Skip to main content

Rasa Selesa itu Indah...

Dalam hidup ni kita akan jumpa pelbagai ragam manusia. Ada yang buat kita selesa dan ada yang tidak.

Bila jumpa yang kita rasa selesa akan membuat hidup kita rasa tenang, nyaman dan bahagia. Bila ini berlaku apa jua yang kita lakukan tingkat suksesnya pasti hebat...

Rasa happy boleh membuatkan kita sentiasa cergas, tangkas dan bersemangat dalam melakukan apa jua tugasan. Agile orang jawa kata...bila agile semua benda jadi bereh cepat...rasa happy juga akan meningkatkan semangat kita..mmg bombastik la hasilnya...haaaa gituuuu.

Selesa ni punyai pelbagai makna...kita selesa dengan seseorang mungkin kerana personalitinya, sikapnya, penampilannya, gaya komunikasinya, tutur kata dsbnya. Terkadang kita suka pemikirannya....apapun bila kita rasa selesa, maksudnya seseorang itu membahagiakan kita.

Namun bila kita tak happy...Allahhhh mcm2 hal tak kena aje la jadinya...bosan, buntu, malas, hilang mood dan macam2 lagi...Bila ini terjadi, habis la...beri kesan kepada segalanya...punah habih.

Dalam apa jua keadaan cuba elakkan untuk kita rasa tak happy. Sebab kesan dia besar..bukan setakat merosakkan kita, bahkan merosakkan semua benda di sekeliling...haaaa jangan.

Justeru, dalam hidup ni sentiasalah berusaha membahagiakan dan menggembirakan orang..in syaAllah dengan niat suci bersih ini Allah memberikan yang terbaik di sisi-Nya...kita juga akan diberikan kebahagiaan oleh Allah.

Bertemu dgn orang yang boleh membuat kita tersenyum dan bahagia, maka itu adalah nikmat Allah yang tidak terbanding. Jika hati rasa bahagia, penyakit pun tak singgah...ini yang penting...kesihatan kita terkawal dan kita boleh menjalani kehidupan ini dengan penuh kekuatan dan bersemangat.

Bila kita bertemu dgn insan yang baik...maka jiwa kita tenang. Justeru, kekalkan sebuah perhubungan dengan saling memahami, menghargai dan mengambil berat selalu...atau dengan kata lain cakna selalu.

Santai2 menulis saja...

Adehhhh dah mengantuk pula...stop dulu.

RZH



Comments

Popular posts from this blog

Peranan Penyambut Tetamu Dalam Penganjuran Majlis Formal

    Penyambut tetamu ( usherette ) adalah orang yang memainkan peranan yang sangat penting dalam menyambut tetamu dan memastikan supaya tetamu dalam sesuatu majlis itu dapat diuruskan dengan baik dan lancar tanpa menimbulkan rasa tidak puas hati, rasa tersinggung dan rasa tidak selesa daripada tetamu yang dijemput. Sebelum pergi jauh lagi tentang peranan penyambut tetamu, mari kita sama-sama fahami dulu definisi 'Penyambut Tetamu'. Secara ringkasnya penyambut tetamu adalah orang yang dilantik dan diberikan tugas dan tanggungjawab untuk menyambut tetamu-tetamu yang dijemput dalam satu-satu majlis, menunjukkan arah dan mengiringi tetamu, serta memastikan keselesaan tetamu terjaga. Tugas menyambut tetamu ini kebiasaannya diletakkan di bawah satu Jawatankuasa yang terdiri daripada sebilangan peyambut tetamu yang mana jumlahnya bergantung kepada berapa ramai tetamu yang perlu diuruskan. Tetamu ini diklasifikasi kepada beberapa kategori, iaitu kategori kehormat dan...

Cara Goreng Ikan Masin Supaya lebih sedap...

Hokey...petang ni saya nak bercerita pasal menu 'berhantu' ini. Saya sebut sebagai 'berhantu' sebab menu ni mesti sentiasa akan 'mengusik' keinginan untuk makan lebih...menu ni memang akan membuka selera yang tertutup...menggoda untuk makan bertambah dan berulang-ulang...kejap nak makan kejap nak makan...aduhai itu la dia ikan masin goreng...atau ore kelate panggil ike kering goreng. Ikan masin ni salah satu daripada lauk kegemaran saya..hehehe saya suka tahap dewa..atau tahap ore kelate royak 'panggil tak dengar' ikan masin ni..tapi mesti kena dengan gaya masaknya..saya tak suka ikan masin tu masin sangat...saya suka rasa dia lemak-lemak masin sikit2 dan isinya lembut2 gebu gebas sikit....macam ikan ala jeruk tu sikit.. Untuk ikan masin ni sedap selepas digoreng, mesti ada cara masaknya yang tersendiri...dan saya pasti setiap orang ada gaya tersendiri menggoreng ikan masin, ada yang suka digoreng begitu saja, ada yang suka digoreng dengan dipoton...

Peranan Pegawai Tadbir di Universiti Awam

Buat semua pembaca budiman,  Penulisan ini adalah sekadar pandangan dan pendapat peribadi saya berdasarkan pengalaman yang dilalui sebagai Pegawai Tadbir di Universiti Awam (UA). Walau bagaimanapun, ia mungkin berbeza mengikut pandangan masing-masing, juga mungkin berbeza mengikut governan UA masing-masing. Namun, sekurang-kurangnya penulisan ini dapat membantu untuk memberikan gambaran kepada pembaca dalam mengetahui secara umum mengenai peranan dan tanggungjawab seorang Pegawai Tadbir di UA. Pegawai Tadbir yang dibincangkan dalam penulisan ini adalah Pegawai Tadbir Universiti (PTU). PTU adalah Pegawai yang dikelaskan di bawah Skim Perkhidmatan Pengurusan dan Profesional (P&P). Gred jawatan bermula di Gred 41 dan ke atas. PTU adalah individu yang dilantik oleh pihak berkuasa Universiti untuk menguruskan pelbagai bentuk hal-ehwal pengurusan dan pentadbiran di Pusat Tanggungjawab (PTJ) di mana mereka ditempatkan. Daripada segi kelayakan akademik, PTU in...