kemeriahannya. Zaman kanak2 dulu saya ni kiranya ketua geng la...haha..gengster pun ya juga (kira gengster baik la kalau dalam cerita hindustan dulu2..haha...sabar aje la) tukang plan itu ini dan confirmnya plan tu akan menjadi dgn me

Peranan Penyambut Tetamu Dalam Penganjuran Majlis Formal

    Penyambut tetamu ( usherette ) adalah orang yang memainkan peranan yang sangat penting dalam menyambut tetamu dan memastikan supaya tetamu dalam sesuatu majlis itu dapat diuruskan dengan baik dan lancar tanpa menimbulkan rasa tidak puas hati, rasa tersinggung dan rasa tidak selesa daripada tetamu yang dijemput. Sebelum pergi jauh lagi tentang peranan penyambut tetamu, mari kita sama-sama fahami dulu definisi 'Penyambut Tetamu'. Secara ringkasnya penyambut tetamu adalah orang yang dilantik dan diberikan tugas dan tanggungjawab untuk menyambut tetamu-tetamu yang dijemput dalam satu-satu majlis, menunjukkan arah dan mengiringi tetamu, serta memastikan keselesaan tetamu terjaga. Tugas menyambut tetamu ini kebiasaannya diletakkan di bawah satu Jawatankuasa yang terdiri daripada sebilangan peyambut tetamu yang mana jumlahnya bergantung kepada berapa ramai tetamu yang perlu diuruskan. Tetamu ini diklasifikasi kepada beberapa kategori, iaitu kategori kehormat dan

Peranan Pegawai Tadbir di Universiti Awam

Buat semua pembaca budiman,  Penulisan ini adalah sekadar pandangan dan pendapat peribadi saya berdasarkan pengalaman yang dilalui sebagai Pegawai Tadbir di Universiti Awam (UA). Walau bagaimanapun, ia mungkin berbeza mengikut pandangan masing-masing, juga mungkin berbeza mengikut governan UA masing-masing. Namun, sekurang-kurangnya penulisan ini dapat membantu untuk memberikan gambaran kepada pembaca dalam mengetahui secara umum mengenai peranan dan tanggungjawab seorang Pegawai Tadbir di UA. Pegawai Tadbir yang dibincangkan dalam penulisan ini adalah Pegawai Tadbir Universiti (PTU). PTU adalah Pegawai yang dikelaskan di bawah Skim Perkhidmatan Pengurusan dan Profesional (P&P). Gred jawatan bermula di Gred 41 dan ke atas. PTU adalah individu yang dilantik oleh pihak berkuasa Universiti untuk menguruskan pelbagai bentuk hal-ehwal pengurusan dan pentadbiran di Pusat Tanggungjawab (PTJ) di mana mereka ditempatkan. Daripada segi kelayakan akademik, PTU ini pe