Skip to main content

Budi Bicara Dalam Peraturan...

Last entri pada 10 Jun...

Begitu la masa ni..cepat sangat berlalu..rupanya sudah hampir 10 hari tak sempat berkarya...

Malam ni luangkan masa sekejap ...sekadar say hai kat blog. Badan penat tu memang dah tentu penat la, tapi since baru selesai menyiapkan satu report, makanya intai la sekejap di sini..sekadar menitip sesuatu yang lalu di fikiran.

Satu perkongsian menarik yang ingin saya share dalam keterbatasan masa ni...(Sebab dah ngantuk ni sebenarnya)..hehe

Perkongsian tentang satu term ini...

"Ada budi bicara dalam peraturan"

Apa agaknya maksud atau perkara yang tersirat di sebalik kata2 ini. Kata2 ini saya belajar dari salah seorang boss dulu...sekarang beliau dah pencen, namun statement ini walaupun telah hampir 20 tahun lalu saya mendengarnya...sehingga kini masih segar di ingatan saya dan bukan sekadar di ingatan tapi saya memang kebetulannya telah praktikkan dalam kepimpinan saya sejak awal bekerja lagi.

Dalam bekerja atau dalam dunia kerjaya kita memang semuanya ada tatacara garis panduan, peraturan atau apa jua tata kelola yang dibangunkan. Jadi sebagai pekerja kita WAJIB akur dengan apa jua tata kelola yang dibangunkan oleh organisasi.

Pun begitu, sebagai Pengurus atau ketua atau individu, kita perlu sentiasa ingat bahawa apa jua yang kita lakukan jangan sampai kita menyulitkan atau menyusahkan kerana di samping peraturan2 yang perlu kita patuhi itu, kita ada CCTV yang lebih besar dan lebih hebat, iaitu CCTV Allah...semuanya Allah lihat dan Allah mengetahui segalanya.

Biarlah kita jadi seorang hamba Allah yang mempermudahkan orang. Selagi boleh ada budi bicara dalam peraturan yang kita pegang atau perlu akur itu, maka gunalah...maksud penggunaan budi bicara di sini adalah selagi mana budi bicara itu tidak againts kepada peraturan yang ada...maka guna la budi bicara itu....jangan kita tak guna budi bicara itu kerana kita nak mudahkan kerja kita saja...langsung tak mahu ada kreativiti dalam bekerja...biar kita susah sikit yang penting kita membantu dlm memudahkan semua orang. Susah kita ni tak seberapa sebab semua semua tu adalah dalam sumber kawalan kita ..tapi susah orang dek cara kita yang sangat rigid tu (kononnya kerana itu adalah peraturannya), maka tanggung la nanti cerita Allah pula di sebalik perbuatan menyulitkan itu.

Contoh mudah untuk kita faham bila masa yang kita boleh guna budi bicara dalam peraturan:

"Pelanggan sampai untuk serahan dokumen pada pukul 5.05 minit...kita tak mahu terima dan minta datang esok sebab ofis dah tutup jam 5.oo petang..sedangkan masa tu kita sbg staf masih ada di ofis..tapi dek kerana berkira pasal peraturan kerja yg tamat jam 5.00 ptg, maka kita sanggup dan sampai hati menyusahkan orang...kita langsung tak fikir perbuatan kita tu akan menyusahkan orang...orang tu mungkin dtg jalan kaki, mungkin ambik teksi atau grab, mungkin dah tak ada masa untuk datang masa lain...kemungkinan yang macam2...jadi letak la budi bicara kat situ...ada sifat empati...letak diri kita kat tempat dia." Jangan kita jadi pekerja yang "sakit rohaninya".

Contoh kedua, staf kita mohon untuk keluar awal satu jam atau dua jam awal kerana ada urusan penting...hal sekolah anak dsbnya yang lain...betul ada peraturan dlm kerja..waktu rehat pukul 1.00 tgh hari, namun sebagai ketua kita ada budi bicara memberi keizinan mengikut situasi mendesak staf kita pada masa itu...jgn la kita terlalu berkira, contohnya "tak boleh, tunggu waktu rehat untuk semua urusan peribadi" atau "tak boleh, awak kena ambil cuti"...Allahu...biarlah rasional cket kita berfikir dalam melihat satu2 perkara itu...

