Skip to main content

Kalut Memanjang...Huru hara

Huhu...manjang kalut..huru hara sungguh la.

Bila manjang aje buzy, otak pun tak dapat berfungsi dengan baik. Terkadang tepu jadinya. Otak juga penat, dan bila otak penat mula lah perasaan malas dan menyampah menyelinap..haishhh.. Need to rest.

Letih penat selok kero tu jange royak la. Hadap juga. Ada pilihan ko? tak dok. Maka jika there's no choice...kena lalu la jugok deh. Latih hati dan diri istilah, kuat, tabah, sabar, redha dan tidak mudah berputus asa. Ore kelate kata "bare nak bare jadi". Selebihnya doa pada Allah. Allah tahu lagu mana nak susun, jange gundah gulana. Peranan kita hanyalah buat dengan terbaik.

Dalam kalut ribut tu ingat selalu bahawa semuanya milik Allah...jadi jange dok risau sangat la...buat sekadar termampu dan make sure berkualiti dan tidak rubbish. Itu sudah cukup.

Teringat kata2 senior dulu2 masa mula2 kerja. Kata dia, "Jangan dok risau sangat la untuk make sure everything is in order sehingga mengorbankan emosi, tenaga, dan masa peribadi kita sebab jika kita mati hari ni, esok juga company dah ganti orang lain"...satu lagi kata dia "kalau you tak ada pun tak runtuh la universiti ni"

Hehe..kemah kata2 senior ambo ni. Ya, ada benarnya juga. Tapi, prinsip bekerja sebagai ibadah ni bermaksud kita perlu buat terbaik dulu kerana itu adalah tanggungjawab kita. Cuba sedaya upaya melakukan segala tanggungjawab dengan sebaik mungkin, ikhlas dan penuh bertanggungjawab kerana ikrar yang telah kita buat semasa menerima tawaran ini. Jadi, jangan ambil mudah. Esok2 berjawab dengan Allah atas setiap tanggungjawab kita yang kita tidak buat atau tidak buat dengan sebaiknya.

Kesimpulannya, dalam kita bekerja ni...jalankan lah tanggungjawab kita dengan baik. Teringat ujian lisan Bahasa Melayu masa sekolah menengah dulu, top dengan soalan berkaitan bersih, cekap, dan amanah. Kalau sekarang disebut kompeten, berintegriti dan berakauntabiliti. Hadam sepenuhnya kunci kata ni!

Saja2 Menulis,

RZH

Comments

Popular posts from this blog

Cara Goreng Ikan Masin Supaya lebih sedap...

Hokey...petang ni saya nak bercerita pasal menu 'berhantu' ini. Saya sebut sebagai 'berhantu' sebab menu ni mesti sentiasa akan 'mengusik' keinginan untuk makan lebih...menu ni memang akan membuka selera yang tertutup...menggoda untuk makan bertambah dan berulang-ulang...kejap nak makan kejap nak makan...aduhai itu la dia ikan masin goreng...atau ore kelate panggil ike kering goreng. Ikan masin ni salah satu daripada lauk kegemaran saya..hehehe saya suka tahap dewa..atau tahap ore kelate royak 'panggil tak dengar' ikan masin ni..tapi mesti kena dengan gaya masaknya..saya tak suka ikan masin tu masin sangat...saya suka rasa dia lemak-lemak masin sikit2 dan isinya lembut2 gebu gebas sikit....macam ikan ala jeruk tu sikit.. Untuk ikan masin ni sedap selepas digoreng, mesti ada cara masaknya yang tersendiri...dan saya pasti setiap orang ada gaya tersendiri menggoreng ikan masin, ada yang suka digoreng begitu saja, ada yang suka digoreng dengan dipoton...

Peranan Penyambut Tetamu Dalam Penganjuran Majlis Formal

    Penyambut tetamu ( usherette ) adalah orang yang memainkan peranan yang sangat penting dalam menyambut tetamu dan memastikan supaya tetamu dalam sesuatu majlis itu dapat diuruskan dengan baik dan lancar tanpa menimbulkan rasa tidak puas hati, rasa tersinggung dan rasa tidak selesa daripada tetamu yang dijemput. Sebelum pergi jauh lagi tentang peranan penyambut tetamu, mari kita sama-sama fahami dulu definisi 'Penyambut Tetamu'. Secara ringkasnya penyambut tetamu adalah orang yang dilantik dan diberikan tugas dan tanggungjawab untuk menyambut tetamu-tetamu yang dijemput dalam satu-satu majlis, menunjukkan arah dan mengiringi tetamu, serta memastikan keselesaan tetamu terjaga. Tugas menyambut tetamu ini kebiasaannya diletakkan di bawah satu Jawatankuasa yang terdiri daripada sebilangan peyambut tetamu yang mana jumlahnya bergantung kepada berapa ramai tetamu yang perlu diuruskan. Tetamu ini diklasifikasi kepada beberapa kategori, iaitu kategori kehormat dan...

Peranan Pegawai Tadbir di Universiti Awam

Buat semua pembaca budiman,  Penulisan ini adalah sekadar pandangan dan pendapat peribadi saya berdasarkan pengalaman yang dilalui sebagai Pegawai Tadbir di Universiti Awam (UA). Walau bagaimanapun, ia mungkin berbeza mengikut pandangan masing-masing, juga mungkin berbeza mengikut governan UA masing-masing. Namun, sekurang-kurangnya penulisan ini dapat membantu untuk memberikan gambaran kepada pembaca dalam mengetahui secara umum mengenai peranan dan tanggungjawab seorang Pegawai Tadbir di UA. Pegawai Tadbir yang dibincangkan dalam penulisan ini adalah Pegawai Tadbir Universiti (PTU). PTU adalah Pegawai yang dikelaskan di bawah Skim Perkhidmatan Pengurusan dan Profesional (P&P). Gred jawatan bermula di Gred 41 dan ke atas. PTU adalah individu yang dilantik oleh pihak berkuasa Universiti untuk menguruskan pelbagai bentuk hal-ehwal pengurusan dan pentadbiran di Pusat Tanggungjawab (PTJ) di mana mereka ditempatkan. Daripada segi kelayakan akademik, PTU in...