Skip to main content

Perubahan Sikap Itu Penting...

Menghadiri Bengkel Strategi Perniagaan untuk tiga hari dua malam. Bengkel tiga hari yang penuh dengan harapan dan impian...

Salah satu perkara penting untuk mencapai harapan dan impian adalah perubahan sikap. Sikap atau attitude adalah antara komponen penting dalam menjadikan harapan dan impian itu menjadi realiti. Sikap pekerja yang baik akan menentukan kualiti kerja yang cemerlang dalam sesebuah organisasi.

Jika sikap pekerja dalam bekerja tidak berubah...maka organisasi akan kekal berada di takuk sedia ada. Berapa banyakpun idea dilontar dan dibincang, ia tidak akan membawa ke mana, hanya sekadar tertulis di kertas sahaja tanpa action secara padu. Action yang padu datang daripada sikap yang hebat dalam bekerja. Antara sikap yang hebat dalam bekerja adalah komited, rajin, bertanggungjawab, responsif, tangkas dan pantas bertindak, profesional dan memiliki nilai dan wibawa diri yang baik. 

Jika sikap malas, tidak proaktif, main tangkap muat asal siap, tidak serius, tidak kreatif dan tidak strategik, maka idea hanya akan tinggal idea kerana ia tidak diterjemahkan dalam bentuk tindakan yang strategik.

Implikasi daripada sikap yang tidak berubah ini akan menjadikan produktiviti kerja statik, malah makin malang jika ia semakin merudum. Akhirnya organisasi perlu menanggung kerugian kerana target bisnes tidak dapat dicapai sebagaimana yang disasarkan.

Perubahan sikap perlu bermula daripada hati. Membuat muhasabah diri, membetulkan niat dan seterusnya membuat perubahan. Meletakkan jiwa dalam bekerja dan melaksanakan kerja dengan sebaiknya. Bertanggungjawab sepenuhnya, beretika, dan melakukan dengan bersungguh-sungguh. Tiada istilah tangkap muat atau asal siap. Saling bantu membantu dan mewujudkan teamwork yang baik. 

Jika aspek ini tidak beres...satu2 organisasi tidak akan ke mana. Perubahan sikap itu penting!

Saja2 Menulis.

RZH

Comments

Popular posts from this blog

Peranan Penyambut Tetamu Dalam Penganjuran Majlis Formal

    Penyambut tetamu ( usherette ) adalah orang yang memainkan peranan yang sangat penting dalam menyambut tetamu dan memastikan supaya tetamu dalam sesuatu majlis itu dapat diuruskan dengan baik dan lancar tanpa menimbulkan rasa tidak puas hati, rasa tersinggung dan rasa tidak selesa daripada tetamu yang dijemput. Sebelum pergi jauh lagi tentang peranan penyambut tetamu, mari kita sama-sama fahami dulu definisi 'Penyambut Tetamu'. Secara ringkasnya penyambut tetamu adalah orang yang dilantik dan diberikan tugas dan tanggungjawab untuk menyambut tetamu-tetamu yang dijemput dalam satu-satu majlis, menunjukkan arah dan mengiringi tetamu, serta memastikan keselesaan tetamu terjaga. Tugas menyambut tetamu ini kebiasaannya diletakkan di bawah satu Jawatankuasa yang terdiri daripada sebilangan peyambut tetamu yang mana jumlahnya bergantung kepada berapa ramai tetamu yang perlu diuruskan. Tetamu ini diklasifikasi kepada beberapa kategori, iaitu kategori kehormat dan...

Cara Goreng Ikan Masin Supaya lebih sedap...

Hokey...petang ni saya nak bercerita pasal menu 'berhantu' ini. Saya sebut sebagai 'berhantu' sebab menu ni mesti sentiasa akan 'mengusik' keinginan untuk makan lebih...menu ni memang akan membuka selera yang tertutup...menggoda untuk makan bertambah dan berulang-ulang...kejap nak makan kejap nak makan...aduhai itu la dia ikan masin goreng...atau ore kelate panggil ike kering goreng. Ikan masin ni salah satu daripada lauk kegemaran saya..hehehe saya suka tahap dewa..atau tahap ore kelate royak 'panggil tak dengar' ikan masin ni..tapi mesti kena dengan gaya masaknya..saya tak suka ikan masin tu masin sangat...saya suka rasa dia lemak-lemak masin sikit2 dan isinya lembut2 gebu gebas sikit....macam ikan ala jeruk tu sikit.. Untuk ikan masin ni sedap selepas digoreng, mesti ada cara masaknya yang tersendiri...dan saya pasti setiap orang ada gaya tersendiri menggoreng ikan masin, ada yang suka digoreng begitu saja, ada yang suka digoreng dengan dipoton...

Peranan Pegawai Tadbir di Universiti Awam

Buat semua pembaca budiman,  Penulisan ini adalah sekadar pandangan dan pendapat peribadi saya berdasarkan pengalaman yang dilalui sebagai Pegawai Tadbir di Universiti Awam (UA). Walau bagaimanapun, ia mungkin berbeza mengikut pandangan masing-masing, juga mungkin berbeza mengikut governan UA masing-masing. Namun, sekurang-kurangnya penulisan ini dapat membantu untuk memberikan gambaran kepada pembaca dalam mengetahui secara umum mengenai peranan dan tanggungjawab seorang Pegawai Tadbir di UA. Pegawai Tadbir yang dibincangkan dalam penulisan ini adalah Pegawai Tadbir Universiti (PTU). PTU adalah Pegawai yang dikelaskan di bawah Skim Perkhidmatan Pengurusan dan Profesional (P&P). Gred jawatan bermula di Gred 41 dan ke atas. PTU adalah individu yang dilantik oleh pihak berkuasa Universiti untuk menguruskan pelbagai bentuk hal-ehwal pengurusan dan pentadbiran di Pusat Tanggungjawab (PTJ) di mana mereka ditempatkan. Daripada segi kelayakan akademik, PTU in...