Skip to main content

Marah!

Menahan marah tu sakit!

Belajar menahan marah tanpa hati sendiri rasa sakit tu adalah ilmu yang tinggi. Kebanyakannya menahan marah dengan memilih melukai hati sendiri...supaya tiada hati orang sekeliling terluka.

Menahan marah...ramai yg mampu...tapi menahan marah tanpa hati rasa sakit tanpa hati rasa terluka...yang ni mmg susah...hampir semua orang tak mampu....sakit di dlm tu hanya Allah yang tahu...masa sakit tu terlupa sekejap untuk beristigfar...walhal kalau marah tu betul2 di puncak paling tinggi...beristigfar akan mampu meruntuhkan rasa marah tu...

Tak semua rasa kita boleh kongsikan dgn orang..ada sbhgn rasa yang kita perlu telan sendiri...tak dpt share sebab bimbang org akan salah faham...miscommunication pulak...sudahnya hadap la sendiri. Ini yang sakitnya...

Haaaa...masa kena hadap ni la menjadikan muka kita kelat...tegang...muram...tak ceria...masam mencuka dan macam2 reaksi wajah...masa ni kalau ambik gambar pun..mmg tentu kena delete gambar tu...hilang semua perangai ceria ..hilang semua sikap happy go lucky dan gila2 ...mmg serius la jadinya. Masa ni jangan ada yang mendekati dengan pertanyaan2 yg tidak sesuai....huhhhh....kecuali org2 yang betul2 rapat ...adehhhh...

Banyak punca yang menyebab kita marah...bila hati dan perasaan kita terusik...terganggu...maka rasa marah tu datang...kadang benda kecil aje tapi bila melibatkan rasa ni, itu la jadinya....benda pun kadang di luar kawalan kita....bukan marah pada orang tapi marah kepada diri sendiri sebab meminta sgt...kan dah mendapat.

Marah pada diri sendiri tu mesti juga akan relate dgn orang lain. Mesti ada sebab kan mengapa kita marah kat diri sendiri...dah tentu berkait dengan orang lain.

Marah yang sakit ni adalah bila ko kena melalui sesuatu yang ko marah tapi ko sebenarnya tak ada hak untuk marah...tapi apa yang ko rasa angin satu badan tu sangat annoying la...ketara sangat...diam dan diam la jawabnya bila tahap marah yang sampai ke hati sakit dia.

Kdg perangai orang yang ko rasa annoying sangat...berlebih sangat dan mcm2 la lagi...mmg yang ni boleh buat tingkat marah naik melangit...

Bila ini berlaku..diam lebih baik dari berbicara. Diam la sehingga rasa geram dan marah itu hilang...

Diam adalah cara rawatan yang paling tinggi tingkatnya bila hati kita sedang hangin dan menyampah....cumanya jika ko adalah orang yang 24 jam ceria dan happy...bila ko diam tu mmg semua orang akan perasan la kan..agaknya la...

Tak bagusnya tentang marah ni adalah ia akan merosakkan emosi, mood habis ke laut...mematikan keceriaan dan seri wajah, semangat habis terbang jauh....energy zero.... merosakkan suasana...habis semua jadi tak happy...jika aura dan dimensi kita besar....kesannya akan besar..semua orang akan jadi tak senang...tapi jika aura kita kecil kesannya kecil....mungkin tak ada yang perasan.

Adehhhh....

RZH

Comments

Popular posts from this blog

Peranan Penyambut Tetamu Dalam Penganjuran Majlis Formal

    Penyambut tetamu ( usherette ) adalah orang yang memainkan peranan yang sangat penting dalam menyambut tetamu dan memastikan supaya tetamu dalam sesuatu majlis itu dapat diuruskan dengan baik dan lancar tanpa menimbulkan rasa tidak puas hati, rasa tersinggung dan rasa tidak selesa daripada tetamu yang dijemput. Sebelum pergi jauh lagi tentang peranan penyambut tetamu, mari kita sama-sama fahami dulu definisi 'Penyambut Tetamu'. Secara ringkasnya penyambut tetamu adalah orang yang dilantik dan diberikan tugas dan tanggungjawab untuk menyambut tetamu-tetamu yang dijemput dalam satu-satu majlis, menunjukkan arah dan mengiringi tetamu, serta memastikan keselesaan tetamu terjaga. Tugas menyambut tetamu ini kebiasaannya diletakkan di bawah satu Jawatankuasa yang terdiri daripada sebilangan peyambut tetamu yang mana jumlahnya bergantung kepada berapa ramai tetamu yang perlu diuruskan. Tetamu ini diklasifikasi kepada beberapa kategori, iaitu kategori kehormat dan

Kenangan Zaman Permainan Kanak-kanak...

Dalam  hidup masing-masing, semua orang   mempunyai  kenangan  dan  momen  indah yang tersendiri semasa zaman kanak-kanak...ada yang menjadikan kenangan itu sebagai suatu nilai sentimental yang akan terpahat selamanya dalam lipatan kenangan. Saya juga tidak terkecuali. Kenangan permainan saya semasa kanak-kanak dulu memang terlalu istimewa dalam hidup saya...sentiasa segar dan mekar dalam bayangan fikiran sehinggakan terkadang menggamit rasa untuk kembali semula ke masa lampau...andai masa boleh diundur semula kan...saya ingin kembali mengulangi momen2 itu. Semasa zaman kanak2 saya memang sangat aktif bermain dan beraktiviti dengan kawan2...memang lasak betul la. Permainan kami geng kanak2 ni memang meriah betul ibarat satu pesta pula kemeriahannya. Zaman kanak2 dulu saya ni kiranya ketua geng la...haha..gengster pun ya juga (kira gengster baik la kalau dalam cerita hindustan dulu2..haha...sabar aje la) tukang plan itu ini dan confirmnya plan tu akan menjadi dgn me

Cara Goreng Ikan Masin Supaya lebih sedap...

Hokey...petang ni saya nak bercerita pasal menu 'berhantu' ini. Saya sebut sebagai 'berhantu' sebab menu ni mesti sentiasa akan 'mengusik' keinginan untuk makan lebih...menu ni memang akan membuka selera yang tertutup...menggoda untuk makan bertambah dan berulang-ulang...kejap nak makan kejap nak makan...aduhai itu la dia ikan masin goreng...atau ore kelate panggil ike kering goreng. Ikan masin ni salah satu daripada lauk kegemaran saya..hehehe saya suka tahap dewa..atau tahap ore kelate royak 'panggil tak dengar' ikan masin ni..tapi mesti kena dengan gaya masaknya..saya tak suka ikan masin tu masin sangat...saya suka rasa dia lemak-lemak masin sikit2 dan isinya lembut2 gebu gebas sikit....macam ikan ala jeruk tu sikit.. Untuk ikan masin ni sedap selepas digoreng, mesti ada cara masaknya yang tersendiri...dan saya pasti setiap orang ada gaya tersendiri menggoreng ikan masin, ada yang suka digoreng begitu saja, ada yang suka digoreng dengan dipoton