Budi bicara dan unsur empati itu wajib ada dlm diri kita...selagi ia tidak memudaratkan atau tidak lari dari paksi peraturan yang ada...maka bijaksana dan rasional la dlm membuat pertimbangan..itulah namanya budi bicara.

Banyak lagi contoh, tapi tak dapat nak garap semua...satu dua contoh saja saya share di sini, sekadar untuk memahamkan konsepnya saja..

Okey mata dah ngantuk...kena labuhkan tirai penutup dulu.

Semoga bermanfaat jua.

RZH


Comments

Popular posts from this blog

Peranan Penyambut Tetamu Dalam Penganjuran Majlis Formal

    Penyambut tetamu ( usherette ) adalah orang yang memainkan peranan yang sangat penting dalam menyambut tetamu dan memastikan supaya tetamu dalam sesuatu majlis itu dapat diuruskan dengan baik dan lancar tanpa menimbulkan rasa tidak puas hati, rasa tersinggung dan rasa tidak selesa daripada tetamu yang dijemput. Sebelum pergi jauh lagi tentang peranan penyambut tetamu, mari kita sama-sama fahami dulu definisi 'Penyambut Tetamu'. Secara ringkasnya penyambut tetamu adalah orang yang dilantik dan diberikan tugas dan tanggungjawab untuk menyambut tetamu-tetamu yang dijemput dalam satu-satu majlis, menunjukkan arah dan mengiringi tetamu, serta memastikan keselesaan tetamu terjaga. Tugas menyambut tetamu ini kebiasaannya diletakkan di bawah satu Jawatankuasa yang terdiri daripada sebilangan peyambut tetamu yang mana jumlahnya bergantung kepada berapa ramai tetamu yang perlu diuruskan. Tetamu ini diklasifikasi kepada beberapa kategori, iaitu kategori kehormat dan

Kenangan Zaman Permainan Kanak-kanak...

Dalam  hidup masing-masing, semua orang   mempunyai  kenangan  dan  momen  indah yang tersendiri semasa zaman kanak-kanak...ada yang menjadikan kenangan itu sebagai suatu nilai sentimental yang akan terpahat selamanya dalam lipatan kenangan. Saya juga tidak terkecuali. Kenangan permainan saya semasa kanak-kanak dulu memang terlalu istimewa dalam hidup saya...sentiasa segar dan mekar dalam bayangan fikiran sehinggakan terkadang menggamit rasa untuk kembali semula ke masa lampau...andai masa boleh diundur semula kan...saya ingin kembali mengulangi momen2 itu. Semasa zaman kanak2 saya memang sangat aktif bermain dan beraktiviti dengan kawan2...memang lasak betul la. Permainan kami geng kanak2 ni memang meriah betul ibarat satu pesta pula kemeriahannya. Zaman kanak2 dulu saya ni kiranya ketua geng la...haha..gengster pun ya juga (kira gengster baik la kalau dalam cerita hindustan dulu2..haha...sabar aje la) tukang plan itu ini dan confirmnya plan tu akan menjadi dgn me

Cara Goreng Ikan Masin Supaya lebih sedap...

Hokey...petang ni saya nak bercerita pasal menu 'berhantu' ini. Saya sebut sebagai 'berhantu' sebab menu ni mesti sentiasa akan 'mengusik' keinginan untuk makan lebih...menu ni memang akan membuka selera yang tertutup...menggoda untuk makan bertambah dan berulang-ulang...kejap nak makan kejap nak makan...aduhai itu la dia ikan masin goreng...atau ore kelate panggil ike kering goreng. Ikan masin ni salah satu daripada lauk kegemaran saya..hehehe saya suka tahap dewa..atau tahap ore kelate royak 'panggil tak dengar' ikan masin ni..tapi mesti kena dengan gaya masaknya..saya tak suka ikan masin tu masin sangat...saya suka rasa dia lemak-lemak masin sikit2 dan isinya lembut2 gebu gebas sikit....macam ikan ala jeruk tu sikit.. Untuk ikan masin ni sedap selepas digoreng, mesti ada cara masaknya yang tersendiri...dan saya pasti setiap orang ada gaya tersendiri menggoreng ikan masin, ada yang suka digoreng begitu saja, ada yang suka digoreng dengan dipoton